Sunday, 15 December 2013

MENGGAMBAR JANUARI 2012




BAHAGIAN A:
1.       Jelaskan 2 kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan.
Jawapan :
·         Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi
·         Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi
·         Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis
·         Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat
·         Dapat menghasilkan ton lorekan dengan cepat dan menarik

2.       Nyatakan 2 faktor yg mempengaruhi hasil garisan daripada media pensil.
Jawapan :  Topik 2 ms 25
Garisan yang dihasilkan dgn media pensel dipengaruhi 3 faktor iaitu:
·         Gred
·         Tekanan pensel
·         Kelajuan pensel

3.       Nyatakan 4 perkara yg diberi perhatian dlm membuat apresiasi seni.
Jawapan:  Topik 3 ms 49
Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara:
(i)                  Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis
(ii)                Cara pelukis menginterpretasi gambar
(iii)               Alat, bahan, media yang digunakan
(iv)              Teknik-teknik yang digunakan
(v)                penilaian

4.       Cetakan yg baik bergantung kpd teknik-teknik yg diaplikasi dan kemahiran mencetak. 
Jelaskan 2 teknik yg dapat menghasilkan cetakan yg baik dan bermutu.

Jawapan :Topik 6 ms 91
(i)                  Teknik bayangan gelap -  bahaaian latar belakang objek tidak dicetak dan hanya objek sahaja yang dicetak.
(ii)                Teknik bayangan putih – bahagian imej dibuang atau tidak dipakai an hanya bahagian luar objek dikekalkan.
(iii)               Teknik garis luar gelap -  hanya garisan pada objek dikekalkan.  Bahagian dalam dan luaran objek dibuang
(iv)              Teknik garisan luar putih -  bahagian latar belakang yang dicetak.  Bahagian garisan pada objek tidak dicetak.


5.       Nyatakan 2 perbezaan sifat cat akrilik dan cat air.
Jawapan : Topik 3 ms 37


BAHAGIAN B
1.       Persembahan sesebuah hasil karya amat penting kpd pelukis.  Banyak factor yg perlu diambil kira dalam proses membuat persembahan.
(a)    Jelaskan 2 cara sesuatu karya seni diekspresi.
(b)   Nyatakan 4 unsur penting yg menentukan mutu hasil karya lukisan.
Jawapan :

(c)    Jelaskan 3 teknik melukis menggunakan arang.

2.       Warna memainkan peranan yg amat penting dlm proses mencatan.  Ia menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan suasana.
(a)    Huraikan 3 jenis warna berikut:

i)                    Warna sekunder

Jawapan:
Warna Sekunder terhasil daripada dua  campuran warna asas .
 Contoh :  Kuning + biru = hijau
                    Merah + kuning  =  jingga
                    Merah +  biru  +  ungu

ii)                   Monikrom
Jawapan: Topik 3 ms 43
Gubahan warna sewarna atau monokrom dihasilkan dengan mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau warna putih untuk mendapatkan ton warna gelap atau terang.  Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yg diwarnakan.

iii)                 Warna  harmoni
Jawapan: Topik 3 ms 44
Warna harmoni ialah warna-warna yang terletak bersebelahan dengan roda warna.  Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa aman,  tenteram,  selesa,  indah,  lembut dan sebagainya.  Contoh warna harmoni adalah seperti berikut:
Contoh:  merah – ungu – biru
                  UNGU – BIRU – HIJAU
                  Biru -  hijau – kuning
                  Kuning – jingga – merah
                  Jingga-  merah  -  ungu

(b)   Pemilihan warna oleh artis dapat diterjemah dlm persembahan sesebuah hasil karya.  Nyatakan 4 tujuan pemilihan warna dlm sesebuah karya oleh artis.
Jawapan :
·         Sebagai unsur simbol
·         Untuk menarik perhatian
·         Bagi tujuan keagamaan
·         Untuk menggambarkan perasaan
·         Menunjukkan budaya masyarakat setempat

3.       Diperingkat sekolah rendah,  pembelajaran menggambar mempunyai hasil pembelajaran yg berperingkat.
(a)    Nyatakan hasil pembelajaran yg perlu dicapai oleh setiap murid dlm kegiatan menggambar.
Jawapan:
·         Asas menggambar
·         Menggambar
·         Meneroka beberapa teknik yg berbeza dalam melukis dan membuat gambar
·         Menggunakan asas senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
·         Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan computer,  dan
·         Menggambar berdasarkan tema,  pengalaman,  imaginasi,  dan fantasi murid secara manual dan berbantukan computer.

