BAHAGIAN A
1. Nyatakan 4 prinsip akidah Ahl al-Sunnah Wal
al-Jamaah.
Jawapan: Topik 10 ms 217
a) Berpegang teguh dengan al-Quran dan
al-Sunnah.
b) Berpegang dengan prinsip-prinsip
al-Salaf al-Salih
c) Apabila terdapat pertelingkahan dan
perselisihan pendapat, mereka merujuk
kepada al-Quran dan al-Sunnah.
d) Mereka tidak mencela dan mengkafirkan
orang yang tidak sealiran dengan mereka, dan
e) Mereka tidak menghukum kecuali
terdapat bukti yang sahih.
2. Inti pati pelajaran akidah terdapat
dalam ayat d atas. Nyatakan 4 isi
penting ayat ini.
Jawapan : Topik 1 ms 1
Ayat di atas bermaksud :
Katakanlah (wahai Muhammad):
Dialah Allah yang Maha Esa.”
(Surah al-ikhlas:1)
4 isi penting ayat ini:
1) Objektif utama kehidupan manusia
adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah swt.
2) Setiap manusia perlu yakin dan
percaya tentang kewujudan Allah swt yang Maka Esa, tiada Tuhan yang layak
disembah melainkanNya.
3) Manusia perlu beriman dengan
kewujudan malaikat, meyakini apa yang
disampaikan oleh nabi Muhammad SAW dan apa yang terkandung dalam al-Quran
sebagai panduan dan undang-undang kehidupan manusia di atas muka bumi ini.
4) Manusia perlu yakin ttg kekuasaan
Allah.
3. Berikan 2 penjelasan terhadap maksud
beriman dengan Allah SWT.
Jawapan: Topik 1 ms 87
Beriman kepada Allah SWT ertinya kita mentauhidkan Allah swt dlm 3
perkara berikut:
a) Tauhid Rububiyah - Ertinya menyakini dengan sebenar-benarnya
bahawa Allah SWT sahajalah Tuhan dan tiada Tuhan melainkanNya.
b) Tauhid Uluhiyah - Terbina di atas keikhlasan hambanNya beribadat kepada Allah SWT sama ada zahir dan batin.
c) Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat-bermaksud
pegangan dan keyakinan yg sebenar-benar bahawa Allah SWT bersifat dengan segala
sifat kesempurnaan, suci daripada segala
sifat kekurangan dan Allah SWT tidak serupa atau menyamai makhlukNya
4. 4 kesan beriman kepada Allah dari segi:
i) Perbuatan
- Individu-beramal untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
- Masyarakat- berkasih sayang sesama anggota masyarakat dan bebas daripada gejala sosial dan perkara maksiat.
- Negara- berusaha membina tamadun berasaskan syariat Islam.
ii)
Perkataan
- Individu- bercakap benar, sering merayu kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Dan sentiasa berzikir kepada Allah
- Masyarakat - menjaga adab ketika berkomunikasi, tidak mengumpat, memfitnah, mengadu domba dan bertengkar.
iii)
Pemikiran
- Individu- berfikiran terbuka, yakin dengan kebolehan diri dan berfikiran positif.
- masyarakat - bebas daripada unsur-unsur tahyul dan khurafat, berfikiran positif tentang masa depan.
- negara- berfikir tentang kemajuan dan optimis terhadap kecemerlangan negara pada masa depan.
iv)
Penampilan
- individu- berani berkata benar demi mencari dan menegakkan kebenaran, merendah diri dan tidak sombong.
- masyarakat- bersatu padu melaksanakan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar.
- negara- berani dan berdaya saing, memimpin negara ke arah keselamatan dan kemakmuran dunia.
5. Sifat wajib dan mustahil bagi Allah
Sifat Wajib
|
Sifat mustahil
|
Wujud ( ada
)
|
‘Adam
( tiada )
|
Qidam (
sedia )
|
Huduth
( baharu )
|
Baqa’ (
kekal )
|
Fana’ (
binasa)
|
Qudrah
(berkuasa)
|
‘Ajiz (
lemah )
|
1. Allah ada. MustahilAllah tiada.
2. Allah sedia ada atau terdahulu. Mustahil Allah ada permulaannya.
3. Allah bersifat kekal. Mustahil Ia dikatakan Fana’ yaitu binasa.
4. Allah maha berkuasa, apapun mampu
dilakukanNya. Mustahil Allah lemah atau
tidak berkuasa.
( SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT....SELAMAT MENJAWAB SOALAN AGAMA ESOK....SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN...AMINN)
BAHAGIAN B
1. a)
Jelaskan maksud penggunaan al-Din di dalam al-Quran dan hadis.
Jawapan: Topik 2 ms 59
·
Perkataan
al-Din yang digunakan oleh Allah SWT merujuk kepada akidah dan anutan yang
dipegang oleh seseorang manusia. Walau
bagaimanapun, perkataan al-Din di dalam
al-Quran menunjukkan akidah yang benar dan akidah yang salah.
