BAHAGIAN A
1.
Apakah yang anda
faham tentang definisi budaya?
Jawapan: Topik 1 ms 3
Budaya didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang dikongsi bersama yang merangkumi nilai-nilai,
kepercayaan dan pantang-larang yang dipancarkan dalam sesebuah masyarakat
daripada satu generasi ke generasi yang lain.
2. Nyatakan
perbezaan antara budaya adaptif dan
budaya maladatif.
Jawapan: Topik 1 ms 11
·
Budaya
Adaptif – Budaya yang memastikan
kelangsungan masyarakat manusia.
Contohya , manusia telah mencipta peralatan untuk memburu binatang,
menebang pokok, menghidupkan api dan sebagainya .Sifat adaptif budaya
memastikan manusia terus kekal dan dominan di muka bumi.
· Budaya
Maladatif – Budaya yang tidak
menyumbang kepada kelangsungan masyarakat manusia. Misalnya, tabiat merokok
adalah satu budaya yang maladatif keraana ia boleh menjelaskan kesihatan dan
mencemarkan udara.
3. Jelaskan secara ringkas maksud keluarga
orientasi dan keluarga prokreasi.
Jawapan:
Keluarga orientasi ialah keluarga
di mana seseorang itu diasuh dan dididik sebelum berkahwin.
Keluarga Proaktif pula
terbentuk selepas seseorang itu berkahwin dan dia menjadi ketua dalam keluarga iaitu menjadi ibu bapa dan
melahirkan anak sendiri.
4. Nyatakan
2 fungsi agama kepada individu dan masyarkat.
j Jawapan:
j Jawapan:
Antara fungsi-fungsi agama kepada individu dan
masyarakat termasuklah:
- Mengeratkan kesepaduan sosial dalam masyarakat
- Menjadi alat kawalan sosial
- Menjadi alat untuk pendidikan
- Menjadi sumber kosmologi sesuatu masyarakat
- Menghuraikan ketidakpastian
5.
Bezakan maksud prejudis dan maksud
streotaip.
Jawapan:
Prejudis
bermaksud pandangan buruk atau prasangka terhadap ahli kelompok lain. Prasangka
biasanya bersifat negatif, di mana ahli kelompok lain dibenci kerana perbezaan
ras atau etnik serta mempunyai ciri-ciri yang tidak diingini.
Stereotaip merupakan
pernyataan yang ditanggapi terlebih dahulu, yang merupakan kepercayaan dan
jangkaan yang membentuk pernyataan tersebut. Ada stereotaip yang mengaitkan
sifat-sifat negatif dengan sesuatu golongan etnik, seperti “pemalas”,
“pengotor”, “pembelit” atau “penipu.” Kepercayaan umum ini mungkin terbentuk
ekoran daripada pengalaman yang pernah dilalui sendiri, melalui sosialisasi
atau mengikut apa yang diceritakan oleh orang lain.
BAHAGIAN B
1.
Tamadun purba juga dikenali sebagai
zaman pra sejarah.
a)
Jelaskan istilah pra sejarah menurut Robert F.
Heizer.
Jawapan:
Robert F.Haizer mentakrifkan
prasejarah sebagai sebahagian dari masa silam manusia yang tidak dicatatkan
dalam bentuk tulisan, iaitu sebelum
sejarah. Zaman yang belum wujud
rekod-rekod bertulikti . Bukti-bukti
diperoleh melalui kajian artifak oleh ahli-ahli arkeologi.