(b)   Huraikan aras pengetahuan dan kefahaman yg perlu dikuasai oleh murid dlm hasil pembelajaran mereka.
Jawapan:
·         Aras pengetahuan
·         Aras kefahaman
·         Aras aplikasi
·         Aras analisa
·         Aras sintesis
·         Aras penilaian
Baca topic 1 ms 7 dan 8

(c)    Huraikan kepentingan proses memberi komen dan pujian kepada hasil kerja murid.
Jawapan : Topik 1 ms 14.

Sebagaimana yang kita sedia maklum aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain,  dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.  Memberi komen dan pujian terhadap hasil kerja murid juga satu bentuk komunikasi antara guru dan murid.  Sebagai contoh guru memberikan pujian terhadap murid yg dapat mencampurkan warna dengan baik.    Pujian hasil kerja hari ini adalah lebih baik dari hasil kerja minggu lepas.

Komen dari seorang guru boleh menjadikan satu kesan motivasi yang positif jika kena pada sasarannya. 

Guru dan murid boleh bersoal jawab untuk menggalakkan murid berkomunikasi tentang hasil kerja seni mereka antaranya:
·         Bagaimana anda mencampurkan warna tersebut?
·         Bagaimana fikiran anda ttg lukisan ini?
·         Di mana anda lihat benda-benda ini ?
·         Anda tahu bagaimana menghasilkannya?
·         Bagaimana perasaan anda apabila melihat gambar itu?


BAHAGIAN C
1.       Huraikan keistimewaan catan cat air daripada aspek bahan,  teknik dan proses penghasilan dlm konteks hasil karya di atas.
2.       Proses apresiasi melibatkan 4 peringkat.  Huraikan setiap peringkat apresiasi seni berpandukan kepada karya di bawah.



MENGGAMBAR SEPTEMBER 2011




BAHAGIAN A
1.       Bidang menggambar adalah satu bidang yg menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid.  Nyatakan 4 kepentingan menggambar.

Jawapan: Topik 1 ms 10

·         Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik.
·         Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,  kreativiti dan ekspresi diri murid.
·         Aktiviti menggambar dapat memberi kesedaran terhadap Asas Senireka dalam hasil kerja.
·         Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain,  dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

2.       Lukisan merupakan hasil kerja seni utk meluahkan perasaan berbentuk imej.  Senaraikan 4 bahan yg sering digunakan dalam menghasilkan lukisan.
Jawapan :  Topik 2 ms 18
Bahan yang sering digunakan untuk kegiatan membuat lukisan ialah:
·         Pensel H – adalah sejenis pensel jenis keras
·         Pensel B ( 2B -8B ) – adalah sejenis pensel lembut
·         Pensel warna – terdiri drp berbagai jenis warna
·         Arang – dpt member kesan legap dan mudah mendapat kesan
·         Pen dan dakwat – mempunyai kesan garisan yg lebih halus dan jelas

3.       Jalinan ialah kesan-kesan yg terdapat pada permukaan benda atau objek semulajadi dan buatan manusia.  Berikan 2 fungsi dan nilai estetika jalinan pd alam semulajadi dalam kehidupan.
Jawapan :


4.       Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni yg diulang dan dicipta dlm bentuk edisi dengan menggunakan dakwat.  Senaraikan 4 jenis cetakan dan bahan yg sesuai diaplikasikan kepada pelajar.
Jawapan:

