Friday, 6 December 2013

HBML 2203 JANUARI 2012



BAHAGIAN A
1.      Nyatakan 4 elemen dalam pengajaran dan pembelajaran bestari.
Jawapan:  Topik 2 ms 25  cuba banding Topik 4 ms 55
i)                    Ciri-ciri pelajar
ii)                  Kemahiran generik
iii)                Pendekatan pembelajaran
iv)                Strategi P & P

2.      Senaraikan 4 asas utama dalam pendidikan yang digariskan oleh UNESCO.
Jawapan:  Topik 2 ms 20
UNESCO menggariskan 4 asas utama:
i)                    Belajar supaya mengetahui.
ii)                  Belajar supaya membuat
iii)                Belajar supaya menjadi insane
iv)                Belajar supaya hidup bersama.

3.      Berikan 4 tujuan penilaian dalam sistem pendidikan negara.
Jawapan :  Topik 3 ms 38
Tujuan penilaian adalah untuk:
i)  Mengumpul maklumat ttg pencapaian pelajar selepas aktiviti PnP utk membuat tafsiran dan tindakan sewajarnya.
ii)  Mengenalpasti kekuatan dan kelamahan pelajar dlm sesuatu mata pelajaran utk merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan.
iii) Mengesan pencapaian objektif  Pnp untuk merancang aktiviti PnP pada masa akan datang.
iv) Mengesan keberkesanan pengajaran guru utk merancang strategi yg lebih berkesan.
v)  Menilai keberkesan program , misalnya program pembestarian sekolah.


4.      Tunjukkan 2 bahagian kemahiran berfikir.
Jawapan:  Topik 4 ms 59
Kemahiran berfikir terbahagi kepada dua, iaitu:
i)                     Kritis -  keupayaan minda menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu hujah dan membuat pertimbangan wajar dengan alasan dan bukti.
ii)                  Kreatif – kecekapan menggunakan minda untuk menghasilkan atau mencipta idea baharu dan mencari makna serta penyelesaian masalah secara inovatif.

5.      Senaraikan 2 implikasi konstuktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan:  Topik 5 ms 99
i)                    Konstruktivisme menggalakkan murid mengemukakan soalan, berdialog dan berdiskusi dengan guru.  Ini dapat meningkatkan komunikasi dan keyakinan murid dalam proses P&P.
ii)                  Murid akan menyedari bahawa pembelajaran merupakan suatu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.  Oleh itu dalam menyempurnakan sesuatu tugasan atau projek yang diberikan oleh guru,  murid akan membuat perancangan,  menyusun jadual pelaksanaan,  berbincang sesame ahli kumpulan dan merekod hasil perbincangan.

BAHAGIAN B
1.      A)   Jelaskan pengertian sekolah bestari dan tunjukkan 6 cirinya.
Jawapan:
·         Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi era maklumat yang mencabar.
·         Ciri-ciri Sekolah bestari: Topik 1 ms 4
i.                    Semua murid mampu dan dapat belajar
ii.                  Kurikulum mengambil kira pelbagai kebolehan dan keperluan
iii.                Iklim pembelajaran yang kondusif
iv.                 Penilaian berterusan
v.                   Pentadbir dan guru yang professional
vi.                 Sokongan ibu bapa dan komuniti

b) nyatakan 5 ciri kurikulum sekolah bestari
Jawapan:  Topik 2 ms 21
Ciri-ciri kurikulum sekolah bestari adalah seperti berikut:
i)                    Pengembangan individu,  iaitu membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang dan menyeluruh.
ii)                  Pelbagai disiplin ilmu,  bertema serta berkesinambungan merentasi bidang serta merangsang pemikiran.
iii)                Mengintegrasikan pengetahuan, nilai, kemahiran serta bahasa merentasi kurikulum.
iv)                Futuristik,  iaitu menyediakan pelajar untuk menghadapi masa depan.
v)                  Pelbagai dimensi ilmu,  kemahiran serta bersifat global.

2.      a)  Berikan 5 strategi pengajaran dan pembelajaran koperatif.
Jawapan:  Topik 10 ms 174 ( baca sendiri )

b)    Terangkan pengertian strategi mediatif dan berikan 4 pendekatan dalam strategi tersebut.
Jawapan:  Topik 6 ms 104
·         Strategi mediatif ialah satu proses mengaplikasikan pengetahuan sedia ada untuk menyelesaikan masalah,  membuat keputusan,  membuat andaian,  membuat inferens serta hipotesis.  Strategi ini member peluang kepada murid untuk menentukan secara sistematik konsep yang diajar dengan mengklasifikasikan dan membuat kategori.  Melalui strategi mediatif,  guru tidak menyampaikan maklumat secara langsung kepada murid. 
·         Biasanya guru akan menggalakkan murid untuk member pendapat masing-masing melalui pendekatan yang berikut:
i)                    Perbincangan terbuka.
ii)                  Pencapaian konsep
iii)                Pembinaan konsep
iv)                Inkuiri

3.      a)  Tunjukkan 5 strategi pembelajaran masteri.
Jawapan:  Topik 7 ms 125
i)                    Pelaksanaan berasaskan tahap kemajuan seseorang murid.
ii)                  Bahan pembelajaran dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa segmen kecil yang dikenali sebgai unit pembelajaran.
iii)                Setiap unit pembelajaran dinyatakan dalam bentuk hasil pembelajaran.
iv)                Aras masteri bagi setiap hasil pembelajaran ditetapkan pada aras 80%.
v)                  Proses P&P bagi setiap unit pembelajaran dijalankan dengan menggunakan pelbagai strategi dan kaedah serta bahan P&P yang sesuai.
b)  Nyatakan takrif penilaian dalam konteks pendidikan dan berikan 3 keberkesanannya.
Jawapan:  Topik 3 ms 36
Penilaian ditakrifkan sebagai proses menentukan,  mendapatkan serta memberikan maklumat yg berguna utk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.
serta menginterpretasikan maklumat yg digunakan utk menentukan setakat mana pelajar mencapai objektif pengajaran.
3 keberkesanannya:
i)                    Untuk mengetahui keupayaan,  kemahiran serta pengetahuan asas yang sedia ada pada muird-murid dalam perkara yang diajar.
ii)                  Membantu guru-guru mengetahui sejauh mana murid-murid mereka dapat menguasai dan mempelajari perkara yang disampaikan.
iii)                Untuk membandingkan pencapaian seseorang murid.

BAHAGIAN C ( BERSAMBUNG)
1.      Jelaskan pelaksanaan strategi generatif yang melibatkan langkah-langkah penciptaan analogi.
Jawapan:  Topik 9 ms 155 dan rujuk model synectics ms 112 topik 6

2.      Jelaskan prinsip-prinsip dan langkah-langkah pelaksanaan strategi koperatif.
 jJawapan :  Topik 6 ms 108
Prinsip-prinsip dan langkah-langkah pelaksanaan strategi koperatif menggunakan model Kagan:
PIES ialah:
 
 
 



No comments:

Post a Comment