Saturday, 20 December 2014

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK MEI 2013



BAHAGIAN A
1.      Nyatakan DUA teori Kognitif yang digunakan dalam kajian perkembangan artistik kanak-kanak.
Jawapan:  Topik 2 ms 24

Ø  Teori Gestalt
Ø  Teori Sosial-Interaksi Piaget

2.      Senaraikan EMPAT prinsip rekaan.
Jawapan : Topik 3 ms 42
(pilih 4 sahaja)
·         Harmoni
·         Kontra
·         Penegasan
·         Imbangan
·         Pergerakan
·         Kepelbagaian
·         Kesatuan

3.      Senaraikan EMPAT fungsi fizikal tumbuhan landskap.
Jawapan:  Topik 3 ms 52

Peranan dan fungsi fizikal tumbuhan dalam reka bentuk landskap:
·         Mengawal hakisan tanah
·         Memberi perlindungan dan teduhan
·         Meredakan iklim
·         Mengawal pencemaran alam

4.      Senaraikan TIGA perbezaan Audio Analog dengan Audio Digital dalam bentuk grafik.
Jawapan: Topik 8 ms 116
            

5.      Senaraikan EMPAT ukuran kreativiti yang diperkenalkan oleh Victor Lowenfeld.
Jawapan: Topik 5 ms 67

Secara ringkasnya, Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid  itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran, fleksibel, keaslian dan kepekaan.
  1. Kelancaran (Fluency)
    Idea dan pendapat diterjemahkan secara spontan serta pantas. Pada peringkat ini, murid berupaya menghubungkan dan mengaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain selain memikirkan kemungkinan-kemungkinan terhadap idea tersebut. Berupaya menginterasikan kemungkinan-kemungkinan dan alternatif kepada penyediaan masalah.
  2. Fleksibel (Flexibility)
    Pada peringkat ini, murid mula mempamerkan semangat toleransi dan bertolak ansur. Mereka mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan tinggi terhadap apa yang dilakukan. Sanggup menerima cabaran yang pelbagai dan sedia menghadapi cabaran tersebut dengan fikiran yang terbuka dan positif. Murid di dalam proses ini memandang cabaran sebagai satu proses pembelajaran.
  3. Keaslian (Originality)
    Murid yang kreatif sentiasa mencari idea baru dan asli selain mempunyai idea luar biasa. Tidak konservatif dan tidak stereotaip serta sering mempunyai kebolehan dan kelaziman yang berlainan.
  4. Kepekaan (Sensitivity)
    Pada peringkat ini, murid mempunyai daya kepekaan yang tinggi terhadap aspek keperluan rakan sebaya dan sekeliling. Ini termasuk kepekaan terhadap ciptaan, nilai estetika terhadap objek, proses artistik terhadap objek di samping penekanan terhadap apa yang dilihat. Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan  digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.
BAHAGIAN B

1.      Guru-guru pendidikan seni visual perlu untuk mengetahui tahap dan corak pemikiran kreatif murid supaya pengajaran yang dirancang menjurus ke arah itu.
(a)    Terangkan LIMA tahap pemikiran kreatif yang diperkenalkan oleh Fisher (1943).
Jawapan:  Topik 5 ms 70

            Fisher (1943) menjelaskan bahawa terdapat 5 tahap dalam pemikiran kreatif iaitu:
  1. Peringkat Rangsangan
    Pada peringkat ini, pemikiran kreatif dirangsang dengan mengemukakan pelbagai bentuk soalan seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan sebagainya. Guru perlu membantu murid untuk berinteraksi secara aktif dan menjelaskan perasaan ingin tahu murid terhadap sesuatu isu. Guru perlu merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal.
  2. Peringkat Penerokaan
    Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan. Peringkat rangsangan telah berjaya merangsang murid untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru atau permasalahan yang timbul.   Untuk itu latihan dan pendedahan seperti eksperimentasi, dan kajian atau latihan menyelesaikan masalah boleh membantu. Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara, gaya dan teknik.
  3. Peringkat Perancangan
    Peringkat ini menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu:
    • Perancangan secara verbal iaitu perancangan melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagainya.
    • Perancangan secara visual dilakukan melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagainya.
  4. Peringkat Aktiviti
    Pemikiran kreatif bermula dengan set idea. Justeru melahirkan pemikiran kreatif melalui tindakan setelah merencana segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti “Bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?’’
  5. Kajian Semula
    Peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pada peringkat ini, pemikiran kreatif akan memberikan cadangan bernas bagi menggalakkan perkara tidak diingini daripada terjadi semula. Murid-murid digesa untuk memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.
(b)   Huraikan LIMA perkara yang boleh diaplikasikan oleh guru pendidikan seni visual di dalam proses memupuk dan mengembangkan kreativiti pelajar.
Jawapan:  Topik 5 ms 81

