Wednesday, 2 December 2015

HBML 3303 PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK SEPTEMBER 2012

BAHAGIAN A

1.      Terdapat beberapa teori huraian bahasa dalam ilmu psikolinguistik.  Nyatakan 4 teori tersebut.

Jawapan : topik 1 ms 14

Terdapat 4 aliran pemikiran teori huraian bahasa iaitu:

·       Teori Tradisional (Panini)
·       Teori Struktural (Bloomfield)
·       Teori Transformasi Generatif (Chomsky)
·       Teori Fungsional (Halliday)

2.     Terangkan konsep ingatan jangka pendek dalam kajian psikolinguistik.

Jawapan: Topik 3 ms 42

Terdapat dua konsep tentang penyimpanan ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang.  Dalam ingatan jangka pendek,  perkataan atau angka sehingga tujuh digit dapat diingat dengan mudah dalam jangka masa yang pendek.  Misalnya,  tarikh lahir seseorang yang rapat dengan diri kita.  Ingatan jangka pendek mempunyai kemampuan yang terbatas di mana kita tidak boleh mengingat ayat atau perkataan yang lebih daripada 7.  


3.     Jelaskan fungsi konteks dalam kajian semantik.
Jawapan :  Topik 5 ms 65

Konteks lazimnya merujuk kepada situasi penggunaan sesuatu ujaran dalam satu-satu keadaan.  Dalam bahasa konteks merupakan faktor yang amat penting untuk memudahkan berlakunta komunikasi yang jelas.  Dalam kajian semantic,  konteks memainkan peranan penting untuk menghilangkan kekaburan dan ketidakjelasan makna.   Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu-satu ujaran dan tulisan.

Misalnya,  dalam ujaran, "Salmah! Kambing",  makna yang hendak disampaikan ialah " Salmah, tolong halau kambing-kambing itu".  Kambing yang dimaksudkan itu mungkin mahu masuk ke dalam kebun,  rumah atau tempat lain,  bergantung pada ujaran itu dilafazkan.

4.     Banding-bezakan konsep homofon dan homograf di dalam bahasa melayu.

Jawapan :  Topik  7 ms 88
Homofon -  Merujuk kepada penggunaan dua bahasa yang bunyinya sama seperti perkataan ‘nun’ yang menunjukkan ‘jauh di sana’ dan ‘noon’   (tengah hari ) dalam bahasa Inggeris. 

Perkataan ‘perang’  boleh merujuk kepada pertempuran dan juga warna.  Contohnya seperti ayat:
i.                 ……perang saudara berlaku…..
ii.               ……warna rambut gadis itu perang.

Homograf – merujuk kepada ejaan yang sama tetapi sebutan berlainan.  Perkataan ‘bedak’ boleh merujuk kepada objek iaitu bahan yang disapu pada muka lazimnya atau’bedak’ iaitu perbuatan yang membahagikan sesuatu.

5.     Mengapakah penilaian sumatif amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan :  Topik 10 ms 137

Penilaian sumatif diadakan dalam proses P&P bertujuan untuk mengesan secara menyeluruh tentang taraf pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.  Matlamat utama penilaian jenis ini adalah bertujuan untuk memberikan markah atau gred kepada seseorang pelajar supaya dapat membandingkannya dengan markah pelajar lain dalam kumpulannya.

Bahagian B

1.     Literasi otak menjelaskan bahawa otak mempunyai khusus untuk mengembangkan bahasa.
(a)    Nyatakan pandangan ahli psikolinguistik tentang hemisfera kiri dan kanan dalam kajian bahasa berserta contoh yang sesuai setiap satu.
Jawapan: Topik 2 ms 26

Hemisfera kiri bertugas untuk mengawal bahasa,  operasi logik,  analitik dan matematik.  Manakala hemisfera kanan pula bertugas untuk mengawal emosi,  mengecam muka dan mengenal struktur badan.

(b)   Proses pertuturan melibatkan 3 operasi semantik,  operasi sintaksis dan operasi fonologi.  Jelaskan maksud ketiga-tiga operasi berserta contoh yang sesuai.
Jawapan: Topik 2 ms 29

Ø  Operasi semantik dalam proses penerbitan melibatkan pemilihan perkataan yang sesuai dengan idea dan makna yang dihasratkan.  Proses memilih kata ini disebut sebagai pengleksikalan.

Ø  Operasi sintaksis pula merupakan hal pemilihan pola ayat yang sesuai dan dalam pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih itu disusun.

Ø  Operasi fonologi pula melibatkan tugas menerbitkan idea dalam bentuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sistem ujaran seperti lidah.

2.     Semantik linguistik adalah mengkaji makna dalam bahasa.

(a)    Huraikan medan makna dan kolokasi dalam kajian semantik linguistik.
Jawapan :  Topik 6 ms 72 dan 75

Medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai pertalian rapat yang boleh dikenal pasti.  Contohnya seperti set tetikus,  papan kekunci,  monitor,  pencetak dan sistem unit ( Finegan,2004)

Kolokasi pula bermaksud hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain dalam susunan. (Kamus Dewan ,2000)

Contoh perkataan ‘lazat’ adalah bawah golongan kata sifat yang hanya relevan dikolokasikan dengan kata nama ‘makanan’.

