BAHAGIAN A
1.
Surah yang bermula dengan lima ayat dan
merupakan wahyu pertama diturunkan
kepada Nabi Muhammad saw ketika baginda bermunajat mencari cahaya kebenaran di Gua Hira’.
Jawapan : topic 1 ms 3, 4
Surah yang dimaksudkan ialah surah al-‘Alaq. Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang terdiri daripada 19
ayat. Al-‘Alaq bermaksud segumpal darah yang merujuk kepada asal
kejadian seorang manusia. Tiga perkara
utama yang menjadi asas seruan Islam dalam wahyu pertama ini ialah:
(a)
Keesaan
Allah swt sebagai Tuhan sekalian alam.
(b)
Kedudukan
manusia sebagai sebaik-baik mahkluk ciptaanNya; dan
(c)
Kepentingan
ilmu kepada umat manusia sebagai keperluan asas untuk mereka menunaikan tjawab
sebagai mahkluk terpilih.
2. Sebelum
membincangan mengenai xtvt pengajaran dn pembelajaran yg sesuai diterapkan dlm topik
kefahaman al-quran, 4 langkah penting
dalam memahami isi kandungan al-Quran hendaklah disusun secara
berperingkat. Senaraikan 4 langkah
tersebut.
Jawapan : Topik 4 ms 75
1. Langkah
1 : Memupuk Pemahaman
2. Langkah
2 : Membentuk Penghayatan
3. Langkah
3 : Membina Keyakinan
4. Langkah
4 : Menjana Amalan
3. Terangkan
pembahagian hukum bagi ilmu tajwid.
Jawapan :
Terdapat 2 hukum bagi ilmu tajwid,
iaitu:
(a)
Hukum mempelajari
ilmu tajwid adalah fardhu kifayah, dan
(b)
Hukum
mempraktikkannya dalam bacaan adalah wajib,
iaitu fardhu ain ke atas setiap Muslim,
sama ada lelaki atau perempuan.
4. Tuliskan
tingkatan bacaan al-Quran bermula dengan yang paling lambat.
Jawapan : ma 87 topik 5
1. Tahap pertama : Tartil- Tartil ialah bacaan al-quran secara perlahan-lahan dan meneliti makna-maknanya serta menjaga
hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalamnya.
Merupakan bacaan yang paling sempurna.
2. Tahap
kedua : Tadwir – Bacaan pertengahan
antara tahqiq dan hadar dengan tidak mengabaikan hukum-hukum tajwid pada
bacaan tersebut.
3. Tahap
ketiga :
Hadar- Bacaan cepat dengan tidak mengabaikan hukum-hukum tajwid pada
setiap huruf dengan menjaga panjang dan pendek,
dengung, baris-baris kalimah dan
sebutan-sebutan huruf.
4. Tahap
keempat : Tahqiq – Bacaan al-quran di hadapan guru untuk tujuan pembelajaran
dan melatih lidah bagi mencapai bacaan yang paling sempurna.
5. Surah
al-Baqarah - Terangkan secara ringkas surah di atas yg
merangkumi jenis ayat Makiyyah atau Madaniyyah,
jumlah ayat dan turutannya dalam al-quran. Apakah kelebihannya membaca surah ini.?
Jawapan
: Topik 6 ms 107
Surah al-Baqarah
merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat Surah ini diturunkan di madinan yang
sebahagian besar dturunkan pada permulaan tahun hijrah, kecuali ayat 281 yang diturunkan di Mina pada
Haji Wida’ ( haji perpisahan ).
Kelebihan membaca surah
al-Baqarah
Abu
Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW
bersabda : Jangan menjadikan rumah kamu
seumpama kubur ( tidak dibacakan al-Quran di dalamnya). Sesungguhnya rumah yang dibaca surah
al-Baqarah di dalamnya tidak akan dimasuki syaitan”. ( Hadis riwayat Muslim )
BAHAGIAN
B
1. (a) Terdapat tujuh adab yang perlu dipatuhi
apaabila membaca al-quran. Jelaskan 5
daripadanya.
Jawapan
: Topik 9 ms 182
·
Tanamkan niat yg ikhlas semata-mata
kerana Allah
·
Suci dari hadas dan najis
·
Membaca di tempat yang bersih dan suci
·
Mengambil dan memegang al-Quran dengan
tangan kanan atau dengan kedua-duanya sekali
·
Mengadap kiblat dengan kusyuk dan tenang
·
Hendaklah mulut dalam keadaan yang
bersih daripada makanan dan minuman.
·
Dimulai dengan bacaan Isti’azah
·
Membaca dengan cara tartil
·
Dilarang bercakap dan berbual ketika
membaaca al-quran
·
Digalakkan membaca sadaqallaulazim
seetelah selesai membaca al-quran
·
Setelah tamat membaca al-quran, letaklah al-quran di tempat yg lebih tinggi
dan terhormat
(b)Huraikan
maksud istilah-istilah dibawah :
i)
Al-Lahn
al-Jaly
Bermaksud
kesalahan nyata. Kesalahan ini ialah kesalahan mengenai
lafaz, sama ada berubah makna ataupun
tidak. Antara kesalahan nyata dalam
al-quran ialah:
a)
Apabila
kita menukar huruf dengan huruf yang lain.
b)
Menukar
sesuatu baris kepada baris yang lain atau mematikannya dan
c)
Menambah
atau mengurangkan sesuatu huruf.
Bagi
kesalahan seumpama ini, ulama bersepakat
meletak hukum haram, sekiranya ia
berlaku ketika membaca surah al-Fatihah sewaktu solat, maka hukum solat kita adalah tidak sah. ( Abd
Rahman Ghani 2006)
ii)
Al-Lahn
al-Khafy
Maksudnya
kesalahan tersembunyi. Kesalahan ini ialah kesalahan yang tiada
kaitan dengan lafaz bacaan tetapi hanya berkaitan dengan kaedah atau cara bacaan
sahaja. Contoh kesalahan tersembunyi
ialah:
a)
Tidak
dapat membaca sesuatu mad dengan kadar panjang yang betul, dan
b)
Meninggalkan
ghunnah.
2. (a)Berdasarkan
ayat di atas, tunjukkan 2 golongan yg
diangkat martabatnya di sisi Allah dan huraikan sebab-sebabnya.
(b)Jelaskan
cara-cara utk memperolehi hidayah.
Jawapan
: Topik 10 ms 203
Perkara-perkara
yang perlu dilakukan untuk memperoleh hidayah:
1. Kita
hendaklah bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah.
2. Mempunyai
akidah yang sejahtera
3. Berakhlak
mulia dalam kehidupan.
4. Bersungguh-sungguh
menimba ilmu.
5. Berdoa
memohon pertolongan Allah.
6. Memelihara
hubungan baik antara makhluk.
7. Melaksanakan
amar makruf dan nahi mungkar.
8. Mempertingkatkan
ibadat seperti solat dan membaca al-quran.
3. A)
Tuliskan surah al-Qadr dengan baris yang lengkap. ( 10 m)
B)Terangkan asbab
an-nuzul surah al-Qadr.
Al-Imam al-Suyuti dalam
kitab tafsirnya al-Durr al-Manthur menyebut bahawa Ibn Abi Hatim dan al-Baihaqi
meriwayatkan daripada Mujahid bahawa pada suatu hari, Rasulullah menceritakan tentang kehebatan
seorang hamba Allah dari kalangan Bani Israil yg beriman dengan ajaran Nabi
musa a.s mengangkat senjata berjihad ke jalan Allah selama seribu bulan. Para sahabat yang mendengar kisah itu kagum
dengan kebesaran ganjaran yg akan diperolehi oleh hamba Allah tersebut dan
beranggapan bahawa mereka tidak mungkin mampu menyaingi ganjaran pahala yang
diperolehi olehnya memandangkan umur umat nabi Muhammad yang pendek tidak
seperti umat dahulu kala. Lalu, Allah
swt menurunkan kepada baginda Rasulullah saw dan umatnya surah ini.
BAHAGIAN C
1. (a)
Ceritakan kisah di sebalik ayat 37 surah al_baqarah di atas.
