Jawapan : Topik 1 ms 2
· Psikologi ialah disiplin ilmu yang
mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa dan juga tingkah
laku manusia.
· Linguistik pula ialh bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi
untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan seharian.
2. Apakah dua istilah di dalam set rumus tentang
bahasa yang dipelajari mengikut pendapat Chomsky ?
Jawapan: Topik 1 ms 10
Chomsky menjelaskan bahawa setiap
penutur dan pendengar mempunyai kompetens (competence) dan prestasi
(performance ).
· Kompetens dimaksudkan sistem rumus
yang mampu menghasilkan “kalimat yang tidak terbatas “. Dalam erti kata lain kompetens ialah pengetahuan
penutur mengenai bahasa. Kompetens
merupakan unsure dalaman yang dihasilkan oleh otak.
· Prestasi pula dapat diertikan sebagai
“bunyi-bunyi yang dilafazkan “.
Bunyi-bunyi ini bermakna dan dapat difahami oleh pendengar. Berbeza dengan kompetens, prestasi terletak di bahagian luar otak.
3. Nyatakan konsep pemerolehan bahasa.
Jawapan: Topik 2 ms 20
Mangantar Simunjuntak (1987)
berpendapat bahawa “ pemerolehan bahasa” ialah proses yang berlaku dalam otak
seseorang kanak-kanak ketika memperoleh bahasa ibunda”. Dalam bidang linguistik, konsep pemerolehan bahasa lazimnya dikaitkan
dengan pembelajaran bahasa pertama.
4. Nytakan dua peringkat dalam
penglahiran pertuturan.
Jawapan: Topik 3 ms 36
i.
Asosiasi
perkataan-merujuk kepada tugas otak anda meneliti kata-kata yang terpendam
dalam jaringan semantic untuk membuat pilihan perkataan.
ii.
Penglahiran
leksikal- beberapa model penglahiran leksikal iaitu model bersiri iaitu mencari
padanan bagi perkataan yang kita dengar dan baca dan modelcarian atau model
search. Model carian berpendapat bahawa
kata-kata yang dipendam dalam leksikon mental diteliti secara bersiri iaitu
secara satu persatu untuk mencari padanannya dalam isyarat bahasa, iaitu yang didengar dan dilihat.
5. Jelaskan 2 skop semantik
Jawapan:
i.
Penamaan
ii.
Konsep
6. Apakah maksud relativiti bahasa
Jawapan : Topik 5 ms 61
· Kamus Linguistik (1997) menerangkan relativiti
bahasa sebagai fahaman linguistik yang menyatakan bahawa bahasa penutur
menentukan pandangan dunianya menerusi katageri tatabahasa dan klasifikasi semantic
wujud dalam sistem bahasa dan budaya yang diwarisi.
· Menurut asmah Hj Omar (1986), relativity bahasa menyatakan bahawa bahasa
mempengaruhi cara peneuturnya melihat dan memahami alam sekelilingnya.
7. Tunjukkan dua contoh medan makna.
Jawapan: Topik 6 ms 72
Medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai pertalian
rapat yang boleh dikenal pasti. Contohnya
seperti set tetikus, papan kekunci, monitor,
pencetak dan sistem unit. (Finegan, 2004)
Contoh:
· Univrsiti- perpustakaan, pensyarah,
padang sukan, dewan kuliah
· Sekolah –guru , murid, bilik
darjah, kantin
8. Tunjukkan dua contok ayat yang
memaparkan sinonim kolokasi.
Jawapan : Topik 6 ms 75
Kolokasi bermaksud hubungan kedudukan
atau kewujudan antara satu perkataan dengan satu perkataan yang lain dalam
sesunan (Kamus Dewan 2000).
Contoh:
· Lazat-makanan :lazatnya makanan yang dihidangkan di atas
meja itu.
· Jelita- wajah :
Jelitanya wajah anak gadis Encik Tamin.
9. Nyatakan dua aspek di dalam analisis
tatabahasa kasus.
Jawapan :
i.
Kelas kata / kategori kata
ii.
Bentuk
jelmaan kasus
10. Nyatakan maksud pendekatan dan kaedah
pengajaran.
Jawapan :
· Pendekatan – satu set andaian yang berkaitan
dengan proses pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran sesuatu mata
pelajaran supaya sesuai dengan tahap pembelajaran.
· Kaedah – mrujuk satu set tindakan
guru yang sistematik untuk mendapatkan maklumat berguna dalam menentukan
pencapaian sesuatu objektif P&P.
11. Apakah maksud teori huraian bahasa.
Jawapan: Topik 1 ms 14
Teori huraian bahasa ialah pendapat
dan pandangan yang dikemukakan dalam bidang bahasa.
12. Nyatakan 4 teori huraian bahasa.
Jawapan : Topik 1 ms 14
i.
Teori
Tradisional (Panini)
ii.
Teori
Struktural (Bloomfield)
iii.
Teori
Transformasi Generatif (Chomsky)
iv.
Teori
Fungsional (Halliday)
13. Huraikan teori pemerolehan bahasa
yang diperkenalkan oleh Chomsky secara ringkas.
· Teori yang dipelopori oleh Noam
Chomsky bersetuju bahawa manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk
berbahasa.
· Penutur natif berkebolehan membentuk
dan memahami pertuturan yang baharu.
· Daripada kebolehan ini, akan ‘terbentuk rumus-rumus bahasa secara
transformasi yang lengkap berdasarkan bahasa pertama terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment