1. Natakan 4 daripada enam cabang psikolinguistik.
Jawapan: Topik 1 ms 13 ( pilih 4 sahaja)
i.
Psikolinguistik
Teoritis
ii.
Psikolinguistik
Perkembangan
iii.
Psikolinguistik
Eksperimen
iv.
Psikolinguistik
Sosial
v.
Psikolinguistik
Pendidikan
vi.
Psikolinguistik
Terapan
2. Perihalkan takrif pemerolehan bahasa.
Jawapan : Topik 2 ms 20
Pemerolehan bahasa ialah proses
penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara formal. Konsep pemerolehan bahasa menyatakan bahawa
ia merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia. Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan
dengan perkembangan bahasa kanak-kanak,
manakala pemerolehan bahasa kedua tertumpu kepada perkembangan bahasa
orang dewasa.
3. Bezakan antara model serial dan model
search dalam model penglahiran leksikal.
Jawapan: Topik 3 ms 36
Ø Model serial atau model bersiri
berpendapat bahawa kita akan “ mencari padanan bagi perkataan yang kita dengar
atau baca “. Oleh yang demikian, jelas bahawa kata-kata yang kerap digunakan
akan cepat dikenal pasti berbanding dengan yang kurang kerap. Model ini mencadangkan bahawa “ kata-kata”
tidaklah terpendam begitu sahaja dalam leksikon tetapi mengikut urutan
kekerapan penggunaannya”. Model ini
disokong oleh Model Carian yang dipelopori oleh Forster (1979).
Ø Model search atau carian merupakan
satu lagi model bagi mengakses leksis.
Model ini berpendapat bahawa kata-kata yang terpendam dalam leksikon
mental diteliti secara bersiri iaitu satu per satu untuk mencari
padanannyadalam isyarat bahasa, iaitu
yang didengar atau dilihat.
4. Jelaskan maksud penanda dan rujukan.
Jawapan: Topik 4 ms 52-53
Saussure (1916) memperkenalkan Teori
Tanda untuk menunjukkan gabungan petanda dan penanda. Menurutnya,
bahasa menghubungkan suatu imej (makna) dengan satu set lambang ( bunyi
bahasa atau simbol dalam teks bertulis).
Jadi lambang linguistik atau bahasa terdiri daripada petanda dan
penanda.
Ø Petanda ialah perkara yang dijelaskan
manakala penanda ialah perkara yang menjelaskan. Dalam erti kata lain, penanda ialah mekna
atau mesej daripada petanda yang wujudnya daripada bunyi-bunyi bahasa. Misalnya,
kata meja ialah penanda mankala bunyi kata meja ialah petanda. Kedua-dua penenda dan petanda menjadi satu
kesatuan yang merujuk kepada referen atau rujukan.
Ø Rujukan ialah benda atau hal yang
berada di luar bahasa. Kedua-dua bunyi
dan benda membentuk konsep iaitu tanggapan yang terbentuk dalam fikiran.
5. Terangkan perbezaan antara makna dan
bahasa mengikut pendapat Bloomfield.
Jawapan: Topik 5 ms 67
Bloomfield berpendapat bahawa makna kepada sesuatu bentuk bahasa ialah
situasi ketika penutur mengeluarkan ujaran dan tindak balas yang ditimbulkannya
kepada pendengar. Beliau mengatakan
bahawa bahasa adalah satu tingkah
laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain. Sehingga tingkah laku manusia yang lain itu
berpunca daripada adanya rangsangan,
maka bahasa juga dapat dilahirkan sebagai gerak balas terhadap
rangsangan itu.
Bahagian B:
1. Terangkan maksud-maksud berikut:
i.
Kolokasi
Jawapan: Topik 6 ms 75
Kolokasi pula bermaksud
hubungan kedudukan atau kewujudan antara satu perkataan dengan satu perkataan
yang lain dalam susunan. (Kamus Dewan ,2000)
Contoh perkataan ‘lazat’
adalah bawah golongan kata sifat yang hanya relevan dikolokasikan dengan kata
nama ‘makanan’.
ii.
Paradigmatik
dan sintagmatik
Jawapan: Topik 6 ms 76
Paradigmatik dan sintagmatik bermaksud kerangka ilmu bahasa
yang didukung sekumpulan ahli bahasa dengan berasaskan prinsip yang bermatlamat
untuk membantu penyelidik-penyelidik bahasa dalam membentuk metodologi
kajian, selain mentafsirkan pemerolehan
data.
(a) Perihalkan 4 perbezaan huraian
prinsip antara golongan behavioris dengan golongan mentalis tentang penguasaan
sistem sintaksis.
Jawapan: topik 6 ms 78
2. (a)
Perincikan 4 jenis sinonim berserta contoh-contohnya.
Jawapan :
4 jenis sinonim :
i.
Sinonim
Pinjaman
Ø Contoh belalang yang dipanggil
‘pepatung’ dalam kebanyakan dialek Melayu.
Dalam dialek perak dipanggil “cakcibau”.
ii.
Sinonim
Konteks
Perkataan
‘jemput’ dan ‘undang’ banyak digunakan dalam konteks protokol. Sebenarnya,
‘jemput’ digunakan dalam konteks lisan,
manakala ‘undang’ dalam konteks ‘tulisan’.
iii.
Sinonim
Laras Sosial
Perkataan-perkataan
yang digunakan dengan berdasarkan status.
Misalnya ‘penyanyi’ ialah orang yang ‘bernyanyi’, manakala ‘biduan’ bermaksud ‘status’ yang
tinggi dalam profesionalisme seni.
iv.
Sinonim
Kolokasi
Sinonim
jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri. Contohnya perkataan ‘banyak’ dan ‘ramai’
mempunyai makna yang sama. Contoh ayat:
‘banyak kilang kekurangan tenaga kerja mahir ‘ dan ‘ramai pelajar gembira
setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut’.
Jika
anda menyebut ‘banyak pelajar gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam
peperiksaan tersebut’akan menunjukkanmakna yang salah. Alasannya, ramai (untuk manusia sahaja) hanya
bermakna jikaada kata sifat (gembira) dalam ayat tersebut.
3. (a)
Apakah yang dimaksudkan dengan
ketaksaan . Kategorikan jenis-jenis
ketaksaan.
Jawapan : Topik
7 ms 91
· Berdasarkan ulasan dan pandangan
O’Grady (2000), ketaksaan merujuk
kepada penggunaan kata, frasa,
klausa atau ayat yang mempunyai pelbagai maksud.
O’Grady (2000) telah mengenal pasti
tiga jenis ketaksaan dalam ayat iaitu :
i.
Ketaksaan
struktural
ii.
Ketaksaan
leksikal
iii.
Ketaksaan
metafora
(b) Bidang kajian
morfologi terbahagi kepada 4 aspek.
Senaraikan keempat-empat
aspek kata
tersebut.
Jawapan : Topik 8 ms 97
4 aspek kajian morfologi:
i.
Struktur
kata – merupakan susunan bentuk bunyi ujaran atau tulisan yang menjadi unit
bahasa yang bermakna.
ii.
Binaan
kata - unsur yang membina sesuatu kata
atau lebih ( penelitian morfem ) semasa membina kata.
iii.
Golongan
kata - tergolong daripada kata nama,
kata kerja, kata adjektif dan
kata tugas.
iv.
Bentuk
kata – berhubung dengan 4 bentuk kata iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk,
dan kata ganda.
(b) Bentuk kata terbahagi kepada beberapa
jenis. Kategorikan jenis-jenisnya
berserta maksud dan contoh-contohnya.
Jawapan : Topik 8 ms 99
Bentuk kata ialah unit
tatabahasa yang tunggal dan terhasil melalui proses pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
Bentuk kata terbahagi
kepada empat jenis seperti berikut :
i.
Kata
tunggal bermaksud kata yang tidak menerima sebarang proses pengimbuhan atau
penggandaan. Kata tunggal boleh terdiri
daripada satu suku kata atau lebih.
Contohnya am, biasa dan keluarga.
ii.
Kata
terbitan – bentuk yang dihasilkan daripada proses menggandingkan imbuhan pada
kata dasar
iii.
Kata
majmuk – perkataan yang terbentuk hasil daripada gabungan dua atau lebih kata
dasar dan membawa makna tertentu.
iv.
Kata
ganda –bentuk kata yang mengalami pengulangan kata dasar, sama ada secara menyeluruh atau sebahagian
sahaja.
Bahagian C:
1. Rumuskan dengan mendalam mengenai hubungan
logik dalam bahasa dan makna.
Jawapan : Topik 9 ms 119
Hubungan antara logik dan makna dalam bahasa:
i.
Pancaindera:
· Merangkumi deria penglihatan, pendengaran,
pembauan, penegcapan dan
penyentuhan untuk pengesanan.
· Pentafsiran adalah pada fakulti akal
dalaman (perlambangan) bagi objek luaran,
daya pengukuran, daya ingatan dan
daya imaginasi bagi mewujudkan pengenalan terhadap hubungan logic dan bahasa.
ii.
Hujahan:
· Berdasarkan keadaan yang logik, teratur dan sistematik menerusi fikiran.
· Hakikat ini mentafsir sesuatu
kejadian dalam suasana huraian yang dapat difahami dan diterima umum serta
selaras dengan hukum alam yang benar-benar berlaku secara nyata.
iii.
Intuisi:
· Merupakan ilham yang bertempat dalam
hati yang dapat menanggapi secara terus dan spontan makna dalam bahasa bagi
sesuatu perkara menerusi serapan.
· Instuisi dibahagikan kepada dua jenis
iaitu intuisi pada tahap kesedaran dan manusia istimewa.
· Intuisi pada tahap kesedaran adalah
berasaskan penyelidikan, pengalaman dan
penghujahan yang membuka ruang kepada kewujudan ilham secara spontan.
· Manakala intuisi pada tahap manusia
istimewa pula wujud berdasarkan pemahaman tentang reality kerana berjaya
menemukan kehidupan dengan berasaskan kebenaran.
iv.
Laporan:
· Laporan adalah berdasarkan autoriti
yang sah dan abash (legitimate) yang membabitkan kesahan majority dengan
berasaskan pengalaman. Ia mesti
melibatkan kesahan yang berkonsepkan ketuhanan.
2. Analisiskan kaedah-kaedah yang sering
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jawapan : Topik 10 ms 129
No comments:
Post a Comment