5.       Senaraikan 2 persamaan dan perbezaan kegiatan membuat kolaj dan mozek dari segi penghasilannya.
Jawapan:
Persamaan
Kolaj dan mozek
BAHAGIAN B
1.       Catan adalah salah satu cabang seni menggambar yang banyak menggunakan warna.
(a)    Huraikan kegiatan menggambar menggunakan teknik-teknik warna air.
Jawapan : Topik 3 ms 38

Teknik-teknik mewarna menggunakan warna air:
Terdapat 4 jenis teknik cat air. Teknik-teknik ini diolah dan digunakan mengikut kesesuaian atau kesukaan pelukis.  Di antaranya ialah:
(i)                  Basah atas basah – warna dicairkan dahulu dan disapukan di atas permukaan yg basah.  Hasilnya kesan lutsinar.
(ii)                Basah atas kering – warna dicairkan dahulu disapukan di atas permukaan yg kering.
(iii)               Karing atas basah – Teknik yg melibatkan sapuan warna yg pekat disapu ke atas lapisan warna yg cair atas permukaan kertas yg telah dibasahkan.
(iv)              ‘Wash” – teknik yg melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan yg basah.  Biasanya berus atau span digunakan.  Sesuai utk menghasilkan kesan air span awan.

(b)   Huraikan konsep dan teknik mencatan yg boleh diajar kepada murid-murid.

·         Semasa mewarna dgn menggunakan warna air,  berus yg paling sesuai ialah berus lembut.
·         Caranya ialah dengan membasahkan bhg kertas yg akan diwarnakan dahulu dengan air kosong.  Contoh : seperti bhg langit atau bumi.
·         Kemudian warnakan dgn warna yg dikehendaki di atas permukaan basah tersebut.
·         Untuk mendapatkan ton warna gelap,  campurkan warna atau pekatkan warna tersebut.
·         Jika tersilap warna,  kita boleh memperbaiki kesalahan dgn menitiskan air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air tersebut dgn berus.  Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut hilang.
·         Warna air biasanya sesuai utk catan jenis pemandangan,  alam semulajadi,  alam benda dan potret.

2.       (a)  Montaj merupakan satu proses menghasilkan komposit gambar dengan pelbagai cara.  Nyatakan beberapa teknik penghasilan montaj yg boleh dijalankan dlm bilik darjah.
Jawapan :  Topik 5 ms  77


(b)    Huraikan cara-cara menghasilkan karya montaj dari segi alat dan media berdasarkan sesuatu tema yang dipilih.
Jawapan: Topik 5 ms 77

Tema :  Montaj Keluarga
Alat dan media: foto keluarga yg diimbas menggunakan pengimbas,  gunting,  gam akrilik lutsinar,  warna tempera,  bingkai gambar plastic,  gam getah,  butang,  tali hiasan,  kain tebal ( felt cloth),  berus lukisan.

Cara-cara menghasilkannya:
·         Potong setiap gambar foto keluarga
·         Guna berus lukisan utk menyapu gam akrilik di atas bingkai plastik. Tampalkan kain tebal pada permukaan bingkai.
·         Letakkan gambar foto di atas bingkai plastik.  Gosok setiap gambar foto yg dilekatkan dgn jari.  Pastikan gambar foto dilekatkan dgn baik supaya tidak ada gelembung udara di bawahnya.
·         Setelah gam kering,  sapukan pula gam akrilik di sekeliling gambar foto tersebut.
·         Setelah gam akrilik cukup kering,  bancuh warna tempera dgn satu sudu gam akrilik.  Guna bancuhan warna tersebut utk menyapu dibhg sekeliling gambar.  Keringkan.
·         Bila cukup kering sapukan perekat simen di atas bingkai plastic tadi.
·         Letakkan tali hiasan di atas perekat simen tersebut.
·         Hiaskan montaj dgn menggunakan butang.

