BAHAGIAN A
1.
Nyatakan secara ringkas perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi pada zaman sebelum 1940 dan zaman dari 1980 hingga
kini.
Jawapan : Topik 1 ms 2-7
Perkembangan IT bermula apabila Generasi Komputer Digital wujud. Generasi pertama wujud pada tahun 1951-1958. Pada ketika itu tiub vakum telah digunakan sebagai elemen logik utama. Input terhadap komputer menggunakan kad tebuk dan data disimpan dengan menggunakan storan luaran. Storan dalamannya pula menggunakan drum magnetik. Aturcara ditulis dalam bahasa mesin dan bahasa himpunan.
Generasi Kedua (1959-1963) menggantikan tiub vakum dengan transistor sebagai elemen logik utama. Pita magnetik dan cakera pula telah menggantikan kat tebuk dan bertindak sebagai peralatan storan luaran. Bahasa pengaturcaraan aras tinggi digunakan untuk membuat aturcara seperti FORTRAN dan COBOL.
Transistor pula telah digantikan dengan litar bersepadu pada era Generasi Ketiga (1964-1979). Pita magnetik dan cakera menggantikan kad tebuk sepenuhnya dan ingatan metal oksida semikonduktur (MOS) diperkenalkan. Bahasa lebih tinggi telah dibangunkan seperti BASIC.
Komputer Generasi Keempat seperti hari ini menggunakan litar bersepadu berskala (LSI dan VLSI). Mikroprosessor mengandungi litar ingatan, logik dan kawalan direka dalam satu cip sahaja. Komputer pribadi mula diperkenalkan oleh Apple (1984) dan IBM (1981) untuk kegunaan di rumah. Sistem pengoperasian MS-DOS digunakan secara meluas. Bahasa pengaturcaraan generasi keempat yang dibangunkan adalah seperti Visual C++ dan Visual Basic dengan ciri-ciri pengguna antaramuka bergrafik.
2.
Nyatakan satu fungsi untuk Scan Disk dan Disk Defrag.
Jawapan: Topik 6 ms 142
fungsi scandisk
- Scandisk adalah untuk mengesan dan memperbaiki masalah fizikal dan logikal yang terdapat pada cakera keras ( hard disk ) dan cakera liut.
- mencari dan membuang fail-fail yang tidak dikehendaki.
- membolehkan data dicapai dengan lebih cepat
- program akan beroperasi dengan lebih pantas
3.
Terangkan
makna untuk setiap komponen IP Addess berikut :
Jawapan:
192. 186. 132. 4
(a) (b) (c) (d)
Jawapan:
(a)
Kod kawasan
(b)
Organisasi
(c)
Kumpulan
komputer
(d)
No.komputer
4.
Apakah
internet ? Berikan DUA contoh penggunaan
internet dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan: Topik 7 ms 179
Internet adalah gabungan
perkataan inter dan networking , yang bermaksud antara rangkaian. Internet juga dikenali sebagai Net, dan merupakan satu rangkaian komputer yang
menghubungkan berjuta-juta komputer di merata dunia.
Dua contoh
internet dalam pengajaran dan pembelajaran:
·
World
Wide Web
·
Telnet
·
E-mel
·
Telesidang
1. Nyatakan dua
tanda komputer dijangkiti virus dan dua cara mengatasi virus tersebut.
Jawapan;
Lazimnya virus komputer hanya boleh dikesan oleh anti-virus, namun begitu jika komputer anda mengalami sintom-sintom berikut, adalah besar kemungkinan komputer anda telah diserang virus.
Disket
1. Terdapat bad sector pada disket
2. Fail di dalam disket tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.
3. Terdapat mesej di dalam directory disket anda.
4. Volume label telah berubah
5. Jumlah saiz fail berubah sedangkan anda tidak menggunakan fail tersebut.
HardDisk
1. Hard disk mengambil masa yang lama untuk boot.
2. Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan
3. Terdapat bad sector
4. Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.
5. Jumlah saiz fail berubah.
Komputer
1. Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin
2. Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya
3. Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save , huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya.
4. Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.
BAHAGIAN B
1. (a) Komputer memainkan peranan yang penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Anda
sebagai ketua jabatan bahasa sekolah anda ingin membeli sebuah komputer untuk
membantu guru-guru jabatan anda dalam penyediaan bahan pengajaran dan
pembelajaran.
Senaraikan dan terangkan komponen perkakasan sistem
komputer yang perlu ada untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran bagi
jabatan bahasa. Berikan satu contoh
untuk setiap perkakasan yang akan dibeli.
