Saturday, 13 December 2014

ASUHAN TILAWAH AL-QURAN JANUARI 2013



BAHAGIAN A

1.      Surah Al-‘Alaq merupakan ayat Al-Quran yang pertama diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Nyatakan tempat diturunkan dan huraikan maksudnya serta kaitannya dengan kejadian manusia.

Jawapan: Topik 6 ms 63

Penerangan Surah al-‘Alaq

Al-‘Alaq bererti segumpal darah. Ia mengandungi 19 ayat dan merupakan surah Makkiyyah. Tahukah anda bahawa ayat 1 sehingga ayat 5 daripada surah ini merupakan ayat-ayat Al-Quran pertama yang diturunkan dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW sewaktu di Gua Hira’. Surah ini dinamakan Al-‘Alaq sempena perkataan “Al-‘Alaq” yang terdapat pada ayat kedua dalam surah ini.
Surah ini menerangkan bahawa Allah SWT menciptakan insan daripada segumpal darah, lalu memuliakannya dengan mengajarnya membaca dan menulis serta memberikannya pengetahuan.

2.      Salah satu topik dalam asuhan tilawah al-quran ialah mengenal huruf hijaiyyah.  Jelaskan beberapa aktiviti pembelajaran dan pengajaran mengenai huruf hijaiyyah dan pastikan ia menarik dan berpusatkan murid.

Jawapan:  Topik 2 ms 25



1.      Kemahiran membaca sangat penting dalam pembelajaran al-quran supaya murid memperoleh kemahiran yang selaras dengan sukatan pelajaran.  Senaraikan cara-cara bacaan al-quran dan maksudnya.

Jawapan:  topik 6 ms 63
Penerangan bagi jenis-jenis bacaan Al-Quran seperti yang ditunjukkan di dalam rajah di atas adalah seperti berikut:
  1. Tartil
    Ayat Al-Quran dibaca secara perlahan-lahan, tenang dan setiap huruf dilafazkan dengan makhraj yang tepat mengikut hukum-hukum tajwid yang betul, di samping memahami makna, hukum dan pengajaran daripada ayat tersebut.
  2. Tahqiq
    Bacaannya seperti Tartil, cuma ia lebih lambat dan perlahan seperti memperbetulkan bacaan huruf dari segi makhrajnya, menepati kadar bacaan mad dan dengung. Ia merupakan latihan lidah bagi sebutan huruf dan sifatnya secara betul
  3. Hadar
    Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid. Tingkatan bacaan ini bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran supaya dapat mengulanginya dalam masa yang singkat.
  4. Tadwir
    Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar, serta memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.
2.      Surah ke 92 dalam tertib mushaf Uthmani ialah surai Al-Lail.  Terangkan pengajaran yang terkandung dalam ayat ini.

Jawapan:Topik 7 ms 82
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada surah ini ialah umat Islam perlu bijak dalam menguruskan harta yang dimiliki kerana ia tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah SWT. Setiap sen yang dibelanjakan, sama ada ke arah kebajikan atau memperbaiki diri sendiri, akan menyumbang kepada kebahagiaan yang kekal abadi di hari akhirat; sebaliknya, kebakhilan dan kesombongan akan membawa kepada kesengsaraan dan keperitan yang tidak tertanding di hari akhirat kelak. Kemurahan hati seseorang menjadi petunjuk ketakwaan dan kebahagiaan seseorang di hari akhirat, manakala kebakhilan pula menjadi simbol kekufuran dan petanda kecelakaan di hari akhirat.
3.      Kaedah hafazan merupakan kesinambungan daripada kaedah Talqqi Mushafahah untuk menguatkan dan mengembangkan ingatan dalam Tilawah Al-Quran.  Huraikan 3 peringkat hafazan untuk mencapai objektif yang dinyatakan.
Jawapan:  Topik 8 ms 106

Terdapat tiga peringkat hafazan.
1.       Pertama, peringkat semata-mata hafazan iaitu mempelajari sesuatu tanpa memberi penekanan kepada aspek kefahaman terhadap ayat-ayat yang dihafaz.  Peringkat ini adalah peringkat yang paling rendah dalam hafazan.
2.      Peringkat kedua adalah peringkat hafazan dan kefahaman.  Peringkat ini memerlukan kefahaman bahan yang dihafaz.  Dalam peringkat ini,  biasanya hafazan berlaku dengan cepat dan dapat dikekalkan dalam ingatan.
3.      Peringkat ketiga adalah peringkat hafazan dan analisis.  Peringkat ini adalah peringkat tertinggi dalam kaedah hafazan dan memerlukan fikiran yang matang.  Segala bahan yang dihafaz dalam peringkat ini adalah lebih mantap dan berkekalan.  Lazimnya ,  ia berlaku kepada ahli tafsir dan ahli-ahli hadis.

BAHAGIAN B

1.      Surah Al-Ikhlas juga dikenali sebagai Surah Al-Tauhid dan Surah Pelindung.
(a)   Terjemahkan maksud ayat mengikut susunannya.
Jawapan: 

 
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
“Dia tiada beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan;
[4]
“Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya”.
  




