BAHAGIAN A
1. Namakan 4 jenis corak yang digunakan dalam anyaman.
Jawapan: ms 97 Topik 6
i) Corak tapak catur
ii) Corak mata bilis
iii) Corak beras patah
iv) Corak Palembang
2. Huraikan dgn ringkas 4 perkara penting dalam sejarah awal catan bermula sejak zaman
Yunani Purba.
Jawapan : ms 118 Topik 8
i) Media yang digunakan adalah fresco dan mozek.
ii) Subjek catan kebanyakannnya menggambarkan peristiwa yg berkaitan dgn adat istiadat dan agama.
iii) Pelukis Yunani yang terkenal ialah Polyguotos, Zewcis, Protegenis dan Apelles.
iv) Gaya catan pada zaman itu semuanya dalam bentuk realistik.
3. Nyatakan 4 ciri catan fresco.
Jawapan:
4. Jelaskan definisi corak dan motif.
Jawapan : ms 2 Topik 1
Corak ialah susunan motif samaada secara teratur, terancang atau secara bebas. Manakala motif pula
ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. ia terdiri daripada motif
lora, fauna, geometri dan organik.
5. Nyatakan 4 kelebihan menggunakan arang dalam aktiviti melukis.
Jawapan :ms 74 Topik 5
i) Ia mempunyai keupayaan untuk menunjukkan kesan tekstur permukaan yang dilukis.
ii) Kesan arang pada permukaan kertas dapat menunjukkan jalinan dan ton dengan baik.
iii) Ia dapat menimbulkan kesan kelembutan yang tinggi, kesan kegelapan yang tinggi dan kesan
tekstur yg amat menarik.
iv) Dapat menghasilkan garisan yang tajam dan tepat.
BAHAGIAN B..
1. a)
Huraikan bagaimana proses membuat corak dan rekaan dapat
memperkembangkan persepsi seseorang.
Jawapan:
Persepsi
i. Menyedari prinsip
seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan,
kontras dalam penghasilan corak.
ii. Meningkatkan daya
kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
iii.Memahami dan
menyedari corak di alam sekitar.
iv.Memahami konsep
penyusunan motif dalam mencorak.
v. Menyedari adanya
corak dalam peralatan kegunaan harian.
vi. Menyedari adanya
perkaitan antara warna dan corak.
vii. Memperkukuhkan
cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
viii. Menyedari
adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
ix. Menyedari
adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
x.
Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
xi. Merujuk
alam semulajadi sebagai sumber idea.
xii. Menyedari
dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan
kehidupan mereka.
xiii. Menyedari
pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan
karya yang berharmoni dan bermakna.
xiv. Memberikan
pertimbangan estetika terhadap karya seni.
b) Jelaskan
bagaimana pengetahuan budaya seseorang dapat dikembangkan.
Jawapan:
Pengetahuan Budaya
i. Menyedari
prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,
kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
ii. Mengenal
dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
iii, Mengenal,
mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional.
iv. Mengenal dan
membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian.
v. Mengenal dan
membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.
vi. Menghargai,
mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
2. Untuk memulakan teknik
melukis, kefahaman mengenai
teknik-teknik melukis adalah perkara penting dalam lukisan.
a)
Buat ilustrasi mana-mana 4 teknik melukis.
Skop Jawapan
i)
Teknik Garisan Silang
Himpunan garisan-garisan yang
bersilang menghasilkan kesan ton.
ii)
Teknik Lorekan
Biasa
digunakan dengan melorek kawasan objek yang gelap untuk menunjukkan ton.
iii)
Teknik Gosokan
Meletakkan
kertas lukisan di atas permukaan yang mempunyai jalinan yang diingini dan
menggosoknya menggunakan alat melukis.
b) Pelukis sentiasa berusaha mencari tema dan subjek matter yg menarik utk dilukis. Selain itu pelukis juga perlu memilih dan menggabung-jalinkan alat, bahan dan teknik yg sesuai utk menentukan kualiti lukisan yg hendak dihasilkan.
b) Pelukis sentiasa berusaha mencari tema dan subjek matter yg menarik utk dilukis. Selain itu pelukis juga perlu memilih dan menggabung-jalinkan alat, bahan dan teknik yg sesuai utk menentukan kualiti lukisan yg hendak dihasilkan.
Huraikan ciri-ciri lukisan yang
bermutu.
Jawapan:
Ciri-ciri lukisan yang bermutu termasuklah:
a)
Ketepatan
- Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat
dengan mengikut ukuran yang tepat.
