BAHAGIAN
A
1. Apakah tujuan mengadakan Penilaian Rujukan Kriteria ( PRK )?
Nyatakan SATU ciri soalan dan SATU ciri ujian dalam PRK.
Jawapan: Topik 1 ms 63
Matlamat PRK bukan untuk membandingkan pencapaian pelajar
dengan pelajar lain, tetapi ditumpukan membandingkan
pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat
dikuasai oleh pelajar atau tidak.
Menurut Popham (1981),
rujukan kriteria digunakan untuk
menentukan status pencapaian individu pelajar dalam domain tingkah laku yang
ditetapkan.
Ciri-ciri soalan PRK : soalan yang hampir sama peringkat
kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria objektif pelajaran tertentu.
Ciri-ciri ujian: Tiada
gred ditetapkan, tetapi memadai dengan
pernyataan lulus / gagal sahaja.
2. Penilaian melibatkan
beberapa langkah. Senaraikan semua
langkah tersebut.
Jawapan :ms 5
Prosedur /langkah-langkah penilaian:
1. Persediaan ujian
2. Pentadbiran ujian
3. Pemeriksaan Jawapan Ujian
4. Analisis Ukuran
5. Interpretasi dan tindakan
susulan.
3. Berikan 4 ciri yang baik
dalam pembinaan Item mengisi Ruang Kosong.
Jawapan ms 93:
1. Arahan hendaklah jelas sama ada pelajar perlu
mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau dalam kertas jawapan.
2. Pernyataan hendaklah
ditulis secara padat, jelas dan
tidak “berbunga” supaya pelajar dapat
memahaminya dengan baik.
3. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada
perkataan yang penting sahaja.
4. Elakkan daripada meninggalkan
terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan / ayat, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
5. Aras kesukaran setiap
soalan perlu setara.
4. Apakah
yang dimaksudkan dengan kebolehpercayaan ujian?
Nyatakan 3 jenis kebolehpercayaan ujian.
Jawapan:
ms 113
Kebolehpercayaan ujian
bermaksud ketekalan markah-markah
yang dihasilkan oleh ujian tersebut.
Darjah ketekalan ukuran-ukuran boleh ditentukan dalam pelbagai keadaan, misalnya,
apabila ujian yang sama diambil
oleh pelajar kali kedua, ujian yang sama
ditadbirkan oleh guru lain, ujian yg
sama diambil oleh pelajar pada waktu yg berbeza, jawapan ujian yg sama diperiksa oleh guru
yang berbeza. Ujian yg baik adalah
ujian yg mempunyai darjah ketekalan yg
tinggi, iaitu markah skor yg dihasilkan
adalah hampir sama dalam apa jua keadaan.
3
jenis kebolehpercayaan ujian:
1. Ukuran kestabilan
2. Ukuran kesetaraan dan
kestabilan
3. Ukuran kesetaraan
4. Kebolehpercayaan pemeriksa
5. Ukuran ketekalan dalaman
5. Nyatakan SATU kelebihan pemarkahan analitik berbanding dengan
pemarkahan holistic. Nyatakan 3 sebab kenapa penyelarasan
pemeriksaan kertas jawapan perlu diadakan.
Jawapan:
Skema pemarkahan secara analitik adalah lebih terperinci daripada
holistic. Ia mengandungi nilai tara
isi kandungan, pengelolaan dan proses
yang lebih khusus. Sebagai contoh, pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah untuk
pertimbangan layak diberikan markah penuh. Agihan markah berdasarkan aspek
markah untuk isi, persembahan, bahasa atau isi mengikut fakta.
3 sebab kenapa penyelarasan
peperiksaan kertas jawapan perlu diadakan:
Jawapan topic 7 ms 167
1. Penyelarasan peperiksaan
kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila
melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang.
2. Tujuan penyelarasan ini
dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan
markah kepada calon-calon.
3. Untuk memastikan ketekalan
dan keselarasan dalam pemberian markah.
BAHAGIAN B
1. A) Bandingkan Penilaian Formatif dengan Penilaian
Sumatif.
Jawapan: Topik 3 ms 64 dan ms 67
Penilaian Formatif ialah penilaian yang
dibuat secara berterusan. Ia dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar
bagi setiap tajuk yang diajar.
Penilaian Sumatif ialah penilaian yang
dibuat pada akhir pengajaran ( akhir
penggal / akhir tahun ). Ia bertujuan
untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian
penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk.
