BAHAGIAN A
1.
Senaraikan
EMPAT peringkat perkembangan artistik oleh George Luquit (1926).
Jawapan: Topik 1 ms 15
a. Peringkat
Fortuitous Realism:
Merupakan
peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada
peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan
objek sebenar secara tidak sengaja.
b. Peringkat
Failed Realism:
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja
diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir
sama dihasilkan berulang kali tetapi tidak dapat diteruskan kerana imej objek
tersebut kerap berubah daripada imej asal yang diperolehi secara tidak sengaja
tadi.
c. Peringkat
Intelectual Realism:
Kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang
mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Penghasilan karya dalam bentuk ringkas
namun dilukis dengan agak baik.
d. Peringkat
Visual Realism:
Keupayaan
kanak-kanak melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan
melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan adalah satu penghasilan yang
baik.
2.
Gariskan
DUA prinsip utama pembelajaran yang menggunakan pendekatan konstruktivisme
berdasarkan Bruner.
Jawapan: Topik 2 ms 35
Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran
menggunakan pendekatan konstruktivis.
- Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).
- Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).
- Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).
3.
Jelaskan
peringkat analitikal dalam proses apresiasi terhadap karya seni.
Jawapan: Topik 7 ms 94
Peringkat Analitikal: Kenal
Pasti (Identification)
Aspek
kenal pasti yang paling mudah ialah menyatakan aspek-aspek seperti tajuk karya, jenis karya, pereka atau
seniman karya, tarikh dihasilkan, asal-usul karya, gaya, medium yang digunakan, teknik dan
fungsi karya.
4.
Jelaskan
EMPAT kriteria yang guru perlu gunakan untuk merangsang perkembangan dan tindak
balas estetik kanak-kanak.
Jawapan: Topik 6 ms 89
Bagi merangsang perkembangan kreativiti pemilihan karya bagi
pelajar untuk memberikan respon perlu dipilih berdasarkan kriteria berikut.
- Memilih
Karya Berkualiti
Karya seni perlu mempunyai standard dan kualiti yang tertentu dalam jenisnya. Mempunyai keaslian dan dihasilkan melalui kerja tangan teliti dan terbaik serta dikenali. Karya sebegini mudah didapati di galeri seni dan biasanya karya-karya ini disusuli dengan komentar dan penulisan. - Mempunyai
Kepelbagaian Media dan Teknik
Karya yang dipilih perlu mempunyai kepelbagai teknik dan media penghasilannya. Ini bagi memastikan pelajar mempunyai perspektif pelbagai mengenai hasil karya. Guru seni boleh meluaskan pemilihan karya dengan memilih karya arca, kolaj, lukisan dan tidak tertumpu hanya kepada catan sahaja. - Kepelbagaian
Gaya, Budaya dan Artis
Pemilihan karya perlu melihat faktor yang boleh memperkayakan persepsi pelajar terhadap alam sekelilingnya. Faktor seperti latar belakang dan budaya artis atau pengkarya yang menghasilkan karya perlu diberikan perhatian. Disarankan guru memilih karya kontemporari dan moden yang dihasilkan oleh artis daripada pelbagai etnik dan latar belakang termasuk pengkarya muda dan artis wanita. - Mempamerkan
Budaya
Karya yang dipilih perlu mengambil kira mengenai kemampuan sesuatu karya mempamerkan identiti dan budaya murid. Karya seni yang dipilih juga mesti mencerminkan warisan dan kesenian supaya murid mempunyai perspektif yang luas mengenai budaya dan kepelbagaiannya.
5.
Berikan
EMPAT ciri murid yang berfokus kepada perkembanagn secara visual.
Jawapan : Topik 4 ms 59
EMPAT ciri murid yang berfokus kepada perkembanagn secara visual.
·
gemar menggunakan deria penglihatan
lebih daripada deria yang lain untuk mendapatkan maklumat semasa proses
pembelajaran berlaku.
·
lebih cenderung menggunakan maklumat
bertulis, nota, diagram dan gambar.
·
pelajar ini suka menyalin nota
dengan terperinci
- pelajar
visual hanya dapat belajar dengan efektif sekiranya mereka dapat melihat
maklumat di dalam format bertulis.
