Friday, 11 July 2014

HBEF 1403 ( 2012)



HBEF 1403  SENI DALAM PENDIDIKAN 2012
BAHAGIAN A
1.      Jelaskan DUA konsep asas dalam teori kecerdasan pelbagai.
Jawapan:
·         Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidpan sebenar
·         Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan

2.      Jelaskan kepentingan mengadaptasi Teori Pembelajaran Sosial dalam pendidikan.
Jawapan:
·         Menurut Teori Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura,  elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperoleh berdasarkan kepada:
(a)    Penglihatan
(b)   Peniruan
(c)    Pemerhatian tingkah laku orang lain
·         Melalui teori pembelajaran sosial kanak-kanak dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan seharian.


3.      Senaraikan Dua aspek yang melibatkan perasaan semasa proses kreativiti kanak-kanak.
Jawapan: Topik 2 ms 33
  • perasaan dalaman kanak-kanak,  imaginasi dan kreativiti 
  • pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
  • kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaan secara lahiriah

4.      Nyatakan 4 bidang aktiviti pergerakan di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Jawapan: Topik 6 ms 110


·         Permainan berunsur pendidikan
·         Pergerakan berunsur pendidikan
·         Sukan dan atletik
·         Kecergasan jasmani

5.      Jelaskan tujuan motivasi dalam proses pengajaran guru.
Jawapan:
  • membangkitkan minat dalam pelajaran
  • mempertingkatkan prestasi murid
  • memberi perangsang dan dorongan kepada murid untuk melakukan tugasan
  • menggalakkan murid menyertai aktiviti dalam bilik darjah
BAHAGIAN B

1.       Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh dari aspek kognitif,  emosi dan sosial. Semasa sekumpulan kanak-kanak 9 tahun bermain “ teng teng kapal terbang” bincangkan perkara-perkara berikut:
a)      Peringkat Perkembangan kanak-kanak tersebut berdasarkan permainan.
Jawapan: Topik 2 ms 21 

b)      Perkembangan sosial dan jasmani kanak-kanak tersebut.
Jawapan:  Topik 2 ms 25
c)      Perkembangan intelektual / kognitif kanak-kanak tersebut.
Topik 2 ms 25


2.      Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri.
a)       Huraikan 4 unsur yang terdapat dalam melodi sesuatu muzik.

Jawapan:
  • pic
  • skel
  • jeda
  • kontur
       
b)      Bunyi mempunyai kualiti tersendiri dan ia dinamakan warna ton.  Huraikan perbezaan tersebut dalam menghasilkan warna ton dalam nyanyian dan permainan alat muzik.

Jawapan :

Bunyi mempunyai sifat dan kualiti tersendiri dan ini dinamakan warna ton dalam muzik.
Contoh bunyi yang mempunyai warna ton yang berbeza ialah:

• Suara lelaki dengan suara perempuan;
• Suara perempuan dengan suara pelajar;
• Suara orang menjerit dengan suara berbisik;
• Tepukan tangan dengan petikan jari;
• Ketukan batu dengan ketukan kayu.

Warna ton bagi bunyi berbeza, berdasarkan bahan pembuatan alat tersebut serta cara ianya dimainkan. Warna ton dalam sesuatu muzik adalah seakan-akan sama seperti warna ton dalam sesebuah lukisan. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan warna ton bunyi ialah seperti lembut, kasar, nyaring, garau, halus, terang, ringan dan berat.


3.      Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak iaitu menegaskan kepada kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan pemahaman,  penghayatan dan kritikan:

a)       Nyatakan 4 bidang utama dalam pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.
Jawapan:
·         Menggambar
·         Membuat rekaan dan corak
·         Membentuk dan membuat binaan
·         Mengenal kraf Tradisional

b)      Unsur seni merupakan elemen penting dalam asas seni reka.  Terdapat 6 elemen utama dalam unsur seni.  Bincangkan bagaimana elemen garisan menjadi sebahagian unsur seni.