Penilaian sumatif dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian sumatif ialah penilaian pada
akhir tahun, peperiksaan percubaab, UPSR dan PMR.
b) Bandingkan
kelebihan dan kelemahan soalan jenis Aneka Pilihan dan soalan jenis Esei. Bagi setiap jenis, bincangkan bagaimana kelemahannya dapat
dikurangkan.
Jawapan: Topik 4 ms 89
Kelebihan soalan jenis aneka pilihan ialah ia memudahkan kerja memeriksa kerana
soalan jenis ini boleh diperiksa oleh komputer dengan menggunakan borang
OMR. Manakala kelemahan soalan jenis
aneka pilihan ini termasuklah sukar
dibina dan sukar juga dijawab oleh pelajar kerana mereka perlu mengetahui
jawapan secara tepat. Ia juga menggalakkan
tekaan.
Soalan jenis esei mempunyai kekuatan tersendiri iaitu dapat
menggalakkan pelajar meneroka pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan
sesuatu masalah, mempamerkan sesuatu
idea asli mereka dan menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat. Selain itu juga pelajar dapat menhenal
pasti, memilih, menyusun dan mempersembahkan sesuatu perkara
atau idea dalam bentuk kemunikasi bertulis.
Item berjawapan terbuka turut mempamerkan beberapa masalah
atau kekurangan, iaitu ia memerlukan
pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan, masa yang panjang untuk memeriksa berbanding
item objektif, masa yang panjang untuk
pelajar menulis jawapan dan pelajar perlu menulis secara jelas dan boleh
dibaca.
Cara untuk mengatasi kelemahan ini ialah dengan menggabungkan
item objektif dan item subjektif dalam satu ujian dengan kadar yang
sesuai, ia dapat menjamin kesahan dari
segi liputan kandungan dan juga penilaian pada peringkat objektif yang tinggi.
2.
a) Sepuluh kertas jawapan ujian
diperiksa oleh seorang penolong pemeriksa.
Semasa
penyelarasan pemarkahan, kertas jawapan yang sama diperiksa semula
oleh ketua pemeriksa. X ialah markah
yang diberi oleh penolong pemeriksa dan Y ialah markah yang diberi oleh ketua
pemeriksa.
BIL
|
X
|
Y
|
-
(
x-x )
|
-
(
y-y )
|
-2
(
x-x )
|
-2
(
y-y )
|
-
-
(x-x)
(y-y)
|
1
|
46
|
48
|
|||||
2
|
39
|
42
|
|||||
3
|
52
|
52
|
|||||
4
|
45
|
46
|
|||||
5
|
42
|
40
|
|||||
6
|
56
|
57
|
|||||
7
|
70
|
73
|
|||||
8
|
50
|
47
|
|||||
9
|
55
|
52
|
|||||
10
|
59
|
58
|
2. (i) Hitungkan X dan Y, iaitu min bagi X dan min bagi y
masing-masing. Salin dan lengkapkan
jadual di atas.
(ii)
Hitungkan pekali kolerasi Pearson,
r xy dengan menggunakan rumus
r xy = E ( X-X ) ( Y-Y )
/E ( X-X)2 E (Y-Y)2
b)
Komen tentang r xy yang diperoleh dalam (a) (ii).
3. Pentadbiran ujian, pemeriksaan dan penyelarasan markah dan
penilaian markah ujian adalah langkah-langkah akhir dalam penilaian.
(a) Sediakan satu senarai semak bagi persiapan
tempat ujian supaya ujian itu dapat berjalan dengan lancar.
Jawapan: Topik 7 ms 154
Senarai semak bagi persiapan tempat Ujian:
1. Arahan Ujian - arahan dalam kertas soalan / arahan guru atau ketua pengawas peperiksaan
- sebelum peperiksaan bermula / semasa mula menjawab soalan / sebelum tamat masa
menjawab / selepas tamat masa menjawab
2. Suasana di Tempat Peperiksaan
3. Jarak Tempat Duduk
(b) Terangkan tujuan mengadakan penyelarasan
pemeriksaan kertas jawapan dan penyelarasan markah ujian.
Jawapan
: Topik 7 ms 167
1. Penyelarasan peperiksaan
kertas jawapan perlu dilakukan terutama apabila melibatkan pemeriksa lebih daripada seorang.
2. Tujuan penyelarasan ini
dibuat ialah bagi mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan
markah kepada calon-calon.
3. Untuk memastikan ketekalan
dan keselarasan dalam pemberian markah.
c. Nyatakan 3
ukuran memusat dan tiga ukuran serakan. Taburan markah suatu ujian mempunyai taburan
normal dengan skor min 45 dan sisihan piawai 12. Kirakan skor –z bagi seorang calon yang
mendapat markah 40 dalam ujian tersebut.
Jawapan:
BAHAGIAN C
SOALAN NO. 2
Setelah selesai sesuatu penilaian; satu laporan perlu disediakan untuk pihak berkepentingan supaya mereka mendapat maklumat yang berguna dari penilaian tersebut. Nyatakan pihak yang berkepentingan dalam penilaian pelajar dan bincangkan mengapa laporan penilaian berkenaan adalah penting bagi mereka.
Jawapan : Topik 8 ms 181
Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah dan penilaian terhadapnya dilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan. Tujuan penilaian ialah meenentukan kemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru, masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuai dengan pelajar, sikap, motivasi dan gaya pembelajaran pelajar. Justeru mereka yang berkepentingan termasuklah :
1. Guru
2. Pelajar
Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini diperlukan untuk mereka membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai selain mengubah gaya pembelajaran mereka ke suatu tahap yang lebih baik. Mereka juga perlu mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai dan bersistematik. Maklumat ini akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan yang strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik.
3. Ibu bapa
Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa untuk memberi bantuan kepada anak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen. Ibu bapa juga boleh memberi nasihat dan memotivasikan anak-anak di rumah.
4. Guru Kaunselor
-memberi bimbingan dan kaunseling dan memantau perkembangan sahsiah pelajar
-memberi bimbingan tentang gaya pembelajaran mereka
-menentukan keberkesanan program bimbingan dan kaunseling
-menasihati pelajar tentang pengajian dan kerjaya yang sesuai
5. Guru Besar Sekolah
-merancang program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.
-membantu guru besar merancang program untuk kecemerlangan sahsiah pelajar.
-menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran
-menyesuaikan kurikulum dengan suasana di sekolah dan kawasan di sekelilingnya.
6. Pegawai Pendidikan Daerah
-untuk membantu merancang program yang boleh menyelaraskan peningkatan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembanbangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawah penyeliaannya.
-menentukan keberkesanan program
7. Bakal Majikan
Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Selain itu juga meklumat ini akan membentu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pemilihan ini penting bagi menentukan kualiti pekerjaanya sama ada pelajar ini akan menjadi pekerja yang baik kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya.

Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik dan pencapaian akhir pelajar. Maklumat ini dapat membantu guru untuk membuat keputusan akhir tentang sukatan pelajaran dan kaedah
pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya. Selain merancang dan melaksanakan ulangkaji tajuk-tajuk tertentu, guru dapat meningkatkan motivasi pelajar selain merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan sesuai dengan tahap pelajar-pelajarnya.
2. Pelajar
Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka sendiri untuk membantu mereka dalam pembelajaran. Maklumat ini diperlukan untuk mereka membuat ulangkaji tajuk-tajuk yang belum mereka kuasai selain mengubah gaya pembelajaran mereka ke suatu tahap yang lebih baik. Mereka juga perlu mengubah kaedah pembelajaran mereka kepada yang lebih sesuai dan bersistematik. Maklumat ini akan menjadi motivasi kepada mereka supaya perancangan yang strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebih baik.
3. Ibu bapa
Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak mereka untuk membantu mereka mengadakan beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan dan sahsiah anak-anak mereka. Maklumat tentang masalah pembelajaran dan kemajuan akademik dapat membantu ibu bapa untuk memberi bantuan kepada anak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen. Ibu bapa juga boleh memberi nasihat dan memotivasikan anak-anak di rumah.
4. Guru Kaunselor
-memberi bimbingan dan kaunseling dan memantau perkembangan sahsiah pelajar
-memberi bimbingan tentang gaya pembelajaran mereka
-menentukan keberkesanan program bimbingan dan kaunseling
-menasihati pelajar tentang pengajian dan kerjaya yang sesuai
5. Guru Besar Sekolah
-merancang program yang boleh meningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.
-membantu guru besar merancang program untuk kecemerlangan sahsiah pelajar.
-menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dan kaedah pembelajaran
-menyesuaikan kurikulum dengan suasana di sekolah dan kawasan di sekelilingnya.
6. Pegawai Pendidikan Daerah
-untuk membantu merancang program yang boleh menyelaraskan peningkatan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik dan pembanbangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalam daerah di bawah penyeliaannya.
-menentukan keberkesanan program
7. Bakal Majikan
Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerima pelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Selain itu juga meklumat ini akan membentu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugas. Pemilihan ini penting bagi menentukan kualiti pekerjaanya sama ada pelajar ini akan menjadi pekerja yang baik kepada syarikat dan berjaya dalam kerjayanya.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete