Friday, 11 December 2015

HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU MEI 2013


   Bahagian A
1.     Nyatakan 4 pegawai Inggeris yang sangat berminat dengan bahasa melayu sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa melayu.
Jawapan :
2.     Nyatakan matlamat dasar pendidikan negara.
Jawapan:
3.     Dengan membekalkan contoh yang sesuai ,  jelaskan pedoman ejaan huruf konsonan empat kumpulan grafem rumi berdasarkan pemadanan dengan huruf jawi.
Jawapan:

4.     Nytakana perbezaan antara kamus aneka bahasa dengan kamus dwibahasa.
Jawapan:

5.     Berikan maksud dan tujuan utama penterjemahan secara umum.
Jawapan:
Bahagian b:
1.      (a)  Jelaskan,  mengapakah bahasa melayu berjaya menjadi bahasa lingua franca.
(b)  Gaya bahasa melayu klasik memperlihatkan gaya bahasa tersendiri,  penggunaan gaya ini dapat dilihat pada ayat kompleks,  ayat pasif dan ayat songsang.  Nyatakan 4 faktor yang mempengaruhi gaya bahasa di atas.

2 (a)  Huraikan ,  apakah tujuan lembaga bahasa melayu (LBM) ditubuhkan oleh guru-guru melayu.
Jawapan:
1.     Mengawal,  memperbaiki,  memperluas,  memperkaya dan mempertinggi dan memperhidupkan bahasa melayu supaya menjadi bahasa yang hidup.
2.     Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa melayu dan menghebahkan kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh lembaga.
3.     Menyesuaikan penggunaan bahasa melayu mengikut kehendak peredaran zaman.
4.     Menerbitkan risalah,  buku,  kitab,  majalah dan seumpamanya.
5.     Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan lembaga.
6.     Penubuhan LBM mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan bahasa melayu.

(b)  Analisis usul yang dibentangkan dalam kongres bahasa dan persuratan melayu kedua.

2.     (a)  Kenal pasti 2 tujuan Dewan Bahasa dan Pustaka berusaha melahirkan sistem ejaan jawi yang disempurnakan.
Jawapan :

(b)  Sebenarnya tulisan jawi dapat dimantapkan melalui bidang pendidikan .  huraikan pernyataan ini dalam usaha memartabatkan tulisan jawi.
Jawapan:
1.     Sikap orang melayu perlu diubah dan disedarkan agar tidak menganggap tulisan jawi tidak penting dab kanak-kanak tidak diberi penekanan dalam tulisan jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelas agama.
2.     Orang-orang melayu seolah-olah lupa kewujudan unsure dalam bahasa melayu paling penting iaitu tulisan dek ledakan arus globalisasi.
3.     Peranan pihak perancang bahasa khususnya badan kerajaaan seperti DBP perlu mengambilinisiatif yang lebih inovatif dalam memertabatkan tulisan jawi dan dengan perkembangan multimedia serta kemudahan / perisian yang canggih seperti CD dan DVD dapat memudahkan pengedaran yang lebih luas.
4.     Bahan bantu mengajar perlu diperbanyakkan seperti buku-buku dan juga akhbar utusan Malaysia yang dapat membantu perkembanagn korpus bahasa melalui ADD perlu digalakkan di semua sekolah agar P&P menjadi lebih menarik dan efektif.
5.     Pameran seni khat diperbanyakkan dan pelajar sekolah harus digalakkan mengunjunginya.
6.     Mengadakan bengkel penulisan jawidalam kalangan belia dan pelajar remaja bagi mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan tulisan jawi sebagai alat pengembangan ilmu.
7.     Guru yang berpengalaman perlu dilahirkan untuk memenuhi keperluan pengajaran .  Latihan dapat meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.





HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEPTEMBER 2012


  BAHAGIAN A
1.      Senaraikan 4 ciri bahasa Melayu Kuno.
Jawapan :
Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno:
·       Terdapat kata pinjaman daripada Sanskrit.
·       Bunyi ‘b’ ialah ‘w’. Contoh: ‘wulan’ untuk ‘bulan’.
·       Tiada bunyi ‘e pepet’. Contoh: ‘dngan’ atau ‘dangan’ untuk‘dengan’.
·       Imbuhan ‘mar’ menggantikan ‘ber’. Contoh: ‘marlapas’ untuk‘berlepas’.
·       Awalan ‘ni’ menggantikan ‘di’. Contoh: ‘niperwuat’ untuk‘diperbuat’.
·       Mempunyai ‘konsonan apresiasif’ iaitu ‘bh, th, ph, dh, kh, h’. Contoh: ‘sukhashitta’.
·       Huruf ‘h’ hilang dalam BM moden. Contoh: ‘semuha’ menjadi‘semua’, ‘sahaya’ menjadi ‘saya’.

