Thursday, 12 December 2013

HBIS 2203 AKIDAH MAY 2012 (TAMBAHAN)



1.      Jelaskan perbezaan Suhuf dengan kitab.
Jawapan: Topik 6 ms 136
i)                     Suhuf ialah pedoman yang tidak begitu lengkap mengandungi hanya penjelasan hukum-hakam dasar yang perlu diterangkan kepada manusia umumnya.
ii)                  Kitab ialah satu himpunan  lengkap untuk segala peraturan dan dasar ketuhanan yang berhubung dengan dunia mahupun dengan akhirat yang berhubung dengan zahir mahupun dengan yang batin.

1.      Beriman dengan sifar-sifat Allah swt adalah salah satu drp cabang aqidah yg disebut tauhid Asma’ dan sifat, yg selain drp Tauhid Rububiyyahdan Tauhid Uluhiyyah.
a)      Bincangkan berserta dalil naqli sifat Al-Adl bagi Allah swt. (10)
Jawapan: Topik 4 ms 90
Al-‘Adl merupakan salah satu dari nama-nama Allah SWT yang bererti Allah SWT Maha Adil terhadap semua manusia dan makhluk di alam ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (al-Quran meliputi hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil.” ( Surah al-An’am:15)

Manusia perlu menerapkan sifat adil kerana keadilan akan melahirkan kasih saying.  Keadilan dalam masyarakat pula akan mewujudkan keharmonian,  keamanan dan kesejahteraan hidup.  Tambahan pula orang yang adil akan disukai oleh Allah SWT dan manusia.

b)      Sediakan satu contoh rancangan pengajaran harian yg lengkap bagi aqidah bertajuk “ Sifat Allah Al-Shakur’.

Rancangan Pengajaran Harian

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Intro
( 1 mini t) Doa
اللهم افتح علينا حكمتك وانشر علينا من خزائن رحمتك يا أرحم الراحمين 
• Guru mengarahkan semua murid membaca doa secara kelas.
Set Induksi
( 4 minit)

Nasyid

Ucaplah Alhamdulillah ,2x
Syukur kita kepada Allah,2x
Selawat keatas nabi,2x
Muhammad ya Rasulullah,2x
Syukur,syukur,syukur,
Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah •

Guru melekatkan kad manila yang bertulis nasyid di papan putih.
•Guru memperdengarkan alunan nasyid kepada murid. Mereka mendengar dengan khusyuk.
•Murid-murid mengikut nasyid guru secara kelas.
•Guru mengaitkan nasyid dengan tajuk hari ini.

Langkah 1
(7 minit)

Pergertian
As-syakur ialah Allah menerima Kesyukuran hambanya dengan memberi ganjaran.

Hukum beriman dengan As-syukur adalah wajib

أعود من الشطان الرجيم
"والله شكور حليم"
“Dan Allah Maha menerima kesyukuran”
• Guru membaca takrif As-syakur kepada murid-murid.
• Murid-murid mengikut bacaan guru secara kelas dan kumpulan.

 Guru menyoal murid-murid hukum beriman dengan sifat As-syakur
 Murid-murid member jawapan wajib beriman.
 Guru membacakan dalil dari Al-Quran tentang As-syakur.
 Murid-murid membaca dalil secara kelas ,kumpulan dan individu.

Langkah/masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Langkah 2
( 8 minit)

As-syakur ada 3 cara iaitu :

• Ucaplah Alhamdulillah
• Bersedekah
• Melakukan ibadah kerana Allah.

• Guru menerangkan cara-cara bersyukur satu persatu.
• Guru membaca dan murid-murid mengikut bacaan guru.
• Murid-murid membaca secara kelas,kupulan dan individu.

Guru mengadakan permainan kotak beracun dalam kelas.

Langkah 3(Latihan individu)
( 6 minit)
Rujuk lampiran
•Guru mengedarkan lembaran kerja bertulis secara individu kepada murid-murid.
•Guru memberi arahan kepada murid-muid sebelum menjawab soalan.
•Setelah selesai menyiapkan latihan ,guru memeriksa jawapan bersama-sama murid dalam kelas.

Penutup(4 minit)

Nasyid

Ucaplah Alhamdulillah ,2x
Syukur kita kepada Allah,2x
Selawat keatas nabi,2x
Muhammad ya Rasulullah,2x
Syukur,syukur,syukur,
Ya Allah,
Syukur Alhamdulillah

Guru membuat pengukuhan dengan bernasid bersama-sama murid-murid.
Murid-murid mengulangi nasid sebanyak 2x.
Guru berharap agar mengamalkan sifat As-syakur walaupun di mana berada.

JANUARI 2012
BAHAGIAN B
1.      Hari Akhirat merupakan sebahagian daripada perkara-perkara ghaib.
a)      Huraikan definisi lengkap hari Akhirat serta dalilnya dan terangkan sebab-sebab berlakunya Hari Akhirat.
Jawapan: Topik 7 ms 148
·         Hari akhirat adalah hari pembalasan baik dan buruk untuk manusia selepas berlakunya kiamat.  Kita wajib mempercayai kebenaran hari kiamat kerana ia adalah sebahagian daripada keimanan kita kepada Allah SWT.
·         Firman Allah SWT yang bermaksud:
  Allah SWT , tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia.  Sesungguhnya dia akan mengumpulkan kamu di hari kiamat yang tidak ada keraguan terjadinya.  Dan siapakah orang yang lebih benar perkataan(nya) daripada Allah?”  ( surah an-Nisa’:87)

·         Sebab-sebab berlakunya Hari Akhirat:

i)                    Alam ini tidak kekal dan akan musnah
Tidak ada satu benda yang ada di dunia ini yang bersifat kekal dan wujud sampai bila-bila.  Manusia akan mati apabila ajalnya telah tiba dan semua benda akan musnah apabila tiba masanya.  Ini termasuk ala mini yang turut akan binasa apabila malaikat Israfil meniup sangkakala yang pertama.
Firman Allah SWt yang bermaksud:
  semua yang ada di bumi akan binasa.” ( surah al-Rahman: 26)

ii)                  Tanda keadilan Allah SWT.
Allah SWT telah menyediakan syurga dan neraka sebagai tempat pembalasan baik dan buruk menusia semasa di dunia. Syurga adalah tempat yang penuh kenikmatan manakala neraka adalah seburuk-buruk tempat dan penuh dengan kesengsaraan.

iii)                 Pembalasan di Dunia terbatas
Di akhirat nanti seluruh umat manusia bermula dari umat  Nabi Adam a.s sehinggalah umat Nabi Muhammad SAW akan menerima pembalasan di atas amalan dan perbuatan masing-masing.

b)      Jelaskan 3 cara beriman dengan hari Akhirat dan huraikan hikmah Allah mengadakan Hari Akhirat.
Jawapan : Topik 7 ms 152
3 cara beriman dengan hari Akhirat:
i)                    Menyakini bahawa Alam ini akan musnah apabila tiba masanya.
ii)                  Mendalami dan menghayati isi al-Quran yang banyak menceritakan tentang hari Akhirat.
iii)                Bersyukur dengan nikmat Kurniaan Allah SWT.
Hikmah Allah mengadakan Hari Akhirat
i)                    Menguatkan keimanan kita kepada Allah SWT
ii)                  Manusia tidak akan leka dengan keseronokan duniawi.
iii)                Hari akhirat menyediakan kehidupan yang sejahtera kepada para hambanya yang taat dan beriman kepadaNya.

2.      Setiap muslim wajib menghayati sifat-sifat Allah SWT.
Huraikan pengertian sifat Baqa’ dan sifat Qiamuhu Binafsih serta 3 kesan beriman dengan kedua-dua sifat tersebut.


Jawapan:Topik 4 ms 98

Baqa’ bermaksud kekal.  Kita wajib mempercayai bahawa Allah SWT kekal selama-lamanya dan tidak akan binasa.  Manusia adalah makhluk yang lemah akan musnah dan binasa apabila telah sampai masanya sedangkan  Allah SWT tidak mempunyai sebarang kelemahan. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan kekal zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.”
( Surah al-Rahman: 27)

Qiamuhu Binafsihi bermaksud berdiri dengan sendirinya.  Allah SWT tidak memerlukan pertolongan makhluk lain sedangkan manusia perlu bergantung kepada orang lain.  Jika Allah SWT memerlukan pertolongan ,  maknanya Allah SWT bersifat lemah dan tidak sempurna sedangkan ini adalah mustahil sama sekali. 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Allah,  tidak ada Tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Dia yang tetap hidup,  yang kekal selama-lamanya mentadbir (sekelian makhluk).” (Surah al-Baqarah:225)



3.      Syorkan 5 aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membantu murid memahami kedua-dua sifat di atas.


Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran :
a)       Penerangan pengertian baqa’ dan Qiamuhu Binafsihi
·         Guru menjelaskan maksud Allah bersifat baqa’ dan Qiamuhu Binafsihi.
·         Guru menerangkan maksud dalil naqli Allah bersifat bersifat baqa’ dan Qiamuhu Binafsihi.

b)      Membincangkan Isi Kandungan,  hikmah dan pengajaran
·         Guru menayangkan tayangan video kitaran hidup manusia.
·         Pelajar melihat tayangan video mengenai tajuk pelajaran.
·         Guru mengemukakan beberapa soalan dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.
-Menyatakan dalil aqli Allah bersifat baqa’
-binasa adalah kelemahan
-Allah tiada kelemahan.
-Allah tidak akan binasa.

c)      Hasil pengajaran dan pembelajaran
·         Pelajar dapat memahami dan menghayati sifat baqa’ (kekal) dan Qiamuhu Binafsihi (berdiri dengan sendirinya)

·         Pelajar dapat menyatakan kesan apabila beriman bahawa Allah bersifat baqa’ dan Qiamuhu Binafsihi.
·         Pelajar dapat mengamalkan dan membudayakan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.

  
SEPTEMBER 2012
BAHAGIAN B
4.      Anda akan mengajar murid-murid tahun 3 tentang nama Allah al-Adl.
a)      Huraikan 5 perkara utama yg anda akan kaitkan dalam memastikan kefahaman murid-murid anda tentang nama Allah al-Adl.
Jawapan:
·         Al-‘Adl merupakan salah satu nama Allah yang bererti Allah SWT Maha Adil terhadap semua manusia dan makhluk di alam ini.  Firman Allah SWT yang bermaksud;
‘’Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu ( Al-Quran meliputi hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil.” ( Surah al-An’am: 15)

·         Antara tanda serta cirri-ciri keadilan Allah SWT adalah setiap manusia mempunyai keistimewaan masing-masing.
·         Allah besifat Adil dengan member rezeki kepada semua makhluk dan setiap yang berusaha akan beroleh kejayaan.
·         Manusia perlu menerapkan sifat adil kerana keadilan akan melahirkan kasih sayang.
·         Keadilan dalam masyarakat pula akan mewujudkan keharmonian,  keamanan dan kesejahteraan hidup.
·         Orang yang adil akan disukai oleh Allah SWT dan manusia.

b)      Cadangkan 5 aktiviti  P&P yang akan anda laksanakan dalam mengajar nama-nama dan sifat-sifat Allah.
Jawapan:
Contoh aktiviti pembelajaran dan pengajaran untuk nama-nama Allah:
i)                    Set Induksi :
·         Meminta pelajar menyanyikan Al-Asma’ Al-Husna secara beramai-ramai. 
·         Menjelaskan tajuk pengajaran iaitu nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah.
·         Menyatakan Allah mempunyai 99 nama ( Asma-Al-Husna)
ii)                  Pembentangan power point tentang sifat-sifat Allah.
·         Guru meminta murid menyebut sifat-sifat Allah secara kelas dan secara individu.
·         Guru memperdengarkan lagu sifat-sifat Allah.
·         Murid diminta menyanyi bersama-sama .
iii)                Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan.
·         Murid berbincang
·         Membuat pembentangan
iv)                Guru membuat penilaian lisan kepada semua pelajar berkenaan tajuk pelajaran yang telah dipelajari.
v)                  Akhir sekali guru membuat rumusan terhadap keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.



No comments:

Post a Comment