Di Amerika Syarikat
sebahagian besar daripada pengetahuan tentang pemburu-pemburu binatang besar
masa silam diasaskan kepada penemuan lakaran dan lain-lain artifak yang
dijumpai oleh petani-petani apabila mereka membajak tanah dan ketika permukaan
bumi digali untuk pembangunan. Selain itu artifak zaman silam juga ditemui
secara tidak sengaja oleh mereka yang mengembara di kawasan pergunungan atau di
dalam hutan. Walaupun penemuan tersebut tidak semestinya menunjukkan
terdapatnya tapak penempatan masyarakat purba, tetapi artifak tersebut boleh
menjadi petunjuk kepada taburan kegiatan kehidupan mereka. Sebagai contohnya di
kawasan bukit-bukau, gunung-ganang dan di pinggir lembah-lembah besar di
bahagian Barat Iran sering ditemui batu api yang berselerak di puncak bukit,
seolah-olah menunjukkan terdapat pemburu yang menunggu dan menjejak haiwan
buruan mereka (Hole dan Haizer, 1977: 97).
b)
Huraikan kaedah-kaedah dalam kajian
arkeologi bagi membentuk semula pemahaman terhadap pra sejarah.
J Jawapan:
J Jawapan:
Antara kaedah-kaedah
dalam kajian arkeologi termasuklah:
1. Kaedah Cari Gali :
Kaedah
cari gali dan kaedah mengesan usia secara radio carbon dating – C14. Ahli arkeologi mengkaji tapak ekskavasi yang
telah ditemui di sesuatu tempat seperti di benua Afrika, Jerman,
Jawa, Perancis, Australia dan Amerika Syarikat. Fosil-fosil dan artifak yang ditemui seperti
batu, kayu, tulang haiwan, tembikar,
alat perhiasan, senjata dan
lain-lain akan diuji dimakmal dengan bantuan ilmu sains iaitu kaedah mengesan
usia secara radio carbon dating – C14.
2. Kaedah Mengkaji Penempatan :
Pada
zaman Paleolitik, manusia telah muncul
sebagai parasit persekitaran. Masyarakat
zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau nomad dan bergantung hidup
kepada sumber-sumber alam sekitar.
Mereka tinggal di dalam gua,
lubang bawah tanah, dan
pondoh-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai contoh, petempatan masyarakat Paleolitik di Gua Niah
( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ), dan Gua Tingkayu ( Sabah ).
2. a) Mengapakah
wujudnya pembahagian jantina dalam pembahagian tugas
b) Huraikan kesepaduan mekanikal dalam masyarakat primitif dan kesepaduan organik dalam
dalam masyarakat moden.
Terdapat
tiga teori yang cuba menjelaskan mengapa adanya pengkhususan jantina dalam
pembahagian tugas:
1. Lelaki mempunyai tubuh badan dan
kekuatan fizikal yang membolehkan mereka melakukan kerja-kerja berat seperti
memburu, berperang, dan menebas menebang untuk bercucuk tanam.
2. Wanita melakukan kerja-kerja di
dalam rumah kerana ia selari dengan tugas penjagaan kanak-kanak. Tugas-tugas
lelaki agak berat dan berbahaya dan jika dilakukan oleh wanita, ia boleh
membahayakan kanak-kanak di bawah jagaannya.
3. Dari segi reproduksi, lelaki boleh
dikorbankan berbanding dengan wanita. Wanita tidak boleh diletakkan dalam
bahaya kerana jika mereka pupus, siapakah yang akan melahirkan anak? Jika ada
lelaki yang terkorban ketika memburu atau berperang, ini tidak akan menjejaskan
fungsi reproduksi selagi mana wanita mempunyai akses kepada lelaki. Jadi jika
anda seorang lelaki, pastikan anda tidak terkorban kerana wanita anda mungkin
akan menjadi milik orang lain!
b) Huraikan kesepaduan mekanikal dalam masyarakat primitif dan kesepaduan organik dalam
dalam masyarakat moden.
3. Bagaimana sosiolisasi berperanan sebagai
kawalan sosial.
Jawapan: Topik 5 ms 68
Sosialisasi ialah proses di mana
norma-norma dan nilai-nilai diturunkan daripada satu generasi ke generasi yang
seterusnya. Norma-norma dan nilai-nilai ini menentukan apa yang boleh dan tidak
boleh diterima oleh masyarakat. Sosialisasi dapat dicapai melalui
institusi-institusi seperti pendidikan, keluarga, agama dan sebagainya.
Contohnya, ibu bapa akan kecewa jika anak-anak mereka tidak mahu pergi ke
sekolah. Kanak-kanak belajar daripada pengalaman yang bersekolah ialah norma
sosial yang harus diakuri jika mereka ingin diterima masyarakat.
b) Jelaskan peranan perantara dalam kawalan sosial.
Jawapan: Topik 5 ms 71
Sesetengah masyarakat menggunakan perantara untuk membantu mereka
meleraikan konflik yang serius. Contohnya, orang Nuer di Sudan akan merujuk
seseorang yang digelar ketua kulit harimau bintang (leopard-skin chief)
untuk menyelesaikan permasalahan di antara mereka. Misalnya, seorang pembunuh mungkin akan
berlindung di bawah ketua kulit harimau bintang sementara beliau berusaha untuk
berunding dengan pihak-pihak yang bertelagah. Beliau akan cuba meyakinkan pihak
yang bersalah untuk membayar ganti rugi sebagai pampasan kepada keluarga si
mangsa (dalam bentuk binantang ternakan atau harta). Dalam sesetengah kes,
ketua kulit harimau bintang akan menyumpah pihak yang bersalah jika tiada
penyelesaian dapat dipersetujui.
BAHAGIAN C
1.
Ibnu
Khaldun merupakan seorang pemikir yang terkenal dalam bidang Sains Sosial
Islam. Huraikan bentuk-bentuk pemikiran
ilbu Khaldun.
Jawapan:
Pemikiran Ibnu Khaldun yang sangat penting ialah yang
berkaitan dengan sifat manusia dan sifat masyarakat. Manusia sebagai individu
tidak boleh hidup bersendirian, tetapi memerlukan satu sama lain. Pandangan
inilah yang menjadi asas kepada konsep masyarakat.
Mengikut Ibn Khaldun, manusia mempunyai beberapa
kelemahan dan kekurangan secara semula jadi. Namun, Allah telah memberikan
mereka akal dan keupayaan untuk berfikir dengan abstrak. Masyarakat terbentuk
kerana keperluan untuk mengatasi kelemahan tersebut, kerana tanpa masyarakat,
manusia tidak boleh wujud dan bertahan lama. Walaupun begitu, keperluan ini
telah menimbulkan satu paradoks atau pertentangan antara sifat manusia yang
tamak dan ingin bebas, dengan sifat masyarakat yang memaksa manusia bekerjasama
sesama sendiri.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya konflik
dalaman serta luaran di mana bentuk dan punca konflik ini berbeza-beza mengikut
tempat dan keadaan. Seterusnya, bentuk konflik yang wujud itu mempengaruhi
tahap kesepaduan sosial (social solidarity) dalam masyarakat berkenaan.
Misalnya, dalam keadaan yang tidak menentu dan punca kehidupan yang tidak
begitu menjamin, kesepaduan sosial adalah tinggi, seperti yang dapat dilihat
pada masyarakat padang pasir yang berpuak-puak dan bersuku-suku. Sebaliknya,
jika punca kehidupan lebih terjamin dan lebih mewah, maka tahap kesepaduan sosial
semakin merosot, seperti yang dapat dilihat dalam kebanyakan masyarakat bandar.
Dalam analisisnya itu, Ibn Khaldun melihat masyarakat
sebagai satu keperluan mutlak dalam kehidupan manusia. Namun demikian timbul
pula masalah konflik kerana sifat manusia yang lebih mementingkan diri sendiri,
sedangkan dia harus akur kepada kehendak masyarakat. Dalam analisisnya itu
ternyata Ibn Khaldun merupakan salah seorang daripada pengasas awal kepada
teori konflik dan teori perubahan sosial.
2.
Jelaskan nilai-nilai sepunya Islam
menurut kaca mata Barat.
Jawapan:
No comments:
Post a Comment