BAHAGIAN A
1.
Apakah
yang dimaksudkan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( ICT ).
Jawapan :
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses
pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan
perantaraan teknologi. Teknologi merupakan satu bentuk pemudah cara
yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. TM tidak terhad kepada
internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon,
telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan
maklumat kepada penerima.
2.
Sesebuah
komputer perlu dilakukan penyelenggaraan bagi memastikan keupayaannya berada
pada tahap optimum. Nyatakan DUA utiliti
yg biasa dilakukan oleh pengguna dan jelaskan bagaimana setiap utiliti
tersebut berfungsi.
Jawapan: Topik 6 ms 142
Dua utiliti
tersebut ialah Scandisk dan Defrag.
·
Scandisk
-berfungsi untuk memperbaiki masalah fizikal dan logikal yang
terdapat pada cakera keras ( hard disk) dan cakera liut.
-mencari dan membuang fail-fail yang tidak dikehendaki.
·
Disk
Defragmenter
-membolehkan data dicapai dengan lebih cepat
-program akan beroperasi dengan lebih pantas
3.
Apakah
perbezaan rajah A dan rajah B.
Jawapan:
4.
Nyatakan
DUA contoh ingatan kekal dan DUA contoh ingatan sementara.
Jawapan:
2 contoh
ingatan kekal:
·
ROM-
( Read Only Memory)- ROM ialah ingatan kekal di dalam komputer dan adalah untuk
bacaan sahaja.
2
contoh ingatan sementara:
·
RAM
– Ram ialah ingatan yang mengandungi atur cara yang ditulis. Ram menyimpan arahan data dan kepuasan
pemprosesan di dalam komputer secara sementara.
5.
Senaraikan
DUA protokol komunikasi yang terlibat dalam penghantaran dan penerimaan
data. Nyatakan tugas kedua-dua protokol
tersebut.
Jawapan: Topik
6 ms 160
1.
Protokol
Komunikasi : Token Ring :
·
Token
Ring menggunakan topologi gelang di mana data dihantar dari satu komputer ke
komputer yang lain dalam bulatan sehinggalah data tersebut sampai semula ke
penghantarnya.
·
(
baca ms 161 )
2.
Protokol
Komunikasi : Ethernet
Tugasnya baca ms 162
BAHAGIAN B
1.
(a)
Apakah yang telah dilakukan oleh Cikgu Ahmad ?
Jawapan:
(b) Terangkan 3 langkah lain untuk mengelakkan
komputer daripada ancaman seperti di atas.
Jawapan: Topik 6 ms 174
·
Guna
kata laluan (password) supaya orang-orang tertentu sahaja boleh menggunakan
komputer itu.
·
Selalu
mengesan virus dengan menggunakan program pengesan virus seperti McFee
Scan, PcCillin, TAVS dan lain-lain.
·
Selalu
tutup tap lindungi tulis ( White-protect tab ) pada cakera liut.
·
Jangan
menyimpan data-data dalam cakera keras kerana sukar untuk dilindungi tulis pada
cakera itu.
·
Selalu
buat cakera bantu ( backup) supaya ada salinan sekiranya cakera asal rosak.
·
Jangan
berkongsi disket. Kemungkinan ia akan
dijangkiti virus
(c) Bincangkan 4 kesan ancaman virus komputer
kepada pengguna.
Jawapan:
1.
Serangan
virus boleh mengakibatkan kehilangan semua data penting yang disimpan dalam
komputer pengguna.
2.
Program, fail atau data hilang tanpa sebab.
3.
Melambat
dan akhirnya mematikan perjalanan sistem dengan membiak dan mengisikan diri
sendiri dalam ingatan komputer.
4.
Mencipta
sektor yang tidak baik pada cakera ( bad sektor ) menyebabkan data hilang atau
tidak dapat dicapai.
1.
(a) Bincangkan 3 kebaikan dan 3 kelemahan
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer kepada pelajar.
Jawapan:
1. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
2. Meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran.
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
4. Melaksanakan eksperimen yang sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat.
4. Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.
Kelemahan :
1. Pengajaran
berasaskan komputer memerlukan kemahiran guru dalam mereka bahan atau
perisian.
2. Banyak
masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan.
3. Pengintegrasian
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran
memerlukan prasarana yang mencukupi seperti kemudahan makmal
komputer, peralatan berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat,
serta penyediaan dan penyelenggaraan komputer yang mencukupi dan
lancar.
(b) Bincangkan 2 kelebihan dan 2 kelemahan
penggunaan ICT kepada guru.
Jawapan:
Kelebihan
penggunaan ICT kepada guru:
1. Guru boleh mendapatkan bahan dan bantuan dengan mudah dan cepat.
2. Melalui Forum Internet, guru boleh mendapatkan idea-idea baru dengan berkongsi pengalaman dan maklumat dengan guru-guru lain.
Kelemahan penggunaan ICT kepada guru:
1. Guru perlu melengkapkan diri dengan latihan secara berterusan dalam pedagogi dan teknologi. Tugas mengajar menjadi lebih mencabar. Kekurangan guru berpengalaman menjadi isu utama dan membebankan tugas guru.
2. Guru terpaksa memperuntukkan masa dan memberi tumpuan kepada pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran seperti lembaran kerja, nota dan panduan.
1.
(a) Apakah Internet ?
Jawapan:
(b) Nyatakan dan lakarkan 3 jenis topologi rangkaian. Nyatakan ciri-ciri bagi setiap topologi yang telah anda nyatakan
Topologi Bas
Topologi ini
adalah antara jenis topologi yang asas serta mudah dibangunkan. Ianya selalu
digunakan dalam persekitaran rangkaian yang menggunakan wayar koaksial. Ia
dihubungkan dengan satu kabel tunggal (backbone) yang menghubungkan di antara
semua komputer dan peranti – peranti lain. ia mempunyai satu titik permula
serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua – dua penghujung awal
dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau
komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod (fail
pelayan, stesen kerja dan peranti – peranti lain) adalah disambung kepada kabel
linear tersebut. Topologi ini mempunyai lebih daripada satu komputer pelayan
dan sesetengah keaadaan komputer pelayan tidak diperlukan di dalam rangkaian.
Kelebihan
topologi bas ialah:
o Jika salah satu terminal gagal
berfungsi, ia tidak menjejaskan operasi terminal – terminal lain.
o Ia boleh menjadi pengganti yang baik
kepada topologi yang lain.
o Ia amat sesuai untuk rangkaian yang bersifat
sementara dan yang diperlukan dengan kadar yang segera.
o Terminalnya pula mudah ditambah atau
dikurangkan tanpa mengganggu terminal – terminal lain di dalam rangkaian.
Kelemahan
topologi bas pula ialah:
o Pelanggaran data boleh berlaku
apabila dua atau lebih nod adalah menghantar data pada masa yang sama
o Ia tidak sesuai jika kadar trafik
data dalam rangkaian adalah banyak.
o Ia adalah amat sukar untuk mengurus
dan menyelesaikan masalah topologi bas.
o Kegagalan kabel backbone boleh melumpuhkan
seluruh rangkaian dan ia amatlah sukar untuk mencari permasalahan tersebut.
o Kos penyelenggaraan boleh meningkat
untuk jangka masa yang panjang
o Prestasi rangkaian adalah menurun
apanila lebih banyak komputer ditambah kepada rangkaian.
