Thursday, 3 April 2014

HBEF 3203 PENGUJIAN DAN PENGUKURAN SEPTEMBER 2010



BAHAGIAN A

1.      Terangkan perbezaan antara skala nominal dan skala ordinal dalam pengukuran. Berikan SATU contoh bagi setiap skala itu.

Jawapan: Topik 1 ms 9

Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah.  Skala ini mengkategorikan pemboleh ubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pemboleh ubah berkenaan.  Contohnya Etnik Melayu diwakili nombor 1,  etnik Cina diwakili nombor 2,  etnik India nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4.    Nombor yang digunakan disini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pemboleh ubah yang dinyatakan,  iaiyu etnik.  Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pemboleh ubah ini disebut sebagai skala nominal.

Skala ordinal ialah skala yang memberikan nilai pemeringkatan.  Data boleh disusun sama ada daripada yang terendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang.  Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pemboleh ubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik.  Misalnya, nombor 1,2,3,4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal.

2.      Berikan maksud peringkat ‘Analisis’ dan ‘Sintesis’ dalam Taksonomi Bloom dalam mengkategorikan objektif domain kognitif.
Jawapan:

Pringkat Analisis bermaksud keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur tersebut.  Justeru peringkat analisis menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsure-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen / kes yang diberikan.

Menurut Bloom (1971),  Ciri-ciri analisis adalah seperti berikut:
1.       Pelajar dapat mengelaskan perkataan,  frasa dan kenyataan dalam satu set dokumen.
2.      Pelajar dapat menelah apa yang akan berlaku atau sifat yang tidak dinyatakan dengan jelas.
3.      Pelajar dapat menggunakan criteria yang relevan,  menyusun unsur mengikut sebab, akibat dan urutan untuk menentukan corak dan susunan bahan dalam sesuatu dokumen.
4.      Pelajar dapat mengenal pasti prinsip organisasi dan mencorakkan rangka keseluruhan dokumen.

Peringkat sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsure-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur,  tersusun dan menyeluruh.

Menurut Bloom (1971),  bentuk penghasilan sintesis adalah seperti berikut:
1.       Menghasilkan komunikasi unit dalam bentuk penulisan esei,  puisi atau lukisan.
2.      Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi.
3.      Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk hipotesis.

3.      Terangkan secara ringkas tujuan penilaian formatif dalam bilik darjah.  Senaraikan satu contoh penilaian formatif secara tidak formal dan SATU contoh penilaian formatif secara formal.
Jawapan:

Ujian formatif ialah ujian yang diberikan secara berterusan, iaitu sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran, bagi setiap tajuk yang diajar.
Tujuan ujian ini ialah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran
pelajar bagi setiap tajuk yang diajar
.  Hasil daripada ujian ini boleh digunakan oleh guru
untuk mengadakan aktiviti pemulihan, memperbaiki pendekatan/kaedah mengajar; dan juga boleh digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki pendekatan/kaedah pembelajaran.  Contoh penilaian formatif secara tidak formal ialah mengisi  tempat kosong berdasarkan tajuk kecil yang di ajar dalam satu sesi pengajaran manakala contoh penilaian formatif secara formal ialah ujian bulanan.

4.      Terangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan ‘ kesahan kandungan’ dan ‘kesahan muka’.
Jawapan:  topic 5 ms 122
Kesahan kandungan merujuk kepada sejauh mana sesuatu alat ukuran itu mencukupi kandungan pelajaran yang telah ditetapkan.  Kesahan kandungan penting bagi ujian pencapaian sebab markah yg diperolehi pelajar menunjukkan tahap pencapaian pelajar tersebut bagi kandungan pelajaran tertentu.  Sekiranya soalan ujian tidak meliputi secukupnya kandungan pelajaran tersebut,  penilaian pencapaian pelajar menjadi tidak sah.
Kesahan muka ialah sesuatu alat ujian “Nampak pada permukaannya” mempunyai kesahan yang tinggi.  Ini bermaksud sekali pandang,  Nampak alat ukuran itu sah,  atau orang biasa/ tidak terlatih nampak alat ini sebagai sah.

5.      Nyatkan DUA penerima utama laporan penilaian dan jelaskan secara ringkas kepentingan laporan penilaian kepada mereka.
Jawapan: Topik 1 ms 18
Dua penerima utama pelaporan penilaian ialah :
1.  Guru - Guru boleh menelah tahap kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran atau sebaliknya.  Selain itu guru dapat menilai sama ada pengajarannya berkesan atau sebaliknya.

2.  Pelajar -Kepada pelajar pula,  maklumat penilaian  dapat menunjukkan tahap penguasaan mereka terhadap sesuatu tajuk pelajaran.  Pelajar dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap perkara yang mereka kurang kuasai.

( Nota  :  Penerima laporan lain termasuklah  Ibu bapa, Guru Besar,  Guru Kaunselor,  PPD dan Majikan )


BAHAGIAN B
1.      (a) Terangkan perbezaan antara Ujian Rujukan Norma dan Ujian Rujukan Kriteria.

Topik 3 ms 61

Ujian Rujukan Norma:
Konsep - membandingakn pencapaian pelajar dengan pelajar lain.
Tujuan - menentukan pencapaian sama ada lulus / gagal / lemah / sederhana / cemerlang.
Ciri Soalan -  bermula dengan soalan mudah kepada sederhana dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi.
Ciri-ciri ujian -  Penentuan Gred bagi menentukan pencapaian pelajar.
Kandungan -  Meliputi tajuk / kandungan pelajaran yang lebih luas.
Contoh ujian - Peperiksaan Akhir Penggal,  UPSR, PMR, SPM, STPM.

Ujian Rujukan Kriteria :
 Konsep - membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria tertentu yg telah ditetapkan.
Tujuan - menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria tertentu.
Ciri Soalan - hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria/ obj pelajaran tertentu.
Ciri-ciri Ujian - Tiada Gred hanya pernyataan lulus / gagal.
Kandungan - tajuk-tajuk tertentu yang lebih khusus
Contoh Ujian - Ujian pendek,  tugasan,  latihan dan soal jawab dlm bilik darjah.

(b) Huraikan SATU contoh spesifik bagaimana anda mengaplikasikan penilaian rujukan kriteria dalam proses P&P.
Jawapan :
Contoh guru telah mengajar satu unit kemahiran dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu iaitu Kata Adjektif.  Penilaian Rujukan Kriteria telah digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran ini.  Guru menyediakan ujian pendek yang mengandungi 20 soalan objektif tentang Kata Adjektif.  Setelah melakukan perbincangan jawapan guru dapat menilai dan membuat pertimbang wajar bagi proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

2.   Sesuatu ujian yang baik mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
            (a)  Terangkan maksud ‘ kesahan ‘ dan  ‘kebolehpercayaaan ‘ yang tinggi.
Jawapan: Topik 5 ms 113

Kesahan bermaksud kebolehan ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur (Youngman& Eggleston, 1982; Sax & Newton, 1997). Kesahan merujuk kepada kesesuaian dan kekuatan interpretasi markah ujian dan lain-lain keputusan penilaian dengan merujuk kepada kegunaan tertentu alat ukur tersebut. 

 Manakala kebolehpercayaan (reliability) sesuatu ukuran bermaksud ketekalan ukuran-ukuran yang dihasilkan oleh alat tersebut.  Justeru,  kebolehpercayaan ujian bermaksud ketekalan markah-markah yang dihasilkan oleh ujian tersebut. 

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrument amat penting bagi mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan.  Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrument maka semakin jitu data-data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.



BAHAGIAN C



1.   Berikan perbezaan antara penilaian,  pengukuran dan pengujian


Jawapan:  Topik 1 ms 3-7



Pengujian
Merujuk kepada  teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkahlaku seseorang individu .  Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas.  Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan  :
      Mengesan pencapaian hasil pembelajaran
      Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai
      Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Pengukuran  
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.   Guru mungkin menggunakan alat pengukuran  yang mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.   Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau  membuat  keputusan. Tujuan pengukuran:
  •     Mengesan hasi-hasil pembelajaran
  •     Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi
  •     kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain
  •     Mengesan  jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan  
  •     maklumat untuk :
    •    Bimbingan
    •    Kecekapan guru
    •    Rekod prestasi dan profil murid

Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses  menentu , mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. 




No comments:

Post a Comment