BAHAGIAN A
1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Insan
Sosial ?
Jawapan
: Topik 1 ms 3
Manusia dari segi psikologinya
merupakan haiwan yang bersosial. Manusia sebagai insan sosial tidak mampu hidup
bersendirian dan perlu bekerjasama dengan manusia-manusia lain. Oleh yang demikian, manusia yang terkecuali
daripada aktiviti sosial amat sedikit ataupun mereka diklasifikasikan sebagai
manusia abnormal ataupun manusia gila.
2. Terangkan dengan ringkas istilah enkulturasi
atau “pembudayaan”.
Jawapan: Topik 1 ms 2
Enkulturasi
( enculturation ) atau pembudayaan bermaksud proses pembudayaan
seseorang individu ke dalam kebudayaan kelompoknya. Proses enkulturasi adalah proses belajar dan
menyesuaikan alam fikiran serta sikap terhadap adat istiadat, sistem norma dan semua peraturan yang
terdapat dalam kebudayaan seseorang.
3. Dalam konteks Malaysia terdapat
pelbagai golongan etnik. Apakah yang
dimaksudkan dengan “ golongan etnik”
dari segi definisi dan kriterianya ?
Jawapan :
Definisi :
Definisi :
Golongan
etnik didefinisikan sebagai satu golongan atau kelompok manusia yang mempunyai
tradisi budaya yang sama dan satu perasaan identiti yang sepunya.
Kriterianya termasuklah:
1. Kerjasama
2. Persaingan
3. Konflik
4. Jelaskan dengan ringkas DUA ciri umum
yang terdapat pada tamadun Barat.
Jawapan
:Topik 8 ms 129
CIRI-CIRI TAMADUN BARAT
CIRI-CIRI TAMADUN BARAT
1. Berasaskan pemikiran logik
2. Mementingkan kebendaan
3. Bersifat individualistik
4. Sesuai pada masa tertentu
5 Bersifat setempat – tidak menyeluruh
6. Berubah-ubah.
5. Nyatakan DUA perbezaan antara masyarakat Prasejarah Awal dengan
masyarakat Prasejarah Akhir.
Jawapan: Topik 7 ms 100
Antara perbezaan antara masyarakat Prasejarah Awal dengan masyarakat prasejarah Akhir termasuklah:
1. Penempatan:
Masyarakat zaman prasejarah awal tidak mempunyai penempatan yang kekal kerana mereka hidup berpindah-randah (nomadic). Dari segi sara diri, mereka memburu dan meramu (hunting and gathering).
Namun demikian, pada zaman prasejarah akhir, ahli masyarakatnya mula berminat untuk mendirikan tempat tinggal yang lebih kekal dan teratur. Mereka mula bercucuk tanam dan menternak binatang.
2. Pakaian:
Dari segi pakaian, manusia zaman prasejarah awal tidak mempunyai pengetahuan tentang membuat pakaian selain daripada menggunakan kulit daripada haiwan yang menjadi mangsa buruan mereka.
Sebagai perbandingan, manusia pada zaman prasejarah akhir mempunyai teknologi menghasilkan pakaian yang dibuat daripada kain yang ditenun daripada bulu binatang atau dedaun pokok dan jerami.
5. Nyatakan DUA perbezaan antara masyarakat Prasejarah Awal dengan
masyarakat Prasejarah Akhir.
Jawapan: Topik 7 ms 100
Antara perbezaan antara masyarakat Prasejarah Awal dengan masyarakat prasejarah Akhir termasuklah:
1. Penempatan:
Masyarakat zaman prasejarah awal tidak mempunyai penempatan yang kekal kerana mereka hidup berpindah-randah (nomadic). Dari segi sara diri, mereka memburu dan meramu (hunting and gathering).
Namun demikian, pada zaman prasejarah akhir, ahli masyarakatnya mula berminat untuk mendirikan tempat tinggal yang lebih kekal dan teratur. Mereka mula bercucuk tanam dan menternak binatang.