Topologi Cincin
Bentuk jenis
topologi ini seolah menyamai sebuah bulatan. Ini kerana setiap terminal atau
komputer peribadi akan disambungkan kepada komputer peribadi atau terminal
seterusnya iaitu terminal yang bersebelahan dengannya. Lazimnya ia menggunakan wayar
pasangan terpiuh. Setiap terminal dalam rangkaian sangat bergantung di antara
satu sama lain. jika salah sebuah terminal rosak ataupun bermasalah, sluruh
rangkaian tersebut tidak akan dapat berfungsi. Data yang dihantar mesti melalui
dari satu terminal ke terminal yang bersebelahan sehinggalah sampai ke terminal
destinasi sebenar. Apabila data yang dihantar sampai ke terminal, isinya akan
diambil atau dibaca dan segera dihantar ke terminal bersebelahan. Proses ini
akan berterusan sehingga sampai ke destinasi sebenar. Topologi ini selalunya
lebih murah jika dibandingkan dengan kos untuk membangunkan rangkaian
menggunakan topologi – topologi yang lain. ia kurang digunakan kerana sukar
untuk menambah upaya sesebuah rangkaian yang menggunakan topologi seumpana ini.
Kelebihan
topologi cincin ialah:
o Ia adalah satu rangkaian yang
teratur di mana semua nod dalam rangkaian mempunyai akses sama rata kepada
semua sumber – sumber.
o Ia tidak memerlukan computer pelayan
rangkaian untuk menguruskan sambungan.
Kelemahan
topologi cincin pula ialah:
o Jika salah satu stesen kerja gagal
untuk berfungsi, ia mungkin membawa kepada kegagalan seluruh rangkaian.
o Penambahan dan pengurangan peranti
di dalam rangkaian boleh memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.
o Rangkaian cincin adalah lebih
perlahan daripada Ethernet
Topologi Bintang
Topologi ini
digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan
komputer pelanggan – pelayan (Client - Server). Ia menggunakan
perkakasan pusat iaitu hub atau switch yang berfungsi sebagai penyambung kepada
komputer induk dan komputer peribadi iaitu stesen kerja yang terdapat pada
rangkaian tersebut akan bersambungan kepadanya. Apabila sesebuah stesen kerja
atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat,
ia akan dihantar dahulu kepada hub. Hub terlebih dahulu memprosesnya dan
kemudiannya menghantar secara terus kepada komputer peribadi serta nod
destinasi. Topologi ini juga agak stabil serta mudah diurus kerana ia berteraskan
kepada penggunaan hub, kerosakan pada mana – mana terminal serta komputer
peribadi tidak akan memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian tersebut. Namun,
jika ada hub mengalami masalah, keseluruhan rangkaian tidak dapat digunakan.
Kelebihan
topologi bintang ialah:
o Topologi ini mudah untuk menambah
atau mengurangkan bilangan komputer dalam rangkaian tanpa mengganggu rangkaian.
o Hub atau switch boleh dijadikan
sebagai tempat yang terbaik untuk mendiagnosis kerosakan.
o Salah satu kerosakan pada mana –
mana komputer tidak memberi kesan kepada rangkaian komputer.
Kelemahan
topologi bintang pula ialah:
o Jika peranti pusat ( hub / switch)
gagal berfungsi seluruh rangkaian computer akan lumpuh dan tidak dapat
beroperasi.
o Kos untuk membangunkan topologi ini
adalah mahal kerana semua kabel rangkaian bermula dari switch dan ditarik
kepada setiap stesen kerja. Ia memerlukan kabel yang lebih jika dibandingkan
dengan topologi yang lain.
(c) Jika anda ingin membina satu rangkaian
komputer di makmal komputer sekolah anda,
apakah jenis topologi yg akan anda gunakan? Nyatakan 2 alasan untuk menyokong cadangan
anda.
Jawapan:
Topologi Bas kerana:
Jika salah satu terminal gagal berfungsi, ia tidak menjejaskan operasi terminal – terminal lain.
Jika salah satu terminal gagal berfungsi, ia tidak menjejaskan operasi terminal – terminal lain.
o Ia boleh menjadi pengganti yang baik
kepada topologi yang lain.
o Ia amat sesuai untuk rangkaian yang bersifat
sementara dan yang diperlukan dengan kadar yang segera.
o Terminalnya pula mudah ditambah atau
dikurangkan tanpa mengganggu terminal – terminal lain di dalam rangkaian.
No comments:
Post a Comment