MEI
2013
BAHAGIAN
A
1. Terangkan perbezaan antara
skala nominal dan skala ordinal dalam pengukuran. Berikan satu contoh bagi setiap skala.
Jawapan: Topik 1 ms 9-10
Skala
nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pemboleh ubah
berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah
berkenaan. Contohnya Etnik Melayu
diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili
nombor 2, etnik India nombor 3 dan
etnik-etnik lain diwakili nombor 4.
Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan
kategori pemboleh ubah yang dinyatakan,
iaitu etnik. Nombor ini tidak
mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori
pemboleh ubah ini disebut sebagai skala
nominal.
Skala ordinal
ialah skala yang memberikan nilai
pemeringkatan. Data boleh disusun
sama ada daripada yang terendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah
kepada yang cemerlang. Nombor atau
kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pemboleh ubah mengikut susunan
daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada
kategori yang lebih baik. Misalnya,
nombor 1,2,3,4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi
pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal.
2. Kaedah
lisan bermaksud pengumpulan maklumat secara lisan dan perakaman maklumat
berkenaan dalam bentuk audio atau video.
Jelaskan dengan ringkas DUA bentuk kaedah lisan.
Jawapan: Topik 3 ms 71
1. Temu bual – merujuk kepada teknik mendapatkan
maklumat melalui perbualan yang tidak tertumpu kepada set soalan tertentu. Manakala temu bual berstruktur cuba
mendapatkan maklumat melalui perbualan tertentu kepada set soalan tertentu.
2. Skala
Penaksiran – merujuk kepada teknik mendapatkan maklumat dengan menggunakan satu
set soalan yang memerlukan seseorang memberikan jawapan dalam skala
tertentu, seperti skala Likert atau
anggaran kekerapan.
3. Senaraikan Empat ciri pembinaan item Mengisi
Ruang Kosong yang baik.
Jawapan: Topik 4
ms 94
1. Arahan
hendaklah jelas sama ada pelajar perlu mengisi ruang kosong dalam kertas
soalan atau dalam kertas jawapan.
2. Pernyataan
/ ayat hendaklah ditulis secara padat,
jelas dan tidak ‘berbunga-bunga’ supaya
pelajar dapat memahaminya dengan baik.
3. Aras kesukaran
setiap soalan perlu setara ( seperti
bilangan perkataan dalam ruang kosong ), supaya setiap soalan mempunyai aras
kesukaran yang sama.
4. Perkataan
yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.
5. Ruang
kosong hendaklah ditempatkan dihujung
ayat supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.
4. Kebolehpercayaan
sesuatu ukuran bermaksud ketekalan
ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh alat tersebut. Nayatakan 4 faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan ujian.
Jawapan: Topik 5 ms 120
1.
Panjang
Ujian
2.
Kehomogenan
Kumpulan
3.
Kesukaran
Item
4.
Objektiviti
Jawapan
5. Huraikan
secara ringkas Dua sebab kenapa penyelarasan peperiksaan kertas jawapan perlu
diadakan.
Jawapan: Topik 7 ms 167
1. Bagi
mengurangkan perbezaan antara pemeriksa dalam memberikan markah kepada
calon-calon.
2. Untuk
memastikan ketekalan dan keselarasan dalam pemberian markah.
BAHAGIAN
B
1. a) Bandingkan Penilaian Formatif dengan
Penilaian Sumatif.
Jawapan:
Topik 3 ms 69
1. Dari segi konsep:
Penilaian formatif dibuat secara formal atau
tidak formal untuk mengesan penguasaan
atau kelemahan pelajar bagi setiap tajuk
pengajaran. Manakala Penilaian
Sumatif dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian pelajar di akhir pengajaran seperti pada hujung penggal atau
akhir tahun.
2. Dari segi waktu
penilaian dan kaedah:
Penilaian
Formatif dilaksanakan sepanjang proses
pengajaran berlangsung.
Formal – Ujian
pensel-kertas
Tidak Formal –
Pemerhatian, soal jawab, tugasan,
latihan
Dibuat secara individu
atau kumpulan.
Penilaian
Sumatif dijalankan pada akhir penggal atau akhir tahun persekolahan. Dijalankan secara formal iaitu ujian
kertas-pensel, ujian lisan. Ditadbir
secara berkumpulan.
3.
Tujuan:
Penilaian
Formatif bertujuan untuk menentukan tahap kemajuan atau penguasaan
pelajar. Tindakan susulan perlu diambil
untuk mengatasi kelemahan pelajar. Manakala bagi penilaian sumatif gred
pencapaian akan diberikan kepada pelajar selepas pencapaian pelajar ditentukan
bagi tempoh persekolahan tertentu.
b) Bandingkan kelebihan dan kelemahan soalan
jenis Aneka Pilihan dan soalan jenis esei.
Bagi setiap jenis bincangkan bagaimana kelemahannya dapat dikurangkan.
Jawapan:
Topik 4 ms 100.
Soalan
Jenis Aneka Pilihan
Kelebihan:
1. Boleh mengukur semua jenis kebolehan.
2. Sampel
meluas ke atas kandungan.
3. Cepat
dan mudah diperiksa.
4. Boleh
diperiksa secara objektif.
Kekurangan:
1. Sukar
membina item yang baik / peringkat tinggi.
2. Menggalakkan
tekaan.
Cara
mengurangkan kelemahannya. ( kurang pasti jawapannya )
1. Perlu menggabungkan soalan jenis esei supaya ianya
mudah dan cepat dibina.
2. Mengurangkan
tekaan
3. Boleh
menguji tahap tinggi.
Soalan
Jenis Esei
Kelebihan
:
1. Mudah
dan cepat dibina
2. Mengurangkan
tekaan
3. Boleh
menguji tahap tinggi.
Kekurangan:
1. Bilangan
item terhad.
2. Mengambil
masa untuk diperiksa.
3. Kebolehpercayaan
item agak rendah.
Cara
mengurangkan kelemahan:
1. Menggabungkan soalan aneka pilihan agar boleh
mengukur semua jenis kebolehan.
2. Sampel
meluas ke atas kandungan.
3. Cepat
dan mudah diperiksa.
4. Boleh
diperiksa secara objektif.
BAHAGIAN
C
1. Taksonomi Bloom membahagikan domain kognitif
kepada 6 peringkat bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang
sukar dicapai. Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk membina soalan /
item ujian yang berkualiti berpandukan taksonomi yang dicadangkan Bloom.
Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini
terdiri dari dua tahap iaitu:
i.
Pengetahuan
ii.
Kemampuan dan Keterampilan Intelektual
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,
jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan
gagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam
persekitaran sebenar.
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang
diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam
bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu
mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang
rumit.
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau
pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali
data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian
yang diharapkan..
6.
Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari
kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian, gagasan, metodologi
dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang sesuai atau
standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.
Soalan nombor 2
Penilaian amat penting bagi mengukur sesuatu yang
telah dipelajari, keberkesanan
pengajaran dan tahap pencapaian pelajar secara umum. Penilaian yang berkualiti dan sistematik akan
memberikan kesan yang mendalam terhadap pendidikan dan kerjaya masa depan.
Berdasarkan sistem pendidikan di Malaysia, bincangkan kepentingan penilaian
kendiri, penilaian guru dan penilaian
piawai dalam mengukur pencapaian pelajar dan kepentingan pelbagai bentuk
kawalan dalam prosedur memberi markah.
Jawapan:
Topik 8 ms 196-200
Kategori Penilaian:
-Penilaian Kendiri:
☻bertujuan menentukan sama ada diri inidvidu yang menilai itu sendiri sama
ada memahami apa yang dipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian atau
peperiksaan.
-Penilaian Guru
☻ bertujuan menentukan sama ada setiap pelajar memahami apa yang diajarnya
dan juga menilai keberkesanan pengajarannya
-Penilaian Piawai
☻ bertujuan menentukan percapaian seseorang pelajar berbanding dengan
pencapaian pelajar-pelajar, dan seterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut
dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang tertentu.
☻ Hasil penilaian piawai juga diguna untuk menentukan sijil/ pangkat sijil
yang bakal diberikan kepada seseorang pelajar
No comments:
Post a Comment