3.       Kegiatan membuat resis adalah salah satu aktiviti menggambar dalam karya seni.

(a)    Nyatakan 10 teknik resis yg boleh dijalankan kepada murid-murid.
Jawapan : Topik 8 ms 127

1.       Krayon resis dgn warna air
2.       Krayon resis dgn warna tempera
3.       Krayon resis dgn warna poster
4.       Krayon resis dgn dakwat basah
5.       Krayon resis
6.       Kertas lilin resis
7.       Resis dgn kain
8.       Krayon resis batik
9.       Resis dari warna air dan perekat getah ( campuran)
10.   Resis dari warna air dan lilin biasa
11.   Resis dari kapur dan lilin  ( cara positif)
12.   Resis dari kapur dan lilin  ( cara negatif)
(b)   Huraikan satu cara untuk menghasilkan dan mengaplikasikan teknik resis menggunakan krayon resis batik.

Jawapan : Topik 8 ms 131

Jenis resis :  krayon resis batik
Tema / tajuk  :  Corak alam semulajadi
Alat dan bahan :  krayon,  kertas manila,  pensel,  warna air,  berus,  kertas tisu
                                Cara-cara:
1.       Hasilkan satu lakaran dengan pensel di atas kertas manila atau pembungkus kertas makanan yg tebal.
2.       Guna garisan pensel sebagai panduan,  lukis garisan dan bentuk dengan krayon membenarkan kawasan kertas masih kelihatan.
3.       Rendam kertas dalam air dan renyok menjadi bola.
4.       Luruskan kertas manila semula,  ratakan dan buang lebihan air yg terdapat pd kertas manila dgn menggunakan tisu.
5.       Warna keseluruhan permukaan dgn warna air atau warna tempera.   Warna akan diserap oleh bhg kertas yg tidak berwarna dan diresis oleh kraron lilin menjadikan seolah-olah seperti jaring sarang labah-labah atau corak batik.
BAHAGIAN C:
1.       Menurut Gaitskell dan Huewitz, (1970),  terdapat 4 cara bagaimana guru dan murid-murid boleh berbincang mengenai kerja seni.  Huraikan bagaimana ia dijalankan dlm pengajaran dan pembelajaran murid tahun 1 hingga ke tahun enam. (20 m)
Jawapan : Topik 1 ms 10
(i)                  Apa yg kamu lihat? ( penerangan )
(ii)                Bagaimana objek / imej itu disatukan ? ( analisis )
(iii)               Apakah yg ingin disampaikan oleh seseorang artis itu ? ( Interpritasi )
(iv)              Bagaimana kamu fikir tentang perkara itu ? ( Penilaian )

Huraian baca ms 10.




2.       Gambar rajah di atas menunjukkan sebuah karya menggunakan teknik percikan.  Terdapat pelbagai alatan dan teknik yg digunakan oleh pelukis dalam menghasilkan karya tersebut.
Huraikan teknik-teknik percikan dn peralatan yg digunakan oleh pelukis berdasar karya di atas.  Nyatakan 5 cara yg boleh diterokai oleh pelajar utk menghasilkan aktiviti percikan dalam bilik darjah.(20)
Jawapan :  Topik 9 ms 145
Teknik-teknik percikan dan peralatan yang digunakan:
1.       Sebelum memulakan aktiviti percikan,  warna latara pada permukaan kertas perlu ditentukan dahulu.  Apabila warna latar kering barulah dimulakan aktiviti percikan.
2.       Teknik kedua ialah dengan menggunakan berus cat dinding rumah yang terpakai.  Bahagian hujung berus yang keras dicecah warna,  kemudian buang lebihan warna yg terdapat pada berus dengan menyapu pada tepi tin.  Berus diketuk kuat di bahagian tepi tin cat.  Ketukan yang kuat akan menyebabkan titikan cat terbang ke permukaan kertas.
3.       Teknik menggunakan pistol semburan atau ‘ spray can’ berwarna boleh menghasilkan percikan yg halus dan seragam. Cara ini lebih cepat daripada cara menggunakan berus.
4.       Satu lagi cara menghasilkan percikan ialah dengan menggunakan ‘ roller’ atau berus penggelek.
5.       Dengan cara menggosokkan pisau keci atau hujung jari pada erus lukisan yg telah dicelup warna.
6.       Penggunaan berus gigi yang berbagai saiz juga boleh menghasilkan percikan.
Baca ms 145 dan 146