BAHAGIAN A
1.
Jelaskan
definisi fonologi yang diberikan oleh Abdullah Hassan (1993) dan Harimurthi
Kridalaksanan (1984)
Jawapan: Topik 1 ms 2
Definisi fonologi:
Abdullah Hassan (1993:40)
menerangkan fonologi ialah ilmu mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam
sesuatu bahasa itu.
Kamus Linguistik (Harimurthi Kridalaksanan 1984:61) menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang
mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
2.
Berikan
4 bidang kebahasaan yang boleh dilaksanakan oleh ahli fonetik dan fonologi.
Jawapan :
-Bidang Pendidikan
- Bidang Perubatan
- Bidang Komputer
- Bidang Perkamusan
3. Apakah
yang dimaksudkan dengan vokal yang dinasalkan?
Berikan justifikasi berlakunya perkara tersebut.
Jawapan: Topik 2 ms 21
Vokal Dinasalkan:
Vokal
yang dinasalkan, iaitu vokal yang dikeluarkan melalui rongga oral dan nasal. Pada masa ini lelangit lembut
diturunkan. Vokal ini dikenali sebagai vokal yang dinasalkan (yang telah melalui proses nasalisasi) yang ditandakan
dengan [~] atas lambang
vokal. Contohnya nyanyi
semasa kata ini dituturkan, udara tidak seratus peratus keluar melalui rongga mulut
tetapi apabila
disebutkan ada aliran udara
yang melalui rongga hidung lalu terjadilah sengauan.
4.
Jelaskan
ciri-ciri sebutan baku dari segi intonasinya.
Jawapan: Topik 3 ms 54
5. Senaraikan 4 kategori kesilapan sebutan.
5. Senaraikan 4 kategori kesilapan sebutan.
Jawapan: Topik 4 ms 74
Kesilapan
sebutan dapat digolongkan dalam kesilapan:
- Penyebutan fonem;
- Suku kata;
- Kata;
- Frasa;
BAHAGIAN B
1.
(a) Jelaskan maksud konsonan bahasa Melayu.
Jawapan: Topik 2 ms 32
Konsonan
ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila
dikeluarkan bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan, dan geseran sama
ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan ada
yang bersuara dan ada yang tidak bersuara.
(b)Dengan bantuan gambar rajah tunjukkan bagaimana konsonan [p] dan
konsonan [b] boleh terhasil.
Jawapan: Topik 2 ms 31
Konsonan
[p] dan [b]: Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir
dirapatkan, kemudian udara tersekat pada dua bibir dan udara
dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut, keluarlah bunyi
[p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua
bibir tak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita
suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Rajah: menunjukkan bunyi letupan dua bibir.
Konsonan letupan [p] dan [b]
(a)
Jelaskan
manksud fonem dalam bahasa Melayu.
Jawapan: Topik 2 ms 42
Fonem ialah bunyi
bahasa yang menunjukkan perbezaan erti. Misalnya kata bayang dan
layang. Bunyinya
hampir sama. Yang membezakan antara dua kata itu ialah fonem [b] dan [l].
Tentulah bunyi-bunyi fonem [b]
dan [l] yang menyebabkan perbezaan
erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/
ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.
2. (a) Huraikan ciri-ciri suprasegmental bahasa
Melayu yang berikut:
i.
Tekanan
ii.
Nada
iii.
Jeda
iv.
Panjang
pendek
Jawapan: Topik 2 ms 45
i)
Tekanan
menunjukkan kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan
keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata tersebut.
Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /’/. Lambang ini
diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan itu misalnya /budaɁ/.
Dalam bahasa Melayu, tekanan tidak membezakan makna.
ii)
Nada adalah kadar
meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada
ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi
sekali). Ayat penyata biasanya dimulakan dengan nada 2; kemudian nada itu
menaik bila ada tekanan dan turun hingga 1.
Contoh: 2 saya hendak 3 balik.
Contoh: 2 saya hendak 3 balik.
Dalam bahasa Melayu juga dinyatakan
nada tidak fonemik. Hal ini bermaksud bahawa nada tidak mempunyai sifat-sifat
bunyi seperti penghasilan sesuatu fonem.
iii)
Jeda juga disebut sebagai
persendian, iaitu unsur hentian yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik,
sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Lambang yang digunakan untuk
jeda ialah #. Unsur ini boleh membezakan makna.
Contoh:
[#saya makan nasi emaɁ#]
adalah berbeza maknanya dengan ayat [#saya makan nasi # emaɁ].
iv)
Panjang
pendek adalah kadar panjang atau pendeknya sesuatu bunyi itu diucapkan.
Lambang bagi fonem ini ialah [:] yang dinamakan mora.
