Friday, 11 December 2015

HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU SEPTEMBER 2012


  BAHAGIAN A
1.      Senaraikan 4 ciri bahasa Melayu Kuno.
Jawapan :
Ciri-ciri bahasa Melayu Kuno:
·       Terdapat kata pinjaman daripada Sanskrit.
·       Bunyi ‘b’ ialah ‘w’. Contoh: ‘wulan’ untuk ‘bulan’.
·       Tiada bunyi ‘e pepet’. Contoh: ‘dngan’ atau ‘dangan’ untuk‘dengan’.
·       Imbuhan ‘mar’ menggantikan ‘ber’. Contoh: ‘marlapas’ untuk‘berlepas’.
·       Awalan ‘ni’ menggantikan ‘di’. Contoh: ‘niperwuat’ untuk‘diperbuat’.
·       Mempunyai ‘konsonan apresiasif’ iaitu ‘bh, th, ph, dh, kh, h’. Contoh: ‘sukhashitta’.
·       Huruf ‘h’ hilang dalam BM moden. Contoh: ‘semuha’ menjadi‘semua’, ‘sahaya’ menjadi ‘saya’.

2.     Senaraikan 4 tokoh bahasa melayu di Acheh.
Jawapan:
i.                 Sheikh Nuruddin Al-Raniri(“Bustanul Salatin”)
ii.               Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
iii.             Abdul Rauf Singkel(Mirat Al-Tullip”
iv.             Hamzah Fansuri(“Syair Perahu”)

3.     Berikan 4 tujuan penubuhan ASAS 50.
Jawapan :
Tujuan penubuhan ASAS 50 adalah untuk :
Secara umumnya tujuan penubuhan ASAS 50 ialah:
i.                 Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu;
ii.               Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang;
iii.             Mengadakan pembaharuan dalam sastera;
iv.             Memperjuangkan taraf atau status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.

4.     Tunjukkan 4 matlamat DBP yang ditetapkan oleh Seksyen 5(1) Ordinan 1959,  dengan pindaan pada tahun 1972.
Jawapan: Topik 3 ms 45
Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut :
i.                 Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
ii.               Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
iii.             Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,  risalah-risalah,  dan bentuk-bentuk lain persuratan dalam bahsa kebangsaan dan bahasa lain; dan
iv.             Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubalistilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

5.     Tunjukkan satu cara kedwibahasaan boleh berlaku.

Jawapan:  Topik 5 ms 92

Cara-cara kedwibahasaan boleh berlaku:
i.                 Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa.
ii.               Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya,  etnik,  agama,  bangsa,  kaum dan lain-lain.
iii.             Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. 



BAHAGIAN B
1.      (a)  Berikan 5 ciri bahasa melayu klasik dengan huraian yang lengkap.
Jawapan:
Ciri-ciri bahasa klasik ialah:
§  Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.
§  Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang
§  Menggunakan bahasa istana
§  Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
§  Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah, hatta, adapun.
§  Banyak menggunakan partikel pun dan lah
§  Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
§  Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.
§  Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti frasaketahuilah olehmu (dari terjemahan I’lamLmaka kemudian daripada itu (dari Amma ba’du); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-


(b)   Jelaskan 5 ciri yang terkandung dalam buku karya Willian Masden,  iaitu A grammar of Malayan Language yang diterbitkan pada tahun 1812 Masihi.

Jawapan:  Topik 2 ms 32

5 ciri yang terkandung dalam buku karya Willian Masden termasuklah:
i.                 Bahasa Melayu itu indah,  susunan ayatnya teratur dan nahunya sederhana.
ii.               Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman.
iii.             Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan bahasa Melayu.
iv.    Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abajd Jawi,  konsonan dan vocal,  tanda bacaan tulisan jawi,  golongan kata,  bahagian ayat,  nama sifat, perbandingan,  bilangan  ganti nama,  penunjuk,  sendi,  keterangan,  penghubung,  seruan,  pengimbuhan,  binaan ayat,  dialek,  prosodi dan praktis.
v.   Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab dan mencipta huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.teks bahasa Arab.

2.     (a)  Tunjukkan tujuan laporan Razak 1956 diwujudkan, dan terangkan 3 perkara utama yang terkandung di dalamnya.
Jawapan :
Penyata Razak (1956)
  1. Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak (1956).
  2. Cadangan-cadangan dalam penyata tersebut telah dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran 1957
  3. Tujuan Penyata Razak adalah
    1. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah
    2. Mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
    3. Mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan
    4. Menyediakan kemudahan pendidikan yang mencukupi untuk melahirkan masyarakat yang berdisplin, terlatih, liberal dan progresif.
    5. Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan
    6. Mewujudkan masyarakat yang bertoleransi, berdisplin, terlatih , lieral dan progresif
    7. Memenuhi keperluan negara yang merdeka dan memperkembangkan sistem pendidikan

(a)    Huraikan 5 istilah yang merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan dan pengembangan bahasa secara sedar.

3.     (a)  Terangkan maksud kedwibahasaan.
Jawapan:
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat  yang menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan /bilingualisme bermaksud penguasaan 2 bahasa seperti penutur bahasa asli. Menurut  Mario Pei – kualiti / kelebihan seseorang bertutur dalam dua bahasa.

 (b) berikan 2 tujuan penyempurnaan tulisan jawi,  termasuk penjelasan bagi setiap tujuan.

BAHAGIAN C

1.     Huraikan maksud terjemah dan objektif disebalik proses penterjemahan.  Bincangkan ciri-ciri khusus yang perlu ada pada seorang penterjemah.
Jawapan :

1.     Mengetahui bahasa sumber dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa pertama(bahasa sumber).
2.     Mengetahui bahasa sasaran/bahasa penerima dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa kedua(bahasa sasaran)
3.      Mengetahui subjek yg hendak diterjemahkannya iaitu mengetahui tentang bidang. Mengetahui dua bahasa belum mencukupi tetapi hendaklah mengetahui bidang yg hendak diterjemahkannya sekurang-kurangnya pada peringkat asas.
4.     Perlu mengetahui teori dan proses penterjemahan bagi melenglengkapkan lagi untuk menjadi seorang penterjemah yg baik disamping mengetahui prinsip-prinsip perterjemahan.
5.      Mengetahui latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran.

2.     Jelaskan dengan terperinci kaedah terjemahan dinamik.
Jawapan :

Ø  Keselarasan kontek pembaca sasaran lbh  diutamakan drpd cara ssuatu maklumat  dikemukakan / keselarasan perkataan demi perkataan. Dua perkataan yang sama makin berlainan ertinya dalam konteks tertentu.Terjemahan mestilah menepati konteks.

Ø  Persamaan dinamik mestilah diutamakan daripada keselarasan formal. Penerimaan pembaca yang ditekankan supaya pembaca teks asal dan teks terjemahan mengalami kefahaman,perasaan dan tindakan yang sama.

Ø  Bentuk-bentuk bahasa yang didengar hendaklah diutamakan lebih dahulu daripada  bentuk bertulis. Dalam kes tertentu apabila teks itu akan lebih banyak didengar daripada dibaca sendiri dalam hati.

Ø  Keperluan pembaca sasaran hendaklah lebih diutamakan daripada bentuk bahasa. Ini akan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pembaca teks terjemahan.

No comments:

Post a Comment