Sunday, 15 December 2013

MENGGAMBAR JANUARI 2012




BAHAGIAN A:
1.       Jelaskan 2 kelebihan arang dalam menghasilkan lukisan.
Jawapan :
·         Mempunyai kesan kelembutan yang tinggi
·         Mempunyai kesan kegelapan yang tinggi
·         Menghasilkan kesan tekstur permukaan yang dilukis
·         Menghasilkan garisan yang tajam dan tepat
·         Dapat menghasilkan ton lorekan dengan cepat dan menarik

2.       Nyatakan 2 faktor yg mempengaruhi hasil garisan daripada media pensil.
Jawapan :  Topik 2 ms 25
Garisan yang dihasilkan dgn media pensel dipengaruhi 3 faktor iaitu:
·         Gred
·         Tekanan pensel
·         Kelajuan pensel

3.       Nyatakan 4 perkara yg diberi perhatian dlm membuat apresiasi seni.
Jawapan:  Topik 3 ms 49
Apresiasi seni melibatkan beberapa perkara:
(i)                  Pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis
(ii)                Cara pelukis menginterpretasi gambar
(iii)               Alat, bahan, media yang digunakan
(iv)              Teknik-teknik yang digunakan
(v)                penilaian

4.       Cetakan yg baik bergantung kpd teknik-teknik yg diaplikasi dan kemahiran mencetak. 
Jelaskan 2 teknik yg dapat menghasilkan cetakan yg baik dan bermutu.

Jawapan :Topik 6 ms 91
(i)                  Teknik bayangan gelap -  bahaaian latar belakang objek tidak dicetak dan hanya objek sahaja yang dicetak.
(ii)                Teknik bayangan putih – bahagian imej dibuang atau tidak dipakai an hanya bahagian luar objek dikekalkan.
(iii)               Teknik garis luar gelap -  hanya garisan pada objek dikekalkan.  Bahagian dalam dan luaran objek dibuang
(iv)              Teknik garisan luar putih -  bahagian latar belakang yang dicetak.  Bahagian garisan pada objek tidak dicetak.


5.       Nyatakan 2 perbezaan sifat cat akrilik dan cat air.
Jawapan : Topik 3 ms 37


BAHAGIAN B
1.       Persembahan sesebuah hasil karya amat penting kpd pelukis.  Banyak factor yg perlu diambil kira dalam proses membuat persembahan.
(a)    Jelaskan 2 cara sesuatu karya seni diekspresi.
(b)   Nyatakan 4 unsur penting yg menentukan mutu hasil karya lukisan.
Jawapan :

(c)    Jelaskan 3 teknik melukis menggunakan arang.

2.       Warna memainkan peranan yg amat penting dlm proses mencatan.  Ia menjadikan hasil kerja seseorang itu lebih menarik dan dapat menceriakan suasana.
(a)    Huraikan 3 jenis warna berikut:

i)                    Warna sekunder

Jawapan:
Warna Sekunder terhasil daripada dua  campuran warna asas .
 Contoh :  Kuning + biru = hijau
                    Merah + kuning  =  jingga
                    Merah +  biru  +  ungu

ii)                   Monikrom
Jawapan: Topik 3 ms 43
Gubahan warna sewarna atau monokrom dihasilkan dengan mencampurkan warna asal dengan warna hitam atau warna putih untuk mendapatkan ton warna gelap atau terang.  Dengan cara ini akan menampakkan kesan timbul dan dimensi bagi sesuatu objek yg diwarnakan.

iii)                 Warna  harmoni
Jawapan: Topik 3 ms 44
Warna harmoni ialah warna-warna yang terletak bersebelahan dengan roda warna.  Warna-warna ini juga dipanggil warna keluarga dan dapat menimbulkan rasa aman,  tenteram,  selesa,  indah,  lembut dan sebagainya.  Contoh warna harmoni adalah seperti berikut:
Contoh:  merah – ungu – biru
                  UNGU – BIRU – HIJAU
                  Biru -  hijau – kuning
                  Kuning – jingga – merah
                  Jingga-  merah  -  ungu

(b)   Pemilihan warna oleh artis dapat diterjemah dlm persembahan sesebuah hasil karya.  Nyatakan 4 tujuan pemilihan warna dlm sesebuah karya oleh artis.
Jawapan :
·         Sebagai unsur simbol
·         Untuk menarik perhatian
·         Bagi tujuan keagamaan
·         Untuk menggambarkan perasaan
·         Menunjukkan budaya masyarakat setempat

3.       Diperingkat sekolah rendah,  pembelajaran menggambar mempunyai hasil pembelajaran yg berperingkat.
(a)    Nyatakan hasil pembelajaran yg perlu dicapai oleh setiap murid dlm kegiatan menggambar.
Jawapan:
·         Asas menggambar
·         Menggambar
·         Meneroka beberapa teknik yg berbeza dalam melukis dan membuat gambar
·         Menggunakan asas senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid
·         Menggambar berdasarkan tema pengalaman dan imaginasi murid secara manual dan berbantukan computer,  dan
·         Menggambar berdasarkan tema,  pengalaman,  imaginasi,  dan fantasi murid secara manual dan berbantukan computer.

(b)   Huraikan aras pengetahuan dan kefahaman yg perlu dikuasai oleh murid dlm hasil pembelajaran mereka.
Jawapan:
·         Aras pengetahuan
·         Aras kefahaman
·         Aras aplikasi
·         Aras analisa
·         Aras sintesis
·         Aras penilaian
Baca topic 1 ms 7 dan 8

(c)    Huraikan kepentingan proses memberi komen dan pujian kepada hasil kerja murid.
Jawapan : Topik 1 ms 14.

Sebagaimana yang kita sedia maklum aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain,  dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.  Memberi komen dan pujian terhadap hasil kerja murid juga satu bentuk komunikasi antara guru dan murid.  Sebagai contoh guru memberikan pujian terhadap murid yg dapat mencampurkan warna dengan baik.    Pujian hasil kerja hari ini adalah lebih baik dari hasil kerja minggu lepas.

Komen dari seorang guru boleh menjadikan satu kesan motivasi yang positif jika kena pada sasarannya. 

Guru dan murid boleh bersoal jawab untuk menggalakkan murid berkomunikasi tentang hasil kerja seni mereka antaranya:
·         Bagaimana anda mencampurkan warna tersebut?
·         Bagaimana fikiran anda ttg lukisan ini?
·         Di mana anda lihat benda-benda ini ?
·         Anda tahu bagaimana menghasilkannya?
·         Bagaimana perasaan anda apabila melihat gambar itu?


BAHAGIAN C
1.       Huraikan keistimewaan catan cat air daripada aspek bahan,  teknik dan proses penghasilan dlm konteks hasil karya di atas.
2.       Proses apresiasi melibatkan 4 peringkat.  Huraikan setiap peringkat apresiasi seni berpandukan kepada karya di bawah.



No comments:

Post a Comment