Lambang [:] bererti panjang sebutan
bunyi itu ialah satu mora. Lambang [: :] menunjukkan dua mora dan
lambang [.]
adalah setengah mora. Bagi bahasa Melayu unsur ini tidak membezakan
makna.
Jawapan: Topik 2 ms 46
menggunakan lambang-lambang fonetik
yang telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Transkripsi fonetik juga sering digunakan
oleh pengkaji dialek, pengkaji
bahasa secara komparatif dan historis khususnya sewaktu mereka meneliti perkembangan, perubahan dan perbezaan antara bunyi-bunyi bahasa. Lambang fonetik ditulis dalam kurungan
[ ].
Transkripsi
fonemik merupakan satu cara transkripsi lebih menumpukan transkripsi dalam bentuk tulisan. Lambang fonetik
ditulis dalam kurungan / / atau [ ]. Matlamat akhir fonemik ialah untuk membentuk sistem
ejaan berdasarkan fonem-fonem yang ada
dalam sesuatu bahasa itu misalnya, dalam bahasa Melayu;
|
Fonem ŋ
Fonem x Fonem |
dieja
sebagai “ng”
dieja sebagai “kh” dieja sebagai “ny” |
3. Huraikan
4 fungsi tanda titik bertindih dalam sistem tulisan bahasa Melayu.
Jawapan : Topik 7 ms 130
· Tanda Titik
Bertindih (:)
- Tanda titik bertindih digunakan
pada akhir suatu pernyataan apabila diikuti suatu (a) rangkaian atau
pemerian, [a] atau (b) penjelasan.
Misalnya: - Yang kita perlukan sekarang
ialah barang-barang yang berikut:
kertas, dakwat dan pen. - Ketua: Abdullah Salleh
Hari : Isnin
Pukul : 9.30 pagi
- Tanda titik bertindih digunakan
- di antara jilid atau nombor dengan halaman,
- di antara bab dengan ayat dalam kitab-kitab suci, atau
- di antara judul dengan anak judul suatu karangan.
Misalnya:
Dewan Sastera, IV (1974), 4:9
Surah Yasin: 9
Karangan Ali Hakim, Pendidikan: Sebuah Studi, sudah terbit
Dewan Sastera, IV (1974), 4:9
Surah Yasin: 9
Karangan Ali Hakim, Pendidikan: Sebuah Studi, sudah terbit
- Tanda titik bertindih digunakan
dalam teks drama sesudah kata yang menunjukkan pelaku dalam
percakapan.
Misalnya:
Ibu : "Bawa bungkusan ini, Mir!"
Amir : "Baik, bu."
- Tanda titik bertindih tidak
digunakan kalau rangkaian atau pemerian itu merupakan pelengkap yang
mengakhiri pernyataan.
Misalnya:
Kita memerlukan kerusi, meja, dan almari.
Fakulti itu mempunyai jurusan Ekonomi Umum dan Ekonomi Perusahaan.
(b)
Perincikan
2 fungsi penulisan kata sendi nama di- dan ke- dalam sistem ejaan bahasa
Melayu. Berikan contoh yang sesuai.
Jawapan: Topik 7 ms 139
Kata sendi nama (kata
depan) di dan ke, sama dengan kata sendi nama yang lain, ditulis terpisah daripada semua jenis
kata yang ada selepasnya. Ada empat jenis kata yang
lazim terdapat selepas kata sendi nama di dan ke.
a. Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama yang menunjukkan
arah atau mengenai arah atau menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada
selepasnya.
Contohnya:
Contohnya:
i.
Komputernya ada di atas meja tulis
itu.
ii.
Cuaca di sana tidak sama dengan di
sini.
iii.
Mereka berjalan menuju ke utara.
iv.
Ke manakah dia hendak pergi?
b. Kata sendi nama di dan ke dipisahkan daripada kata nama umum yang terdapat
selepasnya.
Contohnya:
Contohnya:
i.
Pemuda itu bekerja di bangunan
Dayabumi.
ii.
Di hutan itulah dia mencari rotan.
iii.
Pelajar itu berbasikal ke sekolah
setiap pagi.
iv.
Memang tidak jauh dari sini ke kota
lama itu.
BAHAGIAN C
1.
Dengan memberikan contoh yang sesuai analisiskan
4 kesalahan umum tatabahasa bahasa Melayu. Berikan 4 cadangan yang sesuai untuk
mengatasi masalah tersebut dalam pengajaran bahasa Melayu.
Jawapan: Topik
8 ms 145
2.
Apakah
yang dimaksudkan dengan istilah dan bincangkan peranan Dewas Bahasa dan Pustaka
serta MABBIM dalam pembentukan istilah bahasa Melayu.
Jawapan : Topik
9 ms 168
No comments:
Post a Comment