Wednesday, 6 August 2014

HBEF 2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN SEPTEMBER 2012



BAHAGIAN A
1.      Nyatakan 4 komponen bagi sebuah komputer moden

Jawapan:

Komponen bagi sebuah komputer moden termasuklah:

·         Monitor ( paparan )
·         CPU ( system unit )
·         Papan Kekunci ( keyboard )
·         Pencetak ( Printer )
·         Tetikus ( Mouse )

2.      Nyatakan 4 fungsi matematik asas yang ditawarkan oleh perisian Microsoft Excell.

Jawapan : Topik 5 ms 128

4 fungsi matematik asas termasuklah:
·         Tambah
·         Tolak
·         Darab
·         bahagi


3.      Terangkan dengan ringkas 2 cara untuk mengatasi Virus.

Jawapan :
            Cara-Cara Mengatasi Virus Komputer :
            1. Jangan menggunakan disket atau sebarang storan yang tidak diketahui                    puncanya
            Disket yang tidak diketahui tersebut mungkin telah tercemar dengan virus. Amalan  write-protect   disket hendaklah dilakukan selalu bagi mempastikan virus tidak dapat     menulis dirinya ke dalam disket tersebut.
            2. Jangan sesekali menggunakan perisian cetak rompak (pirated copy).
            Perisian cetak rompak lazimnya ialah perangkap penulis virus. Perisian sebenar yang telah dimodifikasi dengan memasukkan virus ini lazimnya dijual dengan harga yang amat murah.

4.      Berikan dua perbezaan antara topologi bas dan topologi bintang.
Jawapan:


BAHAGIAN B
1.      (a)  Apakah yang dimaksudkan dengan sekolah bestari ?

Jawapan:

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga dalam bidang pengurusan sekolah.

(b)   Jelaskan 5 ciri sekolah bestari.

Jawapan:

Sekolah bestari mempunyai ciri-ciri yang berbeza daripada sekolah-sekolah yang sedia ada, antaranya:

1.      Sekolah Bestari dihubungkan dengan jaring kawasan tempatan (LAN) yang membolehkan perkongsian maklumat supaya dapat menggalakkan kerjasama antara pelajar dan guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

2.      Sekolah ini juga dihubung melalui jaring kawasan luas (WAN) yang menyediakan sumber-sumber melalui "on line' untuk membolehkan guru-guru dan pelajar mendapat maklumat dari rumah.

3.      Sekolah bestari disesuaikan mengikut kehendak guru, pelajar dan pentadbir dengan menyediakan pelbagai perisian aplikasi.

4.      Guru berperanan sebagai faslitator yang bertanggung jawab menyediakan situasi yang menggalakkan pembelajaran terarah kendiri secara berdikari.

5.      Pentadbir berfungsi sebagai pengurus berkesan.



(c)    Bincangkan DUA kelebihan gaya pembelajaran sekolah bestari berbanding gaya pembelajaran sekolah biasa.

Jawapan: Topik 1 ms 14-15

·         Sekolah bestari merupakan institusi pendidikan yang tersusun secara sistematik yang mengamalkan gaya pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah menggunakan aplikasi dan jaringan teknologi maklumat.

·         Di sekolah masa kini, gaya pembelajaran berasaskan guru yang memberi tumpuan kepada hafalan dan pengetahuan.  Sementara di sekolah bestari,  cara gaya pembelajaran berasaskan pelajaran secara bebas tetapi bergantung pada teknologi iaitu tumpuan kepada maklumat,  berdaya fikir,  kreativiti,  penyayang dan berliterasi teknologi.




2.      Sebagai seorang guru yang ditugaskan untuk menjaga pusat komputer sekolah,  anda dikehendaki untuk memastikan keselamkomputer dan juga keselamatan pengguna.

(a)    Terangkan LIMA jenis keselamatan komputer yang penting dalam mengendalikan makmal komputer.

Jawapan



(b)   Jelaskan LIMA peraturan yang penting untuk memastikan keselamatan pelajar semasa menggunakan komputer di dalam makmal.
Jawapan:
1.      Setiap pelajar mesti beratur sebelum memasuki makmal komputer dan tunggu sehingga guru bertugas sampai.
2.      Pelajar tidak dibenarkan masuk ke makmal komputer tanpa kebenaran guru.
3.      Makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke makmal komputer.
4.      Pelajar tidak boleh membawa cakera persendirian ke makmal komputer.
5.      Pelajar tidak boleh membawa keluar sebarang pendawaian dan suis ke dalam makmal komputer.
6.      Pelajar dilarang menyentuh sebarang pendawaian dan suis dalam makmal komputer.
7.      Sila pastikan pintu makmal komputer telah ditutup rapi selepas sesi kelas komputer, dan kemaskan bilik itu.



3.      (a)  Bersertakan dengan contoh,  jelaskan EMPAT bahagian format piawai alamat e-mel.

(c)    Bincangkan bagaimana perkhidmatan Internet dapat membantu EMPAT jenis kategori pembelajaran.








No comments:

Post a Comment