2.     Senaraikan 4 tokoh bahasa melayu di Acheh.
Jawapan:
i.                 Sheikh Nuruddin Al-Raniri(“Bustanul Salatin”)
ii.               Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
iii.             Abdul Rauf Singkel(Mirat Al-Tullip”
iv.             Hamzah Fansuri(“Syair Perahu”)

3.     Berikan 4 tujuan penubuhan ASAS 50.
Jawapan :
Tujuan penubuhan ASAS 50 adalah untuk :
Secara umumnya tujuan penubuhan ASAS 50 ialah:
i.                 Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu;
ii.               Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang;
iii.             Mengadakan pembaharuan dalam sastera;
iv.             Memperjuangkan taraf atau status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

4.     Tunjukkan 4 matlamat DBP yang ditetapkan oleh Seksyen 5(1) Ordinan 1959,  dengan pindaan pada tahun 1972.
Jawapan: Topik 3 ms 45
Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut :
i.                 Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
ii.               Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
iii.             Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,  risalah-risalah,  dan bentuk-bentuk lain persuratan dalam bahsa kebangsaan dan bahasa lain; dan
iv.             Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubalistilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5.     Tunjukkan satu cara kedwibahasaan boleh berlaku.

Jawapan:  Topik 5 ms 92

Cara-cara kedwibahasaan boleh berlaku:
i.                 Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa.
ii.               Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya,  etnik,  agama,  bangsa,  kaum dan lain-lain.
iii.             Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. 



BAHAGIAN B
1.      (a)  Berikan 5 ciri bahasa melayu klasik dengan huraian yang lengkap.
Jawapan:
Ciri-ciri bahasa klasik ialah:
§  Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
§  Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
§  Menggunakan bahasa istana
§  Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
§  Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
§  Banyak menggunakan partikel pun dan lah
§  Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
§  Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
§  Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasaketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamLmaka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-


(b)   Jelaskan 5 ciri yang terkandung dalam buku karya Willian Masden,  iaitu A grammar of Malayan Language yang diterbitkan pada tahun 1812 Masihi.

Jawapan:  Topik 2 ms 32

5 ciri yang terkandung dalam buku karya Willian Masden termasuklah:
i.                 Bahasa Melayu itu indah,  susunan ayatnya teratur dan nahunya sederhana.
ii.               Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman.
iii.             Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan bahasa Melayu.
iv.    Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abajd Jawi,  konsonan dan vocal,  tanda bacaan tulisan jawi,  golongan kata,  bahagian ayat,  nama sifat, perbandingan,  bilangan  ganti nama,  penunjuk,  sendi,  keterangan,  penghubung,  seruan,  pengimbuhan,  binaan ayat,  dialek,  prosodi dan praktis.
v.   Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab dan mencipta huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.teks bahasa Arab.

2.     (a)  Tunjukkan tujuan laporan Razak 1956 diwujudkan, dan terangkan 3 perkara utama yang terkandung di dalamnya.
Jawapan :
Penyata Razak (1956)
  1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
  2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
  3. Tujuan Penyata Razak adalah
    1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
    2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
    3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
    4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
    5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
    6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
    7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

(a)    Huraikan 5 istilah yang merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar.

3.     (a)  Terangkan maksud kedwibahasaan.
Jawapan:
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat  yang menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan /bilingualisme bermaksud penguasaan 2 bahasa seperti penutur bahasa asli. Menurut  Mario Pei – kualiti / kelebihan seseorang bertutur dalam dua bahasa.

 (b) berikan 2 tujuan penyempurnaan tulisan jawi,  termasuk penjelasan bagi setiap tujuan.

BAHAGIAN C

1.     Huraikan maksud terjemah dan objektif disebalik proses penterjemahan.  Bincangkan ciri-ciri khusus yang perlu ada pada seorang penterjemah.
Jawapan :

1.     Mengetahui bahasa sumber dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa pertama(bahasa sumber).
2.     Mengetahui bahasa sasaran/bahasa penerima dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa kedua(bahasa sasaran)
3.      Mengetahui subjek yg hendak diterjemahkannya iaitu mengetahui tentang bidang. Mengetahui dua bahasa belum mencukupi tetapi hendaklah mengetahui bidang yg hendak diterjemahkannya sekurang-kurangnya pada peringkat asas.
4.     Perlu mengetahui teori dan proses penterjemahan bagi melenglengkapkan lagi untuk menjadi seorang penterjemah yg baik disamping mengetahui prinsip-prinsip perterjemahan.
5.      Mengetahui latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran.

2.     Jelaskan dengan terperinci kaedah terjemahan dinamik.
Jawapan :

Ø  Keselarasan kontek pembaca sasaran lbh  diutamakan drpd cara ssuatu maklumat  dikemukakan / keselarasan perkataan demi perkataan. Dua perkataan yang sama makin berlainan ertinya dalam konteks tertentu.Terjemahan mestilah menepati konteks.

Ø  Persamaan dinamik mestilah diutamakan daripada keselarasan formal. Penerimaan pembaca yang ditekankan supaya pembaca teks asal dan teks terjemahan mengalami kefahaman,perasaan dan tindakan yang sama.

Ø  Bentuk-bentuk bahasa yang didengar hendaklah diutamakan lebih dahulu daripada  bentuk bertulis. Dalam kes tertentu apabila teks itu akan lebih banyak didengar daripada dibaca sendiri dalam hati.

Ø  Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk bahasa. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan.

Wednesday, 9 December 2015

HBML 3303 PPSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK MEI 2013

 
 Bahagian A:
1.     Berikan 2 aspek utama dalam kajian psikolinguistik yang berkisar daripada pandangan Aitchison (1987).
Jawapan :  Topik 1 ms 6
Berdasarkan takrifan oleh  Aitchison (1987),  kajian psikolinguistik dibahagikan kepada 4 aspek utama iaitu:
i.                 Aspek yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama atau bahasa ibunda.
ii.               Aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input bahasa.
iii.              Aspek yang berkaitan dengan penghasilan output bahasa dan
iv.              Aspek yang berkaitan dengan penyimpanan maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa.

2.     Senaraikan 2 proses penerbitan pertuturan.
Jawapan :  Topik 2 ms 28
Menurut Levert (1989),  proses penerbitan pertuturan dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu konseptualisasi,  formulasi dan pelaksanaan.

Semasa konseptualisasi, seorang penutur membentuk sesuatu niat lalu memilih maklumat yang releven daripada ingatan atau persekitaran sebagai persediaan untuk membina pertuturan yang dihasratkan.  Inilah yang disebut sebagi proses peringkat mesej (message-level processes).
Proses formulasi pula melibatkan hal menterjemahkan konsep yang diwakili itu ke dalam bentuk bahasa.  Akhirnya,  proses pelaksanaan pula melibatkan perancangan fonetik dan artikulasi pertuturan.

3.     Berikan 4 kemahiran dalam pemprosesan bahasa.
Jawapan :  Topik 3 ms 38
4 kemahiran tersebut ialah:
·       Kemahiran bertutur
·       Kemahiran mendengar
·       Kemahiran membaca
·       Kemahiran menulis.

4.     Tunjukkan 2 erti bagi makna kata.
Jawapan :

5.     Senaraikan 2 hipotesis yang telah diutarakan oleh Sapir-whorf berkaitan dengan hubungan antara bahasa dan pemikiran.
Jawapan:  topic 5 ms 62
Hipotesis Sapir-Whorf mencakupi dua prinsip iaitu:
·       Penentuan bahasa (linguistik determism):
Prinsip penentuan bahasa menerangkan bahawa bahasa menentukan cara kita berfikir.
·       Relative bahasa (linguistik relativity)
Prinsip relative bahasa pula menerangkan bahawa perbezaan yang dikodkan dalam sesuatu bahasa tidak dapat dikodkan dalam bahasa yang lain.


Bahagian B:

1.     (a)  Berikan maksud psikologi dan linguistik.
Jawapan:   Topik 1 ms 2

Psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa dan juga tingkah laku manusia,  manakala linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan harian.

(b)  Huraikan maksud ‘operasi semantik’ dan ‘operasi sintaksis’.
Jawapan: Topik 2 ms 29

Ø  Operasi semantik dalam proses penerbitan melibatkan pemilihan perkataan yang sesuai dengan idea dan makna yang dihasratkan.  Proses memilih kata ini disebut sebagai pengleksikalan.

Ø  Operasi sintaksis pula merupakan hal pemilihan pola ayat yang sesuai dan dalam pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih itu disusun.

2.     (a) Tunjukkan 4 jenis makna dalam ingatan.

Jawapan : Topik 3 ms 41
Noor Aina menyatakan bahawa ingatan mempunyai empat makna lain iaitu:
·       Sebagai produk yang merujuk kepada jumlah perkara yang tinggal dalam akal budi kita sebagai peristiwa yang dialami.
·       Diumpamakan sebagai tempat.
·       Sebagai satu sifat khas dalam sistem saraf manusia yang memberikan kita sesuatu produk.
·       Diibaratkan sebagai sesuatu kuasa.

(b)  huraikan pengertian perkataan dan berikan 7 pasangan perkataan yang memaparkan antonim.

Jawapan :  Topik 4 ms 55

Perkataan merupakan satu unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna.  Misalnya,  perkataan “adik” . “kerusi”,  “makan”,  “minum” membawa makna yang tertentu.

Antonim ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan.(Kuiper & Allan, 2004)

Contoh :
·       Malam –siang
·       Kecil-besar
·       Tinggi-rendah
·       Jauh-dekat
·       Berat-ringan
·       Gemuk-kurus

3.  (a)  berikan 4 pengertian konteks dalam bahasa.
Jawapan :  Topik 5 ms 60

      (b)  Binakan dan ulaskan 2 rajah yang menunjukkan konsep ‘medan’.

Jawapan    :  topik  6 ms 72

Medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai pertalian rapat yang boleh dikenal pasti.  Contohnya seperti set tetikus,  papan kekunci,  monitor,  pencetak dan sistem unit (Finegan, 2004)

 Contoh :
Universiti - pensyarah,  dewan kuliah,  padang sukan,  perpustakaan  (bina rajah)
sekolah     - guru,  murid-murid,  kantin,  bilik darjah   (bina rajah)

Bahagian C :

1.     Huraikan 3 prinsip asas dalam bahasa pertuturan.

Jawapan :  topik 9 ms 112

3 prinsip asas dalam bahasa pertuturan adalah seperti berikut :

i.                 Penyaluran  bunyi atau tulisan:

Dalam sistem komunikasi,  terdapat penutur dan pendengar.  Ada penulis ada pula pembaca.  Oleh itu,  bahasa menyalurkan ujaran bunyi atau tulisan.  Tegasnya,  penyebaran bahasa berlaku menerusi saluran bunyi dan tulisan.

ii.               Penganalisisan dan pemahaman:

Kita juga boleh menganalisis dan memahami bahasa pertuturan yang kita dengar atau baca.  Berdasarkan penganalisisan dan pemahaman minda,  kita mampu untuk bertindak balas.

iii.              Penguasaan kemahiran berasaskan konteks:

Pemindahan sistem komunikasi juga adalah dengan berteraskan bahasa.  Penguasaan kemahiran tentang sesuatu bahasa pertuturan turut berasaskan pendedahan kepada penggunaan bahasa dalam sesuatu konteks.  Konteks di sini bermaksud budaya masyarakat yang menggunakan bahasa.



2.     Huraikan 3 peringkat awal dalam persediaan mengajar mikro.
Jawapan :  Topik 10 ms 135

Dalam pengajaran mikro,  kita harus bersedia dengan pelbagai aspek khususnya yang melibatkan jasmani,  emosi,  rohani dan intelek pelajar.  Walau bagaimanapun,  penghususan haruslah berkisar kepada empat faktor berikut:

i.                 Pemilihan bahan pengajaran:
·       Berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran
·       Bahan mengandungi unsure falsafah pendidikan
·       Menggunakan bahan secara efektif
·       Wujud perkaitan antara aspek bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran

ii.               Pengolahan bahan pengajaran:
·       Menjadikan dialog bersifat komunikatif
·       Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran ataupun psikologi
·       Menggunakan bahan autentik

iii.              Pembinaan bahan pengajaran
·       Menyampaikan maksud dalam bentuk fungsi bahasa
·       Bahasa digunakan secara tepat
·       Kepelbagaian pengajaran bahasa adalah untuk mendedahkan pelajar dengan variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat
·       Kemahiran berbahasa harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang bermakna.

iv.              Penggunaan bahan pengajaran:
·       Mengikut keperluan pancaindera pelajar
·       Pastikan bahan yang digunakan berasaskan sukatan pelajaran bahasa
·       Bahan mestilah disusun dengan mengambil kira isu semasa
·       Kaji jumlah dan kualiti bahan