Jawapan: 


1. Garisan menimbulkan rupa.
2. Garisan menimbulkan bentuk.
3. Garisan menimbulkan ilusi cahaya dan bayang.
4. Garisan mewujudkan ruang.
5. Garisan menghasilkan jalinan.
6. Garisan menghasilkan motif pada reka corak.
7. Garisan mewujudkan ton.
8. Garisan menghasilkan pelbagai asas corak garisan grid



c)      Bincangkan bagaimana DUA konsep estetika boleh ditampilkan dalam karya seni visual.

Jawapan:


Konsep estetika boleh ditampilkan melalui:
a)      Peniruan sebagai representasi gambar dan imej.
Di dalam berkarya,  peniruan menjadi satu cara dan gayaan untuk mewujudkan nilai estetika.  Peniruan bermakna menterjemahkan secara langsung objek atau imej.

b)     Ekspresi dalam perasaan dan emosi
Pelukis-pelukis terkenal sering mengekspresikan lukisan mereka mengikut perasaan dan emosi.  Tema-tema yang berkaitan dengan kesedihan ,  kegembiraan,  keporak-perandaan dan kecelakaan yang melanda seseorang,  tempat dan negara ditampilkan pada kanvas dan arca-arca mereka.  Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat menimbulkan nilai estetika kerana keselarasan mesej yang ingin disampaikan.


BAHAGIAN C

1.       Jelaskan konsep pembelajaran berasaskan Teori Pemprosesan Maklumat Gagne.
Jawapan:  Topik 8 ms 161-164


Teori Pemprosesan Maklumat

Teori ini dikemukakan oleh Gagne ( 1975 ) yang mengemukakan bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

Mengikut teori ini rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.  Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan,  kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Mengikut Gagne,  pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkan dengan pengalaman baru,  demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. 
Gagne mengenal pasti dan menyarankan LAPAN frasa yang  biasa dialami oleh manusia dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi,  fasa kefahaman,  fasa penyimpanan,  fasa pemahaman,  fasa ingatan kembali,  fasa generalisasi,  fasa prestasi dan fasa maklum balas.

Apabila aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan dijalankan,  kanak-kanak berpeluang :

  • beinteraksi dengan bahan,  subjek da hasil
  • berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian
  • mendapat maklum balas daripada orang lain
  • bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya
  • mengelak perlakuan yang tidak diingini
  • mengekalkan perlakuan yang diingini.

2.      Persekitaran pembelajaran sangat mempengaruhi peningkatan perkembangan deria kanak-kanak.  Bincangkan aspek-aspek pengurusan bilik seni yang perlu diambil kira oleh guru bagi meningkatkan aktiviti pembelajaran kanak-kanak.
Jawapan:  Topik 3 ms 46-48

Bincangkan aspek Fizikal / Emosi dan Sosial

1.  Aspek Fizikal termasuklah :

  • Cahaya - bilik PSV hendaklah mendapat cahaya yang sesuai yang dapat menerangi ruang bilik darjah.
  • Peredaran Udara - Bilik darjah harus mempunyai peredaran udara yang baik supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang selesa.
  • Stor - Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan sama ada stor atau almari.
  • Panel dan rak pameran - sebagai tempat / ruang pameran hasil kerja pelajar.
  • Perabot - kerusi dan meja hendaklah sesuai dengan dengan semua aktiviti dari segi saiz dan bilangan pelajar.
  • Kemudahan asas - seperti singki dan punca elektrik
2.  Aspek Emosi-  hiasan dalaman ,  ruang ,  pameran

3.  Aspek Sosial -  Interaksi pelajar dan kemugdahan aktiviti kumpulan 

  Keperluan lain termasuklah:
  • keselamatan
  • kebersihan
  • susunan perabot
  • sudut pameran hasil kerja
  • kelengkapan bilik
  • pengagihan tugas
  • pengumpulan alat / bahan
  • jadual penggunaan bilik



No comments:

Post a Comment