BAHAGIAN A
1.
Nyatakan EMPAT
peringkat teori perkembangan artistik kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Georges-Henri
Luquet (1926).
Jawapan: Topik 1 ms 15
a.
Peringkat
Fortuitous Realism:
Merupakan peringkat awal lukisan
kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah
membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar secara tidak
sengaja.
b.
Peringkat
Failed Realism:
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja
diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir
sama dihasilkan berulang kali tetapi tidak dapat diteruskan kerana imej objek
tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja
tadi.
c.
Peringkat
Intelectual Realism:
Kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang
mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya dalam bentuk ringkas
namun dilukis dengan agak baik.
d.
Peringkat
Visual Realism:
Keupayaan kanak-kanak melukis imej
yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan melukis imej 3 dimensi
di atas kertas lukisan adalah satu penghasilan yang baik.
2. Di dalam teori
Sosial-Interaksi yang diperkenalkan oleh Piaget, terdapat DUA proses
yang digunakan oleh individu sepanjang hayat dalam menyesuaikan diri mereka
dengan persekitaran. Nyatakan proses-proses tersebut.
Jawapan: Topik 2 ms 28
a.
Penyerapan
(Assimilation):
Proses penerimaan rangsangan dari
luar dan individu mentafsir serta memproses rangsangan mengikut pengalaman
sedia ada. Individu tidak perlu membuat modifikasi diri kerana pengalaman sedia
ada mampu membantu menghadapi rangsangan.
b.
Ubahsuai
(Accomodation):
Penglibatan aktif individu dalam membuat
modifikasi tertentu pada diri dan perlakuan agar dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Modifikasi terpaksa dibuat kerana individu berhadapan dengan
sesuatu yang baru dan belum pernah dialaminya sebelum ini.
3. Unsur-unsur seni reka
terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu
karya seni visual. Nyatakan EMPAT daripada enam unsur seni tersebut.
Jawapan: Topik 3 ms 39
a.
Garisan:
Cantuman dari satu titik ke titik yang lain
dengan jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta
rupa, jalinan, ton dan corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan
gerakan dalam seni visual.
b.
Rupa:
Rupa 2 dimensi (tidak berjisim) yang mempunyai
outline dan sempadan yang mengelilinginya. Rupa geometri : mempunyai sudut dan
penjuru. Rupa organik : bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus.
c.
Bentuk:
Mempunyai sktruktur jisim dan isipadu serta
lebih dari satu permukaan datar. Pelbagai sudut pandangan : karya 3 dimensi,
juga disebut bentuk konkrit. Satu sudut pandangan : karya 2 dimensi, juga
disebut bentuk ilusi.
d.
Jalinan:
Kesan rasa dan ekspresi yang terdapat pada
permukaan sesuatu objek.
Jalinan sentuh : boleh dirasai melalui sentuhan, contohnya
kulit buah durian.
Jalinan tampak: boleh dilihat tetapi tidak boleh dirasa,
contohnya kulit timun.
4. Pelajar visual secara amnya
dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria
penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa
proses pembelajaran berlaku. Jelaskan DUA peranan yang boleh dimainkan oleh
guru di dalam meransang pelajar mempelajari secara visual.
Jawapan: Topik 4 ms 59
Bagi memastikan pelajar dapat
memahami maklumat yang disampaikan serta berlakunya penyerapan maklumat, guru
perlu:
a. Memperbanyakkan paparan visual di
dalam pengajaran. Diagram, video atau carta mempunyai ilustrasi yang menarik
untuk menimbulkan rangsangan.
b. Memberi masa yang secukupnya
kepada pelajar untuk menyalin informasi pengajaran dengan cara yang terperinci.
Pelajar dapat belajar secara efektif sekiranya dapt melihat maklumat di dalam
format bertulis yang lengkap.
5. Jelaskan DUA tahap pemikiran
kreatif seperti yang diterangkan oleh Fisher (1943).
Jawapan: Topik 5 ms 70
a.
Peringkat
Rangsangan:
Pemikiran kreatif dirangsang dengan
mengemukakan pelbagai soalan seperti apa, mengapa, siapa dan bagaimana. Guru
perlu merangsang minda murid dengan pelbagai soalan kritikal.Guru juga perlu
membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin
tahu murid terhadap sesuatu isu.
b.
Peringkat
Penerokaan:
Memerlukan pemikiran ke hadapan.
