Wednesday, 9 December 2015

HBML 3303 PPSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK MEI 2013

 
 Bahagian A:
1.     Berikan 2 aspek utama dalam kajian psikolinguistik yang berkisar daripada pandangan Aitchison (1987).
Jawapan :  Topik 1 ms 6
Berdasarkan takrifan oleh  Aitchison (1987),  kajian psikolinguistik dibahagikan kepada 4 aspek utama iaitu:
i.                 Aspek yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa pertama atau bahasa ibunda.
ii.               Aspek yang berkaitan dengan proses pemahaman input bahasa.
iii.              Aspek yang berkaitan dengan penghasilan output bahasa dan
iv.              Aspek yang berkaitan dengan penyimpanan maklumat bahasa atau pengetahuan bahasa.

2.     Senaraikan 2 proses penerbitan pertuturan.
Jawapan :  Topik 2 ms 28
Menurut Levert (1989),  proses penerbitan pertuturan dapat dibahagikan kepada tiga aspek iaitu konseptualisasi,  formulasi dan pelaksanaan.

Semasa konseptualisasi, seorang penutur membentuk sesuatu niat lalu memilih maklumat yang releven daripada ingatan atau persekitaran sebagai persediaan untuk membina pertuturan yang dihasratkan.  Inilah yang disebut sebagi proses peringkat mesej (message-level processes).
Proses formulasi pula melibatkan hal menterjemahkan konsep yang diwakili itu ke dalam bentuk bahasa.  Akhirnya,  proses pelaksanaan pula melibatkan perancangan fonetik dan artikulasi pertuturan.

3.     Berikan 4 kemahiran dalam pemprosesan bahasa.
Jawapan :  Topik 3 ms 38
4 kemahiran tersebut ialah:
·       Kemahiran bertutur
·       Kemahiran mendengar
·       Kemahiran membaca
·       Kemahiran menulis.

4.     Tunjukkan 2 erti bagi makna kata.
Jawapan :

5.     Senaraikan 2 hipotesis yang telah diutarakan oleh Sapir-whorf berkaitan dengan hubungan antara bahasa dan pemikiran.
Jawapan:  topic 5 ms 62
Hipotesis Sapir-Whorf mencakupi dua prinsip iaitu:
·       Penentuan bahasa (linguistik determism):
Prinsip penentuan bahasa menerangkan bahawa bahasa menentukan cara kita berfikir.
·       Relative bahasa (linguistik relativity)
Prinsip relative bahasa pula menerangkan bahawa perbezaan yang dikodkan dalam sesuatu bahasa tidak dapat dikodkan dalam bahasa yang lain.


Bahagian B:

1.     (a)  Berikan maksud psikologi dan linguistik.
Jawapan:   Topik 1 ms 2

Psikologi ialah disiplin ilmu yang mengkaji hal-hal yang berkaitan dengan akal budi atau jiwa dan juga tingkah laku manusia,  manakala linguistik pula ialah bidang yang mengkaji bahasa dan cara bahasa berfungsi untuk membantu manusia mencapai matlamat atau hasrat dalam kehidupan harian.

(b)  Huraikan maksud ‘operasi semantik’ dan ‘operasi sintaksis’.
Jawapan: Topik 2 ms 29

Ø  Operasi semantik dalam proses penerbitan melibatkan pemilihan perkataan yang sesuai dengan idea dan makna yang dihasratkan.  Proses memilih kata ini disebut sebagai pengleksikalan.

Ø  Operasi sintaksis pula merupakan hal pemilihan pola ayat yang sesuai dan dalam pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih itu disusun.

2.     (a) Tunjukkan 4 jenis makna dalam ingatan.

Jawapan : Topik 3 ms 41
Noor Aina menyatakan bahawa ingatan mempunyai empat makna lain iaitu:
·       Sebagai produk yang merujuk kepada jumlah perkara yang tinggal dalam akal budi kita sebagai peristiwa yang dialami.
·       Diumpamakan sebagai tempat.
·       Sebagai satu sifat khas dalam sistem saraf manusia yang memberikan kita sesuatu produk.
·       Diibaratkan sebagai sesuatu kuasa.

(b)  huraikan pengertian perkataan dan berikan 7 pasangan perkataan yang memaparkan antonim.

Jawapan :  Topik 4 ms 55

Perkataan merupakan satu unit bahasa yang terkecil yang mempunyai makna.  Misalnya,  perkataan “adik” . “kerusi”,  “makan”,  “minum” membawa makna yang tertentu.

Antonim ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai makna yang berlawanan.(Kuiper & Allan, 2004)

Contoh :
·       Malam –siang
·       Kecil-besar
·       Tinggi-rendah
·       Jauh-dekat
·       Berat-ringan
·       Gemuk-kurus

3.  (a)  berikan 4 pengertian konteks dalam bahasa.
Jawapan :  Topik 5 ms 60

      (b)  Binakan dan ulaskan 2 rajah yang menunjukkan konsep ‘medan’.

Jawapan    :  topik  6 ms 72

Medan makna ialah satu set perkataan yang mempunyai pertalian rapat yang boleh dikenal pasti.  Contohnya seperti set tetikus,  papan kekunci,  monitor,  pencetak dan sistem unit (Finegan, 2004)

 Contoh :
Universiti - pensyarah,  dewan kuliah,  padang sukan,  perpustakaan  (bina rajah)
sekolah     - guru,  murid-murid,  kantin,  bilik darjah   (bina rajah)

Bahagian C :

1.     Huraikan 3 prinsip asas dalam bahasa pertuturan.

Jawapan :  topik 9 ms 112

3 prinsip asas dalam bahasa pertuturan adalah seperti berikut :

i.                 Penyaluran  bunyi atau tulisan:

Dalam sistem komunikasi,  terdapat penutur dan pendengar.  Ada penulis ada pula pembaca.  Oleh itu,  bahasa menyalurkan ujaran bunyi atau tulisan.  Tegasnya,  penyebaran bahasa berlaku menerusi saluran bunyi dan tulisan.

ii.               Penganalisisan dan pemahaman:

Kita juga boleh menganalisis dan memahami bahasa pertuturan yang kita dengar atau baca.  Berdasarkan penganalisisan dan pemahaman minda,  kita mampu untuk bertindak balas.

iii.              Penguasaan kemahiran berasaskan konteks:

Pemindahan sistem komunikasi juga adalah dengan berteraskan bahasa.  Penguasaan kemahiran tentang sesuatu bahasa pertuturan turut berasaskan pendedahan kepada penggunaan bahasa dalam sesuatu konteks.  Konteks di sini bermaksud budaya masyarakat yang menggunakan bahasa.



2.     Huraikan 3 peringkat awal dalam persediaan mengajar mikro.
Jawapan :  Topik 10 ms 135

Dalam pengajaran mikro,  kita harus bersedia dengan pelbagai aspek khususnya yang melibatkan jasmani,  emosi,  rohani dan intelek pelajar.  Walau bagaimanapun,  penghususan haruslah berkisar kepada empat faktor berikut:

i.                 Pemilihan bahan pengajaran:
·       Berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran
·       Bahan mengandungi unsure falsafah pendidikan
·       Menggunakan bahan secara efektif
·       Wujud perkaitan antara aspek bahasa dengan proses pengajaran dan pembelajaran

ii.               Pengolahan bahan pengajaran:
·       Menjadikan dialog bersifat komunikatif
·       Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran ataupun psikologi
·       Menggunakan bahan autentik

iii.              Pembinaan bahan pengajaran
·       Menyampaikan maksud dalam bentuk fungsi bahasa
·       Bahasa digunakan secara tepat
·       Kepelbagaian pengajaran bahasa adalah untuk mendedahkan pelajar dengan variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat
·       Kemahiran berbahasa harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang bermakna.

iv.              Penggunaan bahan pengajaran:
·       Mengikut keperluan pancaindera pelajar
·       Pastikan bahan yang digunakan berasaskan sukatan pelajaran bahasa
·       Bahan mestilah disusun dengan mengambil kira isu semasa
·       Kaji jumlah dan kualiti bahan



No comments:

Post a Comment