~ketepatan
ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensil @
sepertimana yang telah ditentukan.
- Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri
yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan
berkemungkinan tidak dapat diterima.
b) Teknik melukis
- Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang
telah ditetapkan.
~ teknik membina
garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah
difahami.
- Jika tidak dilukis
mengikut teknik yang betul akan menyebabkan lukisan :-
a) tidak bermutu
b) susah difahami
c) mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
a) tidak bermutu
b) susah difahami
c) mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.
c) Kebersihan lukisan
- Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk
menghargai lukisan yang dibuatnya.
Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan.
- Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan
menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan
adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.
d) Masa menyiapkan lukisan
- Masa menyiapkan
sebaiknya dengan secepat mungkin.
- Apabila pelukis memulakan
lukisannya, bermakna anda telah memulakan latihan
dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.
3. Bahan seperti bod lino dan kayu lapis
atau ‘playwood’ boleh digunakan dalam proses membuat cetakan.
a) Huraikan perbezaan di antara cetakan bod lino
dengan cetakan kayu papan lapis atau’plywood”.
Jawapan: Topik 2 ms 25
Cara dan teknik cetakan bod lino adalah sama dengan cetakan kayu papan lapis.
Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.
Permukaan kayu yang berira membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik.
Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edward Munch amat suka menggunakan teknik ini.
Jawapan: Topik 2 ms 25
Cara dan teknik cetakan bod lino adalah sama dengan cetakan kayu papan lapis.
Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin.
Permukaan kayu yang berira membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik.
Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edward Munch amat suka menggunakan teknik ini.
b) Teknik cetakan skrin adalah salah satu
jenis teknik cetakan yg dikenali juga dengan nama cetakan serigrafi atau
cetakan saring sutera. Justifikasikan 6
keistimewaan teknik cetakan skrin tersebut.
Jawapan:
Jawapan:
BAHAGIAN C
1. Membuat corak dan rekaan menggunakan
teknik ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. Teknik ini tidak menggunakan lilin hanya
membuat pelbagai ikatan pada kain tertentu dan mencelupnya ke dalam warna.
Huraikan
proses aktiviti mencorak menggunakan teknik ikatan dan celupan mengikut urutan.
Jawapan: Topik 4 ms 53
Langkah
1: Penyediaan kain
·
Sediakan
beberapa helai kain putih yg dapat menyerap warna dengan baik.
·
Ikatkan
kain dengan kemas mengikut kreativiti bagi mendapatkan corak yang menarik.
·
Gunakan
tali, benang atau getah untuk mengikat
·
Gunakan
juga objek seperti batu, duit syiling
dan sebagainya yg diletakkan di bahagian dalam kain tersebut bagi mendapatkan
corak yang pelbagai.
·
Lipatan
dan simpulan juga boleh digunakan bagi memperolehi corak yang menarik.
Langkah
2 : Penyediaan warna
·
Bancuh
serbuk pewarna dengan air panas.
·
Masukkan
sesudu garam bagi membantu proses penyerapan
·
Tuangkan
warna ke dalam bekas tertentu dan tambah air sejuk
·
Kacau
cermat dengan pengacau
·
Pastikan
tidak terlalu cair
Langkah
3 : Proses Mencelup kain
·
Kain
yang telah siap diikat haruslah dilembabkan dahulu bagi membantu memudahkan
proses penyerapan warna
·
Celupkan
kain ke dalam pewarna
·
Keringkan
kain tersebut
·
Ulangi
mencelup dengan warna yang lebih gelap
Langkah
4 : Membuka ikatan kain
·
Setelah
proses pengeringan kain selesai, buka
ikatan kain tersebut
·
Keluarkan
semua objek yang digunakan
·
Cuci
kaindengan washing soda dan pemati warna
·
Jemur
kain sehingga kering.
2. Proses penyediaan daun pandan atau
mengkuang bermula daripada mengambil daun dari pokok hinggalah daun itu sesuai
untuk dianyam. Huraikan proses-proses
penyediaan daun untuk anyaman.
Jawapan:
Topik 6 ms 85
Proses
penyediaan daun bermula daripada mengambil daun dari pokok hinggalah daun itu
sesuai untuk dianyam. Proses-proses yang
perlu dilakukan ialah:
i)
Pemilihan
dan pemotongan daun
ii)
Melayur
daun
iii)
Menjangka
daun
iv)
Melurut
v)
Merendam
vi)
Menjemur
No comments:
Post a Comment