Eksperimentasi dan kajian dapat membantu kanak-kanak kreatif mencari jawapan
dan jalan penyelesaian.
6. Gazalba (1978) mentakrifkan
estetik itu sebagai satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai
kecantikan dan kebaikan. Senaraikan DUA kepentingan mempelajari estetik.
Jawapan: Topik 6 ms 90
a.
Menghidupkan
Suasana Aktif Pembelajaran:
Pengalaman estetik yang diterapkan di dalam
aktiviti penghasilan karya menjadikan pembelajaran pendidikan seni visual lebih
aktif. Proses pembelajaran estetik yang menggalakkan interaksi di antara murid
dan guru menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.
b.
Meningkatkan
Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual:
Mempelajari estetik akan membantu murid
mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah
baru.
7. Nyatakan DUA matlamat utama
apresiasi seni.
Jawapan: Topik 7 ms 93
a. Membina keyakinan
seseorang untuk berbincang dan menghuraikan hasil karya. Memahami karya
melalui apa yang dilihat secara langsung sama ada melalui perbincangan (lisan),
cerita, lakonan, nyanyian, karangan atau puisi.
b. Membina tatabahasa visual dan
mempertingkatkan daya estetik seseorang. Dapat mendedahkan seseorang kepada
bahasa tampak, contohnya unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan dalam
penghasilan sesebuah karya.
8. Penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran boleh dibahagikan kepada empat kategori. Senaraikan EMPAT
kategori tersebut.
Jawapan: Topik 8 ms 101
a. Tutorial Berbentuk penerangan dan
menggunakan perisian. Contohnya proses membuat montaj.
b. Penerokaan: Pelajar
dibimbing mencari maklumat mengenai sesuatu isi pelajaran. Contohnya, melayari
internet untuk mencari maklumat berkaitan montaj atau contoh-contoh montaj.
c.
Aplikasi :Maklumat
atau bahan yang diperolehi digunakan untuk aktiviti pembelajaran contohnya
menghasilkan montaj.
d. Komunikasi: Pelajar
bertukar maklumat dengan pelajar lain di lokasi yang berbeza, contohnya bagi
mendapatkan hasil yang lebih baik.
9. Kebanyakan sekolah telah
menyediakan bilik khas yang diperuntukkan sebagai bilik seni atau studio seni.
Berikan EMPAT keperluan asas bilik seni tersebut.
Jawapan: Topik 9 ms 125
a. Warna Dinding: Penggunaan warna dinding yang sesuai untuk
dijadikan latar kepada buletin dan papan notis.
b. Papan Buletin: Digunakan
untuk mempamerkan hasil karya pelajar dan tempat menyampaikan maklumat.
c. Pencahayaan: Cahaya lampu
dan cahaya semulajadi (dari luar) dapat mempengaruhi sesuatu hasil karya.
d. Bahan Pameran Khas: Ruang
pameran khas yang mempamerkan objek semulajadi untuk membangkitkan rasa ingin
tahu pelajar.
10. Senaraikan DUA bentuk penilaian
alternatif yang disarankan oleh Hurwitz dan Day (2001).
Jawapan: Topik 10 ms 145
a.
Temuramah:
Boleh dilaksanakan secara formal dan tidak
formal. Membantu guru memahami dan menyelesaikan masalah pelajar.
b.
Perbincangan:
Boleh
melibatkan sekumpulan murid bagi mendapatkan pandangan mengenai sesuatu
perkara. Pelaksanaan dalam bentuk santai menghasilkan maklum balas yang lebih
menarik
BAHAGIAN B
1.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran membawa pengertian menggunakan
teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.
(a) Nyatakan LIMA peranan ICT di dalam konteks pembelajaran.
i.1
Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pengajaran,
ii.
Memberi peluang pembelajaran yang sekata kepada semua pelajar yang mempunyai
pelbagai keupayaan,
iii.
Meningkatkan motivasi pelajar,
iv.
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individual learning),
v.
Membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
(b) Terdapat pelbagai definisi yang telah dikemukakan oleh
tokoh-tokoh mengenai pengertian multimedia. Huraikan secara ringkas mengenai
pengertian multimedia menurut pemahaman anda.
