Thursday, 7 August 2014

SENI DALAM PENDIDIKAN MEI 2013



BAHAGIAN A

1.      Jelaskan DUA aspek yang terlibat semasa proses kreativiti.

Jawapan : Topik 2 ms 33
  •  perasaan dalaman kanak-kanak,  imaginasi dan kreativiti
  • pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil
  • kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah

2.      Nyatakan DUA faktor yang mempengaruhi persepsi seseorang.

Jawapan:
·         Faktor rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga,  hidung,  lidah dan kulit.
·         Rangsangan otak yang mentafsir maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan,  menginterpretasi dan membentuk makna,  bayangan,  gambaran atau konsep rangsangan tersebut.

3.      Nyatakan EMPAT subjek dan tema yang diadaptasi dalam aktiviti seni visual.
Jawapan:  Topik 9 
·         Persekitaran Alam Semula Jadi
·         Persekitaran Buatan manusia
·         Persekitaran teknologi
·         Tema Masyarakat

4.      Nyatakan EMPAT kemahiran manipulatif yang dapat menjadi asas pembinaan kemahiran diri pelajar.
Jawapan:  Topik 6 ms 121
·         Membaling
·         Menyambut
·         Memukul
·         Menendang dan menyepak
·         mengelecek

5.      Nyatakan EMPAT unsur pergerakan dalam pengetahuan asas muzik.
Jawapan:  Topik 5 ms 105
·         Gerakan mengikut lirik lagu
·         Gerakan mengikut konsep muzik
·         Gerakan bebas dengan muzik
·         Interpretasi muzik dengan gerakan
·         Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema dengan muzik


BAHAGIAN B
1.      Teori Konstruktivisme merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk seni dan pendidikan.
(a)   Huraikan DUA kepentingan Teori Konstruktivisme dengan seni dalam pendidikan.
Jawapan:  Topik 8 ms 154
·         Hubung kait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada
·         Menyusun ataur maklumat dan pengetahuan
·         Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru

(b)   Jelaskan TIGA implikasi daripada pembelajaran Konstruktivisme.
Jawapan: Topik 8 ms 155
·         Pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berpusat
·         Membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada.
·         Guru berperanan sebagai fesilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
·         Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru.
·         Guru mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan.

2.      Poster di atas adalah hasil kerja murid mengenai penghubungkaitan tema dengan mata pelajaran.  Guru digalakkan untk merancang dan melaksanakan pendekatan bertema dalam pengajaran mereka.
(a)   Jelaskan bagaimana pemilihan tema dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jawapan:  Topik 9 ms 182

Pemilihan tema yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut:
  •         berasaskan konsep
  •         berasaskan kemahiran
  •         berasaskan kandungan dan kemahiran
  •         berfokus kepada isu
  •         berfokus kepada projek
  •         berorientasikan kajian kes
Beberapa aspek perlu dipertimbangkan untuk pemilihan tema :
  •        Boleh merentas semua mata pelajaran
  •        Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar
  •        Bersesuaian dengan situasi,  masa atau peristiwa
  •        Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang aka digunakan dalam proses Pengajaran dan pembelajaran
  •        Guru berminat terhadap tema yang dipilih
  •        Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar
(b)   Huraikan jenis-jenis tema yang diaplikasi dalam pendekatan Bertema.

Jawapan:  Topik 9 ms 188

Jenis-jenis tema:

1.  Tema Persekitaran : 
  •        Alam semula jadi
  •        Buatan Manusia
  •        Teknologi
2.  Tema Masyarakat :
  • Masyarakat Zaman Purba
  • Zaman Batu
  • Masa Kini  
3.  Tema Komunikasi :
  • Komunikasi verbal
  • Komunikasi Bukan Verbal
3.      Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran beberapa aspek perlu diberi perhatian bagi memastikan penglibatan dan pengukuhan penyampaian terhasil.
(a)   Jelaskan kepentingan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan: Topik 8 ms 168
  •  Motivasi bertujuan untuk membangkitkan minat pelajar dalam pelajaran
  • Agar pelajar cenderung dan berkeinginan untuk meningkatkan prestasi
  • Memberangsangkan minat dan keinginan untuk mempelajari,  melaksanakan dan memperbaiki kelemahan diri.
  • Mempertingkatkan konsep kendiri pelajar
  • Menyedari kekuatan dan kelemahan diri dan berusaha memperbaiki kekurangan diri 
  • Merangsang minda pelajar ke tahap yang optimum

(b)   Huraikan EMPAT teknik yang dapat membantu guru membuat pengukuhan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan:  ms 169
·         Bahan pembelajaran yang menarik minat pelajar
·         Mempelbagaikan pendekatan dan strategi pengajaran
·         Penggunaan media cetak
·         Penggunaan media elektronik

(c)    Jelaskan proses refleksi yang guru perlu laksanakan.
Jawapan : Topik 8 ms 172
·         Kefahaman
·         Transformasi
·         Pelaksanaan
·         Penilaian
·         Refleksi
·         Kefahaman baru

BAHAGIAN C
1.      Bincangkan dan huraikan 4 bidang utama dalam seni Visual untuk sekolah rendah.
Jawapan:

4 Bidang PSV
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:

1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional

Setiap bidang ini menekankan keempat
1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi da
1.1 Lukisan
1.2 Catan
1.3 Kolaj
1.4 Montaj
1.5 Cetakan
1.6 Resis
1.7 Gosokan
1.8 Stensilan
1.9 Percikan
1.10 Gurisan
1.11 Capan
1.12 Mozek
1.13 Poster
i, lakonan, nyanyian dan cerita.

