BAHAGIAN A
1. Terangkan teknik
pengajaran tilawah al-quran menggunakan kaedah-kaedah yang berikut:
ยท
Kaedah tikrar
ยท
Kaedah tasmiโ
Jawapan: Topik 5 ms 56
ยท
Kaedah Tikrar (Ulangan):
Kaedah Tikrar atau
ulangan ini boleh kita samakan dengan kaedah latih tubi. Pendekatan kaedah ini adalah melakukan
pembacaan atau mengingat secara berulang kali.
Caranya adalah:
ร Selepas guru
membaca, murid akan mengikut
bacaan guru.
ร Kemudian, seorang murid membaca dan diikuti oleh
beberapa murid lain lalu diikuti oleh semua murid di dalam kelas; dan
ร Seterusnya, murid membaca bermai-ramai mengikut
kumpulan, sementara kumpulan lain
mendengar atau seorang sahaja murid membaca,
sementara yang lain mendengar bacaan murid tersebut.
ยท
Kaedah Tasmiโ
Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran menghafaz ayat al-quran. Cara pelaksanaannya ialah:
Teknik ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran menghafaz ayat al-quran. Cara pelaksanaannya ialah:
ร Guru akan
meminta murid memperdengarkan bacaan ayat yang dipelajari, manakala guru akan mendengar dengan teliti
sambil membetulkan kesalahan murid.
ร Jika menggunakan
teknik ini, guru perlu menguasai isi
pelajaran dengan baik untuk
memudahkan pembetulan kesalahan murid dengan
serta-merta.
ร Jangan lupa
kawalan kelas semasa membuat tasmiโ bacaan murid.
2. Lengkapkan surah
di atas.
Jawapan:
3. Asuhan tilawah
al-quran mengandungi tiga komponen kemahiran utama iaitu:
(a) Kemahiran bacaan
(b) Kemahiran
hafazan
(c) Kemahiran
kefahaman
Huraikan 2 daripada
komponen-komponen di atas.
Jawapan: Topik 1 ms 3
(a) Kemahiran bacaan:
kemahiran bacaan
menumpukan kepada kebolehan murid membaca ayat-ayat Al-Quran dengan bertajwid.
(b) Kemahiran
Hafazan:
Kemahiran hafazan pula
memberi tumpuan kepada kebolehan murid menghafaz surah-surah tertentu dengan
fasih dan lancar.
4. Huraikan
cara-cara bacaan al-quran berikut:
(a) Tartil
(b) Tadwir
(c) Tahqiq
(d) Hadar
Jawapan:
Topik 6 ms 63
(a) Tartil :
Ayat al-quran dibaca secara
perlahan-lahan, tenang dan setiap
huruf dilafazkan
dengan makhraj yang tepat mengikut hukum-hukum tajwid yang betul, di samping memahami makna, hukum dan pengajaran daripada ayat tersebut. Contohnya bacaan Qari dalam
pertandingan Tilawah Al-Quran.
(b) Tadqiq :
Bacaannya
seperti Tartil, cuma ia lebih lambat
dan perlahan seperti memperbetulkan bacaan huruf dari segi makhrajnya, menepati kadar bacaan mad dan dengung. Ia merupakan latihan lidah bagi
sebutan huruf dan sifatnya secara betul.
Contohnya bacaan kanak-kanak yang belajar al-quran.
(c) Hadar :
Bacaan yang cepat serta
memelihara hukum-hukum bacaan Tajwid.
Tingkat bacaan ini bagi mereka yang telah menghafal al-quran
supaya dapat mengulanginya dalam masa yang singkat.
(d) Tadwir :
Bacaan yang pertengahan
antara tingkatan bacaan Tartil dan Hadar,
serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Contohnya bacaan seseorang imam mengimani
solat.
5. Surah al-Aโla
merupakan surah yang ke 87 dalam tertib susunan Mushaf Uthmani dan merupakan
surah Makkiyah. Berikan pengajaran
daripada surah al-Aโla.
Jawapan: Topik 7 ms 94
Antara pengajarannya:
ร Segala kejadian
serta sistem yang berjalan dalam setiap kehidupan di maya ini diatur dan
disusun oleh Tuhan Yang Maha Pencipta.
ร Kesempurnaa yang
dapat dilihat dalam sistem ini menjadi tanda kemuliaan dan ketinggian Allah
SWT.
ร Setiap Muslim
perlu menyedari bahawa kejayaan di akhirat lebih berharga daripada kenikmatan
di dunia yang sementara.
BAHAGIAN B
1. (a) Berdasarkan ayat di atas, huraikan nama surah, jumlah ayat
dan kategori surah tersebut.
(b) Huraikan 7 pengajaran yang
boleh didapati daripada surah tersebut.
2. (a) Tuliskan surah al-Qadr dengan baris yang
lengkap.
(b) Terangkan inti sari surah ini
dengan terperinci.
Jawapan:
Topik 11 ms 147
1. (a) Dalam pengajaran huruf Hijaiyyah, terdapat tiga aras utama yang perlu ditekankan
bagi mencapai tujuan pembelajaran.
Terangkan tiga aras tersebut.
Jawapan: Topik 2 ms 21
ยท
Aras 1 :
Aras 1 mengharapkan murid
dapat mengecam, mengenal dan menyebut
huruf Hijaiyyah dari Alif hingga Ya.