(b)    Huraikan cadangan aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi tajuk hafazan surah ini.
Jawapan:  Topik 8 ms 117




Jadual berikut menunjukkan beberapa cadangan aktiviti yang boleh anda terapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Perkara
Cadangan
Penerangan dan Huraian
  • Guru menjelaskan panduan menghafaz Al-Quran.
  • Guru menerangkan teknik menghafaz Al-Quran dengan cara yang betul.
  • Guru menghuraikan kaedah pengajaran dan pembelajaran hafazan.
  • Guru menjelaskan aspek-aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam kemahiran hafazan.
Perhatian:
Sila gunakan teknik dan kaedah penerangan yang mudah difahami oleh pelajar dengan memberikan contoh dan gambaran serta carta.
Bacaan/Tilawah
  • Guru membaca ayat Al-Quran dengan kuat.
  • Pelajar mengikut bacaan guru secara kuat juga.
Pelajar membaca perlahan secara individu dan membacanya beberapa kali secara berulang-ulang sehingga lancar dan fasih.
Mendengar Bacaan Ayat daripada Pita Rakaman
  • Pelajar mendengar bacaan ayat daripada pita rakaman.
  • Pelajar mengikut bacaan ayat daripada pita rakaman sehingga tamat (ulang beberapa kali).
  • Pelajar dikehendaki melihat carta ayat.
  • Pelajar membaca ayat secara beramai-ramai dengan bacaan kuat.
  • Pelajar membaca secara berkumpulan dengan bacaan kuat.
Pelajar membaca secara individu secara senyap.
Melihat Mashaf Uthmani
  • Pelajar membaca secara individu (bacaan senyap) dengan melihat mushaf.
  • Mereka membaca secara berulang-ulang sehingga ingat.
  • Pelajar membaca (dengan ingatan) berpandukan teks ayat (sesekali merujuk/melihat mushaf bagi memastikan hafazannya tepat).
Aktiviti di atas hendaklah diulang sekurang-kurangnya tiga kali.
Hafazan
  • Pelajar menghafaz secara individu.
·         Pelajar mentasmi’kan hafazan di hadapan guru.






1.      Sebagai seorang guru pendidikan islam, anda perlu menguasai ilmu-ilmu berkaitan hukum tajwid dan tahap bacaan al-quran dengan baik supaya dapat melaksanakan pengajaran yang berkesan.
(a)   Huraikan kaedah mengaplikasi pernyataan di atas.

Jawapan : Topik 6 ms 74

Penerangan bagi jenis kaedah pengajaran dan pembelajaran tilawah Al-Quran adalah seperti berikut:
  1. Talaqqi dan Musyafahah
    Dalam kaedah talaqqi dan musyafahah ini, pelajar dikehendaki mendengar pembacaan guru dengan teliti serta melihat pergerakan mulut guru. Kemudian, dia mengulang bacaannya dengan didengari oleh guru sehingga guru berpuas hati. Murid yang berjaya membaca dengan baik, betul dan sebutannya tepat akan beralih ke muka surat yang lain, manakala murid yang kurang mampu akan tetap di muka surat yang sama.
  2. Tadarrus
    Murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulan yang kurang daripada lima orang, manakala yang lain akan memerhati serta mendengar bacaan tersebut. Jika terdapat kesalahan dalam bacaan, maka guru akan menegur agar dimanfaatkan oleh pemerhati (murid-murid) yang lain.
  3. Tasmi’
    Guru mendengar dan meneliti bacaan muridnya seorang demi seorang. Sekiranya terdapat kesalahan dalam bacaan, guru dengan serta merta memperbetulkan kesalahan tersebut dan meminta murid membacanya semula dengan betul.
(b)   Rancangkan LIMA aktiviti pembelajaran bacaan al-quran.
Jawapan:  Topik 7 ms 97




3.      Talaqqi Mushafahah,  Tikrar dan Tasmi’ merupakan kaedah-kaedah yang sesuai dijalankan untuk mengajar kemahiran al-quran.
(a)   Huraikan Tiga perbezaan antara kaedah Talaqqi Musyafahah dengan kaedah Tasmi’.
Jawapan: Topik 5 ms 56





(a)   Beri definisi kaedah tikrar.
Jawapan: Topik 5 ms 56

·         Kaedah Tikrar (Ulangan):
Kaedah Tikrar atau ulangan ini boleh kita samakan dengan kaedah latih tubi.  Pendekatan kaedah ini adalah melakukan pembacaan atau mengingat secara berulang kali.  Caranya adalah:
Ø  Selepas guru membaca,  murid akan mengikut bacaan guru.
Ø  Kemudian,  seorang murid membaca dan diikuti oleh beberapa murid lain lalu diikuti oleh semua murid di dalam kelas; dan
Ø  Seterusnya,  murid membaca bermai-ramai mengikut kumpulan,  sementara kumpulan lain mendengar atau seorang sahaja murid membaca,  sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.



BAHAGIAN C

1.      Anda telah merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran hafazan surah al-kafirun dengan kaedah Talaggi dan Musyafahah.
(a)    Jelaskan TIGA objektif pengajaran hafazan surah di atas mengikut aras.
Jawapan:  Topik 9 ms 121

            Objektif Pengajaran Hafazan Surah Al-Kafirun:

            Hasil daripada aktiviti pengajaran hafazan surah Al-Kafirun murid dapat:
  1. Aras 1
    Menghafaz keratan ayat-ayat surah tersebut dengan hafazan yang betul.
  2. Aras 2
    Menghafaz ayat-ayat lengkap daripada surah tersebut dengan makhraj yang betul.
  3. Aras 3
    Menghafaz ayat-ayat lengkap daripada surah tersebut dengan tajwid yang betul.

(b)   Huraikan aktiviti pengukuhan yang boleh dijalankan semasa mengajar hafazan ini supaya murid-murid membaca secara hafazan dengan tersusun.
Jawapan:  Topik 9 ms 124




No comments:

Post a Comment