1.0 PENDAHULUAN
Budaya dialog perlu diterapkan dalam kehidupan masyarakat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum, etnik, bangsa, budaya dan peradaban. Walaupun hidup dalam masyarakat majmuk yang
berbilang kaum, etnik dan bangsa namun konflik perkauman masih di peringkat
yang tidak membimbangkan. Melalui penulisan ilmiah ini saya akan membincangkan
dan menghuraikan dengan terperinci kenapa budaya dialog antara kaum/ etnik
/budaya dan peradaban amat perlu disuburkan dalam konteks negara kita, untuk
memperkukuhkan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian kepimpinan
kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara.
Pada bahagian pertama iaitu bahagian pendahuluan saya akan
menjelaskan dengan lengkap ciri-ciri
masyarakat Malaysia yang majmuk serta keperlbagaian kaum di Malaysia dengan
jelas.. Seterusnya pada bahagian dua iaitu bahagian isi kandungan saya akan
membincangkan secara mendalam dan menghuraikan secara terperinci tentang kekuatan dan kelemahan budaya dialog
antara kaum/ etnik / budaya dan peradaban.
Pada bahagian ketiga saya menyenaraikan cadangan-cadangan yang bernas dalam membaiki dan mempertingkatkan
pelaksanaan dialog antara kaum/ etnik/ budaya dan peradaban. Akhir sekali ialah bahagian kesimpulan tentang konsep masyarakat majmuk
dan budaya dialog bagi mengukuhkan perpaduan integrasi nasional. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada
saya sendiri dan dapat saya praktikkan kepada anak didik saya di sekolah.
2.0 PENGENALAN
Malaysia mempunyai penduduk yang berbilang bangsa,
kaum, etnik dan agama yang hidup sebagai sebuah masyarakat majmuk. Masyarakat
majmuk didefinisikan sebagai masyarakat yang mengandungi beberapa kumpulan
etnik yang hidup berdampingan dan bercampur gaul, tinggal dalam satu unit
politik yang sama tetapi hidup secara berasingan. Mereka hidup secara
berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya yang tersendiri.
Orang yang pertama mengemukakan konsep masyarakat
majmuk, J.S.Furnivall (1967:54), menjelaskan ciri-ciri masyarakat majmuk
sebagai masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. M.G.Smith pula menganggap masyarakat ini
mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Eckstein (1966)
“Division and Cohesion Democracy” menjelaskan bahawa masyarakat majmuk
dibahagikan garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik,
agama, ideology, bahasa dan budaya”. Mereka dapat hidup dengan harmoni walaupun
setiap etnik ini mempunyai budaya yang tersendiri.
Roucek & Warren (1979), menegaskan masyarakat
sebagai satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam
menjalankan aktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidup
bersama.
Oleh itu, etnik atau kaum merupakan sekelompok
manusia yang mengamalkan budaya yang hampir sama termasuk melalui adat resam,
cara berpakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi yang dijalankan. Setiap etnik juga
berbeza berdasarkan ciri-ciri budaya yang ada seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, dari segi politik, dan juga
hiburan. Manakala, ras pula adalah sekelompok manusia yang mempunyai persamaan
dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit, mata, rambut dan sebagainya.
Sejarah perkembangan etnik di Malaysia bermula pada
zaman penjajahan Inggeris melalui kemasukan orang Cina dan India sebagai
buruh. Mereka telah diasingkan dan
dipisahkan dengan penduduk Malayu tempatan dari segi pekerjaan, tempat tinggal
dan sisitem persekolahan sehingga menghadkan proses interaksi antara kaum. Selapas Jepun masuk ke Tanah Melayu, Jepun
mengamalkan dasar pembahagian yang jelas antara kaum menyebabkan jurang pemisah
dan mencetuskan perasaan bermusuhan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan antara
kaum. Sepelas perang, hubungan etnik dirumitkan lagi dengan
penubuhan Malayan Union yang ditolak orang Melayu dan diterima oleh kaum Cina
dan India lebih-lebih lagi isu kewarganegaraan. Selepas darurat
diisytiharkan, hubungan kaum terutamanya
kaum Melayu dan Cina menjadi semakin rumit. British memperkenalkan “rancangan
penempatan semula’ yang membataskan pergaulan kaum menempatkan orang melayu di
kampung Melayu manakala kaum Cina di kampung Baru.
Menyedari masalah dan konflik yang timbul, pihak
kerajaan telah melaksanakan dasar-dasar awam kerajaan yang berkaitan sosial,
pendidikan dan ekonomi untuk memperkukuhkan hubungan etnik di Malaysia. Antaranya termasuklah Majlis Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Gagasan 1 Malaysia, Rancangan-rancangan ekonomi dan sebagainya.
Perbezaan dalam pelbagai cara hidup, fahaman agama, bahasa, budaya, adat resam dan
cara hidup mewujudkan kehidupan yang penuh prasangka, konflik,
pertentangan fahaman dan pendapat.
Maka budaya dialog antara kaum, etnik, budaya dan peradaban amat perlu
diterapkan dalam konteks Negara kita sebagai faktor untuk memperkukuhkan dan
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional yang merupakan kunci kelestarian
kepimpinan kelompok dan budaya teras serta kelangsungan identiti negara kita
Malaysia.
3.0 ISI KANDUNGAN
3.1 DEFINISI BUDAYA DIALOG
Dialog berasal dari kata Yunani dia
yang bermaksud antara, diantara, dan legein yang berarti berbicara,
bercakap-cakap, bertukar pemikiran idea dan gagasan. Dialog merupakan salah
satu bentuk komunikasi interpersonal. Maka, secara harafiah dialogs atau
dialog adalah berbicara, bercakap-cakap, bertukar pikiran dan gagasan bersama. Dialog bererti
perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza
pandangan dengan tujuan utama untuk setiap pihak dapat mempelajari dari pihak
lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju ;
“a coversation on subject between two or more persons with different
views,the primary purpose of which, is for participant to learn from each other
so that he or she canchange and grow”. ( Leonard Swidler)
Yusri
Mohamad Ramli pula mendifinisikan dialog antara tamadun merupakan suatu
komunikasi interaktif antara dua individu atau pihak yang mempunyai nilai dan
pandangan yang berbeza merangkumi hiwar (dialog interaksi) ,munazarah (mencari
kebenaran) dan mujadalah (menyanggah pendapat yang salah) di dalam isu-isu kenegaraan
,wilayah, agama , bangsa ,etnik , suku, budaya , pemikiran , sejarah masa lalu dan
juga masa kini.
Dr.Abdel Kader Fustok berpendapat, dialog adalah suatu proses yang
luas dan bermakna dalam dan merupakan proses penyampaian kata-kata dan makna
kepada beberapa orang dan kumpulan. Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban
(2001) pula menjelaskan dialog peradaban
sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan, kerisauan
masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar
belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakianan politik, kedudukan
sosial dan kekuatan ekonomi. Di sini dapatlah disimpulkan bahawa dialog
peradaban merupakan satu
perbincangan yang bertujuan menukar pendapat untuk memupuk persefahaman dan
permuafakatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan interaksi dengan pihak
lain.
3.2 TUJUAN DIALOG
Dalam konteks masyarakat
Malaysia, dialog antara budaya /
peradaban bermatlamat untuk menjelaskan asas-asas kewujudan budaya dalam
pembinaan tamadun Malaysia termasuklah cara mereka menerapkan budaya hidup
secara kolektif dan menjelmakan rasa “ kebersamaan “ dalam masyarakat.
Dialog merupakan
kegiatan budaya antara kaum, etnik dan peradaban. Manusia yang belum tinggi budayanya akan
menggunakan paksaan, kekerasan, perkelahian, dan peperangan untuk mencapai
maksud dan tujuannya. Sedang manusia berbudaya menggunakan pembicaraan,
diskusi, tukar pendapat dan argumen serta alasan-alasan untuk meyakinkan,
mengubah pikiran atau cara bertindak terhadap orang atau kelompok lain. Dialog
merupakan ciri masyarakat maju dan demokratis. Tanpa dialog tidak mungkin
terjadi kesejahteraan dan kemajuan hidup bersama. Tidak mungkin tercipta
masyarakat demokratis di mana para anggotanya mempunyai hak dan kewajiban yang
sama.
Dialog yang dilakukan dengan baik dan diikuti oleh
orang-orang yang memenuhi syarat dapat memberi kebaikan dan manfaat yang banyak. Namun sekiranya syarat-syarat tidak
dipatuhi, perkara yang sebaliknya akan
berlaku.
3.3 KEKUATAN BUDAYA DIALOG
Antara kekuatan-kekuatan budaya dialog yang saya
akan kupaskan adalah merangkumi perkara-perkara berikut:
3.3.1 PADA TINGKAT PERIBADI
Pertamanya
dialog dapat meningkatkan sikap saling memahami dan menerima, serta
mengembangkan kebersamaan dan hidup yang damai saling menghormati dan saling
percaya antara satu sama lain. Walaupun menganuti agama yang
berbeza, cara hidup yang berlainan dan
kepercayaan anutan yang pelbagai namun masyarakat di Malaysia saling memperkaya
fahaman masing-masing dengan mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi
mereka melalui proses bekerjasama,
berkomunikasi dan menjalani kehidupan seharian dalam konteks kejiranan, pekerjaan, sekolah,
penggunaan hospital, kenderaan
awam dan sebagainya. Contohnya Dasar
Pendidikan kebangsaan diperkenalkan melalui Akta Pelajaran 1961 merupakan dasar
ke arah mewujudkan masyarakat harmonis.
Program utama di bawah Dasar Pendidikan Kebangsaan termasuklah Sekolah
Wawasan yang bertujuan menyediakan ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai
etnik berinteraksi seterusnya menjalinkan hubungan yang harmonis.
3.3.2 DI TEMPAT KERJA
Dialog
dapat membantu kelancaran perencanaan, pelaksanaan, dan evaluasi kerja. Dialog yang berkesan memerlukan persefahanan antara dua
belah pihak dan mereka faham tujuan dan maksud dialog selain memiliki kecekapan
untuk melaksanakannya. Selain
berpengalaman, mereka mestilah pendidikan dan
pengetahuan yang setaraf mengenai topik
yang dijadikan bahan dialog. Kedua-dua
belah pihak juga harus bersikap terbuka serta tidak memihak atau berprasangka
dalam mencari kebenaran selain dapat mencipta suasana damai dan tenang.
3.3.3 DALAM MASYARAKAT
Dalam konteks ini ‘dialog’ lebih berbentuk praktikal melalui aktiviti
gotong-royong atau pelaksanaan sesuatu kerja atau tugas secara
bersama-sama. Mereka saling bahu-membahu
dalam melakukan tugas amal seperti gotong-royong perdana, projek mengumpul
derma mangsa kebakaran, mangsa bencana alam seperti tsunami atau projek
membasmi kemiskinan. Program PLKM, RELA
dan Rakan Muda dan sebagainya boleh diwujudkan dalam sesebuah masyarakat untuk
menwujudkan perpaduan. Mereka disatukan oleh matlamat sepunya yang ingin
dicapai walaupun mempunyai latarbelakang yang berbeza. Program kemasyrakatan sebegini merupakan
permulaan yang baik bagi dialog peradaban dan memberikan dialog motivasi yang
berkesan.
Dialog
dapat menjadi sarana untuk saling memahami, menerima dan kerjasama antara
berbagai kelompok masyarakat yang berbeza latar belakang budaya, pendidikan,
tingkat ekonomi, ideologi, kepercayaan, dan agama. Dalam keseluruhan dialog yang meliputi bidang
kehidupan seperti sosial, ekonomi, politik, budaya, etika, moral, agama.dan
sebagainya, pelaksana hendaknya,bersikap jujur, tulus, tidak manipulatif,
mencari-cari kelemahan rakan dialog.
Mereka juga harus percaya bahawa hal-hal yang dibahas dalam dialog tidak
dimanfaatkan di luar dialog untuk tujuan-tujuan lain demi keuntungan diri.
3.3.4 DALAM KESELURUHAN HIDUP BANGSA
Dialog
dapat memecahkan masalah nasional, merencanakan dan melaksanakan pembangunan
bangsa, dan mengambil arah hidup bangsa menuju masa depan. Masyarakat Islam sering menjadi
contoh terbaik tidak kira di dalam negara mahupun di peringkat global. Misalnya pada tahun 1999 dalam The Islamic
Symposium on Dialogue, di negara OIC telah menerbitkan sebuah deklarasi
mengenai dialog peradaban. Deklarasi ini
telah diterima sebagai satu resolusi semasa perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa
Bersatu (53/22) yang telah mengisytiharkan tahun 2001 sebagai tahun Dialog
Antara Peradaban Sedunia. Deklarasi ini
dipandu oleh ajaran-ajaran dan nilai-nilai agama Islam mengenai dignity
manusia, keadilan, toleransi, meraikan kepelbagaian umat manusia serta
peningkatan dialog ke arah kesalingfahaman berdasarkan sifat saling menghormati
sebagaimana ayat yang terkandung dalam surah Al-Hujurat (49):13 yang bermaksud:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan
kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu
berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di
antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.
Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Menurut
Osman Bakar (1997:1), penegasan ayat
Al-Quran di atas adalah tujuan utama dialog peradaban iaitu untuk membawa
komuniti-komuniti dari berbagai latar belakang agama bersama untuk berinteraksi
dan mengenali antara mereka. Ini
bertujuan untuk mencari kebaikan bersama kerana dipaksa oleh keadaan untuk
hidup bersama walaupun mempunyai pegangan agama, cara kehidupan dan ideologi politik yang
berbeza.
Hakikat ini
jelas menunjukkan bahawa berdialog adalah satu “tanggungjawab” dan menjadi
amalan penting bagi penduduk Malaysia hari ini.
YAB Perdana menteri kita telah menjelaskan betapa pentingnya diadakan
Dialog Antarabangsa sebagai jalan mencari keamanan di dalam dunia yang penuh
dengan kebencian dan keganasan khususnya selepas peristiwa September 11 tahun
2001. Beliau menekankan bahawa hanya
melalui dialog akan tercetus rasa penghargaan,
pemahaman dan penerimaan yang sebenar.
Dialog yang dilakukan dengan baik dan diikuti oleh
orang-orang yang memenuhi syarat dapat memberi kebaikan dan manfaat yang banyak. Namun sekiranya syarat-syarat tidak
dipatuhi, perkara yang sebaliknya akan
berlaku.
3.4 KELEMAHAN BUDAYA DIALOG
Budaya dialog antara kaum/ etnik/ budaya dan
peradaban memainkan peranan untuk mencari titik persefahaman. Berbagai cabaran dan
halangan perlu ditempuhi dalam usaha mencari persefahaman dan perpaduan kerana
ia banyak menuntut perubahan dari segi pendirian, malah kadangkala kepercayaan.
Antara kelemahan-kelemahan budaya dialog antara
kaum/ etnik/ budaya dan peradaban
termasuklah:
3.4.1 SIKAP FANATIK DAN PERKAUMAN
Dalam
masyarakat majmuk berbilang kaum di Malaysia pastinya wujud perasaan Rasisme dan
Etnosentrisme. Resisme merujuk kepada anggapan seseorang bahawa ras
sendiri adalah lebih baik, lebih superior daripada ras orang lain. Etnosentrisme
pula merujuk kepada kepercayaan bahawa segala unsur seperti agama, nilai, sikap
dan amalan budaya adalah lebih baik daripada yang dimiliki oleh
kelompok-kelompok etnik lain. Mereka
bimbang akan berlaku fenomena bertukar agama dan ramai orang beranggapan bahawa
dialog tidak wajar diadakan kerana ia menjadi punca pendialog menjadi murtad
atau mengubah agamanya. Sikap fanatik
ini akan mengundang kegagalan dan konflik dalam masyarakat.
Kesedaran
rasisme dan etnosentrisme boleh menyebabkan seseorang itu melihat kelompok lain
sebagai inferior dan lebih rendah dari segi taraf sosial dan budaya. Apabila merasakan diri mereka hebat maka
golongan yang lemah akan ditindas,
dieksploitasi dan ditekan.
Fahaman ini juga menjadikan dialog peradaban
tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja
iaitu pihak yang mendominankan perbincangannya sahaja dapat menikmati faedah
manakala pihak lain tidak dapat menuntut kehendak mereka. Contohnya isu “Kalimah Allah” yang menjadi
isu hangat dalam masyarakat Malaysia ketika ini. Seseorang yang melibatkan diri dalam
perbincangan harus mempunyai minda yang terbuka serta menghormati perasaan kaum,
bangsa dan agama lain. Kegagalan dalam menangani isu sebegini akan mencetuskan
isu perkauman dan huru-hara dalam masyarakat.
Situasi ini akan menggagalkan matlamat untuk menyatukan kaum di Malaysia
dan memupuk perpaduan serta mencari jalan penyelesaiannya yang disetuju oleh
semua kaum terhadap sesuatu masalah.
3.4.2 PERSPEKTIF YANG SALAH PIHAK TERTENTU TERHADAP PIHAK LAIN
Hubungan
antara kaum dan etnik menjadi bertambah buruk dengan adanya prasangka dan
diskriminasi. Pandangan serong dan
prejudis terhadap ahli kelompok lain akan menambah kebencian dan akhirnya
menimbulkan konflik dan permusuhan.
Proses sosialisasi akan memburukkan keadaan apabila persepsi yang salah
itu diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Selain itu media massa seperti televisyen,
filem, surat khabar dan seumpamanya turut memainkan peranan. Misalnya dalam filem-filem Barat orang kulit
hitam digambarkan sebagai penjenayah, pemabuk dan menjadi punca kepada segala
masalah sosial dan ekonomi.
Perasaan dan tanggapan yang
salah ini akan menggagalkan dialog. Mereka menganjurkan
'kekerasan' atas nama agama. Kekerasan yang dianjurkan ini pada umumnya
didorong oleh keyakinan keagamaan, bahawa tindakan mereka adalah sejajar dengan
perintah Tuhan yang terdapat dalam teks-teks kitab suci mereka.
3.4.3 CABARAN INTERAKSI YANG TERHAD
Dalam
hubungan ras dan etnik, kelompok-kelompok manusia yang berbeza ras, etnik,
budaya dan peradaban boleh dibahagikan kepada beberapa strata iaitu strata atas
yang biasanya dikategorikan sebagai kelompok dominan, superordinat, superior atau majoriti. Manakala strata bawah merupakan kelompok
subordinat, inferior atau minoriti.
Perasaan rendah diri (inferiority
complex), rasa kurang ilmu dan pengetahuan membuatkan ramai orang tidak
bersedia untuk berdialog. Jurang pemisah antara
golongan kaya dan yang miskin juga boleh mewujudkan krisis lingkungan
Selain itu
juga kekurangan sumber-sumber untuk
menggalakkan dialog peradaban dalam masyarakat Malaysia merupakan salah satu
faktor penting yang menyebabkan interaksi menjadi terhad. Contohnya, Institut
Pengajian Tinggi yang hanya berinteraksi dalam lingkungannya, kawasan taman
perumahan yang terpisah secara sistematik mengikut kedudukan dalam petempatan
tertentu serta sistem pendidikan yang mengkhususkan golongan dan kaum tertentu.