Jawapan:
Maksudnya:
“
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah ( kata-kata pengakuan taubat Yang
diamalkannya), lalu Allah menerima
taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dialah yang maha pengampun ( Penerima Taubat
), lagi maha mengasihani.”
Mafhum firman Allah SWT:
a) Allah
SWT menciptakan Nabi Adam a.s untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi. Lalu Allah memerintahkan semua malaikat untuk
sujud dengan member penghormatan kepada Adam a.s. Semua malaikat sujud kecuali Iblis. Pada saat itu, iblis mengisytiharkan perseteruannya dengan
adam a.s. Setelah sekian lama Adam dn
Hawa berada di syurga, iblis berusaha
memerangkap mereka dengan tipu dayanya yang licik.
b) Hasilnya
, dia telah memperdaya mereka supaya memakan dari pohon larangan di dalam
syurga. Iblis berkata: “ Allah tidak
melarang kamu memakan buah daripada pohon ini kerana buah ini akan menjadikan
kamu berdua sebagai malaikat, atau kamu
berdua akan menjadi kekal dan tidak akan binasa sampai bila-bila.” Walaupun Adam a.s menolak desakan itu, tetapi iblis tidak putus asa. Akhirnya hasutan syaitan termakan juga oleh
Adam dan Hawa. Mereka telah lupa bahawa
iblis adalah musuh ketat mereka yang suka memperdaya. Setelah kedua-dua mereka menjamah buah
tersebut, Allah swt mencabut pakaian
mereka dan mereka terpaksa menutup kemaluan mereka dengan daun-daun syurga.
c) Adam
dan Hawa menyedari kesalahan yang telah mereka lakukan. Lantas mereka berdua memohon ampun dan taubat
daripada Allah swt dan menyesali perbuatan mereka. Allah swt menerima taubat
mereka dan mengeluarkan mereka berdua ke dunia.
Daripada kisah ini ,
jelaslah kepada kita beberapa perkara penting:
a) Iblis
adalah musuh ketat menusia yg sentiasa berusaha memperdayakan kita supaya
melakukan maksiat kepada Allah swt.
b) Manusia
sering melakukan kesilapan. Apabila
melakukan sesuatu dosa kita hendaklah bertaubat kepada Allah swt.
c) Taubat
yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan diterima oleh Allah swt; dan
d) Islam
menjelaskan setiap dosa ditanggung oleh pelakunya. Kesalahan Adam a.s adalah terletak di atas
bahu baginda, malah ia telah diampun
oleh Allah swt. Justeru , ia tidak
ditanggung oleh umat manusia.
Pengajaran ayat adalah seperti berikut :
1) Allah
swt bersifat maha pengampun
2) Setiap
orang bertanggungjawab terhadap kesalahan masing-masing
3) Allah
swt menerima taubat nabi Adam
4) Iblis
adalah musuh ketat manusia
5) Kita
hendaklah menyesali kesalahan yang kita lakukan dengan bertaubat kepada Allah
swt.
2. Tuliskan
surah al-Fatihah dengan baris dan terjemahan yg lengkap.. Huraikan 6 pengajaran yg anda perolehi
daripada surah ini.
1) Dengan
menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
2) Segala
puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3) Yang
Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.
4) Yang
mmenguasai pemerintahan hari pembalasan.
5) Engkaulah
sahaja (Ya Allah ) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon
pertolongan.
6) Tunjukilah
kami jalan yang lurus
7) Iaitu
jalan orang-orng yang Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang
sesat.
Pengajaran
surah al-Fatihah:
a) Hendaklah
sentiasa memuji Allah swt.
b) Menyedari
bahawa setiap amal perbuatan akan dibalas.
c) Sentiasa
beribadat dengan ikhlas
d) Sentiasa
memohon pertolongan drp Allah swt
e) Berhati-hati
memilih cara hidup supaya sentiasa berada di jalan yg lurus dan diredhai oleh
Allah ; dan
f) Mulakan
dan akhiri sesuatu pekerjaan dgn mengingati Allah swt