·
Manakala
dalam al-sunnah pula, perkataan al-Din
digunakan untuk beberapa maksud antaranya :
1) Akhlak-
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “ Seseorang itu berdasarkan akhlak (din)
sahabatnya. Maka lihatlah kamu dengan
siapakah dia bersahabat”
( Riwayat Abu Daud dan
al-Tirmizi)
2) Balasan
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Sebagaimana kamu amalkan kamu dibalas.” ( Riwayat al-Baihaqi )
3) Agama-
b) Apakah yang dimaksudkan dengan
agama Sanawi dan Agama Ciptaan manusia.
Huraikan 2 contoh bagi setiap satu.
Jawapan: Topik 2 ms 61
i)
Agama
Sanawi ialah agama yang diwahyukan oleh Allah kepada para Rasul melalui
perantaraan malaikat serta menggunakan kitab atau mushaf. Contohnya Agama Islam, Agama Kristian dan
Agama Yahudi.
ii)
Agama
ciptaan Manusia ialah agama yang dicipta oleh manusia dan tidak mempunyai kitab
yang diwahyukan daripada Allah. Contohnya
agama Buddha, Hindu, Sikh, Majusi dan sebagainya.
2. a)
Bincangkan keistimewaan manusia dan malaikat dengan membuat perbandingan
antara kedua-duanya.
Jawapan:
Topik 5 MS 125
Perbandingan
antara malaikat dan manusia.
1. Malaikat dijadikan daripada Nur
(cahaya) manakala manusia daripada tanah.
2. Malaikat tidak mempunyai jantina
lelaki atau perempuan, manakala manusia
dijadikan lelaki dan perempuan.
3. Malaikat tidak bernafsu manakala
manusia bernafsu dan berkeinginan untuk berkahwin, berketurunan,
makan dan tidur.
4. Malaikat tidak dapat dikesan oleh
pancaindera manakala manusia dapat dilihat dengan mata kasar.
5. Malaikat sentiasa mentaati Allah dan
tidak pernah melakukan maksiat, manakala
di kalangan manusia ada yang taat dan ada yang ingkar.
b) Jelaskan 4 peranan para Rasul serta
senaraikan 5 Rasul Ulul Azmi.
Jawapan : Topik 5 ms 130
Tugas dan
peranan rasul.
1. Menyampaikan wahyu.
2. Membimbing manusia menyembah Allah
dan menjauhi perbuatan syirik.
3. Mengajar manusia beribadah dan menjalani
kehidupan berlandaskan syariat Allah.
4. Menjadi contoh tauladan kepada umat
manusia dalam semua aspek kehidupan.
Rasul ulul Azmi adalah Rasul yang mempunyai keistimewaan atau kelebihan serta tabah dalam menghadapi cubaan. 5 Rasul Ulul Azmi adalah:
i) Nabi Nuh AS
ii) Nabi Ibrahim AS
iii) Nabi Musa AS
iv) Nabi Isa AS
v) Nabi Muhammad SAW
Rasul ulul Azmi adalah Rasul yang mempunyai keistimewaan atau kelebihan serta tabah dalam menghadapi cubaan. 5 Rasul Ulul Azmi adalah:
i) Nabi Nuh AS
ii) Nabi Ibrahim AS
iii) Nabi Musa AS
iv) Nabi Isa AS
v) Nabi Muhammad SAW
Jawapan :
Topik 9 ms 204
Al-Hisab
ialah kiraan amalan manusia di dunia sama ada baik atau jahat dan kecil atau
besar kecuali dosa yang diampunkan.
Setiap manusia diberikan buku catatan amalan baik dan buruk yang ditulis
oleh malaikat Raqib dan Atid.
b) Jelaskan 5 akibat kpd individu yg menafikan
kewujudan al-hisab di dunia ini.
Jawapan: Topik 9 ms 204
1. Manusia akan bebas melakukan sesuatu tanpa
memikirkan dosa dan pahala.
2. Manusia akan lalai mengingati Allah
dan tidak takut melakukan dosa di dunia ini.
3. Manusia akan hanya mementingkan diri
sendiri dan tidak bersungguh-sungguh melakukan kebaikan.
4. Akan lahirlah pemimpin zalim.
5. Manusia akan melakukan kezaliman dan
masyarakat berpecah-belah.
BAHAGIAN C
Jawapan:
Topik 3 ms 70
1. Huraian tentang perkaitan antara
iman, Islam dan ihsan beserta contoh.
·
Iman
dari segi bahasa ialah tasdiq ( membenarkan) secara mutlak tanpa ragu-ragu atau
syak wasangka di dalam hati. Manakala
dari segi syara’ pula, bermaksud pengakuan dengan lisan (lidah), tasdiq dengan hati dan beramal dengan anggota
badan.
·
Islam
dari segi bahasa bererti sejahtera.
Dalam konteks penghayatannya di kalangan umat Islam, ia bermaksud menyerah diri, tunduk dan patuh melaksanakan segala perintah
Allah dan membenarkan semua ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
·
Ihsan
itu pula merujuk kepada akhlak dan perlakuan insan yang sempurna sebagaimana
hadis nabi yang bermaksud: “ Jibril a.s bertanya kepada Rasulullah SAW
tentang pengertian ihsan. Nabi
menjawab: Ihsan itu ialah kamu beribadat
kepada Allah seolah-olah kamu melihat Allah,
dan kalau kamu tidak melihat Allah,
sesungguhnya Allah melihat segala perbuatan kamu.”
( Riwayat Muslim)
( Riwayat Muslim)
·
Setelah
dijelaskan maksud iman, islam dan ihsan, maka dapatlah disimpulkan bahawa seseorang
yang percaya dan yakin dengan keesaan dan kekuasaan Allah (iman) akan sentiasa
tunduk menerima perintah Allah dan patuh melaksanakannya (Islam) dengan penuh
keikhlasan tanpa mengharapkan ganjaran oleh manusia (ihsan). Gabungan ketiga-tiganya iaitu iman, Islam dan
ihsan akan melahirkan insan yang seimbang dan kamil.
SOALAN NO 2
a) Nyatakan maksud dosa dan pahala dari
segi bahasa dan istilah serta kemukakan dalil naqli bagi kedua-duanya.
Jawapan: Topik 8 ms 167
Pengertian Dosa:
·
Dari
segi bahasa , dosa ialah hukuman atau balasan. Manakala dari segi istilah pula,
dosa ialah balasan buruk daripada Allah SWT kerana melakukan larangan Allah SWT
dan meninggalkan suruhanNya.
·
Allah
menjadikan dosa sebagai satu tanda keadilanNya dan sebagai peringatan terhadap
hambaNya, di mana setiap perlakuan dosa
itu akan dipertanggung jawabkan seterusnya akan mendapat balasan bagaimana yang
telah dijanjikan. Firman Allah SWT yang
bermaksud:
“ Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat
zahrah, nescaya akan dilihatnya
( dalam surat amalnya).” ( Surah al-Zalzalah:8)
Pengertian Pahala
·
Pahala
dari segi bahasa ialah ganjaran atau balasan baik. Manakala dari segi istilah, pahala ialah ganjaran baik yang dikurniakan
Allah SWT kerana mematuhi perintahNya dan menjauhi laranganNya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“ Maka sesiapa berbuat kebjikan seberat
zarah, nescaya akan dilihatnya 9 dalm surat
amalnya).” ( Surah al-Zalzalah: 7)
b) Bagimana anda sebagai guru pendidikan
islam, menyakinkan murid-murid bahawa
semua perbuatan mereka akan mendapat pembalasan daripada Allah sedangkan dosa
dan pahala merupakan perkara sam’iyyat yang tidak dapat mereka lihat tetapi
wajib yakin dan percaya? Justeru, senaraikan
3 aktiviti yg sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran mereka.
Jawapan: Topik 9 ms 212
Cadangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran :
a) Penerangan Sam’iyyat dan Perkara-perkara Sam’iyyat
·
Guru
menjelaskan konsep sam’iyyat.
·
Guru
menerangkan perkara-perkara sam’iyyat dan hubungannya dengan kehidupan manusia
semasa di dunia.
b) Membincangkan Isi Kandungan, hikmah dan pengajaran
·
Guru
menayangkan tayangan video kepada murid mengenai tajuk pelajaraan.
·
Pelajar
melihat tayangan video mengenai tajuk pelajaran.
·
Guru
mengemukakan beberapa soalan dan mengaitkannya dengan tajuk pelajaran.
c) Hasil pengajaran dan pembelajaran
·
Pelajar
dapat memahami dan menghayati kepentingan percaya kepada perkara sam’iyyat
termasuk dosa dan pahala.
·
Pelajar
dapat mengenal pasti perkara-perkara sam’iyyat dan menghubung kaitkannya dengan
kehidupan manusia semasa di dunia.
·
Pelajar
dapat mengamalkan dan membudayakan hasil pembelajaran dalam kehidupan seharian.
Nota tambahan:
"Agama" itu adalah ibarat sebatang pohon, - Akar umbinya serta usul asalnya
bahkan benihnya ialah "Iman"; dan seluruh pohon itu meliputi batangnya,
dahannya, rantingnya, daunnya, bunganya dan buahnya ialah "Islam";
manakala kesuburannya, keharumannya, kemanisannya dan seluruh
keindahannya ialah "Ihsan".
( SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT....SELAMAT MENJAWAB SOALAN AGAMA ESOK....SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN...AMINN)
No comments:
Post a Comment