BAHAGIAN
A
1.
Apakah perbezaan antara fonetik dan fonemik ?
Jawapan: Topik 1 ms 4
Definisi Fonetik:
- Kamus Dewan (2005:354) menyatakan fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.
- Abdullah Hassan (1993:40) menjelaskan ilmu fonetik sebagai ilmu yang mengkaji bunyi bahasa daripada segi sebutan, pendengaran atau sifatnya.
Jawapan: Topik 2 ms 47
Definisi Fonemik:
- Bunyi bahasa yang diucapkan oleh manusia akan memiliki pembeza makna pada setiap bunyi bahasanya.
- Objek kajian dari fonemik adalah fonem, berbeda dengan objek kajian fonetik yang mengkaji fon.
- Fonem adalah bunyi bahasa yang dapat atau berfungsi membedakan makna.
2.
Apakah
yang dimaksudkan dengan kesilapan bahasa?
Jawapan: Topik 8 ms 144
Kesilapan bahasa bermaksud kesilapan penggunaan bahasa oleh
pengguna yang memahami hukum hakam bahasa tetapi masih melakukan kesilapan
semasa menulis bercakap atau bertutur,
secara tidak sedar.
Kesilapan bahasa berpunca daripada:
·
Kelemahan
menguasai peraturan bahasa Melayu dalam aspek-aspek tertentu. Contohnya ramai pengguna yang tidak memahami
peraturan penggunaan kata sendi nama tertentu.
·
Tidak
dapat membezakan penggunaan dari dengan daripada, pada dengan kepada antara dengan di antara, dalam dengan di dalam dan lain-lain lagi.
3.
Jelaskan
definifi Bahasa Baku menurut Garvin Dan Mathiot (1998).
Jawapan: Topik 3 ms 51
Menurut Garvin Dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan dalam
semua aspek bahasa; berusaha dan
melakukan proses pengekodan, kutipan
informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat dan
yang telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu.
4.
Dengan
memberikan contoh-contoh yang relevan,
senaraikan 4 pola suku kata yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Jawapan: Topik 6 ms 99
- V : Contoh: itu, tuala, rai
- VK : Contoh: empat, kiambang, kain
- KV : Contoh : salah, sekolah, bangku
- KVK : Contoh: minggu, cemerlang, padam
5. Terangkan 4
kaedah menggunakan abjad / huruf bagi pengajaran ejaan yang
berkesan.
Jawapan: Topik 5 ms 93
Kaedah Abjad /
huruf
Mengikut kaedah ini:
Ø murid-murid diperkenalkan
dengan semua huruf-huruf dalam sistem ejaan iaitu dari huruf /a/ hingga /z/
( huruf kecil dan huruf besar).
Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf dan namanya.
Ø Kemudian mereka
akan diperkenalkan dengan huruf vokal (a,e,i,o,u ) dan huruf konsonan.
Ø Huruf-huruf konsonan
digabungkan dengan huruf vokal untuk membentuk suku kata.
Ø Daripada suku
kata itu, dibentuk pula perkataan.
Contoh buku, biru, duri.
BAHAGIAN B
1.
Diftong
dan unsur-unsur suprasegmental sangat penting dalam pertuturan kerana unsur ini
dapat menunjukkan kepelbagaian bentuk pertuturan.
(a)
Jelaskan
makna diftong bahasa Melayu.
Jawapan: Topik 2 ms 29
Diftong ialah gabungan dua vokal yang terdapat dalam satu suku
kata, yang disebut secara berterusan
tanpa ada segmen.Dalam
penghasilannya, terdapat ciri geluncuran
tetapi ada satu puncak. Ada 3 jenis
diftong dalam bahasa Melayu iaitu diftong [ai], diftong [au] dan diftong [oi].
(b)
Huraikan
4 unsur yang terdapat dalam suprasegmental bahasa Melayu.
Jawapan: Topik 2 ms 45
·
Tekanan
·
Nada
·
Jeda
·
Panjang-pendek
2.
Terdapat
3 subbidang dalam kajian ilmu linguistik iaitu fonologi, morfologi dan sintaksis.
(a)
Huraikan dengan ringkas definisi fonologi.
Jawapan: Topik
1 ms 2
Abdullah Hassan
(1993:40) menerangkan fonologi ialah ilmu
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa
itu.
Kamus
Linguistik (Harimurthi Kridalaksanan 1984:61)
menjelaskan ilmu fonologi merupakan bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi
bahasa mengikut fungsinya.
(b)
Perihalkan
berserta contoh-contoh yang sesuai, 4 organ alat artikulasi yang terlibat dalam
penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
Jawapan: Topik 1 ms 6
1. (a) Apakah yang anda faham mengenai pengertian kesilapan
/ kesalahan sebutan bahasa?
Jawapan: Topik 4 ms 74-75
Definisi kesilapan
/ kesalahan sebutan bahasa:
Kesilapan sebutan bahasa bermaksud penyimpangan yang
berlaku daripada hukum, rumus,
norma dan cara sebutan bahasa Melayu baku, yakni sebutan yang betul, semasa mereka menyebut fonem, suku
kata, kata, frasa, klausa, ayat dan semasa berwacana. Selain itu,
kesilapan intonasi, jeda dan tekanan juga boleh menyumbangkan kesilapan sebutan bahasa Melayu. Hal
ini demikian kerana kesilapan dalam
intonasi akan menyebabkan perubahan makna; sama fonem, suku kata, kata, frasa, klausa dan wacana.
(b) Nyatakan dua faktor utama yang boleh mempengaruhi kesilapan tersebut.
Jawapan : Topik 4 ms 81
·
Faktor fizikal penutur
·
Faktor sosial penutur
BAHAGIAN C
1. Intonasi
memainkan peranan penting dalam pertuturan seseorang kerana perbezaan intonasi
boleh menunjukkan perbezaan emosi dan maksud sebenar seseorang penutur. Berdasarkan pengetahuan anda, huraikan beberapa fungsi intonasi.
Jawapan: Topik 3 ms 65
Definisi Intonasi:
Intonasi ialaah nada
suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap berdasarkan jenis dan
bentuk ayat ataui kalimat dalam bahasa Melayu,
sama ada ayat penyata biasa, ayat
yanya, ayat perintah, atau terbalik atau songsang, atau ayat pasif dan seumpamanya.
Fungsi-fungsi intonasi:
v Fungsi
Emosional : Digunakan untuk menyatakan pelbagai
makna, sikap-seperti kegembiraan, kebosanan,
kemarahan, kekejutan, kekecualian,
ketakutan, dan ratusan sikap yang lain.
v Fungsi
Gramatis: Digunakan untuk menandakan kontras dari segi
tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama
ada sesuatu klausa ayat ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif, dan seumpamanya.
v Fungsi
Struktur Informasi: Digunakan untuk memberik sesuatu yang baru berbanding
dengan yang telah dimaklumkan dalam makna sesebuah ujaran, iaitu dengan menekankan kata yang membawa
makna tersebut.
v Fungsi
tekstual: Digunakan untuk membentuk nada dan gaya suara
yang turun naik bagi wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang
membezakan satu berita dengan berita yang lain.
v Fungsi
Psikologis: Digunakan untuk membantu kita
mengubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat, seperti belajar urutan nombor yang panjang
atau ungkapan dalam ucapan.
v Fungsi
Indexical: Digunakan
untuk menandai identiti seseorang, iaitu
membantu mengenali seseorang sama ada tergolong dalam kumpulan sosial atau
pekerjaan yang berbeza, seperti khatib, penjual ubat atau general tentera.
Jawapan : Topik 10 ms 193
Prinsip Pengayaan
- Bercorak belajar sendiri dan mengandungi arahan atau penerangan yang jelas.
- Murid dapat menjalankannya tanpa memerlukan pimpinan dan tunjuk ajar daripada guru.
- Boleh dijalankan secara perseorangan atau kumpulan.
Menarik, mencabar dan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang
berbeza-beza.
- Boleh berbentuk program harian atau berbentuk projek yang mungkin mengambil masa satu atau dua minggu.
- Apabila murid telah selesai menjalani aktiviti pembelajaran dan telah dapat menguasai sesuatu kemahiran itu lebih awal daripada masa yang ditetapkan, dia bolehlah menjalani aktiviti pengayaan atau meneruskan projeknya.
- Diletak atau disimpan di tempat yang mudah digunakan oleh murid-murid.
- Mengandungi bahan–bahan yang dipelbagaikan sama ada dibuat sendiri atau diperoleh daripada pasaran.
- Bahan-bahan itu mengandungi aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung.
No comments:
Post a Comment