Saturday, 20 December 2014

HBAE 1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK JANUARI 2013



BAHAGIAN A
1.      Nyatakan 4 aspek yang dikaitkan dengan kepentingan pengajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak.
Jawapan : Topik 1 ms 3  ( pilih 4 sahaja)
 
Kepentingan pengajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:
(a)   Aspek Kognitif:
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.
(b)   Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.
(c)    Aspek Kreativiti:
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti,  menyuburkan budaya pemikiran kritikal di dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
(d)   Aspek Persepsi:
Melalui mata pelajaran pendidikan seni visual,  murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria.
(e)    Aspek Sosial dan Emosi
Pendidikan seni visual memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.

2.      Melukis sebagai suatu bentuk aktiviti yang digunakan saintis, pendidik dan ibu bapa untuk mengetahui perkembangan kanak-kanak.  Terangkan 2 tujuan kanak-kanak melukis.
Jawapan: Topik 1 ms 5

Tujuan kanak-kanak melukis :
 
(a)    Melukis sebagai Medium Komunikasi :
Lukisan dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi dan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum pandai bertutur.

(b)   Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri :
Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi ,  menajamkan daya intuisi selain dapat membina kekuatan otot. 

3.      Terdapat 5 peringkat dalam Tahap Perkembangan Kreativiti Fisher iaitu rangsangan,  penerokaan,  perancangan,  aktiviti dan kajian semula.  Nyatakan 4 kepentingan peringkat penerokaan kepada kreativiti kanak-kanak.

Jawapan:  Topik 5 ms 70
·         Peringkat penerokaan memerlukan seseorang itu untuk mempunyai pemikiran ke hadapan.
·     Pada peringkat ini, kanak-kanak berfikiran kreatif amat gemar untuk mencari jawapan dan jalan penyelesaian melalui pelbagai cara,  gaya dan teknik.
·         .....
·         .....

4.      Nyatakan 4 peranan dan fungsi fizikal tumbuhan dalam reka bentuk landskap.
Jawapan:  Topik 3 ms 52

Peranan dan fungsi fizikal tumbuhan dalam reka bentuk landskap:
·         Mengawal hakisan tanah
·         Memberi perlindungan dan teduhan
·         Meredakan iklim
·         Mengawal pencemaran alam

5.      Nyatakan 4 objektif dalam pengajaran dan pembelajaran kraf tradisional Melayu kepada kanak-kanak di sekolah rendah.
Jawapan:  Topik 3 ms 49

Objektif pengajaran seni kraf adalah untuk:
·         Membolehkan pelajar menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti.
·         Memberi pengetahuan tentang sejarah seni dan perkembanagn kraf dalam kehidupan,  teknik dan proses penghasilan.
·         ....
·         .....

BAHAGIAN B
1.      Victor Lowenfeld telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak kepada beberapa peringkat.
(a)    Nyatakan LIMA peringkat perkembangan tersebut.
Jawapan:  Topik 1 ms 10

·  Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan.
·  Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
·  Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
·  Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.
Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan.  Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej.  Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

(b)   Huraikan bagaimana peringkat scribbling ( 2- 4 tahun) berlaku kepada kanak-kanak.
Jawapan:  Topik 1 ms 10

Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

2.      (a)  Apakah pengertian Gestalt dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual ?
Jawapan:  Topik 2 ms 24

Teori Gestalt melihat kepada struktur menyeluruh dan bukannya membahagikan struktur tersebut kepada entiti atau bahagian-bahagian yang berasingan.  Di dalam aspek pembelajaran ,  Gestalt menekankan cara minda memberi tumpuan corak atau sifat sesuatu dan bagaimana ia mempengaruhi proses belajar.

Oleh itu,  prinsip asas teori ini menitikberatkan keseluruhan daripada sebahagian.  Dalam erti kata lain, melihat sesuatu objek secara keseluruhan (contoh rumah) memberi makna yang lebih mendalam daripada melihat komponen-komponen individu ( tiang,  lantai,  dinding,  pintu,  tangga).  Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif – minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.

(c)    Terangkan tahap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat Pengolahan Konkrit Jean Piaget.
Jawapan :  Topik 2 ms 31


3.      (a)  Nyatakan LIMA kebaikan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual yang    menggunakan kaedah sumbangsaran.
            Jawapan :  Topik 5 ms 78
Ø  Kaedah sumbangsaran dapat menggalakkan dan merangsang pemikiran kreatif di kalangan pelajar.
Ø  Murid dapat berinteraksi sesama rakan melalui perkongsian idea dan saranan melalui aktiviti sumbangsaran.
Ø   Merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea yang menarik dan tidak bersifat konvensional.
Ø      Menggalakkan kerjasama di kalangan murid.
Ø  Murid dapat bertukar-tukar idea bagi tujuan penambahbaikan dalam proses yang akan dijalankan.


(b)    Huraikan beberapa panduan yang wajar digunakan oleh guru dalam keadaan         sumbangsaran.
Jawapan:  Topik 5 ms 78

            John Baer (1997) telah menggariskan 4 panduan utama semasa menjalankan sesi sumbangsaran.
  1. Kaedah Pertama
    Elakkan membuat penilaian, terutama semasa proses awal sumbangsaran. Ini boleh membantutkan usaha murid untuk menyalurkan idea kerana khuatir idea yang diberikan tidak mampu dilaksanakan.
  2. Kedah Kedua
    Elakkan pemilikan idea oleh kumpulan dan individu. Ini kerana apabila idea dan saranan dihakmilikkan oleh individu atau kumpulan ianya akan menyebabkan perasaan ego wujud lalu mengurangkan kerjasama di kalangan murid.  Keadaan ini biasanya mewujudkan suasana tegang kerana mereka cuba untuk mempertahankan idea dan  secara tidak langsung menyebabkan kesukaran untuk memperbaiki idea tersebut.
  3. Kaedah Ketiga
    Menjelaskan kepada murid bahawa tidak menjadi kesalahan untuk meminjam idea dan cara sedia ada bagi tujuan penambahbaikan dalam proses kemudiannya.
  4. Kaedah Keempat
    Menggalakkan sumbangsaran idea yang luar biasa yang kadangkala tidak masuk akal. Galakan sebegini akan merangsang murid untuk berfikir luar daripada kemampuan supaya murid mempunyai idea menarik, tidak bersifat konvensional dan bersifat biasa sahaja.


BAHAGIAN C

1.  Dalam konteks pembelajaran,  teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memberi sumbangan penting dalam proses perkembangan pengetahuan dan kreativiti kanak-kanak.  Jelaskan.
Jawapan:  Topik 8 ms 101


2.      Pengurusan bilik seni atau bengkel yang baik dapat menentukan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan berkesan.  Ia melambangkan cara kita menilai seni dan bagaimana seni memberi makna kepada kehidupan kita.  Huraikan apakah keperluan bilik seni yang baik untuk kanak-kanak.
Jawapan:  Topik 9 ms 125


            Berikut merupakan perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan bagi guru dalam mengurus bilik 
            seni dan studio seni di sekolah.
  1. Warna  Dinding
    Antara kaedah pertama yang perlu dititikberatkan bagi menghiasi bilik seni adalah warna. Warna dinding yang terdapat di bilik seni perlu menarik. Pilihlah warna-warna yang sesuai untuk dijadikan latar kepada buletin dan papan notis yang terdapat di dalam bilik darjah. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Dalam konteks ini, pemilihan warna bagi menghiasi dinding perlu mengambil kira kesesuaian dengan karya pelajar yang akan digantung dan dipamerkan nanti.
    Warna-warna yang disarankan adalah warna-warna terang seperti warna putih, kelabu pucat, kuning dan biru. Warna-warna  terang ini akan membuatkan bilik seni yang gelap nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar bagi karya pelajar dan objek-objek semula jadi.
  2. Papan Buletin
    Buletin sangat diperlukan untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat. Papan notis hendaklah diwarnakan sama dengan warna dinding agar terdapat kesatuan dengan bilik selain mampu menarik minat  terhadap apa yang pamerkan.

    Selain daripada itu, guru-guru pendidikan seni visual juga boleh menggunakan  warna-warna seperti warna kuning terang, merah dan oren untuk  mengecat papan buletin bagi tujuan pameran selain menampakkan sedikit kelainan daripada warna terdahulu.
  3. Pencahayaan
    Pencahayaan juga memainkan peranan penting kerana pemilihan warna juga dipercayai turut mempengaruhi murid menyiapkan dan menghasilkan karya. Kebanyakan kelas dan studio seni telah disediakan dengan lampu fluoresant atau lampu kalimantang. Oleh itu, guru seni digalakkan untuk memastikan murid menggunakan sinaran pencahayaan semula jadi  dari luar. Guru perlu buka tingkap dan pastikan seberapa banyak cahaya dari luar masuk ke dalam bilik seni. Guru juga boleh mengadakan eksperimen bersama pelajar bagi mendapatkan perbezaan warna menggunakan lampu fluoresent dan cahaya semula jadi.
  4. Bahan Pameran Khas
    Selain mempamerkan hasil karya pelajar, guru-guru seni visual boleh memperuntukkan satu ruang pameran yang mempamerkan objek semula jadi yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu. Objek-objek hendaklah dipamerkan di lokasi yang mudah untuk dikunjungi oleh murid. Ruang yang mempamerkan objek ini akan merangsang deria  murid di samping memberikan peluang kepada mereka untuk  melihat dan menyentuh objek tersebut.
  5. Zon Kerja
    Zon kerja merupakan lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan kerja mereka. Meja kerja perlu disediakan dan daripada jenis yang boleh dicantum sekiranya perlu bagi mendapatkan ruang yang lebih luas. Di samping itu, keperluan bahan seni seperti berus dan warna diletakkan berdekatan di antara satu sama lain selain singki yang digunakan bagi membersihkan alatan setelah selesai kelas. Guru juga perlu memastikan jarak di antara pelajar adalah sesuai bagi mengelakkan kesesakan semasa membuat kerja.
  6. Stor Penyimpanan
    Stor simpanan alatan perlu diwujudkan. Rak simpanan boleh digunakan untuk menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku latihan.   Kedudukan rak-rak simpanan ini perlu separas dengan ketinggian murid supaya alatan yang disimpan mudah untuk diambil.



No comments:

Post a Comment