2. Membuat Corak dan Rekaan
Terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya seperti:

2.1 Corak tidak terancang secara:
2.1.1 Pualaman
2.1.2 Tiupan
2.1.3 Titisan
2.1.4 Ikatan dan celupan
2.1.5 Renjisan dan percikan

2.2 Corak terancang secara:
2.2.1 Lukisan
2.2.2 Catan
2.2.3 Cetakan
2.2.4 Capan
2.2.5 Lipatan dan guntingan
2.2.6 Resis
2.2.7 Kolaj
2.2.8 Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. 3. Membentuk dan Membuat Binaan 
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan perserti:

3.1 Arca timbul
3.2 Asemblaj
3.3 Mobail
3.4 Stabail
3.5 Model
3.6 Diorama
3.7 Boneka
3.8 Topeng
3.9 Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang
4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

4.1 Alat domestik
4.2 Alat permainan
4.3 Alat pertahanan diri
4.4 Perhiasan diri (ornamen)
4.5 Batik
4.6 Tekat
4.7 Ukiran
4.8 Tenunan
4.9 Anyaman
4.10 Tembikar

b
1.      Huraikan ciri-ciri tahap generik kecekapan kemahiran pelajar bagi penukaran daripada pengalamana kemahiran tak varian kepada situasi dinamik.
Jawapan:  Topik 7 ms 141 - 143

Berikut dijelaskan ciri-ciri generik tahap kemahiran:

1.  Tahap Prakawalan: ( lemah )
  • Pelajar menghadapi masalah mengulangi sesuatu pergerakan yang berkesan secara berturut-turut.  Pola perlakuan mereka berubah-ubah dari satu percubaan ke satu percubaan.
  • pelajar melakukan pergerakan secara keterlaluan dan tidak cekap semasa mempraktikkan kemahiran.
  • pergerakan pelajar nampak janggal dan lazimnya bertentangan dengan kaedah praktik kemahiran yang sebenar.
  • kejayaan sering dikaitkan dengan nasib dan bukan dengan kesungguhan usaha dan bimbingan.
  • Apabila berlatih menggunakan peralatan,  perlakuan mereka seolah-olah dikuasai oleh peralatan.
2.  Tahap Kawalan : ( sederhana )
  • Pergerakan pelajar lebih tertib,  terkawal dan nampak lebih mengikut kehendak mereka.
  • Pergerakan pelajar lebih tekal dan pola pengulangannya agak serupa.
  • Pelajar lebih kerap mempraktikkan kemahiran dengan betul.
  • Percubaan pelajar untuk menggabungkan satu jenis pergerakan dengan dengan yang lain atau untuk mempraktikkan sesuatu kemahiran dalam hubungannya dengan objek atau dengan rakan pemain,  biasanya tidak berhasil.
  • Oleh sebab sesuatu pergerakan itu masih belum dapat dipraktikkan secara automatik,  pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih kepada apa yang sedang dilakukan.
3.  Tahap Penggunaan: ( baik )
  • Dengan penumpuan,  lakuan-lakuan pergerakan dapat dipraktikkan dengan jaya.
  • Walaupun konteks tugas berubah-ubah,  pelajar masih mampu melaksanakan kemahiran dengan betul.
  • Pelajar sudah berupaya untuk mengawal kemahiran mereka dalam situasi-situasi yang boleh diramal.  Mereka boleh mempraktikkan secara tekal.
  • Pelajar mampu mempraktikkan dengan baik kemahiran-kemahiran kompleks yang terdiri daripada gabungan beberapa kemahiran.
4.  Tahap Kecekapan: ( cemerlang )
  • Kemahiran hampir dapat dipraktikkan secara automatik dan pola-pola perlakuan sudah menjadi hampir sama.
  • Pelajar berupaya memberi tumpuan terhadap ciri-ciri yang berada di luar jangkaan dalam konteks permainan,  namun masih mampu mempraktikkan kemahiran mengikut hasrat hati.
  • Pergerakan dilakukan dengan mudah dan bersahaja seolah-olah tanpa perlu banyak usaha.
  • Pelajar memperlihatkan keupayaan mengubah suai perlakuan mereka selaras dengan kehendak-kehandak situasi,  baik yang terancang mahupun yang tidak terancang.

Melalui permainan pelajar memperolehi pengalaman.  Sebagai contoh,  kemahiran membaling dan menangkap pundi-pundi kacang bersama rakan mungkin dapat dipindahkan dan dipraktikkan dalam kemahiran membaling dan menangkap bola jaring atau bola lisut.

Terdapat 3 kategori pengalaman mengikut tahap kemahiran pelajar.  Antaranya ialah:

1.  Pengalamaan kemahiran PermainanTak varian:
 
2.  Pengalaman kemahiran Permainan Dinamik

3.  Pengalaman Bermain Permainan












No comments:

Post a Comment