Sunday, 15 December 2013

PENGAJIAN ASUHAN TILAWAH AL-QURAN 2 SEPTEMBER 2012





BAHAGIAN A
1.       Surah yang bermula dengan lima ayat dan merupakan wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad saw ketika baginda bermunajat mencari cahaya kebenaran di Gua Hira’.

Jawapan :  topic 1 ms 3, 4

Surah yang dimaksudkan ialah surah al-‘Alaq.  Ia termasuk dalam kategori surah Makkiyyah yang terdiri daripada 19 ayat.  Al-‘Alaq bermaksud segumpal darah yang merujuk kepada asal kejadian seorang manusia.  Tiga perkara utama yang menjadi asas seruan Islam dalam wahyu pertama ini ialah:

(a)   Keesaan Allah swt sebagai Tuhan sekalian alam.
(b)   Kedudukan manusia sebagai sebaik-baik mahkluk ciptaanNya; dan
(c)    Kepentingan ilmu kepada umat manusia sebagai keperluan asas untuk mereka menunaikan tjawab sebagai mahkluk terpilih.

2.      Sebelum membincangan mengenai xtvt pengajaran dn pembelajaran yg sesuai diterapkan dlm topik kefahaman al-quran,  4 langkah penting dalam memahami isi kandungan al-Quran hendaklah disusun secara berperingkat.  Senaraikan 4 langkah tersebut.
Jawapan : Topik 4 ms 75

1.      Langkah 1 :  Memupuk Pemahaman
2.      Langkah 2 : Membentuk Penghayatan
3.      Langkah 3 : Membina Keyakinan
4.      Langkah 4 :  Menjana Amalan

3.      Terangkan pembahagian hukum bagi ilmu tajwid.

Jawapan :
Terdapat 2 hukum bagi ilmu tajwid, iaitu:

(a)    Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah, dan
(b)   Hukum mempraktikkannya dalam bacaan adalah wajib,  iaitu fardhu ain ke atas setiap Muslim,  sama ada lelaki atau perempuan.

4.      Tuliskan tingkatan bacaan al-Quran bermula dengan yang paling lambat.
Jawapan : ma 87 topik 5
1.       Tahap pertama : Tartil- Tartil ialah bacaan al-quran secara perlahan-lahan dan meneliti makna-maknanya serta menjaga hukum-hukum tajwid yang terdapat di dalamnya.  Merupakan bacaan yang paling sempurna.
2.      Tahap kedua :  TadwirBacaan pertengahan antara tahqiq dan hadar dengan tidak mengabaikan hukum-hukum tajwid pada bacaan tersebut.
3.      Tahap ketiga  :  Hadar- Bacaan cepat dengan tidak mengabaikan hukum-hukum tajwid pada setiap huruf dengan menjaga panjang dan pendek,  dengung,  baris-baris kalimah dan sebutan-sebutan huruf.
4.      Tahap keempat :  Tahqiq – Bacaan al-quran di hadapan guru untuk tujuan pembelajaran dan melatih lidah bagi mencapai bacaan yang paling sempurna.

5.      Surah al-Baqarah  -  Terangkan secara ringkas surah di atas yg merangkumi jenis ayat Makiyyah atau Madaniyyah,  jumlah ayat dan turutannya dalam al-quran.  Apakah kelebihannya membaca surah ini.? 

Jawapan : Topik 6 ms 107
Surah al-Baqarah merupakan surah kedua dan terpanjang yang mengandungi 286 ayat  Surah ini diturunkan di madinan yang sebahagian besar dturunkan pada permulaan tahun hijrah,  kecuali ayat 281 yang diturunkan di Mina pada Haji Wida’ ( haji perpisahan ).

Kelebihan membaca surah al-Baqarah
Abu Hurairah r.a berkata:  Rasulullah SAW bersabda :  Jangan menjadikan rumah kamu seumpama kubur ( tidak dibacakan al-Quran di dalamnya).  Sesungguhnya rumah yang dibaca surah al-Baqarah di dalamnya tidak akan dimasuki syaitan”. ( Hadis riwayat Muslim )



BAHAGIAN B

1.      (a)  Terdapat tujuh adab yang perlu dipatuhi apaabila membaca al-quran.  Jelaskan 5 daripadanya.
Jawapan : Topik 9 ms 182

·         Tanamkan niat yg ikhlas semata-mata kerana Allah
·         Suci dari hadas dan najis
·         Membaca di tempat yang bersih dan suci
·         Mengambil dan memegang al-Quran dengan tangan kanan atau dengan kedua-duanya sekali
·         Mengadap kiblat dengan kusyuk dan tenang
·         Hendaklah mulut dalam keadaan yang bersih daripada makanan dan minuman.
·         Dimulai dengan bacaan Isti’azah
·         Membaca dengan cara tartil
·         Dilarang bercakap dan berbual ketika membaaca al-quran
·         Digalakkan membaca sadaqallaulazim seetelah selesai membaca al-quran
·         Setelah tamat membaca al-quran,  letaklah al-quran di tempat yg lebih tinggi dan terhormat

(b)Huraikan maksud istilah-istilah dibawah :

i)                     Al-Lahn al-Jaly

Bermaksud kesalahan nyata.  Kesalahan ini ialah kesalahan mengenai lafaz,  sama ada berubah makna ataupun tidak.  Antara kesalahan nyata dalam al-quran ialah:
a)      Apabila kita menukar huruf dengan huruf yang lain.
b)     Menukar sesuatu baris kepada baris yang lain atau mematikannya dan
c)      Menambah atau mengurangkan sesuatu huruf.