Berikut adalah beberapa strategi dan saranan yang boleh digunakan oleh guru bagi menyuburkan proses kreativiti.
  1. Memilih Bahan dan Alat
    Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Dengan memberikan peluang kepada murid untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ianya memberikan peluang kepada murid untuk menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan gaya hasil karya mereka.
  2. Masa
    Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan memberi tekanan yang melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya boleh membunuh minat murid terhadap seni visual.
  3. Rangsangan
    Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang dipamerkan turut diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru. Selain hasil karya, bahan pameran seperi objek sejarah dan poster alam semula jadi boleh diletakkan sebagai satu rangsangan dari sudut artistik dan kronologi masa dalam seni.
  4. Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
    Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
  5. Hormat-menghormati
    Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam menghasilkan karya seni visual.
  6. Memberikan Galakan dan Motivasi
    Kanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu guru pendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi.  Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.  Jangan sekali-kali memperlekehkan hasil karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dan gangguan yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya seni.
  7. Penghargaan:  Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang mereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang baik.

2.      Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan alatan tertentu yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan mata pelajaran yang ditetapkan.

(a)    Jelaskan EMPAT objektif penggunaan gambar foto sebagai rangsangan yang efektif dalam pengajaran dan pembelajaran.


Jawapan:  Topik 4  ms 56
Objektif penggunaan gambar foto sebagai rangsangan:

·         Menggunakan gambar foto di dalam pembelajaran adalah menjimatkan kerana sumber foto boleh didapati di surat khabar, majalah ataupun risalah, ataupun menggunakan gambar pelajar itu sendiri.
·         Teknik imitasi gambar ini dapat menajamkan pengamatan para pelajar di dalam proses penghasilan imej yang serupa, seterusnya melahirkan pelajar yang lebih peka dan lebih menitikberatkan ketelitian. 
·    Teknik ini juga menajamkan daya ingatan para pelajar terhadap objek alam kerana merekaperlu tahu ciri yang perlu ada pada imej yang ingin ditiru.
·       Untuk memperkayakan tatabahasa visual kanak-kanak. Memperluaskan tatabahasa visual dapat menajamkan ingatan visual kanak-kanak terhadap imej yang diperkenalkan, sekaligus meluaskan pengetahuan mereka terhadap imej-imej tersebut.

(b)   Huraikan TIGA cara belajar yang menjadi kecenderungan dan minat kepada pelajar.
  
Jawapan:  Topik 4 ms 59

Kajian yang dijalankan mendapati bahawa terdapat tiga jenis kecenderungan utama di dalam belajar atau tiga cara belajar iaitu visual,  auditori dan kinestatik.

1.  Belajar Secara Visual:
  • Pelajar visual, secara amnya, dapatlah diklasifikasikan sebagai pelajar yang gemar menggunakan deria penglihatan lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses pembelajaran berlaku. Pelajar di dalam golongan ini lebih cenderung menggunakan maklumat bertulis, nota, diagram dan gambar.  
2.  Belajar secara Auditori :
  •  Pelajar auditori menggunakan deria mendengar lebih daripada yang lain semasa proses pembelajaran.  Mereka lebih terangsang untuk belajar dengan medium verbal.  Semasa di dalam kelas, pelajar auditori mendengar dengan tekun untuk memahami, dan proses menulis nota dilakukan kemudian.  Adakalanya pelajar auditori tidak memahami maklumat bertulis dan perlu mendengar dengan sendiri penjelasan guru.
3.  Belajar Secara Kinestatik :
  •  Pelajar kinestetik mendapatkan kemahiran melalui imitasi dan latihan. Pelajar golongan ini dapat belajar dengan lebih efektif melalui sentuhan dan pergerakan. Malangnya bukanlah satu kelaziman untuk guru-guru di sekolah mengajar dengan menggunakan pendekatan ini. Ketidakserasian cara belajar dengan teknik pengajaran guru membuatkan pelajar kinestetik tidak dapat memproses maklumat dengan baik dan impaknya mengakibatkan mereka selalu ketinggalan di dalam kelas.