Jawapan:
Komponen
(b) Huraikan
dua jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang sesuai
untuk pengajaran Bahasa Melayu.
Jawapan:
2. Cadangkan satu topik pengajaran dan terangkan bagaimana model pengajaran
Gagne boleh digunakan dalam pembangunan PPBK bagi topik tersebut. Penerangan anda perlu berdasarkan setiap
tahap pengajaran Gagne seperti berikut:
i.
Mendapatkan perhatian
ii.
Memaklumkan objektif
kepada pelajar
iii.
Mengingat kembali
pengetahuan sedia ada
iv.
Menyampaikan maklumat
v.
Membantu pembelajaran
vi.
Memberi latihan
vii.
Memberi maklum balas
viii.
Menilai pencapaian
ix.
Mengingat kembali
Jawapan: Topik
8 ms 212 ( beri contoh satu topik pengajaran )
Tahap
Pembelajaran
|
Keterangan
|
1.
Mendapat perhatian
|
Pengajaran mestilah
dimulakan dengan sesuatu yang menarik minat dan perhatian pelajar. Sesetengah perisian kursus menggunakan
video atau audio yang digabungkan dengan animasi atau grafik yang menarik.
|
2.
Memaklumkan objektif
kepada pelajar
|
Tujuan pengajaran
mestilah dijelaskan kepada pelajar agar mereka lebih bersedia menerima apa
yang diajar.
|
3.
Mengingat kembali
pengetahuan sedia ada
|
Pelajar hendaklah
digalakkan mengingat kembali pengetahuan sedia ada. Antara cara yang boleh dilakukan ialah
dengan meminta pelajar menjawab beberapa soalan ringkas atau dengan
menyatakan maklumat penting yang diperlukan.
|
4.
Menyampaikan maklumat
|
Maklumat mesti
disampaikan dengan tepat dan ringkas.
Ia hendaklah disampaikan dengan menarik dengan menggunakan grafik yang
sesuai, animasi, audio dan video. Untuk membantu pelajar memahami
pelajaran, bilangan isi atau fakta di
dalam satu skrin yang disampaikan hendaklah dihadkan supaya pelajar dapat
memahaminya dengan mudah.
|
5.
Membantu pembelajaran
|
Isi dan pelajaran
hendaklah disokong dengan contoh-contoh bagi membantu pemahamaan
pelajar. Kaedah EGRUL (
contoh-rumusan) atau RULEG (rumusan-contoh) digunakan.
|
6.
Memberi latihan
|
Latihan yang
dijalankan hendaklah sesuai dengan kandungan pelajaran yang disampaikan.
Latihan sama ada (perisian kursus) atau yang disediakan oleh guru. Pencapaian atau respons pelajar menentukan
tahap pemahaman pelajar.
|
7.
Memberi maklum balas
|
Satu kelebihan
penggunaan perisian kursus PPBK ialah ia mampu memberi maklum balas serta-merta
kepada pelajar. Bergantung pada pencapaian
murid dalam latihan, mereka diberikan
pengukuhan atau pemulihan. Guru dapat
membantu sekiranya perisian ini tidak disediakan.
|
8.
Menilai pencapaian
|
Di akhir
pengajaran, pelajar biasanya diberikan
ujian untuk menilai pemahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari
|
9.
Mengingat kembali
|
Adalah penting bagi
pelajar untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari dan seterusnya
menggunakan pengetahuan ini dalam situasi yang berbeza. Bahan-bahan tambahan perlu disediakan.
|
3. Sebagai seorang guru, anda ingin
membangunkan PPBK untuk pengajaran anda.
(a) Terangkan langkah pembangunan
perisian model ADDIE
Jawapan:
Model ADDIE mempunyai 5 langkah utama:
1. Analisis - Tentukan dengan jelas :
·
Tujuan perisian kursus
dibangunkan
·
Untuk siapa ia
dibangunkan
·
Matlamat dan objektif
pengajaran
·
Kandungan pelajaran
yang diperlukan untuk mencapai objektif tersebut
·
Pengetahuan sedia ada
pelajar
·
Strategi pengajaran
2. Reka bentuk – penghasilan papan cerita ( storyboard):
·
Kandungan skrin
·
Reka bentuk skrin
·
Perkaitan satu skrin
dengan skrin yang lain
3. Pembangunan – penghasilan elemen-elemen dalam reka bentuk:
·
Video
·
Animasi
·
Dokumentasi teknikal
dan panduan pengguna
4. Implementasi – latihan pengguna termasuk guru dan pelajar :
·
Memberi keyakinan
kepada guru untuk menggunakannya
·
Memberi penerangan
tentang kaedah PPBK dan kelebihannya kepada pelajar
5. Penilaian – penilaian Formatif dan penilaian Sumatif:
·
Penilaian Formatif : dilakukan pada setiap langkah ADDIE –
memastikan perisian kursus menepati kehendak dan objektif pembangunan
·
Penilaian Sumatif
: memastikan objektif pengajaran dapat
dicapai oleh pelajar
·
Kaedah soal selidik
boleh juga digunakan.