Sekolah, pusat pengajian tinggi seperti universiti berperanan sebagai tempat
untuk berinterasksi dalam satu komuniti iaitu ilmu pengetahuan. Menerusi sesuatu perbincangan yang diadakan
dalam kalangan pelajar, pertukaran idea, interaksi yang berasaskan ilmu
pengetahuan, para siswazah dapat menjalani satu proses sosiologi yang
berterusan yang boleh menyesuaikan dengan proses semula jadi yang mementingkan
tindakbalas yang berbentuk positif dalam proses sosialisasi.
3.4.4 KEKURANGAN TOLERANSI
Toleransi
ialah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu perkara yang kita tidak
menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkanya. Mengikut kamus toleransi
bermaksud sedia menghormati atau menerima pendapat serta pendirian orang lain
yang berbeza dengan pendirian diri sendiri. Dengan prinsip ini, toleransi
antara sesebuah kaum dengan kaum lain adalah dengan menerima tradisi, prinsip
agama dan budaya mereka. Kebolehan untuk memahami dan menghormati pandangan
orang lain serta keupayaan untuk menerima pendapat orang lain boleh meningkatan
kefahaman budaya seseorang. Jika tidak mempunyai amalan menolak fakta serta
berkeras untuk tidak mempersetujui sesuatu perkara yang melibatkan kaum lain,
rusuhan serta pertelingkahan antara kaum boleh berlaku. Sejarah keharmonian kaum di Malaysia telah
dicemari oleh peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Contoh
dalam soal agama, Emile Durkheim berpendapat bahawa agama berperanan
mengeratkan kesepaduan sosial (sosial solidarity) di antara ahli
masyarakat. Penduduk Malaysia yang
mengamalkan pelbagai ajaran agama menjadi teras dan aspek penting kepada
pelaksanaan dialog peradaban. Masjid, surau dan tempat-tempat ibadah menjadi
simbol kesepakatan dan perpaduan. Pastinya
dalam berbagai-bagai kaum, terdapat nilai atau ajaran yang serupa walaupun
tidak sama. Kita boleh menggunakan nilai yang serupa sebagai titik asas untuk
berinteraksi dan berkongsi pandangan dan pendapat. Sebagai contoh nilai-nilai
sejagat. Semua agama mengajar nilai-nilai murni yang baik seperti konsep amar makruf nahi mungkar iaitu menyeru
ke arah kebaikan dan mencegah kemungkatan.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan dan cabaran proses dialog peradaban supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya. Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai perbezaan perlu mengambil langkah untuk mengatasi kelemahan dan cabaran proses dialog peradaban supaya pelaksanaannya dapat dimaksimumkan dan menepati kepentingan bersamanya. Pelaksanaan proses dialog peradaban akan memberi peluang kepada setiap individu untuk mengenali kelemahan dan kekuatan masing-masing serta dapat membentuk masyarakat yang saling lengkap melengkapi supaya dapat melahirkan negara yang seimbangan serta tidak berpusatkan kepentingan tertentu sahaja.