3.      Pembelajaran secara penerokaan kendiri memungkinkan informasi bergerak tanpa had dan sempadan. Malah kebaikan utamanya juga dapat dilihat menerusi keupayaan berkomunikasi secara interaktif melalui akses secara maya. (Peat dan Fernandez, 2000)
(a)    Terangkan EMPAT kategori pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan:
 
(b)   Huraikan EMPAT kepentingan mempelajari estetik yang bukan  hanya membantu membina perkembangan artistik sahaja,  tetapi juga turut membantu perkembangan emosi dan kongnitif murid.


 


Jawapan:  Topik 6 ms 90

 Kepentingan kanak-kanak mengetahui dan mempelajari mengenai estetik bukan sahaja   dilihat daripada sudut membina perkembangan artistik sahaja, ia turut membantu   perkembangan emosi dan kognitif murid. Mempelajari estetik dapat membantu murid dalam pelbagai aspek.
  1. Menghidupkan Suasana Aktif Pembelajaran
    Pembelajaran pendidikan seni akan lebih aktif kerana pengalaman estetik diterapkan  di dalam aktiviti penghasilan karya di dalam kelas. Proses pembelajaran estetik juga menggalakkan interaksi di antara murid dan guru, menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.
  2. Meningkatkan Kefahaman terhadap Imej dan Bahasa Visual
    Proses estetik memerlukan satu kefahaman mengenai laras bahasa tampak.  Mempelajari estetik akan membantu murid mempelajari gaya bahasa tampak dan memperkayakan mereka dengan istilah-istilah baru.
  3. Menyemai Kefahaman terhadap di antara Satu Sama Lain
    Mempelajari estetik dapat membantu murid memahami bahawa karya yang dihasilkan mempunyai makna berbeza. Selain itu, ia juga memberikan kesedaran bahawa tidak semua orang melihat dan memahami sesuatu perkara itu dengan cara yang sama  dengan orang lain.
  4. Meningkatkan Keupayaan Pemikiran
    Proses interpretasi karya melibatkan penggunaan deria dan proses kognitif. Justeru melalui proses penghayatan karya, pelajar perlu membuat perbandingan, perbezaan menganalisa dan menilai karya. Kesemua ini membantu murid mengerakkan daya pemikiran mereka.

BAHAGIAN C

1.      Walaupun pengertian seni adalah sangat abstrak,  namun sesuatu objek seni mempunyai unsur-unsur seni reka yang jelas,  tercipta hasil daripada penggunaan prinsip-prinsip tertentu yang mempunyai mesej yang disalurkan menggunakan medium.

Amati karya Vincent Van Gogh bertajuk “Starry Night” dan senaraikan unsur-unsur seni serta prinsip-prinsip rekaan yang digunakan bagi menimbulkan satu gambaran landskap yang menarik.



2.      Apabila menjalankan kaedah sumbangsaran guru perlu bijak mengendalikan sesi dan pendekatan agar idea dan penyelesaian masalah yang dikemukakan oleh murid tidak terbantut kerana ada kalanya penyelesaian yang diberikan mungkin tidak logik dan relevan.
Huraikan bagaimana EMPAT panduan utama semasa menjalankan sesi sembangsaran (brainstorming) dapat menjana kreativiti para pelajar.
Jawapan : Topik 5 ms 78

       John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran.
  1. Kaedah Pertama
    Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.
  2. Kedah Kedua
    Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid.  Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan  secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
  3. Kaedah Ketiga
    Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
  4. Kaedah Keempat
    Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.


No comments:

Post a Comment