2. Pakaian:
Dari segi pakaian, manusia zaman prasejarah awal tidak mempunyai pengetahuan tentang membuat pakaian selain daripada menggunakan kulit daripada haiwan yang menjadi mangsa buruan mereka.
Sebagai perbandingan, manusia pada zaman prasejarah akhir mempunyai teknologi menghasilkan pakaian yang dibuat daripada kain yang ditenun daripada bulu binatang atau dedaun pokok dan jerami.
BAHAGIAN
B
1. Perkahwinan dari segi takrifan yang
lebih luas ialah satu bentuk kontrak.
a) Definisi perkahwinan
Jawapan
: Topik 2 ms 15
Perkahwinan boleh ditakrifkan sebagai rentetan beberapa upacara adat yang memberikan pengiktirafan rasmi kepada hubungan antara lelaki dan perempuan dewasa dalam sesebuah keluarga. Perkahwinan melibatkan satu bentuk kontrak atau perjanjian di antara kedua-dua belah pihak dan dijalinkan dengan harapan hubungan berkekalan.
Ini bermakna
perkahwinan menyatukan lelaki dan wanita dewasa, membenarkan mereka mengadakan
hubungan seks sebagai suami isteri, dan mengatur hak-hak ekonomi di antara
mereka.
b) Fungsi-fungsi perkahwinan.
1. Mengatur hubungan seksual di antara suami dan
isteri.
2. Membahagikan tugas di antara suami dan
isteri (division of labour).
3. Memastikan
terbelanya kebajikan anak-anak.
2. Emile Durkheim telah memberikan
definisi agama sebagai suatu sistem kepercayaan yang berkaitan dengan benda kudus yang dilihat mempunyai
kuasa yang dapat menyatukan ahli masyarakat ke dalam satu komuniti moral atau “gereja”.
a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘ benda kudus ‘?
Jawapan
: Topik 4 ms 49
Kudus menggambarkan sesuatu yang luar
biasa dan mempunyai kuasa supernatural yang boleh menimbulkan rasa takut dan
gerun. Duniawi mewakili perkara-perkara yang biasa dan sekular. Sebagai
contoh, modul yang sedang anda pegang dan baca ini bersifat duniawi. Jika anda
mahu, anda boleh membawanya masuk ke tandas dan sekiranya anda tidak berpuas
hati dengannya, anda boleh mencampaknya dengan selamba ke dalam tong sampah.
Anda tidak boleh berbuat sedemikian dengan kitab-kitab agama seperti al-Quran
ataupun kitab Injil. Sanubari anda akan menegah anda daripada berkelakuan tidak
sopan dengan teks-teks agama kerana anda menghormati kekudusan objek / benda tersebut.
a) Apakah yang dapat anda fahami dengan istilah “ komuniti moral” ?
Jawapan:
Komuniti moral bermaksud komuniti yang
mengamalkan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam hubungan
sesama manusia yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kepada
pemikiran dan sentimen umum yang tertentu.
Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang mengajar supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian, baik dalam soal makan minum atau yang berkenaan dengan soal perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk. Oleh sebab itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalahan mereka dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan.
a) Apakah yang dapat anda fahami dengan istilah “ komuniti moral” ?
Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang mengajar supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian, baik dalam soal makan minum atau yang berkenaan dengan soal perhubungan atau persaudaraan di antara sesama manusia dan makhluk. Oleh sebab itu, apabila seseorang manusia itu melakukan kesalahan mereka dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah ditetapkan.
3. Ibn Khaldun adalah salah seorang
daripada pemikir Islam yang mempeloropi bidang sains sosial moden.
a)
Pandangan Ibn Khaldun tentang sifat manusia.
Jawapan
: Topik 9 ms 143
Mengikut
Ibn Khaldun, manusia mempunyai beberapa
kelemahan dan kekurangan secara semula jadi. Namun, Allah telah memberikan
mereka akal dan keupayaan untuk berfikir
dengan abstrak. Masyarakat terbentuk kerana keperluan untuk mengatasi
kelemahan tersebut, kerana tanpa masyarakat, manusia tidak boleh wujud dan
bertahan lama. Walaupun begitu, keperluan ini telah menimbulkan satu paradoks
atau pertentangan antara sifat manusia yang tamak dan ingin bebas, dengan sifat
masyarakat yang memaksa manusia bekerjasama sesama sendiri.
a) Terangkan apakah faktor-faktor yang
boleh mempengaruhi tahap kesepaduan sosial ( sosial solidarity ) seperti yang dinyatakan oleh Ibn Khaldun.
Jawapan
:
Antara
faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesepaduan sosial menurut Ibn Khaldun:
1.
Sifat tamak dan ingin bebas
Keadaan
ini boleh menyebabkan berlakunya konflik dalaman serta luaran di mana bentuk
dan punca konflik ini berbeza-beza mengikut tempat dan keadaan. Seterusnya,
bentuk konflik yang wujud itu mempengaruhi tahap kesepaduan sosial (social solidarity) dalam
masyarakat berkenaan.
2.
Sifat berpuak-puak dan bersuku-suku.
Misalnya,
dalam keadaan yang tidak menentu dan punca kehidupan yang tidak begitu
menjamin, kesepaduan sosial adalah tinggi, seperti yang dapat dilihat pada
masyarakat padang pasir yang berpuak-puak dan bersuku-suku.
BAHAGIAN
C.
1. Walaupun Asia mempunyai pelbagai tamadun yang
berbeza seperti tamadun China , India dan Jepun, tetapi semuanya mempunyai beberapa persamaan
dari segi nilai dan etika. Bincangkan
apakah yang dimaksudkan dengan nilai-nilai sepunya Asia yang diperkatakan oleh
beberapa orang pemimpin Asia. Sejauh
manakah nilai-nilai sepunya ini dapat menjamin pembangunan masa depan
negara-negara Asia.
Jawapan : Topik
10 ms 168
Nilai-nilai sepunya Asia diwujudkan
dari kepelbagaian budaya di Asia. Nilai-nilai yang dimaksudkan adalah:
- Kesetiaan kepada keluarga, syarikat dan negara;
- Pengorbanan untuk kestabilan dan kemajuan masyarakat; dan
- Mengejar kecemerlangan akademik dan teknologikal, etika kerja dan penjimatan.
Berikut adalah antara senarai nilai sepunya Asia:
- Kecenderungan ke arah kerajaan satu-parti dan bukan pemerintahan dan politik pluralisme.
- Kecenderungan ke arah keharmonian sosial (dikaitkan dengan berbaik-baik yang merangkumi fenomena nepotisme dan kronisme) dan persetujuan bersama bukannya konflik dan pertentangan pendapat.
- Mementingkan keselesaan sosio-ekonomi melangkaui kebebasan sosial dan hak asasi manusia. Ini secara tidak langsung mengatakan yang budaya Asia tidak cenderung kepada kebebasan sosial dan hak asasi manusia.
- Keutamaan kepada kebajikan dan kesejahteraan kolektif masyarakat daripada hak individu.
- Kesetiaan dan rasa hormat terhadap bentuk-bentuk kuasa termasuk ibu bapa, guru dan kerajaan.
- Lebih kepada konsep kolektivisme dan komunitarianisme daripada individualisme dan liberalisme.
- Kerajaan autoritarian (yang mempunyai tanggungjawab tertentu serta keistimewaan) bertentangan dengan demokrasi liberal.
- Signifikasi politik.
Konsep nilai sepunya Asia popular di China, Malaysia,
Singapura, Indonesia dan dalam kalangan beberapa kumpulan di Jepun kerana ia
menggabungkan pengaruh dan idea-idea daripada Islam, Confucianisme dan Hindu.
Populariti ini timbul kerana:
- Mewujudkan nilai kesatuan antara pelbagai pihak di negara-negara yang disebut di atas.
- Mewujudkan sesuatu yang boleh orang Asia gunakan sebagai tanda identiti mereka yang berlainan dengan Barat.
- Membolehkan orang Asia melakukan perkara-perkara yang berlainan daripada Barat.
2.
Islam muncul di Semenanjung Arab, tetapi menjadi anutan pelbagai bangsa dan
golongan etnik setelah empayar Islam berkembang dengan pesatnya di bawah
pemerintahan Khalifah dan kerajaan. Huraikan
bagaimana Islam boleh dianggap sebagai agama universal dengan mengambil
ciri-ciri khusus yang terdapat pada ajaran dan tamadun Islam.
Jawapan
: Topik 9 ms
Islam
satu-satunya agama universal dan memiliki kesempurnaan di segala aspek yang
dapat diaplikasikan oleh manusia dalam kehidupannya. Islam satu-satunya
ideologi yang dapat menuntun manusia untuk mencari kesempurnaan yang menjadi
idamannya. Walaupun agama Islam merupakan agama terakhir tetapi di sinilah
letak keutamaan dan kesempurnaan agama ini dibandingkan dengan agama-agama
lainnya, baik itu agama samawi yang turun dari Allah maupun agama atau jalan
hidup yang lahir dari idea dan pengalaman spiritual seseorang.
Islam datang sebagai penyempurna bagi agama-agama yang telah datang sebelumnya.
Dan Rasulullah sebagai pembawa dan pengembang risalah Ilahi merupakan nabi
terakhir yang setelahnya tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul.
Allah berfirman dalam surat
al-Maidah yang masyhur sebagai ayat yang terakhir turun: “Hari ini telah aku
sempurnankan bagi kamu agamamu (Islam) dan telah aku sempurnakan
segala nikmatku kepadamu dan akupun ridha Islam sebagai agamamu.” (Qs. al-Maidah
[5]:3)
Oleh karena itu, dengan sifat kesempurnaan yang dimilki oleh Islam maka
ia mampu menjawab segala tantangan dan persoalan hidup yang dihadapi oleh manusia,
tidak ada suatu masalah atau persoalan tentang kehidupan kecuali Islam mampu
menjawab dan memberikan penyelesaiannya.
Ciri-ciri Agama Islam yang dianggap universal :
Bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah
Tamadun
Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan Al-Sunnah. Ajaran, bimbingan serta
panduan yang dibawa oleh Al-Quran dan Al-Sunnah menjadikan tamadun Islam sebuah
tamadun yang unggul.
Berbentuk tetap
Tamadun
Islam berbentuk tetap kerana ia bersandarkan kepada kalam Allah iaitu AL-Quran.
Oleh itu, ia terpelihara daripada perkara-perkara yang tidak elok. Al-Quran dan
Al-Sunnah memaparkan pelbagai perkara seperti isu halal dan ahram, baik dan
buruk, serta apa suruhan dan larangan Allah s.w.t..
Terbuka
Sifat
terbuka ini bermaksud tamadun Islam menerima pengalaman-pengalaman yang berguna
serta pencapaian yang diperoleh berdasarkan tamadun yang lain.
Bersesuaian dengan fitrah manusia
Islam
merupakan agama yang sesuai dengan fitrah manusia. Hal ini kerana ajaran Islam
bertujuan memberi kebahagiaan hidup kepada manusia di dunia dan di akhirat.
Bersifat Syumul
Syumul
bermaksud menyeluruh. Tamadun Islam atau Islam itu sendiri bersifat syumul
kerana ia boleh digunakan sepanjang zaman. Ajaran Islam merangkumi seluruh
aspek kehidupan seperti ibadah, akhlak, akidah dan syariah.
No comments:
Post a Comment