Friday, 4 December 2015

HBML 3403 LINGUISTIK DAN SOSIOLINGUISTIK JANUARI 2013

BAHAGIAN A;

1.     Jelaskan 2 definisi linguistik yang berbeza menurut dua tokoh bahasa.
Jawapan: Topik 1 ms 4

Menurut Verhaar (1985),  Linguistik berasal daripada kata Latin iaitu ‘lingua’ yang  bermaksud bahasa.  Manakala menurut Langacker (1987),  linguistik adalah kajian terhadap bahasa manusia.  Ini bermaksud linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna.

2.     Bidang linguistik pernah dinyatakan sebagai ‘the scientific syudy of language’. Terangkan kajian bahasa yang bersifat saintifik tersebut.
Jawapan:  Topik 1 ms 4

Linguistik pernah dinyatakan sebagai ‘the scientific syudy of language’ oleh John Lyons (1968).  Beliau menegaskan bahawa perlunya linguistik dikaji seperti juga disiplin ilmu lain yang juga memperlihatkan ciri-ciri saintifik. Ini bermakna bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri.  Saintifik juga merujuk kepada sesuatu ilmu yang mempunyai ciri-ciri kesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan fakta.

3.      Terangkan 2 definisi sosiolinguistik yang berbeza menurut dua tokoh bahasa.
Jawapan:  Topik 3 ms 52

Ø  Hudson (1980) mendefinisikan sosiolinguistik sebagai kajian tentang perhubungan antara bahasa denga masyarakat.  Sosiolinguistik merupakan sebahagian daripada kajian bahasa.
Ø  Mengikut Bright (1966),  tugas ahli sosiolinguistik ialah ‘ untuk memperlihatkan perbezaan-perbezaan yang saling mempengaruhi antara struktur bahasa dengan struktur sosial’.

4.     Nyatakan 4 bidang kajian sosiolinguistik dan terangkan satu daripadanya.
Jawapan: Topik 3 ms 58
i.                 Kedwibahasaan
ii.               Kepelbagaian bahasa
iii.              Kelainan bahasa
iv.              Sikap terhadap bahasa

5.     Jelaskan 2 definisi komuniti bahasa.
Jawapan:  Topik 4 ms 89

Bahagian b

1.      Sistem bahasa merupakan salah satu sifat bahasa yang menyatakan bahawa setiap bahasa mempunyai peraturan atau sistemnya yang tersendiri.  Sistem pula bermaksud bahasa bukan merupakan sistem tunggal tetapi terdiri daripada sub-sub sistem atau sistem bawahan yang terdiri daripada fonologi,  morfologi,  sintaksis dan semantik.

(a) Jelaskan konsep fonologi,  morfologi,  sintaksis dan semantik berserta contoh yang sesuai.
Jawapan


(b)  Jelaskan 6 sifat bahasa yang lain.
Jawapan :  Topik 1 ms 23
Antara sifat-sifat bahasa termasuklah:
i.                 Mempunyai sistem
ii.               Mempunyai lambang
iii.              Terdiri daripada bunyi
iv.              Bermakna
v.                Arbitrary
vi.              Bersifat konvensional

2.     Berdasarkan bukti sejarah,  bahasa melayu menjadi lingua franca atau bahasa perantaraan di daerah kepulauan melayu sejak zaman-berzaman.  Hal ini dapat dibuktikan apabila seorang pengembara China bernama I-Tsing telah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masehi.  

(a)    Terangkan lima ciri penting lingua franca.
Jawapan:  Topik 6 ms 144
Lima ciri penting lingua franca:
i.                 Bahasanya mudah,  senang dan tanpa imbuhan,
ii.               Ayatnya pendek,
iii.              Mudah difahami oleh penerima,
iv.              Digunakan untuk tujuan tertentu,
v.                Digunakan untuk sementara waktu,  buat seketika yang diperlukan,
vi.              Nahunya tidak menentu,  tidak dapat dinyatakan dengan sahih.

(b)   Lingua franca tidak sesuai digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di bilik darjah.  Terangkan 5 alasan utk menyokong pendapat ini.
Jawapan:
Antara alasan mengapa Lingua franca tidak sesuai digunakan ketika pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu di bilik darjah termasuklah:
i.                  

3.     Menurut kamus dewan (2007),  bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan.  Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari.  Bahasa ini tidak mementingkan unsur tatabahasa kerana yang dipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar.
(b)    Terangkan 5 ciri bahasa kolokial.
Jawapan :  Topik 5 ms 118
Antara ciri-ciri bahasa kolokial termasuklah :
i.                 Cara Penyampaian
ii.               Mewujudkan Kemesraan
iii.              Penggunaan Dialek
iv.              Penggunaan Tatabahasa
v.                Percampuran Kod
vi.              Bahan Yang Diperkatakan
vii.            Cara Penggunaannya

(c)    Berikan 5 contoh ayat bahasa Melayu untuk kelima-lima ciri bahasa kolokial tersebut.
Jawapan :

BAHAGIAN C
1.      Terdapat beberapa kesilapan bahasa yang sering dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan.
Analisis lima kesilapan tersebut berserta contoh dan pembetulan yang tepat.
Jawapan:  Topik 9 ms 229 -232
Terdapat beberapa kesilapan dalam bahasa yang sering dilakukan oleh murid-murid dalam penulisan karangan.  Antaranya ialah kesilapan imbuhan,  perulangan kata,  bentuk ayat pasif,  kata sendi,  struktur ayat dan ejaan.
i.                  Kesilapan Imbuhan
ii.               Kesilapan perulangan kata
iii.              Kesilapan bentuk ayat pasif
iv.              Kesilapan kata sendi atau kata penghubung
v.                Kesilapan struktur ayat
vi.              Kesilapan ejaan

2.     Salah satu fungsi bahasa melayu adalah sebagai bahasa perpaduan.  Huraikan lima cara bagaimana bahasa melayu dapat menyatupadukan rakyat di negara ini.
Jawapan :  Topik 7 ms 158

Bahasa Melayu memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memenuhi keperluan manusia tetapi juga meningkatkan perpaduan antara kaum.  Sememangnya,  tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang kea rah sebuah negara maju mengikut acuan sendiri.  Selain itu,  pendidikan sebagai alat yang digunakan untuk perpaduan antara kaum jelas dinyatakan di dalam Penyata Razak 1956.  Oleh itu secara automatiknya bahasa melayu yang berfungsi sebagai bahasa perpaduan boleh mengambil bahagian dalam isu menyatupadukan rakyat kerana bahasa Melayu itu digunakan sebagai bahasa kebangsaan,  bahasa rasmi dan bahasa pengantar dalam pelbagai bidang.

Di sini akan diutarakan lima cara bagaimana bahasa melayu dapat menyatupadukan rakyat di negara ini.  Antaranya termasuklah :
Ø  Melalui pendidikan
Ø  Melalui penerapan nilai-nilai murni
Ø  Melalui interaksi dan komunikasi yang sihat dalam kalangan pelajar
Ø  Melalui aktiviti kelab dan persatuan bahasa melayu
Ø  Mengadakan aktiviti minggu bahasa kebangsaan




3 comments: