Friday, 4 December 2015

HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU JANUARI 2013

BAHAGIAN A
1.     R.H.Gelden dan J.H.C.Kern menyatakan bangsa melayu berasal dari asia tengah atau Nusantara.  Nyatakan penemuan yang diberikan oleh pengkaji dan kesinambungannya.

Jawapan: topik 1 ms 2

Kenyataan ini berdasarkan kajian yang dibuat terhadap penemuan kapak tua (beliung batu).  Kapak tua tersebut dijumpain di sekitar hulu sungai Brahmaputra,  Irrawaddy,  hwang,  Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau membuat kesimpulan bahawa kapak tua di nusantara dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama bahasanya sekali.

2.     Jelaskan cita-cita ASAS 50 dan konsep perjuangannya.
Jawapan :  Topik 3 ms 41
Secara umumnya tujuan penubuhan ASAS 50 ialah:
i.                 Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu;
ii.               Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang;
iii.             Mengadakan pembaharuan dalam sastera;
iv.             Memperjuangkan taraf atau status bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.


3.     Nyatakan 4 persoalan cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu.
Jawapan :  Topik 5 ms 91

4.     Apakah kesan perjanjian Inggeris belanda 1824 terhadap bahasa melayu.
Jawapan :
5.     Senaraikan 4 ciri utama teori terjemahan.
Jawapan :  Topik 9 ms 202
4 ciri utama teori terjemahan:
i.                 Empirisisme (mestilah diuji)
ii.               Determinisme (mestilah boleh diramal)
iii.             Kehematan  (mestilah mudah)
iv.             Keumuman  (mestilah tuntas)

Bahagian B
1.      (a) Apakah bukti awal yang menunjukkan bahawa bahasa melayu klasik pernah digunakan di alam melayu dan nyatakan 4 ciri bahasa Melayu tersebut.
Jawapan: Topik 1 ms 10

Ciri-ciri Bahasa Melayu klasik adalah seperti berikut:
i.                 Ayat yang panjang dan berbelit-belit
ii.               Banyak ayat pasif;
iii.             Menggunakan bahasa istana;
iv.             Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’

(b)  Jelaskan signifikan bahasa melayu klasik sebagai asas kepada perkembangan bahasa melayu moden.
Jawapan :  Topik 1 ms 13


Dari segi sejarah  bahasa MelayuKlasik mempunyai kesignifikanan yang tersendiri.  Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu Moden.  Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu.  Peranannya penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku,  konsep kebangsaan Melayu dan mengungkapkan pelbagai laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.


2.     Sejak tahun 1957,  apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan,  bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya Reid.

(a)    Nyatakan 4 faktor pemilihan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Jawapan:

Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan berasaskan beberapa faktor:
i.                 Bahasa melayu mempunyai penutur terbesar di negara ini iaitu 49.78% berbanding Cina 37.1 % dan India 11.0%.
ii.               Bahasa melayu merupakan bahasa yang bersifat peribumi bagi negara ini.
iii.             Penggunaan bahasa melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama dan tidak akan menimbulkan masalah bag komunikasi umum.
iv.             Bahasa melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.

(b)  Huraikan 4 tujuan pelancaran minggu bahasa kebangsaan.
Jawapan: Topik 3 ms 50

Minggu Bahasa Kebangsaan diadakan bertujuan untuk :
i.                 Menggalakkan seluruh rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka sehari-hari.
ii.               Menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan.
iii.             Menyakinkan orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah lebih besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan.
iv.             Memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia sekarang; dan
v.               Menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa asing yang telah disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri.


3.     Tulisan jawi telah berkembang sejak zaman kerajaan Islam pasai kemudian disebarkan ke kerajaan Melaka,  kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke 17.

(a)    Huraikan perkembangan dua tahap sistem tulisan dan ejaan jawi.
Jawapan :  Topik 6 ms 117

Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Melayu.  Unsur Arab dan Melayu mengalami dua perkembangan.
·       Pada tahap pertama,  ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mushaf suci Al-Quran.  Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan.

·       Pada tahap kedua tanda baris dihilangkan.  Walaubagaimanapun ,  bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar Jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya.



(b)  Berikan 3 bukti kewujudan tulisan jawi awal daripada tulisan rumi.
Jawapan: Topik 6 ms 120

3 bukti kewujudan tulisan jawi awal daripada tulisan rumi :

i.                 Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M,  manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke 19.  Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
ii.               Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam masyarakat.  Tulisan ini digunakan sebagai perantara penting dalam semua urusan pentadbiran,  adat istiadat dan perdagangan.  Contohnya digunakan dalam perjanjian penting antara pihak di Raja Melayu dengan pihak berkuasa Portugis,  Belanda dan Inggeris.
iii.             Selain itu,  Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia juga tertulis dalam abjad Jawi.



BAHAGIAN C:

1.     Penubuhan dewan bahasa dan pustaka (DBP) mengorak langkah ke arah mendukung serta mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa utama.
Bincangkan peranan dewan bahasa dan pustaka daripada sudut peristilahan,  penerbitan dan penterjemahan serta kesannya terhadap perkembangan bahasa hingga ke hari ini.

Jawapan : Topik 3 ms 45
Antara peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah seperti berikut:

i.                 Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan;
ii.               Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
iii.             Mencetak dan menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan buku-buku,  risalah-risalah,  dan bentuk-bentuk lain persuratan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dan
iv.             Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.




2.     Seorang penterjemah perlu mematuhi lima prosedur dalam melakukan kerja terjemahan.
Huraikan dengan jelas berserta alasan mengapa kelima-lima prosedur dalam proses penterjemahan perlu dipatuhi.

Jawapan:  topik 9 ms 199

Menurut Ainon Muhammad (1994),  terdapat beberapa pra-syarat untuk menjadi penterjemah:
i.                 Pertama-mengetahui bahasa sumber dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa pertama ( bahasa sumber ).
ii.               Kedua- anda perlu mengetahui bahasa sasaran / bahasa penerima dengan baik yakni kecekapan dalam bahasa kedua ( bahasa sasaran ).
iii.             Ketiga- anda perlu mengetahui subjek yang hendak diterjemahkannya,  iaitu pengetahuan tentang bidang.  Individu yang mengetahui dua bahasa  belum mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik.
iv.             Keempat- anda perlu mengetahui teori dan proses terjemahan.  Pengetahuan tentang teori dan proses terjemahan  akan memperlengkapkan lagi seseorang untuk menghasilkan terjemahan yang baik.
v.               Kelima- anda perlu mengetahui latar belakang budaya bahasa sumber dan bahasa sasaran.


No comments:

Post a Comment