Bagi kesalahan seumpama ini,  ulama bersepakat meletak hukum haram,  sekiranya ia berlaku ketika membaca surah al-Fatihah sewaktu solat,  maka hukum solat kita adalah tidak sah. ( Abd Rahman Ghani 2006)

ii)                  Al-Lahn al-Khafy
Maksudnya kesalahan tersembunyi.  Kesalahan ini ialah kesalahan yang tiada kaitan dengan lafaz bacaan tetapi hanya berkaitan dengan kaedah atau cara bacaan sahaja.  Contoh kesalahan tersembunyi ialah:
a)      Tidak dapat membaca sesuatu mad dengan kadar panjang yang betul, dan
b)     Meninggalkan ghunnah.

2.      (a)Berdasarkan ayat di atas,  tunjukkan 2 golongan yg diangkat martabatnya di sisi Allah dan huraikan sebab-sebabnya.


(b)Jelaskan cara-cara utk memperolehi hidayah.
Jawapan : Topik 10 ms 203
Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk memperoleh hidayah:

1.      Kita hendaklah bersyukur dengan nikmat-nikmat Allah.
2.      Mempunyai akidah yang sejahtera
3.      Berakhlak mulia dalam kehidupan.
4.      Bersungguh-sungguh menimba ilmu.
5.      Berdoa memohon pertolongan Allah.
6.      Memelihara hubungan baik antara makhluk.
7.      Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
8.      Mempertingkatkan ibadat seperti solat dan membaca al-quran.

3.      A) Tuliskan surah al-Qadr dengan baris yang lengkap. ( 10 m)

B)Terangkan asbab an-nuzul surah al-Qadr.
Al-Imam al-Suyuti dalam kitab tafsirnya al-Durr al-Manthur menyebut bahawa Ibn Abi Hatim dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Mujahid bahawa pada suatu hari,  Rasulullah menceritakan tentang kehebatan seorang hamba Allah dari kalangan Bani Israil yg beriman dengan ajaran Nabi musa a.s mengangkat senjata berjihad ke jalan Allah selama seribu bulan.  Para sahabat yang mendengar kisah itu kagum dengan kebesaran ganjaran yg akan diperolehi oleh hamba Allah tersebut dan beranggapan bahawa mereka tidak mungkin mampu menyaingi ganjaran pahala yang diperolehi olehnya memandangkan umur umat nabi Muhammad yang pendek tidak seperti umat dahulu kala.  Lalu, Allah swt menurunkan kepada baginda Rasulullah saw dan umatnya surah ini.

BAHAGIAN C
1.       (a)  Ceritakan kisah di sebalik ayat 37 surah al_baqarah di atas.
Jawapan:
Maksudnya:
  Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (  kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya),  lalu Allah menerima taubatnya;  Sesungguhnya Allah,  Dialah yang maha pengampun ( Penerima Taubat ),  lagi maha mengasihani.”

Mafhum firman Allah SWT:
a)      Allah SWT menciptakan Nabi Adam a.s untuk dijadikan khalifah di atas muka bumi.  Lalu Allah memerintahkan semua malaikat untuk sujud dengan member penghormatan kepada Adam a.s.  Semua malaikat sujud kecuali Iblis.  Pada saat itu,  iblis mengisytiharkan perseteruannya dengan adam a.s.  Setelah sekian lama Adam dn Hawa berada di syurga,  iblis berusaha memerangkap mereka dengan tipu dayanya yang licik.
b)      Hasilnya , dia telah memperdaya mereka supaya memakan dari pohon larangan di dalam syurga.  Iblis berkata: “ Allah tidak melarang kamu memakan buah daripada pohon ini kerana buah ini akan menjadikan kamu berdua sebagai malaikat,  atau kamu berdua akan menjadi kekal dan tidak akan binasa sampai bila-bila.”  Walaupun Adam a.s menolak desakan itu,  tetapi iblis tidak putus asa.  Akhirnya hasutan syaitan termakan juga oleh Adam dan Hawa.  Mereka telah lupa bahawa iblis adalah musuh ketat mereka yang suka memperdaya.  Setelah kedua-dua mereka menjamah buah tersebut,  Allah swt mencabut pakaian mereka dan mereka terpaksa menutup kemaluan mereka dengan daun-daun syurga.
c)      Adam dan Hawa menyedari kesalahan yang telah mereka lakukan.  Lantas mereka berdua memohon ampun dan taubat daripada Allah swt dan menyesali perbuatan mereka. Allah swt menerima taubat mereka dan mengeluarkan mereka berdua ke dunia.
Daripada kisah ini ,  jelaslah kepada kita beberapa perkara penting:
a)      Iblis adalah musuh ketat menusia yg sentiasa berusaha memperdayakan kita supaya melakukan maksiat kepada Allah swt.
b)      Manusia sering melakukan kesilapan.  Apabila melakukan sesuatu dosa kita hendaklah bertaubat kepada Allah swt.
c)      Taubat yang dilakukan secara bersungguh-sungguh akan diterima oleh Allah swt; dan
d)     Islam menjelaskan setiap dosa ditanggung oleh pelakunya.  Kesalahan Adam a.s adalah terletak di atas bahu baginda,  malah ia telah diampun oleh Allah swt.  Justeru , ia tidak ditanggung oleh umat manusia.
Pengajaran ayat adalah seperti berikut :
1)      Allah swt bersifat maha pengampun
2)      Setiap orang bertanggungjawab terhadap kesalahan masing-masing
3)      Allah swt menerima taubat nabi Adam
4)      Iblis adalah musuh ketat manusia
5)      Kita hendaklah menyesali kesalahan yang kita lakukan dengan bertaubat kepada Allah swt.

2.      Tuliskan surah al-Fatihah dengan baris dan terjemahan yg lengkap..  Huraikan 6 pengajaran yg anda perolehi daripada surah ini.
1)      Dengan menyebut nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
2)      Segala puji tertentu bagi Allah,  Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
3)      Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.
4)      Yang mmenguasai pemerintahan hari pembalasan.
5)      Engkaulah sahaja (Ya Allah ) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
6)      Tunjukilah kami jalan yang lurus
7)      Iaitu jalan orang-orng yang Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan jalan orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Pengajaran surah al-Fatihah:
a)      Hendaklah sentiasa memuji Allah swt.
b)      Menyedari bahawa setiap amal perbuatan akan dibalas.
c)      Sentiasa beribadat dengan ikhlas
d)     Sentiasa memohon pertolongan drp Allah swt
e)      Berhati-hati memilih cara hidup supaya sentiasa berada di jalan yg lurus dan diredhai oleh Allah ; dan
f)       Mulakan dan akhiri sesuatu pekerjaan dgn mengingati Allah swt




MENGGAMBAR JANUARI 2013



PSV JANUARI 2013
BAHAGIAN A
1.       Senaraikan 4 unsur penting yg menentukan mutu hasil karya lukisan.
Jawapan: Topik 2 ms 29
·         Komposisi objek  ( menepati asas seni reka )
·         Ruang  (  susunan ruang yg sesuai dgn tema )
·         Perspektif  ( 1,2,3 titik lenyap )
·         Pencahayaan  ( arah sumber cahaya dikenalpasti sebelum menghasilkan ton untuk membentuk objek 3D )

2.       Warna merupakan bahan utk menghasilkan catan yg menarik.  Terangkan 2 jenis warna dan sifat-sifatnya utk menghasilkan catan.

3.       Terangkan 2 bahan yg perlu digunakan dlm proses menghasilkan resis di atas kain.


4.       Senaraikan alatan yg boleh digunakan utk membantu seseorang menghasilkan percikan.

5.       Nyatakan 3 tahap keupayaan murid dlm melakukan aktiviti kolaj yg hendak dijalankan.
BAHAGIAN B
1.       Bidang menggambar yg diajar di sek ren, mempunyai hasil pembelajaran secara berperingkat mengikut tahap umur dan aras yg sesuai dgn pembelajaran murid dari tahun 1 hingga tahun 6.

(a)    Kenalpasti 4 hasil pembelajaran dlm bidang menggambar yg perlu dicapai oleh setiap murid di sekolah rendah.
Jawapan:


(b)   Kategorikan setiap hasil pembelajaran yg boleh dibahagikan mengikut aras-aras tertentu.
Jawapan: Topik 1 ms 8
(a)    Aras Pengetahuan dan kefahaman
Pernyataan berikut ialah apa yg murid perlu capai dalam aras pengetahuan dan kefahaman:
·         Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yg dipelajari
·         Menyatakan perasaan,  idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar
·         Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yg kreatif dan berfungsi.
·         Meningkatkan pengetahuan asas senireka serta mengaplikasikannya dlm penghasilan
2.       Cetakan yg dilakukan dalam pembelajaran di kelas bergantung kepada tahap kecerdasan murid.

(a)    Kaitkan 3 peringkat cetakan dari mudah ke sukar yg boleh dijalankan di peringkat sekolah rendah.

(b)   Tafsirkan teknik rekabentuk cetakan yg boleh menghasilkan cetakan yg baik dan bermutu.

3.        (a)  Taksirkan 3 jenis teknik menghasilkan mozek.

(b)Kelolakan satu aktiviti menghasilkan mozek dgn mengaplikasikan alatan,  bahan,  media dan teknik bersesuaian dgn 3 tahap murid-murid yg berbeza berada di sekolah rendah.