Friday, 4 December 2015

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK MEI 2013

BAHAGIAN A


1. Nyatakan 4 gaya bahasa merujuk ciri-ciri linguistik dalam kajian stilistik.
Jawapan : Topik 10 ms 246 ms 264
·       Gaya bahasa perbandingan
·       Gaya bahasa pertentangan
·       Gaya bahasa penyirnaan
·       Gaya bahasa pengulangan
·       Gaya bahasa pertautan

1 2.  Kemukakan pandangan ahli behaviouris tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak.
Jawapan:

Teori Behaviouris  (Skinner ) adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak.  Ahli behaviouris menegaskan bahawa manusia memperoleh bahasa kerana terdapat rangsangan dan tindak balas.  Kemudian manusia menguasai sesuaitu bahasa melalui proses pengulangan sehingga terbentuk kebiasaan atau tabiat dalam dirinya.  Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal menerusi proses peniruan  daripada ahli keluarga,  khususnya daripada ibu bapa mereka.

3. Terangkan mengapakah bunyi berikut “berdehem’, ‘bersiul’,’bebelan anak kecil’ tidak dianggap sebagai bunyi bahasa.
Jawapan:  Topik 1 ms 24

Bunyi seperti “berdehem’, ‘bersiul’,’bebelan anak kecil’ tidak dianggap sebagai bunyi bahasa kerana bunyi-bunyi tersebut tidak mempunyai makna.  Jadi,  bentuk-bentuk bunyi yang tidak bermakna dalam bahasa apapun bukanlah bahasa kerana fungsi bahasa adalah menyampaikan mesej,  konsep,  idea atau pemikiran.  Lambang-lambang bunyi bahasa yang bermakna itu di dalam bahasa merupakan satuan-satuan bahasa yang mewujudkan mofem,  kata,  frasa,  kalausa, ayat dan wacana.  Semua satuan ini memiliki makna.

4.  Banding-bezakan dialek kawasan dengan dialek sosial.
Jawapan: Topik 3 ms 63

Dialek kawasan atau daerah ialah dialek yang dituturkan dalam satu-satu kawasan geografi.  Misalnya, dialek Kelantan dan dialek Perak, manakala dialek sosial yang dikenali sebagai dialek sosiolek pula digunakan oleh kumpulan penutur mengikut kelas sosial.


5.  Bahasa yang sempurna mestilah mempunyai keindahan bahasa.  Terangkan maksud ungkapan ini.
Jawapan :  Topik 10 ms 245

Bahasa yang sempurna mestilah mempunyai keindahan bahasa.  Ungkapan di atas membawa sebahagian maksud stilistik iaitu kajian kuantitatif yang berkaitan usaha mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal berkenaan sesuatu karya sastera.  Ahli-ahli stilistik menyimpulkan dua jenis kajian stilistik iaitu:

Ø  Kajian tentang unsure-unsur ekspresif bahasa yang dapat menampilkan pemikiran dan perasaan seefektif mungkin; dan
Ø  Kajian tentang gaya bahasa pengarang secara individu.

Bahagian B:

1.     (a)  Dalam kajian linguistik,  bahasa boleh diperoleh daripada pelbagai sumber dan ia terbentuk daripada beberapa faktor.  Huraikan dua faktor pembentukan bahasa.
Jawapan: 

(b)  Nik Safiah karim et L.(1993) mentakrif morfologi sebagai ‘bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,  bentuk,  dan penggolongan kata’.  Jelaskan bentuk dan proses pembentukan kata berserta contoh yang sesuai.
Jawapan: 

2.     (a)  Melalui contoh apakah tujuan bahasa perbandingan digunakan untuk menerangkan sesuatu perkataan secara berkias.

Jawapan :  Topik 10 ms 259

Bahasa perbandingan mempunyai banyak fungsi.   Antaranya, digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara secara berkias.  Maka secara tidak langsung ia akan dapat menjaga perasaan terhadap sesuatu yang ingin disampaikan.  Ini sesuia dengan masyarakat kita yang tidak suka berterus terang.

Sebagai contoh dalam gaya bahasa eufenisme,  perkataan seperti ‘bunting’ boleh digantikan dengan ayat ‘seseorang yang telah mengandung’.  Secara tidak langsung,  perkataan tersebut akan menjadi lebih gramatis dan sedap untuk dibaca.

(b)  takrifkan gaya bahasa pengulangan.  Jelaskan melalui contoh pengulangan aliterasi,  asonansi,  anaphora dan epifora.

Jawapan: Topik 10 ms 248

Pengulangan yang juga disebut sebagai repetisi merujuk gaya bahasa yang mengandungi pengulangan bunyi, pengulangan bahasa dan pengulangan struktur. Menurut Donald C. Freeman, aliran kedua dalam pendekatan stilistik ialah aliran yang meneliti gaya dari sudut pengulangan atau pengulangan pola. Hal ini bermakna dalam hasil ciptaan, para pengarang sering berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kesan dan kekuatan dengan melakukan pengulangan.
Dharmawijaya menyatakan bahawa unsur pengulangan ini digunakan untuk memenuhi beberapa fungsi. Pertama, menimbulkan irama atau suasana muzikal, terutamanya apabila puisi itu dideklamasikan. Kedua, menegaskan maksud tertentu sebagai persoalan utama bagi penyairnya. Ketiga, menarik tumpuan perhatian. Pengulangan berfungsi bagi menimbulkan kesan keindahan tertentu untuk mencapai intensiti.
Aliterasi merupakan pengulangan konsonan yang sama secara berturutan dalam satu baris puisi.  Contoh :  Sekali-kali aku bukan insane penakut (pengulangan konsonan k)

Asonansi bermaksud pengulangan vokal pada setiap baris atau ayat yang biasanya berurutan seperti anafora.  Dalam bahasa melayu,  terdapat enam jenis vocal tetapi bunyi-bunyi itu hanya diwakili oleh lambang ‘a’, ‘e’, ‘I’, ‘o’ dan ‘u’iaitu sebanyak lima bentuk huruf sahaja.  Contoh :  Kutahu itu suatu penipuan (pengulangan vocal u)

Anafora ialah pengulangan perkataan yang sama di awal baris secara berturut.  Contoh :  Ada kuat tidak buat
Ada masa tiada kuasa.

Apifora ialah sejenis gaya bahasa pengulangan;  iaitu pengulangan kata,  frasa,  beberapa kata pada akhir baris atau beberapa kata pada akhir ayat yang juga berurutan.
Contoh:  Aku tidak mahu.   Benar-benar tidak mahu.

3.     Bidang sosiolinguistik menumpukan kajian bahasa dan topik atau konteks pengujarannya,  seperti bahasa rasmi,  , bahasa kebangsaaan,  laras bahasa,  sikap terhadap bahasa,  kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa. (Hymes 1962)

(a)    Huraikan dengan jelas 2 usaha perancangan bahasa selepas negara mencapai kemerdekaan.
Jawapan :  Topik 5 ms 134

Terdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa rasmi negara kita iaitu bahasa melayu.  Antaranya ialah seperti berikut :

i.                 Perlembangan persekutuan Perkara 152:
Menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi negara Malaysia.  Contohnya,  dalam Fasal 6 menyentuh bahawa bahasa melayu digunakan untuk maksud rasmi dala apa sahaja urusan kerajaan,  sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dan urusan pihak-pihak berkuasa.
ii.               Pendidikan :
Di peringkat persekolahan,  sekolah rendah dansekolah menengah  menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar.  Malah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan sebagai pusat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa melayu dalam semua urusan rasmi termasuk urusan pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar.


(b)   Jelaskan istilah bilingual,  peralihan kod ( code switiching), dan ragam bahasa merujuk bidang kajian sosiolinguistik.

Jawapan :  Topik 3 ms 63

Bilingual bermaksud penguasaan dua bahasa yang sama baik,  penggunaan dua bahasa secara bergantian dan kemampuan seseorang menghasilkan pertuturan yang lengkap dan bermakna dalam bahasa yang bukan bahasa ibundanya.
 
Dalam bidang sosiolinguistik terdapat istilah peralihan kod (code switiching ), iaitu penggunaan unsure bahasa asing pada tempat-tempat tertentu,  sama ada dalam bentuk kata,  frasa dan bahkan ayat dalam sesuatu wacana yang diujarkan oleh seseorang.

Bidang kajian sosiolinguistik juga , mengkaji aspek yang berkaitan dengan ragam bahasa.  Secara umumnya,  ragam bahasa bermaksud kepelbagaian penggunaan bahasa menurut konteks.  Terdapat dua jenis ragam bahasa, iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal.

Bahagian C:

1.     Mengkaji dan menilai ciri sesuatu laras bererti meneliti sesuatu peristiwa bahasa iaitu situasi penggunaan bahasa itu.  Setiap peristiwa bahasa berlaku dalam konteks dan keadaan tertentu,  yang sebahagian besarnya telah ditentukan secara konvensi oleh masyarakat.
Bincangkan ciri-ciri keperihalan bahasa yang merupakan faktor menentukan sesuatu laras bahasa.

Jawapan:  Topik 9 ms 196

Berikut dihuraikan keempat-empat faktor ini secara terperinci.
i.                 Cara penyampaian
ii.               Hubungan sosial dan peribadi antara pengguna bahasa
iii.              Bahan yang diperkatakan
iv.              Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa.

2.     Menurut kamus dewan (1970:59) bahasa rasmi adalah bahasa pentadbiran,  bahasa perhubungan awam,  bahasaa pengantar serta bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan di institusi pengajian tinggi.
Bincangkan mengapakah ada golongan yang menentang dan sebahagiannya menyokong usaha untuk mendaulatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi.

1 comment: