Saturday, 20 December 2014

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MEI 2012



BAHAGIAN A
1.      Senaraikan EMPAT peringkat perkembangan artistik oleh George Luquit (1926).
Jawapan:  Topik 1 ms 15

a.       Peringkat Fortuitous Realism:
Merupakan peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar secara tidak sengaja.

b.      Peringkat Failed Realism:
 Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali tetapi tidak dapat diteruskan kerana imej objek tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja tadi.

c.       Peringkat Intelectual Realism:
 Kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya dalam bentuk ringkas namun dilukis dengan agak baik.

d.      Peringkat Visual Realism:
Keupayaan kanak-kanak melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan adalah satu penghasilan yang baik.

2.      Gariskan DUA prinsip utama pembelajaran yang menggunakan pendekatan konstruktivisme berdasarkan Bruner.
Jawapan:  Topik 2 ms 35

Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis.
  1. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).
  2. Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).
  3. Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).

3.      Jelaskan peringkat analitikal dalam proses apresiasi terhadap karya seni.
Jawapan:  Topik 7 ms 94

Peringkat Analitikal: Kenal Pasti (Identification)
 
 Aspek kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan fungsi karya.


4.      Jelaskan EMPAT kriteria yang guru perlu gunakan untuk merangsang perkembangan dan tindak balas estetik kanak-kanak.
Jawapan:  Topik 6 ms 89

 Bagi merangsang perkembangan kreativiti pemilihan karya bagi pelajar untuk memberikan respon perlu dipilih berdasarkan kriteria berikut.
  1. Memilih Karya Berkualiti
    Karya seni perlu mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya. Mempunyai keaslian dan dihasilkan melalui kerja tangan teliti dan terbaik serta dikenali. Karya sebegini mudah didapati di galeri seni dan biasanya karya-karya ini  disusuli dengan komentar dan penulisan.
  2. Mempunyai Kepelbagaian Media dan Teknik
    Karya yang dipilih perlu mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya. Ini bagi memastikan pelajar mempunyai perspektif pelbagai mengenai hasil karya. Guru seni boleh meluaskan pemilihan karya dengan memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja.
  3. Kepelbagaian Gaya, Budaya dan Artis
    Pemilihan karya perlu melihat faktor yang boleh memperkayakan persepsi pelajar terhadap alam sekelilingnya. Faktor seperti latar belakang dan budaya artis atau pengkarya yang menghasilkan karya perlu diberikan perhatian. Disarankan guru memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis  wanita.
  4. Mempamerkan Budaya
    Karya yang dipilih perlu mengambil kira mengenai kemampuan sesuatu karya mempamerkan identiti dan budaya murid. Karya seni yang dipilih juga mesti mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.


5.      Berikan EMPAT ciri murid yang berfokus kepada perkembanagn secara visual.


Jawapan : Topik 4 ms 59

EMPAT ciri murid yang berfokus kepada perkembanagn secara visual.
·         gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku.
·         lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.
·         pelajar ini suka menyalin nota dengan terperinci
 - pelajar visual hanya dapat belajar dengan efektif sekiranya mereka dapat melihat maklumat di dalam format bertulis.

BAHAGIAN B

1.      (a) Jelaskan kepentingan mata pelajaran pendidikan seni visual dari aspek emosi dan kreativiti kanak-kanak.

Jawapan:  Topik 1 ms 3
  
  • Aspek Sosial dan Emosi
Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Aktiviti pendidikan seni visual memberikan peluang kepada pelajar untuk saling hormat-menghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
  
  • Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Oleh yang demikian, proses ini menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan eksplorasi dan eksperimentasi supaya kanak-kanak mempunyai pengalaman luas dalam bidang penghasilan karya.


(b)Dalam seni visual,  penguasaan  bahasa tampak sangat penting sebagai kefahaman terhadap objek dan karya seni visual.
i.   Jelaskan kepentingan ciri-ciri penegasan.
Jawapan : Topik 3 ms 45

 Kepentingan ciri-ciri penegasan:
Ø  dapat menimbulkan fokus atau tumpuan.
Ø  dapat menarik perhatian.
Ø  dapat mengelakkan kebosanan.

ii.  terangkan tujuan kesan harmoni dalam karya.
Jawapan: Topik 3 ms 43

Tujuan kesan harmoni:
Ø  untuk menarik perhatian pada sesuatu gubagan, objek atau imej.
Ø  Memberi gambaran yang kemas,  selesa, sempurna, menyeronokkan  dan seimbang.

iii. huraikan kepentingan elemen jalinan dalam karya.
Jawapan:  Topik 3 ms 41

Kepentingan elemen jalinan dalam karya:
Ø  Dapat menimbulkan corak hiasan pada sesuatu objek,  contohnya tembikar hiasan.
Ø  Sebagai keselamatan dan penyamaran pada haiwan,  contoh ikan buntal,  tapak sulaiman dan  sebagainya.
Ø  Jalinan juga bertindak sebagai cengkaman bagi mengelakkan gelinciran,  contohnya tayar kereta.
Ø  Sebagai memenuhi nilai keindahan dan menarik perhatian,  contohnya kepak rama-rama, kumbang dan sebagainya.


2.      (a) Huraikan bagaimana warna bilik sangat penting kepada proses pembelajaran.
Jawapan:  Topik 9 ms 125

Warna  Dinding
Antara kaedah pertama yang perlu dititikberatkan bagi menghiasi bilik seni adalah warna. Warna dinding yang terdapat di bilik seni perlu menarik. Pilihlah warna-warna yang sesuai untuk dijadikan latar kepada buletin dan papan notis yang terdapat di dalam bilik darjah. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Dalam konteks ini, pemilihan warna bagi menghiasi dinding perlu mengambil kira kesesuaian dengan karya pelajar yang akan digantung dan dipamerkan nanti.
Warna-warna yang disarankan adalah warna-warna terang seperti warna putih, kelabu pucat, kuning dan biru. Warna-warna  terang ini akan membuatkan bilik seni yang gelap nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar bagi karya pelajar dan objek-objek semula jadi.

(b)Terangkan bagaimana guru perlu memastikan keselamatan dan disiplin di dalam bilik seni / studio.
Jawapan:  Topik 9 ms 127

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru bagi mengelakkan sebarang kemalangan daripada berlaku.
  1. Membaca Label Bahan
    Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu membaca label yang mengandungi maklumat berkaitan dengan bahan  yang akan digunakan bagi menjalankan aktiviti.   Bahan-bahan ini mungkin mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid. Murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan terhadap sesuatu dan asma perlu dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti yang dirancang menggunakan bahan yang membahayakan kesihatan boleh digantikan dengan bahan alternatif yang lain.  

    Kebanyakan bahan yang dibekalkan oleh pembekal bagi aktiviti seni visual mempunyai tanda amaran sebagai satu bentuk makluman mengenai bahaya bahan tersebut.   Guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan bahan-bahan ini bebas toksik dan sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran.
  2. Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur
    Bahan dan alatan seni yang digunakan oleh murid berbeza dengan bahan dan alat yang digunakan oleh artis profesional. Justeru, tugas guru adalah untuk mengenal pasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid.  Kebiasaannya, bahan dan alatan yang dibekalkan akan mempunyai keterangan pada label pembungkusan tentang tahap umur yang sesuai mengikut kategori tertentu.
  3. Mewujudkan Panduan Keselamatan
    Guru seni visual boleh mewujudkan satu panduan keselamatan semasa berada di studio seni sebagai satu dokumen rasmi. Dokumen keselamatan disediakan sebagai peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan. Ianya juga boleh dijadikan panduan di dalam penggunaan alatan dan bahan. Dokumen ini boleh diletakkan di studio di tempat yang strategik dan kelihatan pada pandangan umum.
  4. Menggunakan Bahan Alternatif
    Banyak alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya adalah tidak selamat untuk digunakan oleh murid. Justeru,  guru digesa untuk mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan tersebut.

3.      Penggunaan teknologi malumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu pendekatan pembelajaran terkini.  Setiap bentuk pembelajaran menggunakan  ICT memberi ruang kepada mempelajari sesuatu yang lebih luas dan terbuka.
(a)    Huraikan bagaimana ICT dapat menjadi suatu kaedah pembelajaran berasaskan penerokaan.
Jawapan:  Topik 8 ms 103
 ICT untuk Pembelajaran Penerokaan :

Merupakan kaedah di mana pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM mahupun Internet dan mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
Pembelajaran berbentuk inkuari penemuan dan lebih menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar serta simulasi.  Pelajar mampu mengawal dan menentukan maklumat yang diterima.

Kaedah Perlaksanaan:
Perlaksanaannya berdasarkan pendekatan konstruktivis yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus dari Internet, maklumat juga boleh diperolehi dari CD-ROM dan pelbagai pangkalan data yang berkaitan. Guru perlu bijak mengawal masa kerana proses penerokaan mungkin berlarutan dan memakan masa yang panjang.

Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan
Kelebihan:
  • Memberi peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran masing-masing.
  • Penglibatan sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar.
  • Menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran.
Keburukan:
  • Pelajar berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik.
  • Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.

(b)   Nyatakan keburukan pelaksanaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Jawapan:



BAHAGIAN C
1.      Pelukis memperlihatkan kreativiti mereka di dalam penghasilan karya seni.  Huraikan bagaimana TIGA kaedah yang digasaskan oleh Laura Chapman ( 1978) diaplikasikan dalam proses penghasilan karya tersebut.


2.      Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif bagi pembelajaran seni visual.  Huraikan ciri-ciri pengujian tersebut dan jelaskan bagaimana guru boleh melakukan pemerhatian,  temu ramah dan perbincangan berasaskan konsep penyediaan portfolio.

Jawapan:  Topik 10 ms 144

Walaupun kadangkala ujian atau kuiz yang diadakan lebih bersifat tradisional (pen dan kertas), bentuk dan kandungan pendidikan seni visual itu sendiri memerlukan guru memberi tumpuan yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif.  Pengujian alternatif memberikan ruang kepada guru untuk menguji kemahiran-kemahiran seni visual yang kompleks dan komplikated. 
Di dalam hal ini, Hurwitz dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif.
1.      Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang seni visual.
2.      Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3.      Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4.      Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5.      Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6.      Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.
Ciri-ciri pengujian alternatif ini amat bertepatan dengan pengujian di dalam pendidikan seni visual. Tambahan pula, konsep penyediaan portfolio itu sendiri sekiranya diteliti mempunyai sejarah yang amat sinonim dengan kerja-kerja seni, dan kini turut digunakan di dalam disiplin-disiplin yang lain. Berikut adalah penerangan tentang beberapa jenis pengujian alternatif yang boleh dijalankan oleh guru seni visual di sekolah.

Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah) ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran). Untuk pengujian formal, guru haruslah memberi tugasan tertentu kepada pelajar berserta tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut; dan pemerhatian hendaklah dilakukan berserta rubrik yang disediakan. Antara aktiviti yang sesuai dengan bentuk pengujian seperti ini termasuklah aktiviti melibatkan tanah liat, pembuatan kolaj, dan tugasan-tugasan lain yang melibatkan proses.

Temuramah

Seperti juga pemerhatian, temuramah boleh diadakan oleh guru di dalam persekitaran formal mahupun tidak formal. Temuramah dapat membantu guru dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar. Di dalam konteks ini, temuramah diaplikasikan sebagai medium pengujian tidak formal. Dalam bentuk yang lebih formal, temuramah boleh digunakan sebagai medium untuk mendapat penjelasan atau huraian yang lebih komprehensif daripada pelajar. Ujian bertulis mungkin membataskan jawapan pelajar dan sekiranya bersesuaian, ujian bertulis ini boleh digantikan dengan sesi temuramah. Namun, sesi temuramah memakan masa jika dibandingkan dengan ujian bertulis.

Perbincangan

Boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan pendapat pelajar mengenai sesuatu perkara.  Kadangkala, perbincangan memberikan suasana yang lebih menarik daripada temuramah kerana gayanya yang lebih santai. Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini mengelakkan pelajar daripada merasa gemuruh ketika diuji.  Antara aktiviti yang sesuai untuk perbincangan diadakan adalah apabila guru berminat untuk mengetahui maklum balas serta interpretasi pelajar terhadap seni dan sesuatu karya seni.