(b) Cadangkan satu topik dan jelaskan bagaimana komputer yang digunakan sebagai
mod pengajar ( tutor ) , alat (tool) dan pelajar ( tutee ) boleh digunakan
untuk mengajar topik tersebut secara berkesan.
Jawapan: Topik 10 ms 250
BAHAGIAN C
1. Perkembangan
teknologi Maklumat dan Komunikasi telah membawa perubahan dalam cara pengajaran
dan pembelajaran. Berikan pandangan anda
terhadap peranan guru dan pelajar dalam penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi untuk P&P.
Adakah perubahan tersebut akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran ? Berikan hujah anda untuk
menyokong jawapan tersebut.
Jawapan:
Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfitrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan
kecekapan proses dan keberkesanan P&P.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ini telah membawa
perubahan yang besar dan memberi banyak manfaat kepada guru dan pelajar.
Penggunaan ICT secara terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam
pembelajaran :
·
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid
terhadap pelajaran.
·
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua
murid yang pelbagai keupayaan.
·
Menigkatkan motivasi murid.
·
Membolehkan pembelajaran bersendiri ( individualise
learning)
·
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar
diperolehi
·
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan
masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul.
·
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
mencabar
·
Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen
yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan
dengan cara biasa.
·
Menungkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
·
Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan
dengan bimbingan yang minimum.
·
Meningkatkan kemahiran ICT
·
2. “ Penggunaan
PPBK dalam pengajaran dan pembelajaran akan dapat mempertingkatkan keberkesanan
pembelajaran dalam bilik darjah” Apakah
pendapat anda ? Bincangkan.
Jawapan: Topik 8 ms 210
Pada pendapat saya penggunaan PPBK dalam pengajaran
dan pembelajaran akan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran dalam
bilik darjah. Menurut Alessi &
Trollip (1991), PPBK yang dilaksanakan dengan betul akan dapat mempertingkatkan
keberkesanan pembelajaran.
Contohnya dalam perisian simulasi atau permainan, pelajar akan dapat belajar secara aktif
dengan berinteraksi dengan perisian.
Pembelajaran aktif meningkatkan tahap pemikiranyang lebih tinggi seperti
analisis, sintesis dan penilaian.
Selain daripada itu,
PPBK membolehkan pelajar :
·
Menggunakan pelbagai media yang
dapat merangsang deria-deria mereka;
·
Mengulangi pembelajaran sekerap yang
diperlukan
·
Mengawal perjalanan perisian kursus
dan memilih bahagian-bahagian yang dikifirkan perlu
·
Memberi maklum balas serta-merta
terutama dalam PPBK latih tubi atau penilaian.
Jensen (1996) , dalam satu kajian, telah membandingkan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus dengan
pelajar yang menggunakan kaedah konvensional.
Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus BBPK lebih
baik daripada pelajar yang tidak menggunakannya. Perisian kursus yang digunakan
adalah tentang osmosis
Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian kursus BBPK lebih
baik daripada pelajar yang tidak menggunakannya. Perisian kursus yang digunakan
adalah tentang osmosis
Pusat Perkembangan
Kurikulum dalam usaha untuk menggalakkan penggunaan perisian kursus
PPBK di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapa kelebihan, iaitu ia berupaya:
PPBK di sekolah-sekolah telah menyenaraikan beberapa kelebihan, iaitu ia berupaya:
·
Meningkatkan kefahaman dan
penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
·
Meningkatkan motivasi pelajar dalam
pembelajaran
·
Mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan mencabar
·
Melaksanakan eksperimen yang
sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat, dan
·
Membentuk pembelajaran koperatif
serta memberi peluang kepada pelajar belajar secara berlesan dengan bimbingan
yang minimum serta masa interaksi dapat dijimatkan.
Salah satu faedah penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman
pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh
Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran
boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu
tajuk dalam pengajaran.
Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.
Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.
Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.
Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.
Ringkasnya penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar – pelajar
pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan
dan bahan bantu mengajar yang terkini.
Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.
Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.
No comments:
Post a Comment