(b)   Bagaimanakah anda dapat menjelaskan makna kata kecil yang digunakan dalam ayat-ayat berikut:

i.                 Dia paling kecil dalam keluarga. (anak bongsu)
ii.               Jalan kecil itu tidak boleh dilalui oleh kenderaan yang berat. (sempit)
iii.              Koleksi barang peribadinya itu tidak muat untuk disimpan di dalam almari kecil itu. ( bersaiz kecil)
iv.              Ada beberapa masalah kecil yang perlu diselesaikan sebelum pelan itu diluluskan. ( masalah yang tidak rumit)
v.                Perkara-perkara kecil tidak dibincangkan dalam mesyuarat itu.( tidak penting)
vi.              Sebilangan kecil sahaja pelajar yang memilih kursus multimedia di kolej itu. (tidak ramai)

3.     (a)  Melalui contoh ayat,  tafsirkan dengan jelas maksud polisemi dan ketaksaan.

Jawapan : ms 89

Polisemi bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan secara konseptual ( Kuiper & Allan, 2004)
Misalnya kata bantu 'tentang' boleh bermaksud 'berkaitan sesuatu perkara'.  Perkataan 'tentang' juga boleh membawa makna 'lawan' seperti dalam ayat 'kita tentang habus-habisan.

Berdasarkan ulasan dan pandangan O’Grady (2000),  ketaksaan pula merujuk kepada penggunaan kata,  frasa,  klausa atau ayat yang mempunyai pelbagai maksud.

(c)    Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang sama atau hampir sama”.
Terangkan dengan jelas 4 jenis sinonim.
Jawapan : Topik 7 ms 86

4 jenis sinonim :
i.                 Sinonim Pinjaman
Ø  Contoh belalang yang dipanggil ‘pepatung’ dalam kebanyakan dialek Melayu.  Dalam dialek perak dipanggil “cakcibau”.

ii.               Sinonim Konteks
Perkataan ‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol.  Sebenarnya,  ‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan,  manakala ‘undang’ dalam konteks ‘tulisan’.

iii.              Sinonim Laras Sosial
Perkataan-perkataan yang digunakan dengan berdasarkan status.  Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’,  manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang tinggi dalam profesionalisme seni.

iv.              Sinonim Kolokasi
Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.  Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’ mempunyai makna yang sama.  Contoh ayat: ‘banyak kilang kekurangan tenaga kerja mahir ‘ dan ‘ramai pelajar gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut’.

Jika anda menyebut ‘banyak pelajar gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut’akan menunjukkanmakna yang salah.  Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya bermakna jikaada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.

Bahagian C:

1.     Dalam bidang linguistik,  konsep pemerolehan bahasa selalu dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama.  Ahli behavioris dan mentalis mempunyai pandangan yang berbeza dalam proses pemerolehan bahasa pertama.  Bincangkan.

Jawapan :  Topik 2 ms 22

Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara formal.  Konsep pemerolehan bahasa menyatakan bahawa ia merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia.  Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak,  manakala pemerolehan bahasa kedua tertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa.
 Terdapat banyak teori pemerolehan bahasa antaranya Teori Behavioris dan Teori Mentalis.

Teori Behavioris dipelopori oleh B.F.Skinner.  beliau mengemukakan pandangan bahawa “ pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan iaitu rangsangan yang diasaskan kerana ganjaran atau peneguhan”.  Biasanya kanak-kanak belajar secara tidak formal menerusi proses peniruan daripada ahli keluarga,  khususnya daripada ibu bapa mereka.  Ahli behavioris berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Oleh hal yang demikian,  murid perlu diberikan peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka.  Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai menerusi proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena mengena dengan fikiran atau daya mental.


Teori behaviouris (Skinner) bertentangan dengan Teori Mentalis ( Chomsky).  Hal ini kerana, teori Mentalis  berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai “proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental”. Teori ini juga dikenali sebagai Teori kognitif menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkanmelalui proses dalam otak. Oleh itu,  menurut teori ini,  bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehen semula jadi manusia. Noam Chomsky,  salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama peranti pemerolehan bahasa. 

Golongan mentalis berpendapat bahawa manusia mempunyai kompetens dan prestasi bahasa.  Kompetens di sini dapatdiertikan sebagai rumus yang ada dalam mental manusia.  Manakala prestasi pula ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekaapan bahasa manusia. Oleh hal demikian,  teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia sebagaimana fahaman Teori Behavioris.

2.      Huraikan perbezaan makna yang terdapat dalam leksikal-leksikal yang mendukung konsep ‘memotong’ dalam data di atas.




No comments:

Post a Comment