4.0 CADANGAN MEMPERBAIKI DAN MEMPERTINGKATKAN
PELAKSANAAN BUDAYA DIALOG
Antara cadangan-cadangan ke
arah membaiki dan mempertingkatkan pelaksanaan budaya dialog antara kaum/
etnik/ budaya dan peradaban termasuklah:
4.1 Meningkatkan Kesedaran Untuk Hidup Harmoni Bersama-sama
Pihak berkuasa baik dalam negara mahupun peringkat
antarabangsa harus sentiasa menggalakkan aktiviti kemasyarakatan di kalangan
ahli dalam masyarakat. Amalan di
Malaysia seperti Hari Terbuka Malaysia sempena sambutan atau keraian hari
kebesaran agama atau perayaan kaum di Malaysia merupakan contoh terbaik bagi memupuk
keharmonian dan rasa kebersamaan antara etnik berbeza. Slogan “Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ’ telah diperkenalkan
pada tahun 2009. Matlamat 1 Malaysia
adalah untuk mengekalkan perpaduan dalam kepelbagaian etnik dalam masyarakat
Malaysia selain wadah pembinaan bangsa Malaysia yang bersatu padu dan membantu
negara ke arah mencapai wawasan 2020.
4.2 Membudayakan Dialog
Sesi dialog ilmiah dan bukan ilmiah, sama ada secara
terbuka atau tertutup, boleh dianjurkan dari masa ke semasa. Pembudayaan dialog
di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia perlu diadakan secara berkala demi
keharmonian dan kesejahteraan rakyat. Contohnya dialog tentang isu-isu dunia
seperti terrorisme dan fundamentalisme mengikut kaca mata peradaban, agama dan
budaya. Melalui dialog sebegini, agama
Islam yang sering dilabelkan sebagai punca keganasan di peringkat antarabangsa
dapat diperjelaskan hakikat sebenar sekaligus memadamkan tanggapan dan tafsiran
salah .
Bagi menjayakan usaha ini, media cetak dan
elektronik harus memainkan peranan sebagai saluran perantara. Dalam dunia global tanpa sempadan dengan
kecanggihan ICT dan dunia dihujung jari, maklumat dapat disampaikan dengan
cepat dan berkesan. Rancangan
antarabangsa seperti Discover Channel dan National Geographic yang cukup
berpengaruh dapat dimanfaatkan untuk tujuan ini. Menurut Presiden Iran, Mohammad khatami dalam
Sidang kemuncak Media Asia di kuala lumpur menegaskan mengenai kepentingan
media dalam mempromosikan dialog peradaban,
katanya.” Media dapat menyebarkan pendapat individu dan masyarakat yang dijana
dari dialog tersebut yang akhirnya akan dapat membentuk persefahaman bersama.’”
Katanya lagi: “Dengan tercapainya persefahaman bersama ini akan
membolehkan usaha bersama dilaksanakan bagi membangunkan udaya dan social yang
diterima semua.”
Lebih
bererti lagi sekiranya media dapat memaparkan kisah sejarah silam berasaskan
fakta sebenar kehidupan masyarakat pelbagai bangsa. Dalam konteks kehidupan harmoni masyarakat
majmuk, Islam sangat kaya dengan pengalaman yang boleh diteladani untuk
diwarisi oleh masyarakat Islam hari ini dan masyarakat dunia umumnya. Sejarah Islam dengan keperibadian ulung Nabi
Muhammad SAW dan sahabat baginda sangat unit dan tiada tolok bandingnya. Sejarah ini tetap segar dan tidak lapuk dek
hujan, tak lekang dek panas dan sentiasa releven sepanjang zaman.
4.3 Memperbetulkan Asas Pendidikan
Pendidikan merupakan wadah terbaik dan paling
efektif untuk memupuk dan menyuburkan integrasi nasional. Murid-murid yang telah mengenali rakan tanpa
mengira warna kulit dalam satu kelompok dan bumbung yang sama pastinya akan
sentiasa dapat bertoleransi dalam banyak perkara. Prinsip ‘agree to disagree’ misalnya harus
ditanam dan difahami sejak dari kecil di alam persekolahan ini. Maka, melalui pemupukan asas pendidikan,
semua umat manusia dapat dipersaudarakan melalui jiwa dan rasa cintakan
kedamaian dan sifat kemanusiaan.
Contohnya Dasar Pendidikan kebangsaan diperkenalkan
melalui Akta Pelajaran 1961 merupakan dasar ke arah mewujudkan masyarakat
harmonis. Program utama di bawah Dasar
Pendidikan Kebangsaan termasuklah Sekolah Wawasan yang bertujuan menyediakan
ruang sosial bagi pelajar dari pelbagai etnik berinteraksi seterusnya menjalinkan
hubungan yang harmonis. Sekolah wawasan dapat mengukuhkan hubungan antara kaum
seperti Melayu, Cina dan India yang
boleh menjamin kepada ketenteraman
sosial. Dialog di kalangan pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi
perlu dianjurkan baik di peringkat jabatan mahupun kementerian. Program dialog ini boleh diterapkan dalam
aktiviti kurikulum dan juga ko-kurikulum kepada semua murid tanpa mengira kaum
dan agama. Selain itu, program RIMUP juga bertujuan meningkatkan
hubungan etnik dalam kalangan pelajar dengan kerjasama antara sekolah dengan
masyarakat sekitar.
4.4 Menerapkan Ilmu Ketamadunan Dalam Kurikulum Sekolah
Dalam
dunia globalisasi hari ini dan ledakan maklumat menerusi internet telah
menyebabkan manusia lupa kepada nilai-nilai dan kepentingan ilmu ketamadunan. Hubungan baik antara manusia dengan
manusia, manusia dengan persekitaran
atau environmentnya dan hubungan
manusia dengan Tuhannya sudah menjadi renggang.
Penerapan ilmu ketamadunan dalam kurikulum sekolah akan member impak
yang besar terhadap kesedaran menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan
suci. Kajian menunjukkan bahawa hanya
apabila sesebuah masyarakat menghayati kehidupan berlandaskan nilai-nilai
spiritual yang terkandung manifestasi sosial dan fizikal, baharulah ia akan dapat membangunkan
kehidupan yang seimbang selaras dengan prinsip Falsafah Pendidikan Negara. Sekiranya budaya dialog yang telah kita
terapkan sekian lama diperjelaskan kepada generasi muda hari ini, maka konsep integrasi nasional dan perpaduan
kaum akan kekal utuh. Untuk itu dialog
menjadi mekanisme perpaduan yang amat berkesan.
Justeru pendedahan ilmiah untuk kita memungkinkan kita membuat penilaian
yang tepat mengenai sifat dan tamadun masing-masing. Penilaian ini bukan hanya membantu kita
meneruskan perasaan muhibbah walaupun wujud perbezaan yang ketara antara
kita, tetapi dapat memapankan konsep
atau realiti perlembagaan Negara sebagai teras Tamadun Malaysia. Di sinilah peri pentingnya dialog di mana
kita boleh duduk bersama berbincang perkara-perkara yang boleh atau perlu
disepakati atau sebalikya.
4.0 KESIMPULAN
Budaya dialog amat perlu disuburkan dalam kontek
Negara kita yang mempunyai penduduk berbilang kaun, etnik, budaya dan
peradaban. Melalui dialog peradaban ini
jalinan perpaduan Negara dan integriti nasional yang merupakan kunci kemampanan Negara akan tercapai. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur
kerana Negara kita tidak mengalami konflik perkauman atau konflik ideologi yang
membimbangkan. Semoga peristiwa berdarah
13 Mei dan peristiwa serius seperti Konflik Kampung Medan tidak akan
berulang. Malah kita mengharapkan dunia
juga selamat dan peristiwa 11 September 2001, peperangan dan persengketaan akan
berakhir.
Kesimpulannya budaya dialog perlu disuburkan untuk
memastikan keharmonian etnik sejagat,
mengukuhkan integrasi nasional dan memantapkan perpaduan Negara dalam
semua bidang termasuk sosial, politik
dan ekonomi. “ Ibarat menarik rambut
dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak terurai”.
( 3,300 patah perkataan )