BAHAGIAN B
1.
(a)
Jelaskan kepentingan mata pelajaran pendidikan seni visual dari aspek emosi dan
kreativiti kanak-kanak.
Jawapan: Topik 1 ms 3
Jawapan: Topik 1 ms 3
- Aspek Sosial dan Emosi
- Aspek Kreativiti
(b)Dalam seni visual,
penguasaan bahasa tampak sangat
penting sebagai kefahaman terhadap objek dan karya seni visual.
i. Jelaskan kepentingan
ciri-ciri penegasan.
Jawapan : Topik 3 ms 45
Kepentingan
ciri-ciri penegasan:
Ø dapat menimbulkan fokus atau tumpuan.
Ø dapat menarik perhatian.
Ø dapat mengelakkan kebosanan.
ii. terangkan tujuan kesan
harmoni dalam karya.
Jawapan: Topik 3 ms 43
Tujuan kesan harmoni:
Ø untuk menarik perhatian pada sesuatu gubagan, objek atau imej.
Ø Memberi gambaran yang kemas,
selesa, sempurna, menyeronokkan
dan seimbang.
iii. huraikan kepentingan elemen jalinan dalam karya.
Jawapan: Topik 3 ms 41
Kepentingan elemen jalinan dalam karya:
Ø Dapat menimbulkan corak hiasan pada sesuatu objek, contohnya tembikar hiasan.
Ø Sebagai keselamatan dan penyamaran pada haiwan, contoh ikan buntal, tapak sulaiman dan sebagainya.
Ø Jalinan juga bertindak sebagai cengkaman bagi mengelakkan
gelinciran, contohnya tayar kereta.
Ø Sebagai memenuhi nilai keindahan dan menarik perhatian, contohnya kepak rama-rama, kumbang dan
sebagainya.
2.
(a) Huraikan
bagaimana warna bilik sangat penting kepada proses pembelajaran.
Jawapan: Topik 9 ms 125
Warna Dinding
Antara kaedah pertama yang perlu dititikberatkan bagi menghiasi bilik seni adalah warna. Warna dinding yang terdapat di bilik seni perlu menarik. Pilihlah warna-warna yang sesuai untuk dijadikan latar kepada buletin dan papan notis yang terdapat di dalam bilik darjah. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Dalam konteks ini, pemilihan warna bagi menghiasi dinding perlu mengambil kira kesesuaian dengan karya pelajar yang akan digantung dan dipamerkan nanti.
Warna-warna yang disarankan adalah warna-warna terang seperti warna putih, kelabu pucat, kuning dan biru. Warna-warna terang ini akan membuatkan bilik seni yang gelap nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar bagi karya pelajar dan objek-objek semula jadi.
Antara kaedah pertama yang perlu dititikberatkan bagi menghiasi bilik seni adalah warna. Warna dinding yang terdapat di bilik seni perlu menarik. Pilihlah warna-warna yang sesuai untuk dijadikan latar kepada buletin dan papan notis yang terdapat di dalam bilik darjah. Karen Haigh (1997) menyarankan agar pemilihan warna bagi bilik seni hendaklah sehingga tidak menafikan dan menenggelamkan hasil karya pelajar yang akan dipamerkan. Dalam konteks ini, pemilihan warna bagi menghiasi dinding perlu mengambil kira kesesuaian dengan karya pelajar yang akan digantung dan dipamerkan nanti.
Warna-warna yang disarankan adalah warna-warna terang seperti warna putih, kelabu pucat, kuning dan biru. Warna-warna terang ini akan membuatkan bilik seni yang gelap nampak besar selain daripada sesuai untuk dijadikan latar bagi karya pelajar dan objek-objek semula jadi.
(b)Terangkan bagaimana guru perlu memastikan keselamatan dan
disiplin di dalam bilik seni / studio.
Jawapan: Topik 9 ms 127
- Membaca
Label Bahan
Sebelum memulakan aktiviti, guru perlu membaca label yang mengandungi maklumat berkaitan dengan bahan yang akan digunakan bagi menjalankan aktiviti. Bahan-bahan ini mungkin mengandungi kandungan yang merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid. Murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti alahan terhadap sesuatu dan asma perlu dikenal pasti terlebih dahulu supaya aktiviti yang dirancang menggunakan bahan yang membahayakan kesihatan boleh digantikan dengan bahan alternatif yang lain.
Kebanyakan bahan yang dibekalkan oleh pembekal bagi aktiviti seni visual mempunyai tanda amaran sebagai satu bentuk makluman mengenai bahaya bahan tersebut. Guru perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan bahan-bahan ini bebas toksik dan sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran. - Pilih
Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur
Bahan dan alatan seni yang digunakan oleh murid berbeza dengan bahan dan alat yang digunakan oleh artis profesional. Justeru, tugas guru adalah untuk mengenal pasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan umur murid. Kebiasaannya, bahan dan alatan yang dibekalkan akan mempunyai keterangan pada label pembungkusan tentang tahap umur yang sesuai mengikut kategori tertentu. - Mewujudkan
Panduan Keselamatan
Guru seni visual boleh mewujudkan satu panduan keselamatan semasa berada di studio seni sebagai satu dokumen rasmi. Dokumen keselamatan disediakan sebagai peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk mengelakkan kemalangan. Ianya juga boleh dijadikan panduan di dalam penggunaan alatan dan bahan. Dokumen ini boleh diletakkan di studio di tempat yang strategik dan kelihatan pada pandangan umum. - Menggunakan
Bahan Alternatif
Banyak alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan karya adalah tidak selamat untuk digunakan oleh murid. Justeru, guru digesa untuk mencari bahan dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan bahan tersebut.
3.
Penggunaan
teknologi malumat dan komunikasi (ICT) merupakan salah satu pendekatan
pembelajaran terkini. Setiap bentuk
pembelajaran menggunakan ICT memberi
ruang kepada mempelajari sesuatu yang lebih luas dan terbuka.
(a)
Huraikan
bagaimana ICT dapat menjadi suatu kaedah pembelajaran berasaskan penerokaan.
Jawapan: Topik 8 ms 103
ICT untuk Pembelajaran Penerokaan :
Merupakan kaedah di mana pelajar mencari dan mengakses maklumat daripada
CD-ROM mahupun Internet dan mengalami, mempelajari serta mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi.
Pembelajaran berbentuk inkuari penemuan dan lebih menjurus kepada
penyelesaian masalah kehidupan sebenar serta simulasi. Pelajar mampu
mengawal dan menentukan maklumat yang diterima.
Kaedah Perlaksanaan:
Perlaksanaannya berdasarkan pendekatan konstruktivis yang memberi penekanan
kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang
autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus dari Internet, maklumat juga boleh
diperolehi dari CD-ROM dan pelbagai pangkalan data yang berkaitan. Guru perlu
bijak mengawal masa kerana proses penerokaan mungkin berlarutan dan memakan
masa yang panjang.
Kelebihan dan Keburukan Penggunaan ICT untuk Pembelajaran Penerokaan
Kelebihan:
- Memberi peluang kepada pelajar menentukan sendiri haluan dan gaya pembelajaran masing-masing.
- Penglibatan sepenuhnya (aktif) dari pelajar dalam pembelajaran
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menangani masalah sebenar.
- Menerapkan teori pembelajaran moden seperti konstruktivis dan kecerdasan pelbagai dalam proses pembelajaran.
Keburukan:
- Pelajar berkemungkinan sesat dan hilang haluan tanpa pengawasan yang baik.
- Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar di dalam mempelajari sesuatu.
(b)
Nyatakan
keburukan pelaksanaan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan:
BAHAGIAN C
1.
Pelukis
memperlihatkan kreativiti mereka di dalam penghasilan karya seni. Huraikan bagaimana TIGA kaedah yang
digasaskan oleh Laura Chapman ( 1978) diaplikasikan dalam proses penghasilan
karya tersebut.
2.
Hurwitz
dan Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif bagi
pembelajaran seni visual. Huraikan
ciri-ciri pengujian tersebut dan jelaskan bagaimana guru boleh melakukan
pemerhatian, temu ramah dan perbincangan
berasaskan konsep penyediaan portfolio.
Jawapan: Topik 10 ms 144
Walaupun kadangkala ujian atau
kuiz yang diadakan lebih bersifat tradisional (pen dan kertas), bentuk dan
kandungan pendidikan seni visual itu sendiri memerlukan guru memberi tumpuan
yang lebih kepada pengujian berbentuk alternatif. Pengujian alternatif
memberikan ruang kepada guru untuk menguji kemahiran-kemahiran seni visual yang
kompleks dan komplikated.
Di dalam hal ini, Hurwitz dan
Day (2001) menyenaraikan beberapa ciri-ciri pengujian alternatif.
1.
Menilai pelajar berdasarkan tugasan yang berdasarkan keperluan disiplin bidang
seni visual.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.
2. Mengambil kira pengetahuan dan kemahiran secara holistik dan tidak melihat daripada fragmen-fragmen yang berbeza.
3. Menghargai pencapaian pelajar di dalam sesuatu pengujian, kerana pencapaian yang rendah sekalipun tetap menjadi indikator kepada sesuatu penguasaan.
4. Melihat kepada proses dan hasil pembelajaran.
5. Mendidik pelajar supaya menguji pencapaian sendiri.
6. Mengajar pelajar untuk memperkenal, membentang dan mempertahankan hasil karya mereka di hadapan umum.
Ciri-ciri pengujian alternatif
ini amat bertepatan dengan pengujian di dalam pendidikan seni visual. Tambahan
pula, konsep penyediaan portfolio itu sendiri sekiranya diteliti mempunyai
sejarah yang amat sinonim dengan kerja-kerja seni, dan kini turut digunakan di
dalam disiplin-disiplin yang lain. Berikut adalah penerangan tentang beberapa
jenis pengujian alternatif yang boleh dijalankan oleh guru seni visual di sekolah.
Pemerhatian
Pemerhatian boleh dilakukan oleh guru untuk pengujian formal (bermarkah)
ataupun pengujian tidak formal (untuk meningkatkan proses pembelajaran). Untuk
pengujian formal, guru haruslah memberi tugasan tertentu kepada pelajar
berserta tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut; dan
pemerhatian hendaklah dilakukan berserta rubrik yang disediakan. Antara
aktiviti yang sesuai dengan bentuk pengujian seperti ini termasuklah aktiviti
melibatkan tanah liat, pembuatan kolaj, dan tugasan-tugasan lain yang
melibatkan proses.
Temuramah
Seperti juga pemerhatian, temuramah boleh diadakan
oleh guru di dalam persekitaran formal mahupun tidak formal. Temuramah dapat
membantu guru dalam memahami masalah yang mungkin dialami oleh pelajar di dalam
kelas, melihat tahap pemahaman pelajar terhadap sesuatu dan boleh digunakan
sebagai satu cara untuk mendekati diri pelajar. Di dalam konteks ini, temuramah
diaplikasikan sebagai medium pengujian tidak formal. Dalam bentuk yang lebih
formal, temuramah boleh digunakan sebagai medium untuk mendapat penjelasan atau
huraian yang lebih komprehensif daripada pelajar. Ujian bertulis mungkin
membataskan jawapan pelajar dan sekiranya bersesuaian, ujian bertulis ini boleh
digantikan dengan sesi temuramah. Namun, sesi temuramah memakan masa jika
dibandingkan dengan ujian bertulis.
Perbincangan
Boleh digunakan untuk mendapatkan pandangan dan
pendapat pelajar mengenai sesuatu perkara. Kadangkala, perbincangan
memberikan suasana yang lebih menarik daripada temuramah kerana gayanya yang
lebih santai. Perbincangan boleh melibatkan sekumpulan pelajar dan ini
mengelakkan pelajar daripada merasa gemuruh ketika diuji. Antara aktiviti
yang sesuai untuk perbincangan diadakan adalah apabila guru berminat untuk mengetahui
maklum balas serta interpretasi pelajar terhadap seni dan sesuatu karya
seni.