Multimedia
merupakan kombinasi data, video, audio, animasi, grafik dan teks yang
direkabentuk menjadi suatu perisian dengan penggunaan komputer sebagai media
untuk menyampaikan persembahan. Interaksi di antara pengguna dan komputer dapat
meningkatkan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran.
(c) Huraikan dengan jelas
LIMA elemen multimedia.
1) Teks
Semasa
membangunkan aplikasi multimedia, antara perkara perlu diberikan perhatian
dalam penyediaan teks ialah ;
i. ringkas tetapi padat dan boleh
dibaca,
ii. penggunaan typeface dan fon yang
bersesuaian dan sedia ada pada sistem komputer
lain,
iii. pemilihan stail tulisan dan
warna teks yang bersesuaian.
2)
Grafik
Perkara yang perlu diberikan
perhatian dalam pemilihan grafik ialah;
i. bersesuaian dengan kumpulan
sasaran dan keperluan tugas,
ii. tidak menyentuh sensitiviti kaum
atau agama,
iii. warna grafik yang bersesuaian
serta spesifikasi penggunaan grafik tanpa masalah
pada sistem berkeupayaan rendah.
3)
Audio
Antara perkara perlu diberikan
perhatian dalam penggunaan audio dalam aplikasi multimedia ialah ;
i. hanya digunakan jika perlu dan didapati
bersesuaian dengan isikandungan atau program,
ii. pastikan audio yang digunakan
boleh dikawal contohnya kawalan suara dan memberhentikan
audio,
iii. elakkan menggunakan terlalu
banyak audio yang sama dalam aplikasi bagi mengelakkan
kebosanan.
4)
Video
Antara perkara perlu diberikan
perhatian dalam penggunaan video dalam aplikasi multimedia ialah ;
i. video analog sering mengalami
masalah seperti kecairan warna, gambar yang kurang
jelas dan kejatuhan kualiti akibat kerap digunakan atau disimpan dalam tempoh yang lama.
ii. video digital menyediakan
kemudahan secara rawak dengan membenarkan arahan
copy, cut dan paste disamping kualitinya yang kekal sepanjang masa,
iii. perisian yang kurang arahan
atau terlalu canggih boleh membebankan pengguna.
5)
Animasi
Penggunaan animasi dalam aplikasi
multimedia berkesan kerana ;
i. animasi digital mampu menyampaikan sesuatu
mesej dengan lebih pantas,
ii. animasi yang berkesan mampu
menarik perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang
pemiliran pelajar,
iii. teknologi animasi mampu
memudahkan proses penerangan konsep dan demonstrasi
sesuatu kemahiran.
2. Matlamat Wawasan 2020 menekankan
kepentingan melahirkan warga Malaysia yang
kreatif dan inovatif. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Negara yang memberikan penekanan kepada usaha
melahirkan lebih ramai lagi individu yang kreatif
dan inovatif bagi membangunkan negara.
(a) Apakah yang
dimaksudkan dengan kreativiti ?
Jawapan:
Kreativiti bermaksud kebolehan dan
kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang
kreatif, baru dan asli.
(b) Menurut
Victor Lowenfeld (1975) pengembangan galakan pemikiran kreatif di kalangan
kanak-kanak perlu dilakukan secara berterusan. Beliau juga turut menegaskan
bahawa sekatan dan halangan terhadap pengembangan kreativiti adalah disebabkan
oleh dua faktor utama.
Jelaskan
DUA (2) faktor tersebut.
Jawapan:
Dua
faktor yang menghalang pengembangan kreativiti menurut Victor Lowenfeld;
i) Halangan psikologi
Sikap kanak-kanak yang suka menyoal mendatangkan kebosanan kepada ibubapa.
Respon negatif ibubapa tidak dapat merungkai kemusykilan atau persoalan yang
bermain di fikiran kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak serik untuk
bertanya dan ia mengakibatkan pembinaan daya kreativiti kanak-kanak terhalang.
ii) Halangan persekitaran Lukisan merupakan salah satu media untuk
kanak-kanak meluahkan pengalaman yang dilalui mereka. Kanak-kanak yang kreatif
dapat menghasilkan karya-karya yang baik jika mendapat bimbingan dan sokongan
daripada orang-orang di sekeliling mereka. Namun amalan tidak mengambil berat
tentang pembelajaran Seni Visual oleh pihak sekolah menjadi penghalang kepada
pembinaan daya kreativiti pada diri kanak-kanak.
3.
Mengajar merupakan satu tugas yang kompleks. Semasa mengajar guru perlu
melakukan pelbagai bentuk penilaian dan pengujian untuk memastikan
keberkesanan
pengajaran.
(a) Jelaskan konsep pengujian berikut:
i) Konsep Pengujian Tidak Formal
Boleh dilakukan oleh guru dari semasa
ke semasa. Contohnya, guru membuat pemerhatian
bagi mengenalpasti sama ada murid memahami apa yang diajar. Murid tidak diberi markah dan dilakukan semasa
guru menjalankan tugas mengajar.
ii) Konsep
Pengujian Formal.
Melibatkan pengujian rasmi oleh guru atau
pihak jawatankuasa pengujian di sekolah.
Contohnya, ujian bulanan yang diperuntukkan sejumlah masa yang khusus dengan mengikut prosedur
tertentu, mempunyai matlamat dan objektif, pemberian
markah dan keputusan yang dilaporkan.
(b) Pengujian
formatif
merujuk kepada sebarang bentuk pengujian yang
dijalankan pada bila-bila masa
semasa tahun pembelajaran.
Nyatakan TIGA kelebihan menggunakan
kaedah pengujian ini.
i) Menyediakan maklumat yang menguntungkan
kedua-dua pihak, iaitu pelajar dan
guru. Keputusan yang diperolehi menjadi indikator pada guru akan tahap pemahaman pelajar. Jika keputusan
menggambarkan pelajar masih kabur mengenai
sesuatu topik, guru perlu memperjelaskan semula topik itu. Melaluinya pelajar dapat meneliti dengan lebih jelas
apa yang tidak difahami sebelum ini.
ii) Menyediakan maklumat bagi
tujuan laporan perkembangan prestasi pelajar. Keputusan
yang diperolehi boleh digunakan guru untuk melaporkan prestas pelajaran kepada ibu bapa pelajar.
Jika pelajar didapati masih lemah, guru dan ibu bapa pelajar boleh berbincang bagi mengenalpasti punca dan
mengatasi kelemahan pelajar.
iii) Menyediakan informasi
berkaitan topik yang telah dapat dikuasai dengan baik atau yang perlu diperbaiki. Ianya member ruang kepada guru
untuk menghuraikan konsep yang tidak
jelas atau membuat modifikasi dalam cara pengajaran sebelum peperiksaan akhir.
(c) Huraikan panduan kaedah pengujian hasil kreativiti kanak-kanak
seperti yang disarankan oleh Hurwitz dan Day (2001).
i)
Melengkapkan pengajaran Soalan yang disediakan mestilah merangkumi semua
isipelajaran yang telah diajar sebelum pengujian dijalankan bagi menepati
konsep validiti pengujian.
ii)
Mengukur kreativiti Luahan kreativiti adalah sama penting dengan kemajuan
pelajar. Luahan kreatif perlu dinilai dan mestilah sentiasa digalakkan.
iii)
Memberi ruang kepada pelajar untuk berkarya Guru perlu menetapkan standard yang
bersesuaian kerana setiap pelajar memiliki kemampuan kreativiti yang berbeza.
Pelajar yang menunjukkan kemampuan kreativiti yang tinggi perlu diberi ganjaran
di atas usaha mereka tetapi perlu memperlihatkan kemajuan dalam bidang pembelajaran
seni yang lain.
iv) Menguji kemahiran pelajar Pelajar perlu
ditunjukcara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-prinsip seni.
Kemahiran yang dimiliki mempengaruhi kemampuan pelajar dalam menghasilkan
sesebuah karya.
4. Suasana pembelajaran
akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu
yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan matapelajaran yang
ditetapkan. Oleh itu, pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam
proses pembelajaran untuk meransang minda kanak-kanak.
(a)
Senaraikan EMPAT alatan asas yang boleh disediakan oleh guru pendidikan seni
visual bagi meransang minat kanak-kanak untuk melukis dan mencipta.
Jawapan:
i)
Kertas Lukisan
ii)
Berus
iii)
Warna
iv)
Krayon
(b)
Penggunaan rakaman video dan teknologi maklumat memberikan nafas baru di dalam
pembelajaran seni visual di sekolah.
Jelaskan TIGA perkara utama yang
perlu diambil kira sebelum rakaman video digunakan
di sekolah.
Jawapan:
•
Kesesuaian kandungan video berdasarkan sukatan
mata pelajaran pendidikan seni visual Contohnya, guru menayangkan video untuk
mengajar proses pembuatan batik. Semasa tayangan, guru memberi penerangan dan
bersoal-jawab dengan murid mengenai setiap satu proses dalam pembuatan batik.
•
Kemampuan video menjadi alternatif terbaik
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan Contohnya, seseorang guru menghadapi
kesukaran untuk mendemonstrasikan sesuatu proses pembuatan sesuatu bahan kerana
kos yang mahal dan ketiadaan bahan. Murid akan mendapat pendedahan mengenai
sesuatu proses pembuatan bahan melalui tayangan video.
•
iii) Kemampuan video sebagai alternatif kepada
pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan Penggunaan video sebagai
salah satu medium ITdapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka
sesuatu benda.
5. Apresiasi seni
merupakan aspek penting di dalam pengajaran pendidikan seni visual.
Apresiasi seni ini merupakan proses penghayatan seni yang merangkumi aspek-aspek pengetahuan,
membuat pertimbangan, penyataan diskriminasi
dan penghargaan terhadap karya seni.
(a) Jelaskan pengertian apresiasi seni seperti
yang dijelaskan oleh Hurwitz dan Day (2001).
Jawapan:
Menurut Hurwitz dan Day, apresiasi bermaksud
menghargai. Bagi memahami konsep apresiasi seni, seseorang penilai perlu
mencari maklumat mengenai pengkarya, bahan yang digunakan, gaya, aliran seni
dan aspek sejarah dalam karya tersebut.
(b) Huraikan pandangan tokoh seperti Dewey
& Otto Krash dan Walter & Clive Bell mengenai apresiasi seni.
Jawapan:
John Dewey dan Otto Krash bersetuju bahawa apa
sahaja maklumat berkaitan seni termasuk pengetahuan asas mewujudkan kefahaman
terhadap sesuatu karya serta memudahkan proses membuat sesuatu apresiasi seni.
Manakala Walter dan Clive Bell pula berpendapat penghayatan dan apresiasi seni
tidak memerlukan pengetahuan mengenai idea kerana kehidupan normal seseorang
adalah berbeza. Malah membuat apresiasi adalah sesuatu yang berbeza daripada
pengalaman biasa.
(c) Ecker (1966) mengkategorikan apresiasi seni
di dalam bercorak analitikal. Apresiasi analitikal adalah satu kaedah bagi
melihat aspek penghasilan karya seni visual dan disusun dari konsep mudah
kepada yang lebih kompleks. Huraikan.
Jawapan:
Menurut Ecker terdapat peringkat dalam apresiasi bercorak analitikal;
1)
Analitikal
Proses
kenalpasti merangkumi tajuk, jenis, pereka, tarikh dihasilkan, asal-usul, gaya,
medium dan teknik yang digunakan serta fungsi sesuatu karya.
2)
Penerangan
Terbahagi kepada 3 peringkat iaitu penerangan
literari, teknikal dan formal;
•
Literari Penerangan berupa gambaran tentang
sesuatu karya. Contohnya, karya Potret Monalisa, menggambarkan seorang wanita
yang sedang mengukir senyuman.
•
Teknikal Penerangan yang merujuk kepada teknik
dan bahan yang digunakan dalam menghasilkan karya seni.
•
Formal Penerangan yang merujuk kepada struktur
fizikal karya iaitu unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang terdapat
dalam sesuatu hasil karya.
3)
Konteks dan Skop Perkaitan sesuatu karya dengan masyarakat. Contohnya berkaitan
budaya, sumbangan dan peranan pengkarya.
4) Aspek Assosiasi: Perkaitan sesuatu karya
dengan pemerhati atau penilai bergantung kepada bagaimana seseorang menikmati
karya itu. Contohnya, Potret Monalisa mengingatkan seseorang kepada kekasihnya.
5) Aspek
Kritikal: Merupakan penilaian peribadi terhadap sesuatu karya. Contohnya,
penilaian berupa kritikan yang membolehkan seseorang membuat apresiasi kepada
karya itu dengan lebih menyeronokkan.
6) Aspek
Hubungan Baik: Boleh diaplikasikan kepada semua jenis seni visual tetapi lebih
menonjol dalam membuat apresiasi kepada seni bina. Aspek kemanusiaan diutamakan
berbanding aspek fizikal dan spiritual.
No comments:
Post a Comment