ยท
Aras 2 :
Manakala aras 2
pula, mengharapkan murid dapat menyebut
huruf Hijaiyyah mengikut susunan yang betul dari Alif hingga Ya, dan juga membunyikan
huruf yang hampir sama bentuk dan bunyi.
ยท
Aras 3 :
Aras 3 pula mengharapkan
murid dapat menyusun dan menyalin huruf-huruf Hijaiyyah mengikut
urutan yang betul.
(b) Cadangkan 6 aktiviti yang dapat anda jalankan
semasa mengajar huruf hijaiyyah serta cadangan penilaian yang sesuai.
Jawapan: Topik 2 ms 27-28
Rajah di atas adalah ringkasan cadangan beberapa aktiviti yang boleh guru laksanakan dalam pengajaran topik huruf Hijaiyyah. Ketika merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran, pastikan ianya berpusatkan kepada murid.
- Murid hendaklah lebih banyak terlibat dalam aktiviti; peranan guru lebih banyak sebagai pemudah cara sahaja.
- Rancang aktiviti yang menyeronokkan murid supaya kelas anda menjadi ceria dan aktif.
- Dalam pengajaran kemahiran bacaan potongan ayat Al-Quran, jangan biarkan murid hanya meniru daripada kaset atau mendengar bacaan rakan sahaja. Perdengarkan kepada murid cara bacaan yang betul.
- satu lagi aspek penting dalam pengajaran ialah penggunaan bahan bantu mengajar, sediakan bahan mengikut prinsip yang telah ditetapkan seperti saiz, kuantiti, pemilihan warna dan kreativiti.
- Seelok-eloknya biarlah
bahan bantu mengajar anda terdiri daripada pelbagai jenis seperti gambar,
carta, bahan maujud dan bahan audio visual. Tujuannya supaya seluruh deria
murid dapat dirangsang.
BAHAGIAN C
1. Berdasarkan
pengalaman anda dalam mengajar hafazan al-quran, sediakan satu panduan menghafaz al-quran yang
lengkap kepada murid sekolah rendah.
Jawapan: Topik 8 ms 101
Panduan menghafaz
al-quran:
(a) Ikhlas kerana
Allah SWT
(b) Menggunakan
satu Mushaf
(c) Memahami Apa
Yang Dihafaz
(d) Ingat Sebelum Berpindah ke Ayat Lain
(e) Hafaz Secara
Berperingkat-Peringkat
(f) Kerap
Mendengar Bacaan Al-Quran
(g) Kerap Tasmiโ
Bacaan Al-Quran
(h) Kerap Tasmiโ
Hafazan Al-Quran
(i) Memilih Waktu
dan Tempat yang Sesuai.
2. Terdapat 5 orang
pelajar tahun 2 di dalam kelas anda yang tidak dapat menghafaz surah al-kafirun
ketika anda mengajar asuhan tilawah al-quran.
Cadangkan langkah-langkah yang akan anda ambil dalam mengatasi masalah
lima orang pelajar ini.
Jawapan: topik 9 ms 129
Cadangan langkah-langkah
pengajaran bagi murid pemulihan:
Aktiviti 1
1. Guru
memperdengarkan bacaan surah al-Kafirun melalui kaset berulang kali.
2. Guru
mengulangkan bacaan surah tersebut sambil memantau perhatian murid terhadap
bacaan tersebut.
3. Guru membaca
surah tersebut dan meminta murid mengikutinya secara kelas.
4. Guru meminta
murid terbaik dalam kumpulan itu membaca surah tersebut dengan suara yang
lantang dan rakan-rakan yang lain mengikutinya di samping guru membetulkan jika
berlaku kesalahan.
Aktiviti 2
1. Guru mempamerkan
tujuh keratan ayat surah Al-Kafirun dalam kad-kad ayat untuk aktiviti hafazan.
2. Guru menyebut
setiap kalimah yang dipamerkan dengan makhraj dan tajwid yang betul.
3. Guru menyebut
berulang kali kalimah yang dipamerkan dan meminta murid mengikut sebutan guru.
4. Guru menutup
kalimah pertama yang dipamerkan dan meminta murid menyebutnya berulang kali
secara hafazan.
5. Guru meneruskan
aktiviti sehingga semua kalimah yang dipamerkan dihafaz oleh murid secara
individu, dan kumpulan.
6. Guru menutup
semua kalimah dan meminta murid membacanya secara hafazan dengan tersusun.
Aktiviti pengukuhan:
1. Guru memulakan
aktiviti dengan teknik hafazan berpasangan,
setiap murid diminta berpasangan.
Murid yang tiada pasangan akan berpasangan dengan guru.
2. Guru memastikan
pasangan yang seimbang dari segi kebolehan dan kecerdasan.
3. Guru mengarahkan
setiap pasangan menghafaz surah Al-Kafirun daripada ayat 1hingga ayat 3 dengan
didengari oleh pasangan masing-masing.
4. Aktivit ini
diteruskan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan di mana setiap pasangan
menghafaz silih berganti sehingga hafazan mereka berjaya.
5. Guru perlu
menyediakan hadiah kepada semua murid sebagai peneguhan dan motivasi kepada
mereka.
No comments:
Post a Comment